Home Novel Seram/Misteri DARI KERANA MATA
DARI KERANA MATA
Pemburu Malam
16/11/2017 18:19:34
42,307
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 2

      RENUNGAN tajam makhluk itu cuba dia abaikan semasa menaip dokumen yang En.Hakeem perlukan.Jam hampir meniti ke angka dua belas malam, namun Ameera Husna masih lagi berteleku di meja kerjanya dalam kubikel.Ameerul Husny pula dah berkali menelefonnya supaya dia cepat pulang memandangkan dia seorang gadis .

       Namun, dek kerana tugas dan pekerja harapan syarikat terkemuka itu Ameera Husna terpaksa akur .Lagi pula, dateline makin dekat.Kalau tak mahu , Tuan CEO mengamuk lagi, dia perlu selesaikan secepat mungkin.

      Perutnya usah di tanya kerana pelbagai rentak dia nyanyikan .Minta diisi huhuhu....

      Makhluk berambut panjang itu kini berada di sebelah kirinya pula.' Astagfirullah ....Ya Allah, aku bermohon pada Mu Ya Allah , agar kau kuatkanlah imanku ....Aku harus siapkan kerjaku ini..' monolog dan doanya sambil menaip sepantas mungkin.

       Makin dia berdoa makin kuat usikan makhluk berlidah panjang terbelah dua itu .Adakalanya dia terpaksa menyapu pipinya setiap kali dijilat makhluk berwajah mengerikan itu .Bau bangkai semakin menerawang dibawa dek aircond .

       " Allah! Pen ni pun....Time, time macam nila nak jatuh pun ! Ish ...! ," omelnya terpaksa menolak kerusinya keluar sedikit supaya senang untuknya membongkok untuk mengutip pen yang tergolek bawah meja.

      " Allahuakbar ! ," laungnya benar- benar terkejut pabila matanya tertancap pada seekor pocong sedang terjegil padanya.Pen semakin jauh dia tepiskan." Ini tak boleh jadi ni ! ," omelnya semakin menggeletar lutut dan seluruh tubuhnya.

        Tanpa dia kemaskan mejanya yang seperti tongkang pecah,  dia terus mencapai tas tangannya dan melangkah laju untuk ke pintu bertanda exit.Hilaian bergema kini dan memenuhi ruangan sunyi sepi itu.Entah kenapa, kakinya makin berat .Pintu dia rasakan sangat jauh untuk dia capai tombolnya.

       " Lepaskan kaki aku ! ," jeritnya semakin ketakutan.Jenuh kakinya menendang tangan yang berlendir itu .Sudahlah genggaman tangan itu sungguh erat membuatkan Ameera Husna hampir mencium lantai pejabat.

       Klik....

" Ameera ! " Sapa seseorang kelihatan pelik .Ameerul tahu mesti berlaku sesuatu pada adiknya itu pabila dia terdengar jeritan seseorang tatkala kakinya melangkah keluar dari pintu lif .

       Namun, yang membuatkan lelaki itu berasa pelik kerana tiada sesiapa pun di situ .Fikirnya tadi ada orang yang sedang menyerang adiknya itu .Kerana jeritan Ameera kedengaran dia amat ketakutan.

       Ameera Husna yang terpunduk bawah meja mengalihkan tangannya." Abang! Abang....! Husna takut bang ...Husna takut...! ," laungnya mendakap erat tubuh kekar milik Ameerul Husny.

       " Ssh...Husna, bawa bertenang...Calm down sayang , tak ada apa- apa yang perlu ditakutkan ....Tak ada apa- apa kat sini....Jangan risau abang kan ada ...," pujuknya pada Ameera Husna bagaikan memujuk anak kecil.

      " Husna takut bang, macam- macam Husna nampak.." lirihnya teresak- esak sangkanya abangnya itu akan mempercayai dia. " Husna, mana ada benda itu semua sekarang ...Husna terlalu penat ni...Jomlah kita pulang ...Dah pukul berapa pun dah ...." 

       " Betul abang ....Husna tak tipu ..." 

       " Mari kita pulang....Husna, kadang- kala kalau mata kita terlalu penat , minda yang terlalu padat secara automatik otak kita akan merencanakan sesuatu yang tak wujud ...Contohnya sekarang ...Adik sayang, tiada hantu dalam dunia ini ....Hanya mainan syaitan untuk melekakan umat manusia...." Ameerul Husny memberikan penjelasan yang lebar. Dirinya tak ubah seperti seorang pensyarah .

      Ameera Husna pula dalam masa yang sama merenung tajam cermin sisi kereta .Kepala berambut panjang , bertali perut terawang- awang mengeliling kereta peugeot putih itu.

       Sedang kereta itu berhenti di sebuah simpang lampu isyarat, Ameerul Husny masih lagi membebel tanpa dia menyedari kepala bertali perut itu sedang merenungnya dari belah kiri .Di mana Ameera Husna sedang merenung ia juga.Wajah kepala itu seakan Ameera kenalinya.

        Tapi mustahil pula.Sedangkan taman perumahan mereka terdiri daripada golongan elit .Tapi dalam dunia ini, tiada yang mustahil.

        Sedang Ameerul Husny menunggu security guard memeriksa namanya, Ameera Husna lagi sekali terpaksa menarik nafas pabila seekor polong sedang bertenggek atas bumbung pondok keselamatan itu.Hanya Ameera sahaja yang berkemampuan melihat semua itu .Boleh dikatakan dunia barunya kini dikelilingi pelbagai jenis hantu .

       Amran mengangkat tangan membalas sapaan Ameerul Husny yang kini sedang bergerak menuju ke jalan rumahnya.Pada waktu itu , Ameera tidak mengenali semua netizen di kawasan elit itu .


Previous: BAB 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.