LIAR matanya kini.Parkir yang sepi menambahkan lagi keresahan di hatinya.Briefcase makin erat di dakap.Manalah tak cuak jika di dalamnya mengandungi Ringgit Malaysia bernilai ribuan ringgit!
Masuk hari ini, pulangnya tak aman dia rasakan.Bagaikan ada mata yang sedang memerhati, ada kaki yang sedang mengekorinya.Kereta jenama Toyota Camry bernombor plat WAD 114 berbunyi nyaring tanda remotenya telah di tekan seseorang .
" Addy ..." Bisik satu suara sayup kedengaran.Pintu yang baru dibukanya, dibiarkan ternganga sebentar dan Addy pula memeriksa kelilingnya.Ternyata yang ada hanyalah deretan kereta .Tiada satu pun sosok manusia melainkan dia.
" Addy ..." Lagi sekali suara misteri itu mengacah Addy.Tanpa menunggu lagi, terus Addy menekan minyak setelah enjin makin panas.Suara siapakah itu ?
" Baru 6 petang ...Takkan ada hantu pula...," gumam Addy sambil memandu.Dia perlu ambil Elly juga di pejabatnya.Boy Irfan anak sulungnya itu bakal beradik.Elly kini telah masuk 6 bulan .
Lampu pada telefon pintarnya berkelip- kelip, pantas dia letakkan semula handsfree ke cuping telinga." Hello ...Kenapa Abang Remy ? What ? Biar betul bang , dah cari betul- betul ke ? Dokumen tu penting bang...Jika tak, tentu prosedur itu semua menjadi payah atau tertangguh..."
" Abang dah cari ..."
" Tak apa, begini esok petang Addy datang rumah abang boleh? "
Setelah hampir 10 minit mereka berbual, kini panggilan telah di putuskan.Addy sabar menanti lampu merah ke kuning dan seterusnya ke hijau .Addy terangguk- angguk kepalanya mendengar muzik techno kegemarannya.Sedang dia mencuci mata, tiba- tiba mata mereka saling berpandangan lama.
Entah kenapa wajah lelaki bermotor kuasa besar itu seakan dia pernah kenali ? Addy tidak berpuas hati lalu memusing kembali kepalanya ke arah jendela kereta.Addy tidak dapat melihat wajah lelaki itu dengan jelas dek topi keledar full face nya.
Lampu kini bertukar kuning.Jenuh Addy cuba memanjangkan lehernya .Dari sisi wajah itu ya, macam pernah dia kenali .Lelaki bertopi helmet full face itu kini menghalakan renungan tajamnya pada Addy.
Matanya cukup merah, renungannya tajam sekali.Arman ? Desis Addy tanpa dia hiraukan lampu telah hijau.Jeritan hon yang nyaring dan bertalu- talu telah menyedarkan Addy yang bagaikan di pukau.Addy agak kelam - kabut kini kerana hon semakin kuat dan juga teriakan manusia yang memarahinya.Wiper di pasangkan.Gear pula susah nak ditarik.
Dari jauh matanya terpandang barisan kereta yang bergerak perlahan." Road block pulak ke ? Aduh, aku dah lah lambat ni ...," terpaksa memperlahankan keretanya juga.
" Yang, kejap ya ada road block ni...Eh, ada kemalangan rupanya yang...Tunggu ya...Assalamualaikum" Handsfree di tutup kembali lalu mengawal pemanduannya kembali." Hurmm...Dah senja pun...Teruk juga tu...," omel Addy memanjangkan lehernya dari dalam kereta.
Barisan yang didiami 6 orang mayat kini diselimuti plastik hitam.Kelihatan beberapa orang petugas seperti mengutip sesuatu lalu di masukkan ke dalam plastik khas.Kereta Addy semakin menghampiri kawasan terbabit .Addy dapat melihat tompokan darah yang berlinangan, ada yang bertakung dalam lubang aspal yang merekah.
Dalam masa yang sama tayar keretanya kini telah melenyek serpihan isi- isi mangsa yang berselerakan di situ.Ada yang terpaksa di cuci dengan air kerana terlalu kecil.
Addy semakin jelas dapat melihat deretan mayat kerana keretanya di sisi deretan mayat kemalangan ngeri itu.
Creettt...Tayar toyota camry hitam metaliknya sedang melenyek otak manusia yang separuh berkecai itu.Berkali Addy menelan liurnya, meremang pula dia kini.Melihat dengan lebih jelas darah, isi- isi mereka dan beberapa mayat lagi .Nahas diantara tiga buah kereta dan sebuah van.Besi penghadang jalan juga bengkok di langgar van.
Addy memandang ke arah deretan mayat tersebut .Langit pula semakin diselubungi gelap malam.Azan juga sayup kedengaran.Irama lagu korea mulai kedengaran , aplikasi whatsapps penuh dengan mesej.
Di mulai dengan satu tangan yang berlumuran darah memegang jendela yang terbuka itu .Kini keduanya erat memegang jendela di mana Addy sedang khusyuk membalas setiap mesej.
Kelihatan satu kepala , yang robek sebelah kirinya perlahan- lahan naik ke paras jendela tersebut.Makin lama paras ngerinya makin terserlah.
Addy terasa sesuatu.Perlahan- lahan aplikasi Whatsapp di biarkan dahulu terbuka ." Ya Allah ! Apa ni ? ," teriaknya dengan pantas tangannya menolak kepala ngeri itu pergi.Bagai mahu luruh jantungnya kini pabila deretan mayat tersebut terbuka balutan plastiknya.Salah - satunya pula kosong !
Kosong ???
" Pergi! Pergi ! Jangan ganggu aku! Pergiiii...! ," tergawang - gawang tangannya memekup muka.Mayat - mayat itu ingin memasuki ke dalam keretanya.Ada yang merangkak separuh badan bawahnya berkecai .Seretan darah mengekori setiap kali dia bergerak .
" Pergi!! Pergiii! ," laungnya tak senang duduk.Kereta di lock seketat mungkin." Encik! Encik ! Jalan Encik...! Jalan...! Encik! Kenapa ni cik...??"
" Argh ! ," laung Addy lalu terkebil- kebil matanya .Dan kelihatan liar.Tiada lagi gangguan ! Addy lantas pandang ke arah deretan mayat berbalut plastik hitam itu .Nafas ditarik sekuat mungkin.Lalu di hembus kelegaan.
" Kenapa ni Encik ? Ada sebarang masalah ke ? " soal pegawai polis itu sambil menyuluh ke dalam kereta Addy." Kalau tiada apa- apa Encik boleh bergerak sekarang kerana kereta makin bertambah .."
" Ya! Ya! Baik Tuan.Sa..Sa...Saya minta maaf pasal tadi ...," ujar Addy setelah menghidupkan enjin.Renungan pegawai polis muda itu tergamam tatkala matanya tertancap pada sosok tubuh lelaki berwajah ngeri sedang merenungnya dari cermin belakang .Kepalanya sahaja yang terpusing.
" Allahuakbar ! Allahuakbar ! Moga si pemandu tiada apa- apa," doanya seraya mengarah kereta belakang supaya bergerak ke depan.
" Allahhhh!!!...," laung Addy benar- benar terkejut dengan kemunculan pocong di tepinya.Wajahnya amat hodoh sekali .Pocong itu merenungnya lama.Pemanduannya terganggu kini.Brek kecemasan terpaksa Addy ambil.
" Allah!," teriak Addy pabila keretanya semakin laju menuju ke arah sebuah pondok telefon berwarna merah .Berdentum bunyinya.Kemik hadapan toyota tersebut.
Pocong itu perlahan-lahan bertukar rupa ." Sampai hati abang Addy ...," dia mulai lirih bersuara.Addy yang pening- pening lalat kerana terhentak pada stereng kereta bagaikan terdengar- dengar suara Arman, adiknya yang telah dia khianati.
" Mana abang ni ? Dah makin lewat ni ? Call pun tak , sayang call pun tak angkat....Kenapa ni ? ," gumam Elly mundar- mandir di hadapan kedai 7 eleven .Perut dia juga makin lapar.
" Hello! Abang ! Abang kenapa lewat ? Abang kat mana ?"
" Hello! Saudari ni Elly ke ?"
" Ya , saya .Awak siapa ? Kenapa phone suami saya ada pada awak ?"
" Hello! Saya harap puan bersabar ...."
" Apa??? Ya Allah ! Abanggggg...."
Badannya semakin ringan kini.Gelapnya suasana....
Arman hanya mampu melihat badan abangnya itu di sorong ke dalam kereta ambulance .Dan dalam masa yang sama juga , Elly juga di hantar ke hospital yang sama.
" Aku kat mana ni ? Kat mana ni ?," soal lelaki itu berpusing dalam satu tempat.Tempat itu sangat asing baginya.Gelap, dikelilingi pokok berdaunkan tengkorak manusia ! Addy berlari ke sana , ke sini dalam keadaan tak tentu hala.
" Ya Allah !," pekiknya terundur ke belakang.Pokok tinggi itu dipenuhi gantungan - gantungan mayat .Pelbagai rupa mereka, ada yang sudah berulat , tinggal rangka, berbau dan ada juga yang agak baru.
" Aku kat mana ni ? Tempat apa ni ? Bagaimana aku boleh berada di sini ??? Tolong ! Aku nak pulangggg..."
Biarpun Addy terpekik , terlolong namun tiada sesiapapun yang mendengarnya.Dari jauh kelihatan cahaya api , makin lama semakin mendekat .Cahaya api itu datangnya dari jamung kumpulan manusia serba hitam,muka pula di tutupi hud .
Addy kini tak dapat bergerak.Ya, kakinya sangat berat untuk di angkat seolah telah di pasung pada tanah.kumpulan manusia berjubah hitam itu mengepung Addy .
" Kamu semua siapa ??? Apa kamu semua nak dari aku ???"
" Diammmm!!! Kau manusia tak berguna !! Kau ! Seorang pengkhianat !! "
" Kau siapa hah ? ??? Jangan tuduh aku sembarangan ?" Soal Addy memberanikan diri." Suhu pula semakin panas kini.Peluh pula kian aktif alirannya.
" Tuduh??? Kau kata aku tuduh kau ???? Kau lihat ini!! "
Payah sungguh rengkungnya mahu menelan liur tatkala tayangan umpama filem itu tertayang .Dahinya kian merenik- renik peluhnya.
Dalam tayangan itu, kelihatan seorang lelaki berjaket biru dan berhoodie di kepala sedang tertunduk- tunduk tepi kereta seorang lelaki yang juga penghuni rumah itu.
Setelah berjaya membuka pintu kereta , tangannya yang bersarung tangan terus membuat sesuatu dalamnya.Selain itu, hadapan kereta dibukakan.Liar matanya memerhati takut ada yang ternampak perbuatannya itu.Beberapa wayar di potongnya .Tayar juga akan dia cucuk dengan benda tajam.
" Sekarang dah terbukti ! Kau abang jenis apa hah ? Sanggup khianati adik sendiri??? Kerana harta kau berdua sanggup bunuh adik sendiri !! Kau pendosa!! Kau manusia hina !!! "
" Tidakkk!! Itu bukan aku ! Bukan aku !! Lepaskan aku ! Lepaskan aku !! "
Jenuh para jururawat dan seorang doktor cuba menenteramkan pesakit di katil bertanda nama Rohaidi atau Addy .Tubuh yang kaku , akibat koma itu bergegar dan menggelepar teruk kini.
" Panasss ! Panass ! Tolong aku ! Tolong aku !Aku merayu ! Tolong aku !! Panass!! Sakit ! Aku sakitt ! " Terbatuk- batuk tatkala asap semakin banyak dia sedut.Tiada ruang untuknya melepaskan diri .Addy kini dikelilingi oleh api yang marak .
Kumpulan manusia berjubah hitam itu hanya melihat tanpa sedikit pun merasa kasihan.Walaupun pandangannya kurang jelas dek api yang marak, Addy nampak jelas wajah itu .
Setelah hud di tanggalkan, Arman tersenyum lebar .Hatinya puas kini.Dendamnya pada Addy telah dia lunaskan.Dan Remy sedang menanti nasibnya.
Elly dalam dakapan ibunya tersedu- sedan .Tak sanggup dia lihat penderitaan suaminya itu .Sebulan Addy terlantar kaku begitu .Menurut laporan doktor membuatkannya semakin sebak .Tak! Dia tak sanggup kehilangan suaminya itu .Elly sanggup tunggu sehingga dia sedar.Elly tak benarkan mesin jangka hayat di tamatkan.
Hidup mati Addy ditangan Allah bukannya doktor ! Tubuh yang bergoncangan tadi semakin perlahan pergerakannya.
" Kak...Berdoalah ..."
Elly yang teresak- esak kini terdiam sebentar.Dia cuba cari siapakah gerangan pemilik bisikan itu .
" Arman...Tolong abang Arman...." Rayu Addy pada lelaki berjubah itu lirih .Api masih lagi bernyala walaupun tak semarak tadi .
" Arghh!! Astagfirullahalazim..Apa semua ini ? Kenapa lelaki itu yang aku mimpikan? Siapa mereka semua ? Perempuan itu bukankah dia pernah jumpa ?" Soal Ameera Husna meraup mukanya yang berpeluh.
" Allahuakbar ! Alllahuakbar !! " Azan subuh kini berkumandang lantang mengejut mereka - mereka yang masih lagi dibuai mimpi.