" SEBENARNYA kau ni siapa ? Kenapa kau masih ekori aku ? ," soal Ameera Husna seorang diri.Suhaila semakin mendekatkan dirinya pada pantri.Ini bukannya kali pertama dia ternampak.Oleh kerana itulah , Suhaila agak berhati- hati dengan Ameera .
" Apa masalah kau sebenarnya , Husna ? Sampai berhalusinasi begitu ?."
" Oh, jadi kau Arman....Tapi bagaimana kau boleh tahu nama aku ? Sedangkan aku tak pernah pun beritahu ?"
" Kau tanya aku ? Aku tahu dari jelmaan- jelmaan yang kerap kali menganggu kau itu...Dan aku juga pelik bagaimana mereka tahu nama kau "
" Kau kata , kau dianiayai ...Tetapi , oleh siapa ? "
" Harta dan wang bisa membutakan mata hati manusia walaupun satu darah ! "
" Apa maksud kau sebenarnya ? "
" Kemalangan tempoh hari hasil perbuatan khianat abang aku sendiri ! Baiklah biar aku berterus - terang ....Aku mempunyai 2 orang abang yang telah berkahwin.Dan kalau kau masih ingat pasangan yang melanggar kau tempoh hari di hospital itulah abang sulung ku, dan ya wanita yang kau bersembang itu pula kakak ipar kedua aku , kak Elly...Walaupun , kami tiada pertalian darah tapi hatinya lebih suci....Hanya dia sahaja yang aku percayai dan yang paling aku rapat...Dan lelaki yang kau lihat itulah abang kedua ku , Addy...Dan dia kini koma di hospital....Kifarah buatnya..." ujar Arman panjang sekali.
Suhaila masih lagi fokus mendengar perbualan itu.Walaupun berasa agak seram, sahabatnya itu berbicara dengan sesuatu yang orang lain tak boleh nampak...Namun begitu, perbicaraan mereka tak semua dia dengari dengan jelas.
" Atau Ameera ini terbuka hijabnya ? Mahukah dia berterus- terang denganku ? " soal Suhaila tanpa dia sedari ada ' sesuatu' yang juga sedang perhatikan Ameera Husna.
Suhaila pantas berpaling pabila bahunya di sentuh.Tetapi tiada sesiapa pun di belakangnya kini.Bahu diangkat lalu kembali fokus pada perbualan Ameera.
Lama juga Ameera Husna menghadam luahan hati lelaki bernama Arman itu.Ya,memang dia mulai bersimpati pada nasib lelaki itu.Kematiannya pula terancang .Dan kini, Ameera cuba menimbang kembali permintaan Arman.Arman mahu Ameera membantunya kerana banyak perkara yang sememangnya dia tak mampu lakukan.
Addy koma akibat terkejut dengan kemunculannya .Dan kini tinggal Remy dan isterinya, Rania.
" Baiklah , apa yang harus aku lakukan buat permulaan ini ?.," soal Ameera Husna bersetuju atas dasar perikemanusiaan." Tapi, jangan kau membalas pula ..Biar Allah yang balas setiap perbuatan mereka...Jadi mimpi yang acapkali ganggu lena aku , adalah perkara ini...."
" Apa yang kau mimpikan, Ameera ?"
" Dejavu..."ujar Ameera Husna sambil mengerling ke arah pintu pantry.Entah kenapa , hatinya dapat merasakan ada sesuatu di area itu.Sebolehnya , Ameera tidak mahu rahsianya itu diketahui oleh orang.Apa yang telah berlaku semasa dia menemankan Ameerul outstation di pantai timur tempoh hari masih kekal dalam ingatannya.
Ameera Husna hampir- hampir di bawa ke hospital kerana dituduh mempunyai masalah mental akibat ada manusia ' paparazzi' yang mengintip setiap perlakuannya .Bukan itu sahaja, video rakaman dia berbual tepi bilik hotel yang dikatakan berhantu itu telah dimuat turun ke laman sosial dan tular .
Oleh kerana hijabnya itu, budak kecil yang seringkali mendatanginya itu sebenarnya tak wujud ! Dialah kanak- kanak yang mati di bunuh dalam kamar berkenaan.
" Arman, aku rasa seperti ada yang mengintip kita.Jadi aku rasa eloklah perbualan kita ini setakat ini sahaja...Lebih selamat kalau kita berbincang di tempat lain dan tersembunyi..."
" Baiklah...Jumpa lagi ..," jawab Arman lalu menghilang di balik dinding pantry tersebut.Ameera Husna pula menapak perlahan ke arah pintu pantry.
Suhaila kini terduduk dan terdiam di atas kerusinya.Dadanya masih lagi berdebar ketakutan.Wajah ngeri yang dia lihat dicermin kecil atas sinki pantri masih kekal diingatannya.Tangan makhluk itulah yang menyentuh bahunya tadi.
Ameera bergegas ke kubikelnya kembali.Ameera Husna cukup menyesal membasuh tangan di sinki tadi .Dimana saja dia berada, ke mana saja dia pergi sudah tentu ada saja yang ' mengikut' .
Ameera semakin rimas dengan keistimewaannya itu.Kerana keistimewaannya itulah dia bakal menjebakkan diri dalam kancah masalah orang lain! Orang lain yang dia maksudkan itu tak lain dan tak bukan Arman, roh gentayangan itu.Roh di mana tidak aman.Ya, memang Arman tak aman dan tak bersedia lagi menjadi jenazah.
Bukan itu permintaannya ! Tetapi dia terlupa sesuatu! Pabila Allah Swt menyebut kun fa ya kunnn...Maka terjadila ia....Siapa kita untuk menghalangnya ????
************
" KAU ada sesuatu nak beritahu aku ke ? Atau nak soal aku ?," telah Ameera Husna yang perasan mata teman pejabatnya itu kerap merenungnya.Suhaila tergamam seketika.Tak sangka pula dia Ameera perasan akan ulahnya itu.Memang ada sesuatu yang ingin dia persoalkan .Dah lama sebenarnya....Hanya dia sahaja yang tiada keberanian!
Ameera pula kejap, kejap tertunduk merenung minumannya yang berbaki sedikit sedangkan makanan yang ditempah belum di hantar.Selain itu juga, matanya terlihat sesuatu sedang bertenggek atas pokok berdekatan warung itu.Maklumlah pabila malam menjelang...Adakalanya siang juga dia di ganggu.
Abangnya Ameerul Husny juga semakin mempercayai akan kebolehannya itu.Dan apalagi selagi tak nampak muka, selagi itulah dia akan menghubunginya.Apatah lagi area kediaman mereka itu juga boleh dikategorikan sebagai ' keras ' ! Bukit Antarabangsa kan ?
" Sue , aku tahu kau ada soalan untuk aku "
" Mana kau tahu ? Ke ada ' yang ' beritahu kau ?"
" Apa maksud kau , Sue ?," soal Ameera Husna terasa pelik.Wajah anggun milik Suhaila direnung tepat.' Kau dah tahu ' sesuatu' ke' monolognya lagi .
" Boleh kau berterus- terang jika aku menyoal kau dengan soalan in"
" Ya," jawab Ameera Husna jujur.Sambil matanya merenung tajam jelmaan wanita berambut panjang yang sedang mengacahnya dengan membelai serta menjilat pipi Suhaila.Oleh sebab itulah , Ameera perasan sahabatnya itu seringkali meraba pipinya.
" Ameera ! Ameera ! Kau kenapa ? Kau dengar tak soalan aku ni ? Hei...!" Suhaila terlambai - lambai pada Ameera yang tiba- tiba sahaja statik.
" Hah ! Ya! Apa dia soalan kau ?"
" Aku tanya, kau ada sebarang masalah ke ? Entah kenapa aku dapat rasakan bahawa kau sedang dilanda masalah "
Keduanya senyap seketika sementara pelayan wanita itu meletakkan hidangan makan malam mereka.
" Terima kasih ," ucap Ameera tersenyum pada pelayan berwajah seperti actress Risteena itu." Kenapa kau boleh anggap aku begitu ? Apa didahi aku ada tertulis ke?," soal Ameera Husna kembali dan agak sarkastik sedikit .
Suhaila pula tersenyum sinis.' Maaf jika kau terasa pada soalan aku ini, entahlah babe tapi naluri aku ini kuat menyatakan kau ada sesuatu yang ingin dibicarakan namun kau tak mampu , mungkin kerana kau takut atau sebaliknya"
Ameera Husna mengakui semua itu .Memang secara dasarnya, dia perlukan seseorang untuk dia luahkan perasaannya itu .Tetapi pabila difikirkan semula ia tidak mudah ! Kerana apa ? Ada ke orang yang akan percaya pada deria nya itu ? Memang ada tapi tak semua...
Bolehkah Suhaila mempercayainya ? Sedangkan gadis itu asal dari bandar tak seperti dia .Bercakap soal kampung ,memang dia ingin pulang ke sana ...Dia ingin menemui atoknya..
Mungkin atoknya boleh mengubatnya ! Walaupun keistimewaanya itu bukanlah satu penyakit ataupun virus.
" Boleh aku tanya ni ?"
" Tanyalah ..Kalau aku boleh jawab, aku akan jawab ..."
" Yang sebenarnya, seringkali aku terlihat kau seperti sedang berbual dengan seseorang ! Tapi aku tak nampak orangnya...Dengan siapa sebenarnya kau sedang berbual?"
Tak berkelip mata Ameera Husna kini.Kejap, kejap dia bagi tumpuan pada Suhaila dan kejap, kejap dia merenung pada ulah jelmaan wanita yang sedang mengagah anak kecil itu .Membuatkan ibubapanya berasa pelik kerana mengekek- ngekek budak perempuan itu sendirian.Anak kecil seperti dia hijabnya memang terbuka.
" Kau dengar tak ni! "
" Ya....Aku dengar..."
" So ? Atau kau tak bersedia ?"
" Nope....Actually memang aku perlukan seseorang...Tapi , kau yakin ke nanti ?"
" Jika kau tak berterus- terang padaku manalah aku nak tahu bagaimana ! " jawab Suhaila lalu garfunya diletakkan sekejap.Makanan dikunyah sebelum bersuara lagi .
" Kau percaya pada deria ke 6 tak ?"
" Do you mean sixth sense ?"
" Yup "
" Ya, aku pernah dengar.Ada di antara hijab matanya terbuka...Dan adakah kau diantaranya? Seriously ? Sure kau tiada sebarang masalah dalaman ? What i means is fighting ke ? Apa ke ? Sehingga kau berhalusinasi ?"
Ameera Husna tertegun.Complete statement gadis itu. "Halusinasi ? Pada mulanya aku juga berfikiran begitu tetapi,
ada sesuatu telah berlaku pada aku and abang aku, tak mungkin ia illution.Maybe, jika ditanya pada pakar perubatan moden mereka akan jawab halusinasi ....Akibat depression.Jika tak dibendung akan mengakibatkan scizo.."
" Jadi memang kau terbuka hijabnya ? "
" Cuba kau renung pokok bunga itu "
Suhaila terus berpaling tetapi tidak nampak apa - apa pun." Pokok bunga ? Apa yang peliknya ? "
" Kau renung baik- baik ya, tak lama lagi salah- satu daripada rimbunan itu akan bergerak dengan sendiri," ujar Ameera tenang sambil merenung tajam ke arah jelmaan wanita yang masih lagi berlegar dalam kawasan restoran terbuka itu.
" Hahh...Ya Allah ? Husna ? Apa semua ini ?...,"
" kau jangan takut pula kalau aku cakap ada ' benda ' sedang bermain dengan bungaan di situ "
Suhaila membetul- betul kembali rambutnya yang sedari tadi asyik melorot ke bawah je ." Dan kini , dia sedang bermain dengan rambut kau "
" Hah ! Husna ! Jangan buat aku begini....Tolong! Jangan buat aku takut..." Suhaila bingkas bangun .Pusing ke belakang , kiri dan kanannya .Ternyata kosong.
" Tolong , jangan ganggu kami ....Kami singgah untuk makan sahaja " bisik Ameera Husna.Dia tak mahu pelanggan lain nampak." Jomlah kita balik..," Suhaila hampir nak menangis kini.
Ameera Husna terus memaut bahu Suhaila .Pucat lesi wajahnya kini kerana terlalu takut.Dia sedar tak semua orang boleh terima hakikat ini.Dia juga pun sama pada mulanya.