DR. QASYIFULberdiri tegak umpama tiang lampu antik
di hadapan rumah Datuk Harris. Wajahnya kelihatan sugul. Mengingatkan
permintaan emaknya yang mahukan dia membawa Erena pulang ke kampung, dia jadi
resah gelisah.
Mak, kenapalah mak minta sesuatu yang susah untuk Qasy
tunaikan? Kalau mak minta buah durian, sekarang juga Qasy boleh belikan. Tapi…
hmm! keluh hatinya resah.
Sekali lagi dia mengeluh panjang. Nak ke Erena ikut aku
balik kampung hujung minggu ni? Aduh… macam mana aku nak berterus-terang ni,
ya? Mesti cik manja aku ni terkejut biawak punyalah, gerutu hatinya lagi.
Okay… stop it, Qasyiful Hakim! Relax ok, just calm
down.Dia menarik nafas panjang berulang kali lalu menghembusnya keluar.
Sedaya upaya cuba menenangkan dirinya. Relax…
just be your self, Qasyiful,ucap hatinya lagi.
Lalu, laju tangannya menekan loceng rumah Datuk Harris.
Beberapa minit kemudian, tersembul wajah Datin Katrina di muka pintu.
Bibir Datin Katrina terukir senyuman lebar apabila
melihat bakal menantunya di muka pintu. “Eh, Qasy? Ya ALLAH… kenapa tak
bagitahu nak datang? Boleh auntie masakkan apa-apa untuk Qasy.”
Dr. Qasyiful tersenyum. “Eh, tak apalah, auntie. Menyusahkan auntie aje nanti. Lagipun,
Qasy singgah sekejap aje ni,” balasnya lembut. “Err… Uncle Harris ada tak, auntie?”
tanyanya ingin tahu. Harap-harap dia ada la, detik hatinya.
Datin Katrina masih lagi tersenyum. “Ada, Qasy. Kamu
bernasib baik tau. Uncle Harris baru aje nak keluar. Dia nak pergi main golf
dengan Datuk Haslam.”
Dr. Qasyiful menarik nafas lega. Fuhh, lega! Nasib baik
Uncle Harris ada, ngomel hatinya sendirian.
Datin Katrina menepuk dahi. “Ya ALLAH… lupa pula auntie,Qasy. Eh, jomlah kita masuk ke dalam,”
ajaknya.
Dr. Qasyiful tersenyum. Dia mengangguk. “Baik, auntie.”Sebaik tiba di ruang tamu, dia terus
melabuhkan duduk di atas sofa.
Datuk Harris yang baru sahaja melangkah ke ruang tamu,
terkejut apabila melihat Dr. Qasyiful. “Eh, Qasy… Ya ALLAH… Kenapa tak bagitahu
nak datang? Nasib baik unclebelum
keluar lagi tau,” tegurnya.
Dr. Qasyiful tersenyum. “Surprise for you, uncle,”guraunya bersahaja.
Datuk Harris tergelak. “Ada-ada ajelah kamu ni, Qasy.”
Dia menggeleng berulang kali.
“Qasy… berbuallah dengan uncledulu, ya. Auntienak
pergi buat air.” Tiba-tiba Datin Katrina mencelah.
Dr. Qasyiful menayang muka serba salah. “Eh, susahkan auntaje. Tak apalah,” balasnya serba salah.
Datin Katrina tersenyum. “Tak ada yang susahnya pun,
Qasy. Tunggu, ya?” balasnya beria-ia.
Dr. Qasyiful mengangguk.
Datuk Harris memandang wajah bakal menantunya itu. “Uncle
tahu, mesti ada sesuatu di fikiran kamu, kan? Kalau tidak, tak adanya kamu
boleh muncul secara tiba-tiba aje di rumah uncle. Haa Qasy, apa tujuan kamu ke
sini?”
Dr. Qasyiful tersenyum kelat. Dia mengeluh. Harap-harap,
apa yang dirancangkan ini berjalan dengan lancar. Amin! Doa hatinya penuh
mengharap.
Dahi Datuk Harris berkerut seribu, hairan apabila melihat
telatah Dr. Qasyiful. “Qasy, are you ok,
son?”
Dr. Qasyiful tersentak. Serta-merta lamunannya hilang.
Dia tersenyum kelat. “Err… saya okey, uncle,” balasnya perlahan.
Kening Datuk
Harris terjungkit sebelah. “So, what is
your problem?”
Dr. Qasyiful menarik nafas panjang, lalu menghembusnya
perlahan. “Err… saya nak minta kebenaran daripada uncle untuk bawa Erena balik
ke kampung saya minggu depan. Boleh?” tanyanya dengan nada suara teragak-agak.
Datin Katrina yang kebetulan baru tiba dari dapur terus
menyampuk. “Kenapa?” tanyanya ingin tahu.
Ringan tangannya menuang Milo panas ke dalam cawan lalu
meletakkannya di hadapan Dr. Qasyiful dan Datuk Harris. Dia duduk di tempatnya
semula.
Dr. Qasyiful tersenyum nipis. “Mak saya… dia suruh saya
bawa balik Erena ke kampung. Mereka nak berkenalan dengan lebih rapat lagi.
Kebetulan pula, Erena kan tengah cuti semester. Jadi, saya bercadang nak
tinggal dalam seminggu di sana,” jelasnya.
Datuk Harris tersenyum. “Betul juga tu, Qasy. Lagipun,
kamu berdua kan tunang ekspres. Sampaikan keluarga kamu pun tak ada peluang
untuk berjumpa dengan Erena. Baiklah, uncle izinkan Qasy bawa balik Erena ke
kampung,” balasnya lembut.
Dr. Qasyiful menarik nafas panjang. Dia lega apabila
mendengar jawapan itu. Syukur Alhamdulillah. “Terima kasih, uncle.”
Datuk Harris masih lagi tersenyum, lalu kepalanya
mengangguk sebagai jawapan. “Sama-sama, Qasy.”
“Auntieharap,
Qasy dapat jaga dia baik-baik. Qasy tahu kan perangai dia macam mana? Umur aje
dah mencecah 19 tahun, tapi perangai mengalahkan budak enam tahun,” celah Datin
Katrina. Berharap supaya bakal menantunya itu dapat menjaga Erena dengan
sebaiknya.
Dr. Qasyiful tergelak. “Insya-ALLAH, auntie.Saya akan jaga tunang manja saya tu
sebaik yang mungkin,” janjinya bersungguh-sungguh.
Datin Katrina tersenyum. Dia agak lega apabila mendengar
jawapan itu. Benarlah kata suaminya, Dr. Qasyiful Hakim adalah lelaki yang
tepat untuk membimbing dan menjaga Erena sebagai suami.
“Hah Qasy, Rena
dah tahu belum pasal perkara ni?” soal Datuk Harris tiba-tiba.
Dr. Qasyiful melepaskan keluhan panjang. “Itulah
masalahnya sekarang uncle.Dia masih
belum tahu lagi. Qasy tak tahu nak cakap macam mana dengan dia. Mesti dia
terkejut badak punyalah.”
Datuk Harris tersenyum. Seolah-olah sudah mampu mengagak
jawapan itu. “Unclenak Qasy beritahu
dia sendiri. Unclenak tengok reaksi
dia.”
Dr. Qasyiful terpempan. Haa… bagitahu sendiri? Biar
tembikai? Oh my ALLAH…nak ke dia
ikut cakap aku? gerutu hatinya tidak yakin. “Tapi uncle,nak ke dia ikut saya nanti?”
Datin Katrina tersenyum. Keningnya terjungkit sebelah.
“Itu Qasy jangan bimbang. Tahulah kami nak buat macam mana nanti,” balasnya
penuh makna.
Datuk Harris terus mengangguk laju, setuju dengan
kata-kata isterinya itu.
Dr. Qasyiful tersenyum kelat. “Baiklah, uncle, auntie,Qasy akan beritahu sendiri pada dia.”
Macam mana aku nak bagitahu dia? Gerenti tunang manja aku tu terkejut biawak.
Entah-entah, pengsan terus. Aduh… keluh hatinya resah.