“MAMA!”panggil Erena selamba. Siap menayang
gaya kanak-kanak ribena lagi. Sengihan kerang busuk bergayut di bibir gadis
cantik itu. Dia menayang muka tidak bersalah di hadapan mamanya. Erena mengerling sekilas wajah Fina yang pucat lesi,
macam orang dah kena sedut darah dengan hantu pontianak. Alahai, relax, ok? Jangan gelabah sangat.
Karang, tak pasal-pasal terkantoi rancangan kita. Naya aje! Desisnya di dalam
hati.
“Hmm…” balas Datin Katrina acuh tidak acuh. Dia yang
sedang menceduk ayam masak merah ke dalam mangkuk kaca segera berpusing ke
belakang.
Matanya terbuntang luas. Dia terkejut besar melihat
penampilan anak gadisnya itu. “Astaghfirullahalazim… Erena?” Wanita itu
ternganga luas, terkejut badak apabila melihat penampilan Erena.
Erena menguntum senyuman lebar. Sengaja menayang muka
selamba badak di hadapan mama. “Yes mama,
why?”balas Erena selamba. Siap berkedip-kedip mata lagi.
Fina yang berdiri di sebelah Erena, bertindak sebagai
pendiam. Gulp, dia menelan liur. Alamak, habislah! Sebentar lagi, dia pasti
akan ditembak beribu-ribu soalan dari Datin Katrina. Pomm! Belum kena tembak
lagi, Fina rasa seakan mahu rebah ke lantai.
Datin Katrina mula bercekak pinggang. Matanya membulat
bak huruf O. “Astaghfirullahalazim… Rena!” Wanita itu beristighfar panjang.
“Yang Rena pakai macam ni, kenapa? Rena tahukan hari ni bakal suami Rena akan
makan malam dengan kita? Rena sengaja nak malukan mama dengan papa, kan?” suaranya lantang.
“Hisy mama ni, ada ke tuduh Rena macam tu? Sampai hati
mama! Rena bukan nak malukan mama dengan papa tau. Lagipun, salah ke kalau Rena
berpakaian macam ni? Rena kan anak manja mama dengan papa,” balas Erena
selamba.
Datin Katrina memicit dahinya. Kepalanya tiba-tiba rasa
pening. “Rena cakap tak salah? Pakai baju kartun Tom and Jerry, dengan seluar
warna pink, siap ikat tocang dua
lagi, macam orang nak tidur aje. Apa semua ni, Rena?” bebelnya geram.
Erena sengaja menayang raut muka selamba, seperti tidak
melakukan apa-apa kesalahan. “Tak apalah, mama. Biarlah… Kalau betul dia nak
kahwin dengan Rena, dia kena terima perangai manja Rena ni,” balasnya selamba.
Serentak dengan itu, dia melangkah ke ruang makan. Meninggalkan Fina sendirian
bersama mamanya di situ.
Fina membuntang mata. Hisy, boleh pula dia tinggalkan aku
sendirian kat sini? Hisy! Haa… macam ni ke kawan? Hampeh! bebel hatinya geram.
Datin Katrina jadi sesak nafas. Hatinya geram mendengar jawapan
Erena. “Hisy, budak bertuah ni! Kalau tak buat mama pening, memang tak sah.
Boleh kena serang penyakit jantunglah macam ni,” bebelnya geram.
Fina meneguk liur. Setapak demi setapak dia melangkah,
bimbang kalau-kalau Datin Katrina perasankan kehadirannya di situ.
“Hah Fina, kamu
nak pergi mana?” tanya Datin Katrina lantang. Siap merenung tajam wajah Fina.
Langkah Fina mati. Dia berdiri tegak umpama askar di
hadapan Datin Katrina. Bibirnya terukir senyuman payah. Aduh, mati aku! “Err…
Fina nak pergi kat Rena, auntie,”jawabnya
teragak-agak.
Datin Katrina melepaskan keluhan panjang. Wanita itu
menarik muka cemberut. “Kenapa Rena pakai macam tu, Fina? Macam kanak-kanak tak
cukup umur aje lagaknya. Hisy, malu auntie dengan bakal suaminya,” bebelnya geram.
Fina hanya tersenyum.
Tiba-tiba, sesuatu terlintas di fikiran Datin Katrina.
“Fina mesti ada kaitan dengan rancangan Rena, kan? Kalau tak, tak adalah lama
sangat terperap dalam bilik tu,” tekanya. Dia siap mengecilkan bola matanya.
Sengaja hendak menakut-nakutkan kawan baik anaknya itu.
Fina menelan liurnya. Oh
my ALLAH...rasa macam nak pitam kat sini sekarang juga. Habis aku! “Err…
mana ada, auntie.Fina tak tahu
apa-apa pun. Fina pergi dululah, auntie.Rena
dah tunggu Fina tu.” Dia mula menggelabah.
Cepat-cepat gadis itu berlari ke ruang makan. Bimbang
kalau-kalau Datin Katrina menembak dengan soalan yang susah hendak dijawab itu.
Ceh, macam menduduki peperiksaan SPM saja gayanya, itu pun nak takut.
Datin Katrina menggosok dada. Subhanallah! “Aduh, sakit
dada aku! Pening kepala! Apalah nasib, dapat anak bertuah macam ni?” bebelnya
geram.
FINAmenjeling geram. “Yang kau tinggalkan
aku terkontang-kanting kat sana tu, kenapa? Terkial-kial aku depan mama kau tau,” bebelnya geram. Nasib baiklah aku dapat
menyelamatkan diri. Kalau tak, pecah tembelang kita tau! Haa… tadahlah telinga
kau dengar bebelan Auntie Katrina selama tujuh hari tujuh malam. Padan muka! desis hatinya.
Erena tersengih. “Sorry…
aku tak sengaja. Lagipun, aku terlupa kau ada kat sana. Ala bucuk-bucuk, tak
mau la marah, okey.”
Fina membuntang mata. Sekali lagi, dia menghadiahkan
jelingan tajam buat Erena. “Tak sengaja konon? Rahsia kau pecah, baru kau tau
nak terkontang-kanting. Padan muka kau!” marahnya lagi.
Erena masih lagi tersengih bak kerang busuk. “Ala… sorryla bucuk-bucuk. Bukannya aku
sengaja. Lagipun, aku nak mengelak soalan maut mama. Sebab tulah, aku blah
cepat-cepat. Punya nak larikan diri, terlupa yang kau ada kat sana. Sorry, derr…” pujuknya.
Fina mencebik. “Haa… banyaklah kau punya cekadak. Haa…
lagi satu, tak payah nak bucuk-bucuk sangatlah. Geli aku dengar tau! Aku bukan
budak kecil lagi, dah besar.”
Erena tersengih lagi.
Fina menjeling geram. “Sengih… sengih… macamlah lawa
sangat,” bidasnya geram.
Belum sempat Erena menjawab, tiba-tiba Datin Katrina
menghampiri sambil menatang dulang yang berisi minuman.
“Hah… Rena, tolong mama hantar minuman ni ke depan,” arah
Datin Katrina selamba. Dia meletakkan dulang yang berisi minuman itu di hadapan
Erena. Kemudian, dia meneruskan kerjanya semula.
Erena terpempan. Dia ternganga luas. Haa… hantar dulang
ni ke depan? Biar tembikai? Takkanlah aku kena hantar dulang ni ke depan pula?
Hisy, tak nak aku! omel Erena dalam hati.
Matanya melirik ke arah Fina. Kawan baiknya itu sudah
menyengih bak kerang busuk Hisy, perli akulah tu. Spontan, cubitan hinggap di
peha Fina.
Fina tersentak. Eh? Ada ketam sesatlah pula. Cis, sakit
peha aku tau! Dia menjeling Erena dengan tajam. Hisy, main cubit-cubit pula!
Ingat kita tengah berkaraoke lagu Senggol-senggolan, cubit-cubitan ke, hah?
Datin Katrina berpaling ke arah Erena semula. Wanita itu
melopong apabila melihat dulang itu masih lagi ada di atas meja. “Rena, kamu
dengar tak apa yang mama cakap tadi? Mama suruh kamu hantar dulang ni ke depan,
bukannya tercegat kat sini macam tunggul kayu.”
Erena menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Isyh mama
ni… Rena tak nak! bentaknya dalam hati. “Tapi mama, Rena seganlah,” dalihnya. “Lagipun, Rena… Rena… err...”
Terkial-kial dia mahu mencari alasan untuk menolak arahan mama. Alahai mulut
ni, mulalah nak tergagap-gagap.
Datin Katrina bercekak pinggang. Matanya membuntang luas.
“Mama tak nak dengar apa-apa alasan dari kamu, Rena. Tunggu apa lagi? Pergilah
cepat!” marahnya
Erena mendengus perlahan. “Tapi mama, Rena…”
Datin Katrina mendengus geram. Isyh… budak nilah! “Yang
tercegat macam pokok tepi jalan tu, buat apa? Kaki tu bukannya melekat kat
lantai pun! Pergilah hantar dulang ni ke depan!” gesanya lagi.
“Yalah… yalah…
Rena pergi sekarang,” kata Erena geram. Tangannya mencapai dulang yang ada di
atas meja lalu melangkah ke ruang tamu.
Hisy mama ni, sengaja nak kenakan akulah tu. Yang Fina tu
pun satu, boleh pula tersengih-sengih, bentak hati Erena tidak puas hati.