GEDEBUK!!!
Disebabkan perlanggaran
tidak sengaja itu,
habis buku-buku tebal
milik Dr. Qasyiful dan
Zehan jatuh bertaburan
ke atas lantai.
Zehan menghentak
kaki tanda geram.
Argh, aku dahlah
tengah kalut nak
pergi ke kelas
akaun. Boleh pula
terlanggar dengan mamat
ni. Hisy, kacau
daun betullah! Herdik
hati Zehan geram.
Dr.
Qasyiful tersenyum nipis,
menayang memek muka
serba salah. “Err…
saya minta maaf,
saya tak sengaja.”
ucap Dr. Qasyiful
bersungguh-sungguh.
Zehan menjeling
tajam. “Banyaklah awak
punya maaf. Sorry pergi
naik lori ajalah!
Awak buta ke
hah? Tak nampak
ke orang tengah
berjalan kat sini?”
tengking Zehan bagaikan
halilintar.
Hampir meloncat
keluar jantung Dr.
Qasyiful apabila mendengar
tengkingan gadis cantik
di hadapannya itu.
Erk, dia tengking
aku? Huhh! Harap
muka aja cantik,
tapi perangai kosong
peratus. Hoi, kau
tak ada adab
ke hah? Kutuk
hati Dr. Qasyiful
geram.
Dr.
Qasyiful menjeling tajam,
namun sedaya upaya
cuba bersikap tenang.
“Saya rasa, saya
tak bersalah. Lagipun,
awak yang langgar
saya dulu. Jadi, awak sepatutnya
yang minta maaf
pada saya. Tapi,
tak apa… sebab
saya seorang gentleman, saya
mengalah.” bidas Dr.
Qasyiful pedas, sengaja
hendak menyakitkan hati
gadis cantik itu. Hah, padan
muka! Puas hati
aku!
Zehan menjegil.
Lalu, gadis cantik
itu bercekak. “Huhh,
malaslah nak layan
awak!” bentak Zehan.
Lalu, gadis itu
mengambil bukunya yang
bertaburan di atas
lantai dan mengatur
langkah pergi meninggalkan
Dr. Qasyiful sendirian
di situ.
Dr.
Qasyiful menggeleng kepala.
“Isyh… isyh… teruknya
perangai minah ni.
Ada lagi spesies
perempuan macam dia ni kat
dunia kan?” kutuk
Dr. Qasyiful geram.
Lantas, Dr.
Qasyiful membongkok lalu
mengutip buku miliknya
dan mengatur langkah
pergi.
****
DR.
QASYIFUL
melopong. Matanya membulat besar.
Erk, buku akaun?
Sejak bila pula
aku ambil course akaun
kat universiti ni?
Seingat akulah, aku
ambil course perubatan. Eh,
buku siapa pula
yang tiba-tiba aja
sesat kat sini
ni? Gerutu hati
Dr. Qasyiful hairan.
Dr.
Qasyiful menggaru-garu kepalanya
yang tidak gatal.
Cuba mengingat kembali
bagaimana buku itu
boleh berada dengannya.
Mulutnya ternganga luas.
Baru aku ingat,
ni buku cik
sombong tu.
Papp!!
Kedengaran buku
dihempaskan ke atas
meja makan, menyebabkan
Dr. Qasyiful terkejut
badak. Eh, malaun
mana pula yang
main-main hempas buku
ni?
Serentak itu,
Dr. Qasyiful mendongak
ke atas. Keningnya
terjungkit sebelah. “Kenapa
dengan awak ni?
Tiba-tiba aja hempas
buku atas meja
ni… Tak baik
tau, nanti lari
ilmu yang bersarat
dalam kepala awak
tu.” perli Dr.
Qasyiful selamba.
Zehan menarik
muncung geram, lalu
gadis cantik itu
menjeling tajam. “Tak
payah nak buat
lawak antarabangsa kat
sini. Bak sini
buku saya!” bidas
Zehan kasar.
Dr.
Qasyiful segera menolak
buku akaun milik
Zehan ke depan.
“Nah, ambillah! Saya
pun tak teringin.”
perli Dr. Qasyiful
lagi.
Zehan terus
mengambil buku akaun
miliknya. Tanpa ucapan
maaf, gadis cantik
itu terus mengatur
langkah pergi meninggalkan
Dr. Qasyiful
Dr.
Qasyiful menguntum senyuman
kecil. Entah mengapa
hatinya seakan berdebar
apabila berhadapan dengan
gadis sombong itu.
Erk, aku dah
jatuh cinta ke?
He he he…
*****
SEJAK peristiwa itu, bermacam-macam cara
yang digunakan oleh
Dr. Qasyiful untuk
mendekati Zehan.
Hantar bungalah…
utus surat cintalah…
hadiahkan coklat Kinder
Bueno la… erk? Macam-macamlah! Pendek
kata, macam-macam ada. He
he
he…
Zehan berasa
hairan, dahinya berkedut
sejuta. “Siapalah yang
hantar benda-benda macam
ni kat aku
ya? Kalau sehari
dua tu, tak
apalah juga. Ni,
hampir setiap hari. Ada
aja
benda yang dia
letak atas meja
ni.” ngomel Zehan
hairan.
Kedengaran suara
orang ketawa di
sebelahnya. “Kau dah
ada secret admire ke,
Zehan?” perli Amira
selamba, rakan sebilik
Zehan.
Zehan menjeling
tajam. “Apa kes
buat macam ni?
Tak berani ke?
Kata lelaki… kenalah
berani. Aku tak
peduli, aku kena
siasat! Aku nak
tahu siapa punya
kerja ni.” balas
Zehan bersungguh-sungguh.
Siasat punya
siasat, akhirnya Zehan
berjaya juga. Erk?
Selama ni, dia
ni ke yang
hantar bunga, coklat,
surat cinta pada
aku? Eh, biar
tembikai?
Zehan merenung
tajam wajah kacak
Dr. Qasyiful. “Kenapa
awak hantar benda-benda
macam ni pada
saya hah? Apa,
awak dah tak
ada kerja lain
lagi ke hah?” bidas
Zehan keras.
Dr.
Qasyiful menguntum senyuman
nipis. Wajah kacak
itu kelihatan tenang,
seolah-olah dirinya tidak
melakukan apa-apa kesalahan
pada gadis di
hadapannya itu. “Sebab
saya sukakan awaklah,
saya buat macam
ni. Siti Norzehan,
saya dah jatuh
cinta pada awak.”
luah Dr. Qasyiful
ikhlas.
Zehan terkedu.
Agak terkejut dengan
pengakuan berani lelaki
itu. Hah? Ni
lagi aneh, aku
bermimpikah? “Apa yang
awak merepek ni
hah?” tengking Zehan
lantang.
Dr.
Qasyiful masih lagi
tersenyum nipis. “Saya
tak merepek, Zehan.
Saya benar-benar ikhlas,
saya cintakan awak.”
luah Dr. Qasyiful
sekali lagi. Nada suaranya
kedengaran begitu syahdu
sekali.
Zehan terdiam,
lidahnya menjadi kelu.
Erk? Rasa macam
dalam alam fantasi
pula. He he he…
Tiba-tiba, satu
idea gila menjengah
ke kotak fikiran
Zehan. Serentak itu,
bibirnya terukir senyuman
penuh makna. “Awak
benar-benar cintakan saya?”
tanya Zehan ingin
tahu.
“Ya,
saya cintakan awak!”
jawab Dr. Qasyiful
tegas.
Kening Zehan
terjungkit sebelah. “Kalau
macam tu, tawanlah
hati saya.” cabar
Zehan sambil bibirnya
terukir senyuman penuh
makna.
Dr.
Qasyiful tersenyum nipis.
“Apa yang saya
akan dapat kalau
berjaya?” tanya Dr.
Qasyiful sambil menjungkit
sebelah keningnya, seolah-olah
mencabar gadis di
hadapannya itu.
“Awak akan dapat hati
saya, Qasy.” jawab
Zehan malu-malu kucing.
He he he…
“Okey, saya
sahut cabaran awak!
Saya akan lakukan
apa aja untuk
buat awak jatuh
cinta pada saya,
Zehan.” balas Dr.
Qasyiful penuh berkobar-kobar.
Kening Zehan
terjungkit sebelah. “Okey,
semoga berjaya!” Serentak
itu, Zehan mengatur
langkah meninggalkan Dr.
Qasyiful sendirian di
situ.
(actually, ada lagi ni.. belum habis lagi.. hehehe..)