(Saat maut datang menjemput)
ZEHAN menyentuh 
lembut tangan Dr. 
Qasyiful. Bibirnya terukir 
senyuman kecil. “Qasy, 
awak betul-betul cintakan 
saya?” tanya Zehan 
perlahan. Wajah gadis 
cantik itu kelihatan 
begitu mendung sekali. 
Tidak seperti kebiasaannya.
 Dr. Qasyiful tertawa 
nipis. “Sayang, mestilah 
saya cintakan awak. I 
am truly, truly 
love you so 
much. Awak umpama 
lilin yang menerangi 
hidup saya, sayang. 
Tanpa awak, hidup 
saya akan jadi 
gelap gelita.” balas 
Dr. Qasyiful bersungguh-sungguh.
 Zehan 
menghela nafas lega 
apabila mendengar jawapan 
itu. Lapang dadanya 
mendengar pengakuan ikhlas 
tunangnya itu. “Terima 
kasih, Qasy. Awak 
bak nyawa saya. 
Saya tak boleh 
hidup tanpa awak. 
Saya juga cintakan 
awak, sayang.” luah 
Zehan bersungguh-sungguh.
 Dr. Qasyiful menguntum 
senyuman kecil. Tangan 
kanan Zehan dicapai. 
Lalu, gadis cantik 
itu mengucupnya penuh 
syadu. “Saya pun 
tak boleh hidup 
tanpa awak, Zehan. 
Tolong jangan pergi 
dari hidup saya, 
jangan tinggalkan saya.” 
balas Dr. Qasyiful 
bersungguh-sungguh.
 Zehan 
mengukir senyuman nipis. 
“Saya tak akan 
kemana-mana, Qasy. Saya 
tetap ada di 
sini, di samping 
awak.” balas Zehan 
kedengaran ikhlas.
 “Terima 
kasih, sayang.” tutur 
Dr. Qasyiful, lalu 
lelaki kacak itu 
menghela nafas lega.
 Bibir Zehan masih 
lagi terukir senyuman 
nipis. “Sama-sama, sayang.” 
jawab Zehan lembut.
 Dr. Qasyiful berdehem 
kecil. “Dah… dah… 
jom kita sambung 
makan. Perut saya 
dah berkeroncong minta 
diisi ni.” ajak 
Dr. Qasyiful beriya-iya. 
Dengan penuh berselera 
sekali, lelaki kacak 
itu menyuap nasi 
berlaukkan ayam masak 
lemak cili api 
ke dalam mulutnya.
 Zehan 
menghela nafas kecil. 
Lalu, bibirnya terukir 
senyuman nipis. Nasi 
berlaukkan ikan masak 
asam pedas itu 
hanya dijamah sedikit 
sahaja. Entah mengapa, 
seleranya seakan-akan mati.
 Ya Allah… kenapa 
dengan aku ni? 
Kenapa aku rasa 
macam tak sedap 
hati aja? Macam…. 
Subhanallah. Apa sebenarnya 
yang bakal berlaku? 
Tutur hati Zehan 
kedengaran lemah.
 Dr. Qasyiful mengalihkan 
pandangannya ke arah 
Zehan. Dahinya berkerut 
seribu apabila melihat 
telatah tunangnya itu. 
“Zehan?” Dr. Qasyiful 
menegur lembut.
 Zehan 
tersentak kecil. Serta-merta, 
segala lamunannya menghilang. 
Gadis cantik itu memandang kosong 
wajah tunangnya. Segaris 
senyuman hambar terukir 
di bibirnya. “Hurm?” 
Zehan membalas lemah.
 Dahi Dr. Qasyiful 
semakin berkerut. “Are you 
ok, sweetheart?” tanya 
Dr. Qasyiful ingin 
tahu.
 Zehan 
menghela sebuah keluhan 
panjang. “I’m okey, honey. 
Don’t worry about 
me.” balas Zehan 
perlahan.
 Kening Dr. Qasyiful 
terjungkit sebelah. Okey 
ke macam ni? 
Macam K.O aja. 
Getusnya dalam hati. “Are 
you sure?” Sekali 
lagi Dr. Qasyiful 
mengulangi pertanyaannya.
 Zehan 
mengangguk lemah. “I’m okey.” 
balas Zehan bersungguh-sungguh.
 Sejenak 
mereka terdiam. Melayani 
perasaan masing-masing.
 Dr. Qasyiful berkerut 
dahi. Hatinya disapa 
bimbang. Kenapa dengan 
tunang aku ni? 
Sejak dua menjak, 
gadis cantik itu 
sering bersikap aneh. 
Apa sebenarnya yang 
cuba diberitahu? Ya 
Allah… Hatinya menggumam 
sendirian.
 Zehan menarik nafas 
panjang. Lalu, menghembusnya 
secara perlahan-lahan. “Qasy?” 
Zehan menegur lembut. 
Nada suara gadis 
cantik itu kedengaran 
begitu lemah sekali.
 Dr. Qasyiful menguntum 
senyuman nipis. “Hurm?” 
balas Dr. Qasyiful 
lembut.
 Zehan 
mengukir senyuman nipis. 
Lalu, gadis cantik 
itu menggenggam kedua-dua 
belah tangan Dr. 
Qasyiful. “Kalau ada 
sesuatu yang berlaku 
pada saya, awak 
jangan sedih ya? 
Saya tak sanggup 
tengok kesedihan awak, 
Qasy. Air mata yang 
mengalir di pipi 
awak, menyakitkan hati 
saya.” pinta Zehan 
bersungguh-sungguh.
 Dr. Qasyiful terkesima. 
“Apa yang awak 
merepek ni, Zehan?” 
marah Dr. Qasyiful.
 Zehan 
menghela keluhan panjang. 
“Kita tak tahu, 
bila ajal kita. 
Kita hanya mampu 
berserah pada takdir 
Allah, Qasy. Kun 
Faya Kun. Allah 
kata jadi, maka 
jadilah ia.” balas 
Zehan perlahan. Seolah-olah 
sedang menyampaikan maksud 
tersirat di sebalik 
yang tersurat.
 Dr. Qasyiful tergamam. 
“Zehan?! Jauhnya awak 
berfikir, Zehan. Tak 
baik. Kita doakan 
yang terbaik untuk 
hubungan kita. Tolonglah 
jangan fkikir yang 
bukan-bukan, sayang."”
balas Dr. Qasyiful 
dengan nada suara 
tegas. 
 Zehan 
tersenyum hambar. “Kalau 
sesuatu berlaku pada 
diri saya, awak 
carilah wanita yang 
mampu menerima awak 
seadanya. Yang lebih 
baik dari saya.” 
rintih Zehan perlahan. 
Diiringi air mata 
yang mengalir di 
pipi gadis cantik 
itu.
 Dr. Qasyiful terkedu. 
Dia semakin hairan. 
“Zehan…”
 “Please… janji 
dengan saya ya?” 
potong Zehan sebelum 
sempat Dr. Qasyiful menghabiskan 
ayatnya.
 Dr. Qasyiful menghela 
keluhan berat. “Tapi…”
 “Qasy?” 
Sekali lagi Zehan 
memintas kata-kata Dr. 
Qasyiful.
 Dr. Qasyiful menguntum 
senyuman hambar. Lalu, 
lelaki kacak itu 
menggenggam lembut tangan 
Zehan. “Saya janji, 
Zehan.” janji Dr. 
Qasyiful perlahan.
 Kedengaran 
Zehan menarik nafas 
lega. “Terima kasih, 
Qasy.” balas Zehan 
perlahan.
 Dr. Qasyiful tidak 
membalas. Sebaliknya, lelaki 
kacak itu merenung 
sedalam-dalamnya wajah cantik 
tunangnya itu. Ya 
Allah… kenapa tunang 
aku bersikap aneh 
seperti itu? Apa 
sebenarnya yang akan 
berlaku, ya Allah?
---------
ZEHAN memandu 
tenang kereta Toyota 
Vios berwarna hitam 
berkilat miliknya melalui 
lebuhraya Karak-Bentong. Dia 
mahu pulang ke 
kampungnya yang terletak 
di Raub, Pahang 
bagi menguruskan majlis 
perkahwinannya yang bakal 
berlangsung tidak lama 
lagi. Gadis cantik itu 
menguntum senyuman nipis. 
Tiba-tiba, dia teringat 
kembali hari pertunangannya bersama 
Dr. Qasyiful 
 Saat itu, Zehan 
merasakan dialah gadis 
yang paling bertuah 
di dunia. Akhirnya, 
dia sah bergelar 
tunangan pada seorang 
lelaki yang bernama 
Qasyiful Hakim, lelaki 
yang sangat bereti 
buat dirinya. Sejujurnya, 
dia terlalu mencintai 
lelaki kacak itu.
 “Mana tunang kamu, 
Zehan?” tanya seorang 
wanita berumur dalam 
lingkungan 40an. 
 Zehan 
menguntum senyuman kecil. 
“Dia ada kat 
luar, mak cik 
Ina. Tengah bersembang 
dengan saudara-mara kat 
luar.” jawab Zehan 
serba ringkas.
 Wanita yang bernama 
Mak Cik Ina 
itu tersenyum lebar. 
“Tahniah ya, Zehan. 
Kamu dengan dia 
betul-betul sesuai. Sama 
cantik, sama padan. 
Bagai pinang dibelah 
dua.” puji Mak 
Cik Ina bersungguh-sungguh.
 Zehan 
tergelak kecil. “Terima 
kasih, mak cik.” 
ucap Zehan lembut.
 Apabila 
teringatkan kisah di hari pertunangannya, membuat 
Zehan tersenyum sendirian. 
“Qasy… Qasy… semua 
saudara-mara memuji kekacakan 
awak. Tapi, saya 
jatuh cinta bukan 
kerana tu, Qasy. 
Saya cintakan awak 
kerana peribadi awak. 
Awak terlalu istimewa, 
Qasy.” gerutu Zehan 
perlahan.
 Saat menuruni jalanraya 
yang berbukit dan 
berbengkang-bengkok, tanpa disedari 
sebuah kenderaan berpacuan 
empat roda yang 
memotongnya 
di lorong 
sebelah secara tiba-tiba 
sahaja terbabas. Lalu, 
kereta itu merempuh 
kereta yang dipandu 
Zehan.
 Zehan 
terkesima. “Astaghfiurlah al-azim…. 
Aaaa!” Jerit Zehan 
lantang. Rempuhan yang 
amat dasyat itu 
menyebabkan Zehan hilang 
pertimbangan. Lalu, kereta 
yang dipandunya merempuh 
pembahagi jalan. 
 Pommm!!! 
 Begitu kuat bunyi 
rempuhan itu kedengaran. 
Membuatkan kenderaan-kenderaan lain 
turut berhenti. Masing-masing 
berpusu-pusu menghulurkan pertolongan 
buat si mangsa.
 Darah merah pekat 
menyerbu keluar dari 
mulut Zehan. Darah 
merah pekat juga 
meleleh laju umpama 
lautan di kepalanya. 
Gadis cantik itu 
semakin lemah. Nafasnya 
kedengaran laju. Saat 
sakaratul maut datang 
menjemput terlalu menyakitkan. 
Fikirannya terbayang wajah 
Dr. Qasyiful, tunang 
yang terlalu dicintainya.
 “Qasy…” 
rintih Zehan perlahan.
 Akhirnya, 
matanya terpejam rapat. 
Lalu, gadis cantik 
itu terus menghembuskan 
nafasnya yang terakhir.
(Nantikan karya versi cetaknya di pasaran... berkemungkinan dalam bulan 7/8 .. doa2kan ya.. salam sayang dr Nurina Feeza)