DR.
QASYIFUL menyuap nasi berlaukkan ikan tiga rasa ke dalam
mulutnya. “Hmm… sedap juga ikan tiga rasa ni. Pandai kau cari kedai yang
menawarkan makanan sedap macam ni, Man,” pujinya sambil mengunyah makanannya.
Begitu berselera pemuda kacak itu menikmati makanannya. Dah macam gaya orang
setahun tidak makan. Kasihannya! Dr. Aiman tersengih. Bak kerang busuk sahaja lagaknya. “Well, you know me?Bab-bab mencari
kedai makan yang paling sedap, serah aje kat aku. Gerenti aku dapat cari kedai
makan yang terbaik punyalah. Haa… lepas ni, bolehlah promote dalam program Jalan-jalan Cari Makan. Wah, bolehlah merasa
jadi orang terkenal lepas ni,” guraunya. Dia
ketawa besar.
Dr. Qasyiful tersenyum. “Bab nak promote dalam program TV3 tu memang aku setuju seratus-peratus,
Man. Makanan kat kedai ni memang sedap sehingga menjilat jari. Tak rugi kita
makan kat sini, Man,” balasnya.
Dr. Aiman mengangguk. “Haa… tau tak apa. Akukan kaki
makan, sure aku promotepunyalah. Manalah tahu, kot-kot dapat makan free.” Dia ketawa.
Dr. Qasyiful mencebik. “Yalah, bab-bab makan ni serah aje
kat kau. Kau makan sampai licin, tak ada satu pun yang tinggal dalam pinggan
kau kecuali tulang,” perlinya, selamba.
Dr. Aiman tersengih. “Eh… haruslah macam tu, Qasy. Orang
cakap… rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.”
Dr. Qasyiful menggeleng. Aiman… Aiman… “Kau tu memanglah,
hantu makan. Tapi aku peliklah, Man,” tambahnya lagi. Segaris senyuman penuh
makna terukir di bibirnya.
Kening Dr. Aiman terangkat sebelah. Siap menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal
lagi. “Pelik? Kenapa pula?” soalnya hairan. Aku ada tanduk ke?
Dr. Qasyiful masih lagi tersenyum penuh makna. “Yalah…
aku peliklah juga. Badan kau tetap kurus melidi walaupun kau makan macam
setahun tak pernah jumpa makanan,” usiknya selamba. Dia ketawa besar.
Mata Dr. Aiman membuntang. “Ewah, suka-suka kau mengutuk
aku, ya? Kau kena faham Qasy, itulah keistimewaan aku. Makanlah banyak mana
pun, badan tetap kurus melidi dan muka tetap tampan macam pelakon Jericho
Rosales,” balasnya selamba. Masuk bakul angkat sendiri.
Dr. Qasyiful mencebik. “Hee, tolonglah! Jangan buat
propagandalah, kawan. Ada hati nak jadi macam Jericho Rosales konon! Pirraahhh!
Jericho Rosales tu lagi kacak dari Dr. Aiman Adli tau!”
Dr. Aiman tersengih. Keningnya terjungkit sebelah. “Bukan
propaganda okey, tapi kenyataan.”
Dr. Qasyiful menggeleng. Kalau berlaga mulut dengan Dr.
Aiman, dia memang tidak pernah menang. Argh! “Dahlah, kau menang! Malas aku nak
layan kau.”
Dr. Aiman tersengih. “Ha ha ha... pemenangnya adalah Dr.
Aiman! 1-0. Horreeyy!” Dia ketawa.
Dr. Qasyiful tidak membalas. Sebaliknya, pemuda kacak itu
masih lagi menggeleng apabila melihat sikap gila-gila kawan baiknya itu. Aiman…
Aiman… sengal bin ubi keledek betul!
Sejenak mereka terdiam sambil
menikmati hidangan yang tersedia di atas meja.
Ehem! Dr. Qasyiful berdehem kecil. “Err… Man?”
Dr. Aiman yang sedang menyuap nasi ke dalam mulut
memandang wajah Dr. Qasyiful. “Apa dia, Qasy?” balasnya ingin tahu.
Dr. Qasyiful melepaskan keluhan kecil. Wajahnya bertukar
menjadi pucat lesi, macam kena sedut darah dengan hantu pontianak. “Kau kenal
Datuk Harris, kan?” soalnya perlahan.
Dr. Aiman diam. Dia cuba mengingati sebaris nama yang
meniti di bibir kawan baiknya itu. “Haa.. ingat! Kenapa dengan dia, Qasy?”
balasnya lalu menghirup sedikit air sirap limaunya.
Dr. Qasyiful mengeluh panjang. “Dia nak aku berkahwin
dengan anak dia, Erena Amani,” balasnya dengan suara lemah.
Dr. Aiman yang sedang minumnya terus tersedak. Dia
menggosok-gosok dadanya.
Dr. Qasyiful serba salah. “Eh, kau okey ke ni?” soalnya
sambil menggosok belakang tubuh Dr. Aiman.
Merah mata Dr. Aiman dek kerana terkejut mendengar berita
yang disampaikan itu. “Tak, aku tak okey! Qasy, mestilah aku terkejut dengan
berita kau ni.”
Dr. Qasyiful mengeluh. “Bukan kau seorang aje, aku pun
terkejut, Man. Yalah… angin tak ada, ribut tak ada, taufan jauhlah sekali…
tiba-tiba aje Uncle Harris minta aku kahwin dengan anak dia.”
“Datuk Harris dah fikir masak-masak ke, Qasy? Qasy, Rena
tu baru 19 tahun sedangkan kau dah 29 tahun. Jauh tau perbezaan umur kau orang.
Kenapa Datuk Harris boleh buat keputusan macam tu sekali, Qasy?” soal Dr. Aiman
ingin tahu.
Dr. Qasyiful mengeluh. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak
gatal. “Entahlah Man, aku sendiri pun tak tahu. Aku pun tertanya-tanya juga.
Apa kelebihan aku sampaikan dia boleh buat keputusan drastik macam tu? Aku tahu
Man, perbezaan umur kami memang terlalu besar. Aku dah cuba cakap, tapi dia
tetap dengan keputusan dia. Dia nak aku kahwin dengan Erena. Aku serba salah,
Man. Lagipun, Datuk Harris dah banyak bantu kita.”
Kening Dr. Aiman terangkat sebelah. Sebenarnya, dia lebih
tertarik dengan perkataan ‘serba salah’. “Jadi, apa keputusan kau? Kau terima
permintaan Datuk Harris atau kau tolak?” soalnya ingin tahu. Siap tayang muka
serius lagi.
Dr. Qasyiful mengeluh panjang. Lalu, pemuda kacak itu
mengangguk lemah. “Aku terima, Man,” balasnya perlahan.
Dr. Aiman ternganga luas. “Hah?!” Dia terkejut.
ERENA memandang mamanya
yang sedang leka menyiapkan juadah makan malam di sebalik dinding dapur. Dia
bersandar di tepi dinding itu.
Erena menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Mulutnya
muncung panjang bak kartun Donald Duck. ‘Betul ke apa yang aku buat ni?’ desisnya
keliru.
Spontan, cadangan Fina tempoh hari kembali
terngiang-ngiang di cuping telinganya.
“Kau ni… tu pun boleh nak fikir ke? Apa susah, Rena? Kau
minta tolong Auntie Katrina la. Manalah tahu kot-kot mama kau boleh pujuk Uncle
Harris,” cadangnya bersungguh-sungguh.
Erena menarik muncung panjang. “Err… nak buat macam mana,
Fina? Aku blur la,” balasnya sambil
menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
Fina mendengus geram. “Kawan aku ni, apa pasallah bengap
sangat, hah? Rena, kau buat baiklah dengan mama kau. Tolong memasak kat dapur
ke, tolong mengurut mama kau ke? Pandai-pandailah kau cari jalan untuk ambil
hati mama kau. Takkanlah benda senang macam tu pun kena ajar?” katanya geram.
Hisy, otak jammed betul! Ketuk sekali
dengan hammer,baru nak elok kot?
bebel hatinya geram.
Erena kembali semula ke alam nyata. Dia mengeluh panjang.
Sekali lagi dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. ‘Buat baik dengan
mama? Err… rancangan Fina ni boleh membuahkan hasil ke?’
Erena mengetuk dagunya, seakan sedang memikirkan sesuatu.
“Tak apalah, cuba ajelah. Manalah tahu kot-kot berhasil,” tambahnya lagi.
Erena menarik nafas panjang lalu menghembusnya secara
perlahan-lahan. ‘Relax Erena Amani, you
can do it! Yes, I can do it!Lagipun, benda ni simple aje, kan? Apa susah, Rena? Kau buat muka babyface aje, gerenti mama cair
punyalah,’ pujuk hatinya.
Erena mengatur langkah perlahan menuju ke arah mama yang
sedang sibuk memotong ubi kentang. Sekali lagi dia menarik nafas panjang.
Tenang, Erena Amani!
Ehem! Dia berdehem. “Mama?” tegurnya lembut. Bibirnya
terukir senyuman.
“Hmm, kenapa?”
soal Datin Katrina acuh tidak acuh.
Gulp! Erena meneguk liur. Sedaya upaya dia menahan rasa
gugupnya. “Err… ada apa-apa ke yang Rena boleh tolong?” tegurnya, lembut. Dia
siap tayang muka babyfacenyalagi.
Almaklumlah, nak ambil hati mamalah katakan.
Datin Katrina yang sedang memotong kentang, terkejut
mendengar pertanyaan itu. Dia memandang Erena. Dahinya berkerut seribu. “Rena
nak tolong mama kat dapur? Err… Rena demam ke?” soalnya ingin tahu.
Erena mengetap bibir. Dia tergamam mendengar soalan
mamanya. Dush, ambil kau! Kan dah kena sebiji, tepat mengena ke batang hidung
sendiri pula tu. Padan dengan muka kau, Erena!
Dia mendengus. Hisy, kalau bukan disebabkan papa, tak
adanya aku nak merajinkan diri menolong mama di dapur. Aku bukan suka dengan
bau asap, alergi kot, gumam hatinya geram. Argh, semua ni papa punya pasallah.
Erena mengukir senyuman payah. Err... rasa macam tak
ikhlas aje. Argh, tak kisahlah! Janji rancangan aku ni berhasil. “Mama ni, ada
pula cakap macam tu. Ooo, nak kena tunggu demam dululah, baru boleh tolong?
Rena okeylah, mama. Err… kenapa mama tanya macam tu pula?” soalnya sedikit
gugup. Sedaya upaya dia berlakon baik di depan mamanya. Harap-harap, mama tak
perasanlah.
Datin Katrina tergelak sinis. Keningnya terjungkit
sebelah. “Ya ke ni? Rena yang mama kenal, bukan macam ni orangnya. Setahu
mamalah, Rena tak pernah tolong mama di dapur. Yalah, Renakan tak suka dengan
bau asap, alergi kan? Hari ni, rajin pula nak tolong mama. Ada apa-apa ke ni,
Rena?” sindirnya pedas.
Erena tergamam. Eh, mama ni macam tahu-tahu aje. Hah… tak
boleh jadi ni! Jangan terkantoi depan mama sudahlah! “Err…. hmm… mana ada,
mama. Rena nak tolong mama di dapur aje,” balas Erena tergagap-gagap.
Terketar-ketar tangannya membantu mama menyusun hidangan yang sudah siap di
atas meja.
Kening Datin Katrina terangkat sebelah. Erena… Erena… ni
mesti kes nak minta tolong mama. Jangan berlakon depan mamalah. Mama dapat baca
apa yang sedang bersarat dalam kepala Rena, gumamnya di dalam hati.
“Rena, mari sini,”
panggil Datin Katrina lembut. Dia melabuhkan duduk di meja makan.
Bagaikan lembu dicucuk hidung, Erena menuruti sahaja
permintaan mamanya.
Sejenak mereka terdiam, melayani perasaan masing-masing.
Datin Katrina merenung tajam wajah Erena, sengaja mahu
menerbitkan rasa tidak selesa di hati anak perempuannya itu.
Erena tertunduk, merenung lantai. Dia tidak betah
berlawan mata dengan mama, bimbang jika niat sebenarnya terbongkar.
Datin Katrina mengukir senyuman penuh makna. “Terus
terang ajelah, Rena. Jangan sembunyikannya lagi. Mama dapat tafsir apa
sebenarnya yang sedang bermain di fikiran Rena.”
Erena tersentak. “Err…”
Datin Katrina tersenyum sinis. Keningnya terjungkit
sebelah. “Tak payah nak err… err… sangatlah, Rena. Mama kenal Rena. Jangan nak
berlakon depan mama lagi. Mama tahu, ada sesuatu yang Rena fikirkan,” perlinya
lagi.
Erena tergamam. “A... apa maksud mama?”
Datin Katrina tersenyum sinis. “You know what I mean,”perlinya lagi.
Erena terdiam. Tidak tahu jawapan apa yang harus
diberikan pada mama. Alamak, terkantoi sudah! Mama memang pandai meneka. Ah,
mama memang hebat!
Erena mengeluh. Gadis itu menggaru-garu kepalanya yang
tidak gatal. “Sebenarnya mama… sebenarnya, Rena nak minta tolong mama. Mama
tolong pujuk papa supaya batalkan niat untuk mengahwinkan Rena, ya? Mama, Rena
tak nak kahwin lagi.”
Datin Katrina tersenyum. “Mama dah agak, mesti ada
sesuatu punyalah. Sebab tulah, Rena berpura-pura menolong mama di dapur. Memang
ada udang di sebalik mi goreng mamak rupanya,”
perli Datin Katrina lagi.
Erena menarik muncung Donald Duck. “Mama, janganlah
menyindir Rena lagi. Tolonglah mama, pujuk papa supaya batalkan niat untuk
kahwinkan Rena. Rena tak nak kahwin. Tolong ya, mama?” pujuknya
bersungguh-sungguh.
Bagaikan polis trafik yang sedang bertugas di jalan raya,
Datin Katrina menggoyang jari telunjuknya di hadapan Erena. “Mama tak nak
tolong, Rena. Lagipun, mama setuju dengan rancangan papa. Sama ada Rena suka
ataupun tidak, Rena bakal berkahwin tidak lama lagi,” balasnya tegas.
Erena menghentak kaki bagaikan kanak-kanak kecil yang
mahukan ais krim. “Tolonglah mama, Rena tak nak kahwin! Mama, Rena muda lagi.
Tolonglah mama, pujuk papa supaya batalkan rancangan gila ni,” bentaknya.
Datin Katrina tersenyum sinis lalu wanita itu mendekatkan
wajahnya dengan wajah Erena. “Betul ke Rena nak mama tolong?” soalnya. Siap
menayang muka selamba badaknya lagi.
Beria-ia Erena mengangguk, tanda bahawa dirinya
benar-benar memerlukan pertolongan mama. “Please,
mama,” rayunya bersungguh-sungguh.
Datin Katrina tersenyum penuh makna. “Cakap sendiri
dengan papa, mama tak nak tolong. Sebab mama sendiri pun dah setuju,” balasnya
selamba.
Erena tersentak kecil. “Mama!”
Datin Katrina masih lagi tersenyum penuh makna. “The answer is still no!Dahlah, mama
nak sambung memasak. Kejap lagi papa balik, Rena cakaplah sendiri dengan papa.
Mama tak nak masuk campur,” celahnya selamba. Lalu, wanita itu meneruskan
kembali kerjanya yang terbengkalai tadi.
Erena membentak. Siap menghentak kakinya lagi. Bagaikan
sedang berkawad. ‘Aduh, mama sendiri pun tak nak tolong! Macam mana ni?’
bentaknya geram.
‘Bagaimana aku nak cari jalan, ya? Aku tak nak kahwin
lagi! Tapi… hmm!” keluhnya untuk kesekian kalinya.