9
RESTORAN mewah di
tengah-tengah ibu kota itu menjadi tempat pertemuan Melisa dengan wartawan
bergeraknya.
Mira tersenyum lebar
memandang idolanya. Wanita berskirt merah menyala itu benar-benar tampak seksi dan
anggun di matanya.
‘Kalau aku pun dah
terpegun, macam manalah agaknya ya mamat-mamat berhidung belang dekat luar sana
kalau bertemu pandang dengan idola aku ni?’ bisik hati Mira.
“Mira... you nak orderapa?” Lembut Melisa bertanya
kepada wanita di hadapannya. Dia harus pandai berlakon dengan ‘penyampai
beritanya’ itu.
“Saya orderapa yang Cik Melisa orderlah,” jawab Mira.
“Okey. Kalau macam tu
beri kami dua latte ya.” Melisa bersuara ramah dengan waiteryang sedang mengambil pesanannya itu. Dia turut mengukirkan
segaris senyuman sebelum waiter itu
berlalu dari mejanya.
“So... apa story yang you bawa
kali ni?” Melisa mengalihkan semula pandangannya ke arah Mira.
“Ha... kali ni I
bawakan storyyang memang meletup
buat Cik Melisa.” Gaya kepohci Mira sudah menjelma.
“Apa dia?” soal Melisa
tidak sabar. Dia benar-benar ingin mengetahui story tentang lelaki idamannya itu. Apa lagi gosip yang telah
dilakukan oleh lelaki itu sehingga terdesak sekali wartawan bergeraknya itu
hendak bertemu dengannya?
“Cik Melisa tahu tak
yang kekasih hati aka bakal isteri
En. Asyraf sekarang ni sudah bekerja di Syarikat SCA Sdn. Bhd...” Gaya kepohci
masih dikekalkan oleh Mira.
“What?!!!” melengking
suara Melisa. Menyinga wajahnya.
Terkejut Mira dengan sikap
idolanya itu. Wajah yang ‘bercat’ cantik itu sudah bertukar ronanya.
‘Macam pontianak pun
ada, aku tengok muka idola aku ni... seram aku,’ gerun hati Mira.
“Siapa perempuan tak
guna tu?! Berani dia nak merampas Asyraf daripada I!” Masih tinggi suara Melisa.
“Namanya Juliana.
Budaknya boleh tahanlah. Muka dia macam kacukan Cina je,” tutur Mira.
Sejenak, Melisa
teringatkan tentang pertemuan semalam. Pertemuannya dengan seorang wanita yang
‘diiktiraf’ oleh Asyraf sebagai kekasih hatinya. Mungkinkah wanita yang sedang
diperkatakan oleh Mira tika ini adalah insan sama yang telah ditemuinya
semalam?
“Juliana... you ada
gambar dia?” Sudah merendah suara Melisa.
Segera Mira
mengeluarkan handphonenya. Dia
menyentuh skrin handphonenya itu
beberapa kali sebelum gajet itu diserahkan kepada Melisa.
‘Tak guna! Memang
inilah perempuan yang aku temui semalam! Ternyata yang Asyraf betul-betul sedang
menjalinkan hubungan dengan perempuan ni!’ amuk hati Melisa dan semerta
wajahnya kembali menyinga.
“Cik Melisa okey ke?”
soal Mira apabila dilihatnya kemarahan kian menyala di seraut wajah putih di
hadapannya itu.
Melisa tidak menjawab
apa terhadap persoalan Mira. Dia menyerahkan kembali handphone yang sedang dipegangnya kepada pemilik asalnya.
Wajah Melisa masih menyinga
di saat waiter yang sama mengambil
pesanannya tadi datang kembali membawa dua gelas latte. Ucapan terima kasih
langsung tidak dituturkan kepada waiter
tersebut. Hanya Mira sahaja yang memaniskan wajahnya.
“Tak guna punya
perempuan! Ada hati kau nak berebut Asyraf daripada aku!” bentak Melisa
tiba-tiba.
“Sabar Cik Melisa. I
tak rasa yang perempuan tu dapat menandingi diri you. You cantik, terkenal dan
yang penting you merupakan seorang model yang sudah mengukir nama! Perempuan tu
cuma setiausaha je di syarikat kami,” pujuk Mira. Dia tidak mahu emosi idolanya
itu terus-terusan terganggu.
“Ooo... kiranya
perempuan tu seorang setiausahalah,” sinis Melisa.
“Ha’ah. Dia merupakan
setiausaha kepada En. Asyraf,” jelas Mira sebelum meneguk sedikit latte di
hadapannya itu.
Kemarahan membuak
kembali di dalam diri Melisa, “Sampai hati kau Asyraf... aku tunggu kau! Tapi
ini balasan kau pada aku!”
Mira hanya membisukan
sahaja mulutnya saat kemarahan terpacul keluar dari bibir idolanya itu.
“Mira, I nak you tolong
jadi ‘mata-mata’ I di syarikat tu. Faham!” Permintaan di dalam bentuk paksaan
Melisa tuturkan.
‘Bukan ke selama ni memang
aku yang jadi ‘mata-mata’ kau?’ soal hati Mira. Namun anggukan tetap jua
diberikan.
“Mulai saat ini, I nak
you intip setiap gerak geri perempuan tu. Dengan siapa dia datang kerja, dengan
siapa dia balik kerja dan yang paling penting sekali I nak tahu alamat tempat
tinggal dia. Faham?!” Serius benar wajah Melisa tika ini.
“Faham Cik Melisa.”
Laju, Mira menjawab.
Melisa menghembuskan
nafasnya berat sebelum dia turut meneguk sedikit latte yang dipesannya tadi.
Diharapkannya agar minuman itu dapat meredakan sedikit amukan di jiwanya.
“Cik Melisa...”
Perlahan suara Mira.
“Ada apa?” soal Melisa
dan memandang tepat ke wajah wartawan bergeraknya itu.
“Emm... macam mana
dengan upah I?” soal Mira sambil tersenyum sipu.
Menyampah Melisa
memandang riak wajah Mira itu, ‘Sikit-sikit nak upah!’ bentak hatinya. Tetapi
tangannya cepat sahaja menyeluk tas tangannya. Dia mengeluarkan buku cek dan
sekeping cek ditarik setelah sejumlah angka ditulis di dadanya.
‘RM 2000... wah! Kalau
macam ni kayalah aku!’ riang hati Mira bersama senyuman yang membunga.
“Ingat! I boleh bagi
you lebih daripada itu. Tapi dengan satu syarat!” Tajam sepasang mata milik
Melisa memanah pandangan insan di hadapannya.
“Bukan setakat satu.
Lebih daripada satu pun syaratnya, akan I turuti,” senyuman masih kekal di
wajah Mira.
“I nak you rahsiakan
setiap pertemuan kita. I tak nak Asyraf syak apa-apa! Faham?!” Tegas Melisa.
“Faham Cik Melisa! Biar
pecah di perut jangan pecah di mulut.” Laju, Mira menjawab.
“Bagus! I suka
berurusan dengan orang yang terlebih ‘amanah’ macam you ni,” perli Melisa.
Namun perlian Melisa itu disalahertikan sebagai
pujian oleh Mira. Semakin lebar senyuman Mira.
‘Bodoh!’ penghinaan
pula segera hadir di hati Melisa.
“Cik Melisa... Emm...
masih ada satu perkara lagi yang pernah Cik Melisa janjikan. Tapi sampai
sekarang Cik Melisa tak pernah tunaikan.” Begitu berhati-hati Mira menuturkan
tiap patah perkataannya.
“Apa dia?” Sudah
terangkat, kening Melisa.
“Pasal... pasal dunia
modeling. Cik Melisa pernah berjanji untuk membawa saya masuk ke dunia modeling
kalau saya membantu Cik Melisa mendapatkan En. Asyraf.” Masih perlahan suara
Mira.
“Memang! Memang I ada
janji. Tapi masalahnya sekarang ni I belum lagi dapat memiliki Asyraf. So... selagi Asyraf belum menjadi milik
mutlak I selagi itulah I takkan tunaikan janji I,” bongkak Melisa berkata-kata
sebelum dia memakai kembali kaca mata hitamnya dan bangkit untuk meninggalkan
wartawan bergeraknya itu seorang diri.
‘Pendek macam itik, ada
hati nak jadi model!’ sinis, penghinaan di hatinya ditujukan buat Mira.
Senyuman perlian pula jelas terukir di bibirnya saat dia sudah melangkah jauh.
Namun senyumannya itu
bagaikan termati saat handphonenya
berdering kembali. Dia tahu siapakah yang sedang menghubunginya. Pasti ‘client’ tua yang bakal dilayaninya
sebentar nanti sudah menantikan kehadirannya. Biarpun malas, Melisa menjawab
jua panggilan telefon daripada ‘lubuk emasnya’ itu.
“Hai, Dato... you dah
sampai di hotel ya. Tunggu ya, sekejap lagi I sampai. Tunggu tau. Miss you. Mmmuahhh...” gedik sudah
menguasai intonasi manja yang dibuat-buat oleh Melisa.