Sepeninggalan Tuan Daniel dan Puan Suzi ke pejabat,Hardy menunjukkan taring. ‘Tanduk’
mula tumbuh di kepalanya. Memang peluang itulah yang ditunggu-tunggu. Dia mesti
menunjukkan kepada Nadira hanya dia yang layak menjadi anak Tuan Daniel dan
Puan Suzi. Misi sedang diatur. |
Dia
mahu Nadira meninggalkan kediaman itu. Biar dia terus menghuni Ulu Telom dan
tidak akan pernah datang semula ke Taman Bukit Jaya. Sejak tadi Nadira hanya
mengekori ke mana sajaSulastri,pembantu rumah mereka pergi.
Sulastri
yang menguruskan dapur itu membiarkan saja. Dia tahu Nadira masih belum dapat
menyesuaikan diri sebagai ahli baru di dalam keluarga itu.
“Cik,
kenapa belum makan pagi?” Selepas beberapa lama, Sulastri berasa kasihan pula
melihat Nadira yang masih tidak menjamah sarapan pagi.
Nadira
hanya menggeleng. Hatinya belum aman. Debarannya tidak menentu. Kediaman yang
mewah dan cantik itu dirasakan sangat menakutkan. Tidak ubah seperti kandang
singa dengan seekor singa ganas bernama Hardy. Setiap kali terlihat kelibat
Hardy, diagugup.
“Bik
Sulastri!” jerit Hardy dari arah ruang tamu.
Jeritan
Hardy membuatkan Nadira tersentak. Pertama kali mendengar jeritan yang
menakutkan itu.
“Iya...
iya... bibik datang.” Sulastri berlarian seperti tidak cukup lantai. Dia tahu
jika Hardy sudah naik angin, mengalahkan puting beliung. Mujur kediaman mewah
itu terbina daripada konkrit yang kukuh. Kalau tidak, tentu saja bumbung akan
roboh dan lantai akan terbenam ke dalam tanah.
“Bik,
buatkan aku Lemon Tea!” arah Hardy.
“Baik...
bibik buat sekarang.”
“Bukan!
Bukan!”
“Apa
yang bukan, tuan muda?” Sulastri keliru. Sekejap mahu sekejap bukan. Pusing
kepalanya memikirkan ragam Hardy.
“Aku
nak budak kampung tu buatkan untuk aku! Bibik jangan pandai-pandai nak bantu
dia. Kalau aku tau nanti susah bibik!” ujar dengan nada sombong.
Sulastri
menggaru kepala. Puan Suzi telah mengingatkannya supaya dia menjaga Nadira
sepanjang wanita itu tidak berada di rumah. Membayangkan muka Nadira, dia
kasihan. Melihat Hardy yang seperti singa lapar pula dia tidak menentu.
Sudahnya Sulastri masih berdiri di situ. Tegak seperti patung.
“Tak
dengar ke, bik?” Suara Hardy agak perlahan. Gigi piano ditekan satu per satu.
Alunannya membuatkan badannya bergerak ke kanan dan ke kiri. Menghayati.
“Dia
budak lagi, tuan muda. Lagipun itu kerja bibik. Kalau puan tahu, matilah
bibik.” Sulastri cuba untuk menyelamatkan Nadira daripada menjadi mangsa buli
Hardy.
“Bibik
jangan takut. Kalau bibik mati, kami akan hantar mayat bibik naik kapal
terbang. Hantar balik ke Indon dengan selamat,” tutur Hardy selamba. Sengaja
mahu menyakiti hati pembantu rumah yang berumur 35 tahun. Melihat muka bibik
yang menahan geram, dia geli hati. “Kalau bibik tak nak cakap, biar aku yang
cakap. Panggil dia sekarang!” arahnya.
“Tapi,
tuan muda...”
“Panggil
dia, bibik!” bentak Hardy apabila Sulastri masih teragak-agak.
Terkedek-kedek
Sulastri pergi untuk mendapatkan Nadira yang berada di dapur. Tiba di dapur
dilihatnya Nadira berada di sebelah peti sejuk besar. Mencangkung dengan muka
kelam. Dia menggaru kepala lagi. Tidak tahu apa yang harus dilakukan.
Jika
tidak diturutkan, singa lapar yang sedang bermain piano itu akan menerkamnya.
Mencarik-carik kulitnya sampai berdarah dan membahamnya sampai hilang nyawa.
Kemudian mayatnya akan dihantar balik ke Indonesia dengan kapal terbang.
“Cik...
tuan muda panggil.”
“Kenapa
panggil cik? Tak suka... nama saya Nadira.”
“Iyalah...
Nadira. Tuan muda panggil.”
“Takut...
bibik ikut Nadira.” Lutut Nadira sudah ketar. Dahinya berpeluh dan gigi atas
bawahnya seakan-akan berlaga. Takutnya bukan main-main.
Kerana
kasihan melihat Nadira, Sulastri sanggup menemani. Biar sama-sama berhadapan
dengan Hardy. Kalau Hardy marah, biar kedua-duanya dimarahi. Mereka berpegangan
tangan. Dia mendapati tapak tangan Nadira sejuk seperti air batu. Mukanya
pucat.
“Tuan
muda...” Mereka telah berdiri di belakang Hardy.
Hardy
tidak terus menoleh. Dia memainkan lagi sebuah lagu. Dengan penuh perasaan.
Terpejam-pejam matanya. Sulastri dan Nadira tetap menunggu. Nadira menggenggam
kuat tangan Sulastri. Dia mula membayangkan perkara yang menakutkan akan
berlaku.
“Bibik
boleh pergi.” Sebaik menoleh, Hardy mengarahkan Sulastri meninggalkan tempat
itu.
“Tapi
tu...”
“Aku
kata bibik pergi... bibik pergi! Nak aku jerit bagi bibik faham?!” herdik
Hardy.
Sulastri
melepaskan genggaman tangan Nadira. Dia berlalu tanpa memandang Nadira. Tidak
sanggup dia melihat Nadira menjadi mangsa buli Hardy. Apa boleh buat, dia hanya
makan gaji. Mencari rezeki untuk keluarga yang ditinggalkan jauh di seberang.
Hardy
memusingkan badan. Memandang tepat wajah Nadira yang basah dengan air mata. Dia
tersengih nakal.
Terasa
mahu terkeluar jantung Nadira. Badannya sudah kuyup dengan peluh. Zariq! Tolong
aku! Hatinya menjerit. Ah! Zariq jauh. Dia tidak akan mendengar.
“Comel
jugak kau ni! Cuba tunjuk muka kau.”
Suara
Hardy membuatkan dada Nadira sesak. Diamembatu tanpa mahu mengalihkan tapak
tangannya.
“Boleh
tahan degil! Alihkan tangan kau tu! Tak dengar ke?” perintah Hardy lagi.
Dengan
ketar Nadira mengalihkan tapak tangannya. Dia benci kerana terpaksa melakukan
apa yang tidak disukainya.
Hardy
menang! Langkah pertamanya sudah berjaya. Dia mahu memastikan tidak sampai
sebulan Nadira akan meninggalkan kediaman mewah itu.
“Putihnya
kau. Kau ni Melayu ke mat salih, hah?”
Nadira
terasa mahu menjerit. Seksanya berada di rumah besar itu! Di Rumah Al-Mustaqim
ada Haji Embong, ada Mak Som dan paling penting ada Zariq. Ah! Zariq pun
berbohong! Mengelak daripada berjumpa dengannya sewaktu dia mahu pergi
meninggalkan rumah itu.
“Budak
kampung memang pekak, eh? Susah ke nak jawab? Kau ni Melayu ke mat salih?”
Hardy bangun dari kerusi lalu berdiri di depan Nadira dengan bercekak pinggang.
Nadira
menggeleng. Dia tidak pasti dirinya Melayu atau mat salih. Apa yang dia tahu
keluarga besarnya di Rumah Al-Mustaqim adalah Melayu. Lagipun apa pentingnya
Melayu atau mat salih?
Bagaimana
dia hendak tahu keturunannya sedangkan sewaktu masuk ke Rumah Al-Mustaqim dia
masih tidak kenal dunia? Masih terlalu kecil. Dia juga tidak pernah bertanya
Mak Som atau Haji Embong asal usul keturunannya.
“Hmm...
apalah mama aku ni. Macam mana boleh suka dia ni? Dahlah pekak, bisu pulak tu.”
Hardy berjalan mengelilingi Nadira mengamati budak perempuan itu.
Tegak
bulu roma Nadira. Bertambah kecut perutnya.
“Kau
pandai bancuh air tak?”
Nadira
menggeleng lagi.
Hardy
semakin galak mahu membuli. Biar budak kampung itu tahu langit tinggi atau
rendah. Senang-senang saja mahu menjadi keluarganya.
“Apa
yang kau tau?” Keras suara Hardy.
“Sa...
sapu lantai!”
Terpacul
jawapan Nadira. Memang hanya itu yang dia tahu. Di Rumah Al-Mustaqim,
kerja-kerja dapur diuruskan oleh Mak Som. Dia berharap jawapannya akan
membuatkan Hardy puas hati dan tidak
akan membulinya lagi.
“Tu
aje?” Hardy merengus. Kalau boleh mahu dicekiknya budak kampung itu.
Nadira
terangguk-angguk lagi. Terasa mahu pengsan apabila terpaksa berhadapan dengan
Hardy begitu lama. Kalaulah dia ada kuasa, mahu saja dia mengghaibkan diri.
Sayangnya dia bukan ahli sihir, apatah lagi wira-wira di dalam filem Inggeris.
Dia hanya Nadira, seorang yatim piatu yang tidak pernah kenal ayah dan ibunya.
“Bodoh!
Itu pun tak tau! Pergilah, aku tak nak tengok muka kau!” jerkah Hardy tanpa
timbang rasa.
Lega
hati Nadira bila diarahkan pergi. Kalau boleh dia mahu berlari naik ke tingkat
atas lalu mengurungkan diri di dalam bilik sehingga Puan Suzi balik. Dia
memusingkan badannya lalu mula melangkah.
Hardy
pantas memintas. Kakinya menghadang.
Nadira
jatuh tersungkur. Mukanya tersembam ke lantai. Perlahan-lahan dia bangun
semula. Bibirnya terasa berdenyut dan pedih. Dia menyentuh bibirnya. Dilihatnya
darah merah cair di jarinya.
Wajah
Hardy berubah. Bukan rasa bersalah, jauh sekali hendak membantu. Dia khuatir
kalau Nadira akan mengadu pada mama dan papanya. Dia tidak mahu misinya
terbengkalai separuh jalan. Dia mesti memastikan apa yang sudah dimulakan akan
diakhiri dengan kemenangan. Lagi pula peperangan baru saja bermula. Dia mesti
menang!
“Sakit?”
Tiba-tiba dia bertanya.
Sudah
tahu, ada hati pula bertanya. Benarlah jangkaan Nadira, Hardy budak jahat!
“Sakit
ke?” ulang Hardy apabila Nadira membatukan diri. Terasa sedang bercakap dengan
tunggul. Anginnya yang baru mula surut, naik semula.
Terasa
diri dipermainkan, Nadira memberanikan diri menjeling tajam pada Hardy. Tanpa
berkelip. Kalau boleh mahu ditampar muka Hardy atau dicucuk mata Hardy dengan
hujung jarinya yang runcing. Biar Hardy menjerit-jerit kesakitan.
Selama
beberapa minit mereka terus bertentang mata. Mata Hardy mulai panas. Tidak
selesa. Untuk mengalah tidak sama sekali. Mana boleh diberi muka pada budak
kampung yang tidak tahu asal usul itu? Dia cuba untuk terus bertahan. Lelaki
mana boleh kalah dengan perempuan!
Nadira
juga masih memandang tepat ke anak mata Hardy. Setelah agak lama, kelopak
matanya mengerdip.
‘Alahai...
comel pulak bila dia macam tu! Cantiknya mata dia.’ Sempat juga hatinya
berbisik memuji Nadira. Hati itu mula lembik. Cair. ‘Eh, mana boleh? Dia tetap
bukan adik aku!’ ‘Tanduk’ Hardy tumbuh lagi.
Setelah
lama tegak di situ, Nadira berasa penat. Bibirnya yang pecah terasa sakit.
Lebih baik dia pergi saja daripada terus menghadap budak jahat yang menyakitkan
hati. Dia berpaling mahu beredar.
Cepat-cepat
Hardy menghalang. Ada sesuatu yang mahu disampaikan.“Kalau kau beritahu mama,
siap kau! Jangan sampai mama tau!” ugutnya.
Nadira
terus beredar tanpa bersuara. Dia mahu naik ke tingkat atas. Masuk ke dalam bilik
dan mengunci dari dalam. Kemudian melihat bibirnya yang pecah di cermin solek.
Selepas itu dia akan senyap-senyap sendirian. Tidak akan keluar lagi. Tidak
payah makan dan tidak perlu melihat Hardy yang membuatkan dia akan lebih sakit
hati.
Hari
kedua berada di kediaman mewah itu sangat menyesakkan fikiran. Di Rumah
Al-Mustaqim jauh lebih baik dan selesa lagi. Kalaulah Haji Embong tidak
memberinya kepada orang kaya tentu semua itu tidak akan berlaku. Hatinya rajuk
lagi.
“Ini
semua salah ayah! Nadira benci ayah! Nadira benci! Nadira tak nak jumpa ayah
sampai bila-bila. Ayah yang buang Nadira.”
Hati
yang kecamuk membuatkannya semakin buntu. Sebahagian dirinya mahu balik ke
Rumah Al-Mustaqim tapi sebahagian lagi berasa marah terhadap Haji Embong. Dia
menganggap Haji Embong tidak adil kerana memaksanya meninggalkan keluarga besar
di Ulu Telom.
“Nadira
nak balik sana! Nadira nak balik! Tolonglah Nadira! Kenapa semua orang tak
dengar Nadira? Nadira benci! Nadira benci semua orang! Benci!”
Jeritan-jeritan
kecil Nadira hanya bergema di ruang bilik tanpa ada yang mendengarnya. Mukanya
sudah basah kuyup dengan air mata. Sesudah penat menjerit dan menangis,
dia menyembamkan mukanya ke bantal. Dia
betul-betul letih.