Di
Venesia kota kecil yang terletak di utara Italia, Tuan Daniel dan Puan Suzi
sedang menikmati percutian mereka. Kota
yang luasnya 412km persegi dengan penduduk seramai 271.663 orang itu amat
mengasyikkan. Di setiap sudut kota ini menyimpan keunikannya yang tersendiri. Istimewa
kota ini dikelilingi oleh perairan yang menyegarkan mata memandang.
Tuan Daniel dan Puan Suzi tidak mahu
melepaskan peluang menaiki Gondola. Gondola adalah pengangkutan air paling
mahal. Mereka mambayar tiket sebanyak 80 Euro. Ia adalah perahu tradisional
yang berukuran 6 meter dan berwarna hitam. Kenderaan itu dikayuh gondoliner yang
memakai baju khas gondoloner, seluar hitam dengan baju belang-belang. Mereka
juga memakai topi anyaman.
Dari gondola itu mereka
menikmati pemandangan yang indah. Terdapat bangunan antik khas Venesia di
sepanjang tepi pantai. Di gondola, mereka
dihiburkan oleh penyanyi yang memainkan alat muzik.
Bila dilayan begitu, terasa seperti
pasangan muda yang sedang bercinta. Tuan Daniel dan Puan Suzi bertukar-tukar
senyum. Tangan saling menggenggam kuat dan aliran hangat cinta yang hidup sekian
lama, semakin subur mekar. Mereka mahu menikmati percutian itu sepuas-puasnya.
Keesokan harinya mereka akan bertolak balik ke Malaysia. Berada di
Venesia mereka dapat merasai keromtikannya yang hampir setanding dengan kota
Paris. Seperti sedang bermadu sebagai pasangan pengantin yang tidak lagi muda.
“Look at the sky! It’s absolutely
beautiful! I wish I could lend you my soul, my heart, my eyes to say I love
you! I love you my sweetheart!...Suzi,
I love you.” Mendengarnya Puan Suzi tersipu.
“Darling...so sweet, It was great. I
really had a good time. I love you too! So much. Bahagia!
Suzi rindukan saat-saat sebegini. Dah lama sangat kita tak habiskan masa
berdua. Hmmm...kalau kita bawak Nadira sekali mesti dia seronok kan bang.” Puan
Suzi meletakkan kepala pada bahu Tuan Denial sambil merenung kilauan air jernih
yang disuluh sinar bulan..
“Nadira je? Hardy?”
“Ya...ya...Hardy...tapi kita dah
pernah bawak Hardy.”
“Itu masa dia kecik lagi. Masih tak
tau apa-apa. Jangan bezakan mereka, sayang. Kedua-duanya anak kita.”
Sejak kehadiran Nadira, Tuan Daniel
dapat merasakan isterinya terlalu menyayangi Nadira. Hingga kadang-kadang Hardy
akan terasa hati. Mungkin itu hanya pada perasaannya saja. Yang pasti Nadira
adalah anak yang baik. Selalu mendengar kata dan sangat menghormati orang tua.
“Hardy anak kandung kita. Dah tentu
Suzi sayangkan Hardy. Suzi tak pernah melebihkan Nadira. Dua-dua Suzi sayang.”
“Baguslah...Suzi tau kan Hardy tu
susah sikit. Kena selalu beli hati dia.”
Tangan
kanan Puan Suzi menyentuh air, terasa sejuk. Dia bermain-main dengan air yang
jernih itu. Sampan sudah jauh berkeliling kota Venesia tapi mereka masih tidak
puas untuk terus berada di perairan itu.
“Suzi tak akan beli hati Hardy lagi
bang. Dia mesti lebih bertanggungjawab pada diri sendiri. Pada kita juga,
sebagai orang tuanya. Suzi nak dia jadi macam Nadira. Nadira boleh survive walau dicampak ke mana.”
“Dia dah biasa dengan hidup
sebegitu.”
“Sebab
itu Suzi nak Hardy berubah. Dia lelaki. Lelaki mesti lebih kuat. Suzi tak nak
Hardy setakat kuat bergaduh, kuat berontak. Dia pewaris rangkaian pasaraya
kita, abang. Suzi takut kalau dia tak ada matlamat dalam hidup. Tak ada arah
tuju.”
Tuan Daniel mendengar kata-kata
isterinya dengan baik. Dia tidak menafikan tentang apa yang kurang dalam diri
Hardy. Apa yang Hardy tahu, dia anak orang kaya. Mesti jalani hidup seperti
orang kaya. Hardy kurang bijak menghormati orang yang kurang berkemampuan.
“Suzi
nak dia contohi Nadira. Nadira tak pernah silau dengan harta. Dia tak pernah
lupa asal-usulnya. Tak pernah sekali pun Nadira melupakan keluarga asalnya di
Al-Mustaqim.”
Mengingati Nadira, Tuan Daniel
senyum. Selalu benar gadis itu bercakaran dengan Hardy. Hanya dengan Hardy saja
dia akan bersikap kasar. Itu bukan salahnya. Hardy yang mengajar dia menjadi
seberani itu. Layanan buruk Hardy telah membuat Nadira tidak duduk diam tanpa
melawan. Rasa kagumnya pada gadis itu tetap ada tapi tidak dinyatakan.
“Entah apa yang mereka buat sekarang
ni.”
“Berperang agaknya, bang. Perang
dunia ketiga.” Keduanya sama-sama ketawa.
“Lepas ni kita singgah beli ole-ole untuk
budak-budak tu.” Puan Suzi angguk saja.
Gondola sudah pun menghampiri daratan. Puan
Daniel dan Puan Suzi segera turun. Mereka mahu pergi ke Jambatan Rialto. Di
situ suasana lebih romantis lagi. Di Malaysia, waktu seharian mereka hanya
dipenuhi dengan urusan perniagaan.
Tidak ada waktu untuk berehat dengan
sebenar-benarnya. 24 jam sehari semalam seakan tidak mencukupi buat mereka.
Hanya tidur saja yang menjadi masa rehat mereka yang agak sempurna. Kadang-kadang
mereka terfikir, kedegilan Hardy disebabkan mereka kekurangan masa untuk
bersama-sama anak tunggal mereka itukah? Sayangnya tugas mereka tidak pernah
berhenti.
Ah! Lupakan itu semua untuk
sementara. Sekarang adalah bulan madu mereka di kota kecil yang indah dan
romatis itu. Mereka bergandingan tangan berjalan seiring. Jambatan itu sangat
unik. Ia dihiasi dengan jendela-jendela khas yang cantik.
Puan Suzi mengambil peluang berdiri di
tepi jendela untuk mengintai ke perairan. Memang indah! Tuan Daniel mengambil
beberapa keping foto untuk diabadikan sebagai kenang-kenangan. Ramai penjual
mawar hilir mudik di situ. Puan Suzi memberi isyarat agak Tuan Daniel
mendapatkan sejambak mawar buatnya.
“Sorry
dear. Kenapalah abang tak terfikir ni semua. Hah, abang memang tak
romantis.”
“Ya...abang memang tak romantis. Tapi
sikap tak romatis abanglah yang buat abang sangat menawan pada mata Suzi.”
Pandai sungguh Puan Suzi mengambil hati orang yang dikasihi.
“Terima kasih sayang, Suzi terima
abang yang memang buta dalam bercinta ni.”
Gelihati pula bila Tuan Daniel
berkata begitu. Ia bukan menambah kebosanan Puan Suzi terhadapnya bahkan sudah
menyemarakkan lagi kasihnya. Tuan Daniel unik dalam kategorinya yang
tersendiri. Romantisnya hanya Puan Suzi saja yang dapat melihatnya.
Lelaki itulah yang berjaya membuat
Puan Suzi mengingau dan berjalan sambil tidur satu masa dulu. Tuan Daniel
selalu datang dalam mimpinya. Memberi ciuman layang dan mengenyit-ngeyitkan
pada padanya. Kemudian Tuan Daniel melambainya tidak sudah hingga tanpa sedar
dia berjalan sewaktu tidur.
“Abang sayang, biar buta dalam bercinta
tak apa. Jangan buta kasih sayang. Bagi Suzi apa yang ada dalam diri seorang
lelaki, semua ada pada abang.”
“Wow! Kalau macam tu, hebatnya abang!”
Sengaja Tuan Daniel mahu mengusik.
“Ermmm...abang
memang hebat. Seorang lelaki terhebat yang Suzi pernah kenal adalah abang.
Abang cinta pertama Suzi...dan mudah-mudahan akan menjadi cinta terakhir Suzi.”
Badannya menggesel manja pada badan Tuan
Daniel. Tuan Daniel merangkul pinggang suri hatinya dengan kemas. Indah juga cinta
orang tua. Semakin usia menginjak, semakin manis rasa cinta. Ia matang dan
membahagiakan. Hanya usia yang bertambah tapi jiwa mereka tetap muda.
Tuan Daniel memanggil salah seorang
penjual Mawar merah yang lalu-lalang. Dia memilih sekuntum yang paling indah
dan segar. Dihidu sebentar lalu dibayar beberapa peso kepada penjual. Selepas
penjual bunga berlalu, Tuan Daniel mengenyitkan mata. Puan Suzi membalas dengan
senyum menggoda.
“Mawar untukmu sayang.
Satu-satunya wanita yang abang cintai setengah mati. Semoga cinta kita kekal
abadi sampai ke syurga...aamiin.”
Tuan Daniel membongkokkan badan
seperti sewaktu menyatakan cintanya pada satu masa dulu. Mawar merah dihulurkan
buat isteri tercinta lalu disambut dengan rasa bahagia. Puan Suzi mengucup
lembut kelopak Mawar dengan mata terpejam. Kewangian kelopak Mawar
menghangatkan aliran darahnya. Cinta pun bercambah, melimpah. Bahagia. Terasa seperti
di alam remaja.
“Boleh abang cium sayang?”
Tuan Daniel geram melihat pipi Puan
Suzi yang memerah. Terasa mahu didakap dan dikucup wanita itu bertalu-talu.
Terlupa seketika berapa usianya waktu itu. Denyut jantungnya seperti waktu
pertama kali meluahkan rasa cintanya dulu.
“Hmmm...tapi bukan kat sini. Malu kan
abang. Kita bukan mat salleh.” Balasnya manja.
“Oh! Ya kan...abang lupa dunia
sekejap. Apa taknya, malam ni sayang betul-betul menggoda hati abang. Terasa
luluh...cair.”
Sekali lagi Tuan Daniel mengenyitkan
mata. Darah yang mengalir dalam badan Puan Suzi bertambah hangat. Tiba-tiba
wanita itu terasa hendak balik ke hotel dengan cepat. Tidak mahu membazirkan
malam yang masih muda. Ia jauh lebih nikmat berdanding mereka terus berada di
jambatan itu dengan ramainya orang yang sedang lalu-lalang.
“Abang...Suzi dah tak seronok kat jambatan ni.
Malam pun makin sejuk. Kita balik hotel ya.”
“Suzi tak menyesal tinggalkan jambatan ni?
Bukan selalu kita dapat ke mari.” Uji Tuan Daniel yang dapat menghidu perasaan
wanita yang dicintainya. Sedangkan dirinya juga mempunyai perasaan yang sama. Perasaan hangat minta
dibelai.
“Tak ada yang lebih membahagiakan
selain bersama abang. Jambatan ni dah jadi saksi betapa abang tetap cintakan
Suzi. Itu dah cukup buat Suzi. Ermmm...Suzi mula mengantuk, abang.”
“Sungguh?”
“Sungguh.” Puan Suzi mengerdipkan
mata.
Jari telunjuk Tuan Daniel mencolek hidung
isteri kesayangannya. Selepas itu jari itu menjalar ke pipi yang masih mulus.
Puan Suzi memejamkan mata beberapa ketika. Gerakan jari Tuan Daniel membuat
aliran darahnya bertambah hangat. Sewaktu jari itu singgah pada ulas bibirnya,
Puan Suzi meletakkan kepala pada dada Tuan Daniel yang bidang.
“Kita balik hotel.” Tuan Daniel
merangkul pinggang Puan Suzi.
“Ya sayang,” lalu mereka berjalan
seiring dengan langkah perlahan kurang teratur. Tangan Tuan Daniel masih
melingkari pinggang si isteri.
“Diam tak diam dah 24 tahun kita
bersama kan abang. Macam baru semalam kita diijab kabul.”
“Ya
sayang. Bagi abang, Suzi tetap gadis remaja 21 tahun yang abang kenal dulu.
Masih sama dan tetap akan sama. InsyaAllah dengan izin Allah.”
“Abang pun tetap anak muda 23 tahun yang Suzi
cintai. Biar berapa umur abang akan datang, perasaan Suzi pun masih sama. I love you abang...forever.”
Sambil berjalan jari-jari Puan Suzi
mengusap dada bidang suami tersayang. Sentuhan demi sentuhan membuat cinta kian
membara. Yang berusia terasa muda. Mungkin benar kata orang, Vanesia adalah
kota yang membangkitkan cinta. Mungkin tidak sama seperti kota Paris tapi ia
sudah cukup untuk membuat pasangan itu saling memerlukan.
“Terasa jauh pengingapan kita,
abang.”
“Sabarlah sayang...tak akan lari
gunung dikejar.”
“Suzi akan sabar.”
“Macam tulah.” Keduanya bertukar
senyuman sambil kaki terus melangkah. Yang pasti sebentar lagi cinta mereka
akan diterjemah.