Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang 3 Dalam 1
Sayang 3 Dalam 1
Weeda Airiza
15/8/2014 19:21:59
54,178
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 10

ALHAMDULILLAH! Syukur di atas nikmat pemberian makanan yang KAU berikan ini YA ALLAH! Aku menyuap nasi yang berbaki. Sungguh lazat tidak terperi masakan berlaukkan ayam masak merah buatan angah.

Syukurlah aku mempunyai seorang abang yang tahu serba serbi tentang dunia masakan. Kalau tidak, dah tentu kami kebulur di rumah ini.

“Kenapa angah masak sedap sangat ni? Jadi chef ajelah!” Aku mengomel sambil menjilat jari yang berbaki sambal.

“Suruh ja angah dengan along buka restoran!” Alang pula menyampuk. Tangannya sudah sibuk menggapai senduk nasi. Itu adalah satu tanda untuk menyihatkan lagi badan yang sudah tersedia sihat.

Angah hanya tersengih. Barangkali cair sudah telinganya mendengar pujian melambung-lambung daripada kami adik beradik. Along tiada di rumah malam ini, khabarnya mahu makan bersama-sama kawan. Awek kot?

“Kerja kau okey ke dik hari ni? Ada sesiapa kat office tu buli?” Angah menyoal. Dia sudah mula menuangkan air jus oren Sunkist ke dalam gelas tinggi. Memang Angah sangat-sangat menjaga pemakanannya, lain pula dengan kami yang memang dua puluh empat jam ada perasaan mahu mengunyah.

Aku memandang jus oren dalam gelas kaca itu teroleng-oleng setelah disedut perlahan oleh Angah. Timbul perasaan mengada-ngada untuk diet. Tak guna menyesal bila dah habis bantai nasi sampai sepinggan penuh! Aduh!

“Em… Okay je. Pejabat tu macam 1 Malaysia tau Angah. Semua bangsa ada. Yang paling best, rupanya bos Yana tu orang Korea.”

“Ada yang handsome?” Alang mencelah.

“Banyak! Macam pejabat model je rasa. Yang handsome dan cantik je boleh masuk situ.” Aku menambah cerita. Alang mula mencebik. Eleh, mesti jealous kat aku kan?

“Ha, apa lagi! Carilah seorang cepat! Jangan tengok je! Tackle!” Angah bercekak pinggang. Selepas itu dia sempat mencapai sepotong betik ranum yang telah dihiris.

“Susahlah Angah.”

“Apa yang susah?”

“Yelah, Yana bukannya reti nak jadi jelitawan. Setakat make up express 5 minit bolehlah!” Memang betul pun apa yang aku cakap. Daripada dulu lagi aku jarang pentingkan kecantikan luaran. Yang penting, kecantikan dalaman. Wah! Terbangga diri sekejap.

“Bukannya orang tengok luaran dik. Nak cari isteri, kena tengok dalaman.” ujar Angah.

“Yana tahulah lelaki macam mana. First impressionmesti tengok luaran dulu. Kalau kurus ramping bergaya, cantik paras rupa, lentok sini sana sikit terus jatuh cinta!”

“Bukan semua lelaki macam tu dik.” Alang menegur. Terasa kot? Tapi memang betul apa. Selalunya lelaki akan pandang wanita yang mempunyai kecantikan dalaman ni hanya selepas beberapa tempoh mengenalinya.

Sebelum itu? Mesti mata terarah ke arah paras rupa yang cantik dulu kan? Kalau tidak, tiadalah bunyi phewit sana phewit sini. Aku mendengus perlahan. Sudah terlalu ramai lelaki yang aku kenal di sekeliling berkata begitu.

“Alang kawan dengan semua orang. Manusia tu ciptaan ALLAH, semua orang cantik dengan cara mereka sendiri.” Alang berbicara perlahan.

Eh la, kenapa alang bersentimental pula ni? Ada aku cakap pasal dia ke? Entah-entah dia sebenarnya yang terasa? Aku mengerutkan dahi sambil mengjungkitkan kening ke arah angah.

“Yelah. Yana tahu alang bukan macam tu. Tak semua lelaki macam tu.” Bahu alang aku tepuk perlahan. Pelik bin ajaib ni! Monyok je rupa. Dah bagi senyuman paling manis pun buat tak tahu. Menyampah!

“Kau suka lelaki macam mana dik?” Angah mencelah setelah kami terdiam buat beberapa detik.

“Eh? Err…” Alamak! Apa aku nak jawab ni? Serta merta bayangan aku terus bertukar ke peristiwa yang berlaku lapan jam lalu.

----------------------------------------------------------------

PANDANGANNYA yang redup itu menikam terus ke kalbu! Oh my God! Siapa dia ni? Dari planet manakah dia datang? Sekali lagi, handsome! Tapi… Rupa nampak macam kerek ja?

Sepi di antara kami berlabuh di saat pintu lif tertutup. Senyap. Degup jantung aku semakin laju. Aku menjeling seketika ke arah lelaki itu. Namun, dia hanya buat tidak tahu.

Tiba-tiba mata kami bertentang. Oh no! Kan dah malu Aryana? Aku berdehem perlahan supaya hilang rasa kaku yang datang. Jampi serapah apa yang dia pakai sampai aku rasa macam tak boleh bernafas ni? Ish, lambat pula lif ni.

Pang!! Serentak dengan itu lif bergegar kuat dan tersekat! Aku? Tergelincir dek kerana gegaran dan terus terduduk kesakitan di penjuru lif!

“Astaghfirullahal’azim…” Suara lelaki tersebut kedengaran perlahan. Dia sempat memandang aku yang sudah mengerang perlahan disebabkan aku terjatuh mengenai punggung dahulu.

Ah! Malu gila okey! Baru nak control cun, lif pula buat hal! Lelaki itu sempat memegang pemegang yang ada di sekeliling lif. Kalau dia jatuh tadi? Adalah peluang besar nak terpeluk jawabnya!

“Awak okey?”

“Saya…”

Lampu lif terpadam!

“Tolong!!!” Secara automatik, aku terus menjerit hiba! Sememangnya aku amat penakut dengan kegelapan yang menyelubungi persekitaran.

Aku terasa ada pegangan yang kejap di pergelangan tangan. Perlahan aku cuba membangunkan diri. Tubir mataku mula hendak digenangi air kerana terkejut dengan peristiwa tersebut dan juga kesakitan di punggung yang aku tanggung.

“Jangan takut.” Dia menarik aku semakin dekat. Dalam keadaan gelap, macam-macam boleh berlaku! Serta merta jantungku bergetar hebat. Apa aku nak buat kalau…? Ya ALLAH!

Ada sorotan cahaya menyinari di suatu sudut. Oh! Telefon! Tangan kanannya masih memegang kejap pergelangan tangan kiri aku. Walaupun gelap, aku sedar kami sedang berdiri menghadap satu sama lain.

Tatkala cahaya telefon menghampiri wajahnya, kami bertentang mata! Dup Dap Dup Dap! Aku memandang wajahnya yang nampak samar-samar.

“Hello, Zaf!” Lelaki yang tidak aku ketahui namanya itu sedang menelefon seseorang. Mujur juga dapat coverage di sini. Nak mengharapkan butang lif itu berfungsi, mahu sampai esok kami terperangkap.

Aku terus memandang wajahnya tanpa jemu. Gilakan? Orang lain mesti tengah suspen dan berdebar kalau terjadi peristiwa sebegini tetapi aku pula boleh berdebar dek panahan anak matanya yang berwarna cokelat, sedikit terang daripada biasa.

“Kau boleh tolong aku tak? Aku terperangkap dalam lif dengan seorang lagi budak perempuan yang tengah menjerit-jerit ketakutan ni.” Cis! Sekali saja aku menjerit okey! Aku menyisir perlahan rambut ikal lepas bahu yang terasa semakin hangat.

“Okay, thanks! Cepat sikit ya. Tak pasal-pasal nanti aku kena tangkap basah dengan minah ini kalau kau lambat report!” What??? Aku menjengil mata ke arahnya walaupun aku tahu dia tidak akan nampak.

Aku cuba merentap tangan aku daripada terus dipegang. Namun, aku perasan pegangannya menjadi lebih kuat. Eh, mamat ni kenapa?

Excuse me, boleh awak lepaskan tangan saya?” Suara aku menjadi lebih datar, tanda bunga-bunga protes.

“Tak mahu!”

“Eh?”

“Nanti awak lari, susah saya nak cari dalam gelap!”

Serentak dengan itu, aku ketawa seperti orang gila. Aku? Nak lari? Dalam lif sebesar lima kaki kali enam kaki ini? Sah! Aku telah bertemu dengan orang yang baru keluar daripada wad jiwa kacau!

Brother, tahu tak lelaki bersentuhan dengan wanita bukan muhrim adalah haram.” Aku mengeluarkan syarahan umum. Sementara itu aku masih cuba merungkaikan pegangan, tetapi tidak berjaya.

“Nama saya Arel, bukan brother.” Tergamam aku mendengarnya. Aku berdehem perlahan sebelum kembali bersuara.

“Encik Arel yang dikasihi, saya ingin meminta bantuan encik untuk melepaskan pegangan tangan saya yang terasa semakin sakit ini.

“Pegangan tangan?”

“Iya!”

“Mana ada saya pegang tangan awak?”

“Huh?” Habis, siapa yang pegang? Ummmmiiiiii!!!!!

Lelaki yang bernama Arel itu tiba-tiba sahaja ketawa besar, membuatkan bulu romaku serta merta berdiri tegak! Sengalnya!!

“Awak ni… Takut betul ya?”

“Gila ke? Mestilah!” Aku menarik muka masam sambil terus menyilangkan tangan setelah Arel melepaskan pegangan. Sambil itu, aku terus menyumpah seranah pegawai sekuriti yang sangat lambat membetulkan lif. Eih geramnya!

Sisa tawa Arel masih kedengaran semasa lampu lif terpasang. Serentak itu, lif terus berfungsi seperti biasa. Aku membetulkan baju blaus kelabu beropol di dada dan skirt paras bawah lutut berwarna hitam.

Nak saja aku menyumpah telefon bimbit yang aku lupa itu! Semua pasal kau, tak pasal-pasal aku jumpa mamat yang menjengkelkan ni. Harapkan muka saja handsome tapi suka membuli!

Lif terbuka beberapa saat kemudian, ada beberapa orang sedang menunggu di hadapan pintu. Aku nampak teman-temanku sedang menunggu di suatu sudut. Tanpa mempedulikan Arel, aku terus beredar dan berdoa semoga tidak berjumpa dengan lelaki itu lagi!

Previous: BAB 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.