Bab 15
Aduhai.. Satu masalah tak selesai lagi, datang pula masalah lain. Macam mana dia boleh terpikat dekat aku. Aku ni isteri orang, ada dua orang anak. Lainlah kalau aku ni anak dara ke ataupun ibu tunggal ke, tak apalah juga. Tapi aku isteri orang. Aku ulangi isteri orang. Jangan buat hal Aina. Jangan.. Jangan..!! Tapi aku ibu yang ditinggalkan, yang diabaikan, yang tak dipedulikan dan yang.. yang.. huwaaa!! Sedihnyaaa...!!

Tapi peliklah Mr. Blueberry Cheese tu, mata dia juling agaknya. Tak kan tak boleh bezakan orang dah kahwin dengan yang belum kahwin. Apa taste dia memang orang yang dah kahwin atau ibu tunggal atau balu kut. Memang pelik. Oh iyelah. Sebab tulah dia asyik pakai cermin mata hitam bergaya je kut, sah juling. Haahahaaa...

Ishh..!! Apa aku merepek ni. Tapi hensem juga Mr. Blueberry Cheese tu. Kena pula dengan taste aku, chinese look. Mata sepet. Oiii Aina.. Kau dah kenapa? Kau ingat kau anak dara ke? Hahahaaa... Kata hatiku. Aku gelak kuat sendiri. Memang ting tong lah aku hari ini. Hmm..

Dahlah.. Malas nak fikir pasal benda-benda remeh macam ni. Dari aku fikir pasal lelaki yang buat aku serabut, lebih baik aku fikir pasal anak-anak aku. Lagi aman dan tenang. Lelaki bagi aku, menyakitkan jiwa, menyakitkan hati. Geram aku.. Pengalaman buat aku fade up dengan lelaki. Bosan...

Esok aku nak ke Pejabat Agama, aku nak failkan perceraian aku dengan Taufik. Aku harap dipermudahkan segalanya. Aku tak mampu nak tanggung lagi dah. Keputusanku muktamad. Aku harap dia faham. Aku tahu, dia memang suka pun. Memang saat ini yang ditunggu-tunggunya. Dia tak nak lepaskan aku salah satu sebab nak jaga airmukalah tu. Tak nak dipersalahkan, bila dia ceraikan aku sebab perempuan lain. Kalau aku yang tuntut cerai, senang dia jawab. Aku yang tak nak dia dan tinggalkan dia. Itulah sebenarnya.

Ahh..!! Lantaklah. Memang sah pun aku juga yang akan dipersalahkan. Segala buruk baik isteri kalau dah berpisah dengan suami. Pastinya akan buruk segalanya. Pastinya isteri yang salah. Yang lelaki, semua betul, semua baik-baik belaka tapi hakikatnya orang bukan tahu pun apa masalah yang dihadapi. Orang hanya pandai bercakap, mengata itu ini je. Gasaklah. Aku tak hairan pun mulut orang bercakap, nak cakap apapun. Silakan. Nak tuduh nak fitnah, silakan. Kalau orang penat, pandailah tutup mulut. Kalau tak penat pandailah dia jawab di akhirat kelak. Tapi okey juga tu, orang mengata aku, aku dapat pahala free. Jadi.. silakanlah kutuk aku dan mengata aku. Hehehe.. Mulut orang, biarkan. Kalau mulut tempayan sudah ku pecahkan hancur.

Aku masih menghadap buku senarai kek untuk niaga di pasar. Jumlah dan jenis kek, kemudian aku kena beri pada Kak Hasnah dan Zaidah. Pandailah mereka siapkan kek nanti. Minggu ni aku pun busy juga, nak kena siapkan dua biji kek kahwin setiap satunya dua tingkat, dua biji kek harijadi dan dua biji kek bertunang,   serentak nak kena hantar lain-lain tempat. Busy betul aku minggu ni. Tak apa, aku suka busy. Bila aku busy kerja bermakna aku tak fikir sangat masalah. Aku akan fikir pasal kek je. Akan fokus kat kek je, bangun tidur fikir kek, nak tidur fikir kek, mimpi pun mimpi kek. Selagi hidup selagi tu, fikiran aku hanya kek jelah. Hehe.. Kek oh kek!!

Bippp..!! Notification whatsapp masuk. Aku mencapai handphone, tengok whatsapp dengan malas.

" Sorry.. Baru baca text awak ni. Lama ke awak tunggu tadi? Siapa yang terima kek tadi?" Mr. Blueberry Cheese yang whatsapp aku.

"Hmm.. Adalah lapan jam. Sepupu awak yang terima kek tadi. Habis cair make up saya tunggu! Nak buat surprise konon tapi rumah tak ada orang. Sengaja je kan.." Balasku. Bengang.

" Alaaa.. Janganlah marah. Sorry ya..! Saya tak tahu pula Auntie saya tak ada dekat rumah.."

" Tak marah pun. Baki duit awak saya dah bagi kat Azaim. Terima kasih banyak-banyak order kek lagi. Sedap atau tak, minta halal dunia akhirat. Saya tahu kek saya tak sedap, dan saya tak kisah awak nak order atau tak. Ramai lagi baker yang boleh buat kek ikut selera tekak awak. Saya tak nak awak order kek sebab ada udang disebalik mee hailam, carilah baker lain ye.Saya tak nak kawan dengan awak. Saya minta maaf ya Mr. Blueberry Cheese.  Assalammualaikum.. " Last aku balas text dia. Huh!! Aku letak handphone dan pusing-punsingkan pen di atas meja ni.

Bipp lagi. Aku membiarkan handphone sekejab. Aku pandang handphone, aduhaii.. Dengan malas aku capai handphone.

" Eh.. Kenapa awak cakap macam ni? Saya tak faham? Awak ada masalah ke? Saya ada buat salah ke?" Tanyanya bertubi-tubi.

Aku membiarkan je. Tak reply pun. Biarlah.. Nanti dia pasti akan tanya sepupunya. Biarlah sepupunya yang cerita semua. Aku malas nak fikir. Pening kepala. Lebih baik aku berdiam. Kalau aku layan nanti dia ingat aku syok dia pula. Tak boleh oii tak boleh. Bahayaaaa!!

Entah kenapa aku rasa teremosi pula. Rasa sedih dan rasa lain pula. Iyelah.. Mana taknya, dia order kek dengan aku sebab dia syok dekat aku. Aku tak nak dia mengharap. Risau sangat aku. Aku sedar aku ni isteri orang. Kalau aku dah berpisah dengan Taufik pun, status aku akan dipandang rendah oleh orang. Tapi tak boleh nak salahkan Mr. Blueberry Cheese tu. Dia tak tahu pun siapa aku. Kasihan dia. Salah terpikatlah dia. Nasib kaulah Mr. Blueberry Cheese.

Tuttt... Tuttttt...!! Handphone aku berbunyi pula. Pula dah. Mr. Blueberry Cheese call ke ni. Aduh.. Hati aku mula berdebar. Dengan malas aku ambil handphone, aku tengok di skrin handphone. Eh.. Salah oranglah. Bukan Mr. Blueberry Cheese tapi hmmm.. Taufik. Hilang mood langsung. Jawab jelah Aina.

" Awak cakap apa dekat mak saya? Nak pergi Pejabat Agama kan? Nak tuntut fasakh kan? Kenapa bagitahu mak, kenapa tak bagitahu saya? Kau sengaja buat mak susah hati kan? Kau memang melampau kan.." Aku tarik nafas dalam dan hembuskan perlahan. Apa aku harus cakap lagi. Dia call terus marah-marah macam ni.

" Saya dah bagitahu awak sebelum ni. Dan saya juga kena bagitahu mak perkara ni. Maafkan saya, saya tak ada niat pun nak buat mak susah hati.." Jawabku perlahan.

" Tak ada niat konon. Kau memang sengaja buat mak aku macam tu. Kau sengaja buat aku kena marah dengan mak aku. Kau nak sangat kan cerai, kau pergilah. Dah gatal miang, kemaruk jantan sangat kan. Pergilah.. Aku tak kisah pun.."

"Terima kasih banyak-banyak. Insha Allah saya akan pergi nanti dan saya harap semua ni akan dipermudahkan.." jawabku lembut.

" Okey.. Aku akan ambil anak-anak aku. Walau apapun terjadi, dan aku tahu akan dapat anak-anak aku.." Dia sengaja mengugut aku dan bangkitkan pasal anak.

"Okey.. Kita fight. Saya tak takut sikit pun. Dan jangan ingat awak kerja goverment, dengan mudah awak boleh ambil anak-anak dari saya. Tak semudah itu Taufik.."

"Okey.. Kau tengok nanti. Jangan kau menyesal.!!" Dia mencabar aku nampaknya. Sorry.. Aku tak takut.

" Saya ada bukti yang kukuh. Segalanya ada pada saya. Pihak mahkamah tak kan senang-senang nak lepaskan anak pada bapa yang tak bertanggungjawab. Kita tengok nanti siapa yang akan menyesal. Tunggu ye.. Dan saya harap awak datang pada waktu perbicaraan tu nanti. Assalammualaikum..."

Aku terus matikan talian. Letak handphone dan sandarkan badan di kerusi. Tensionnnnn!! Rasa nak menjerit je sekuat hati. Nak lepaskan segala kekusutan kepala ni. Nak buang segala rasa kesakitan ini. Nak campak semuanya jauh-jauh. Dah tak sanggup, dah tak larat nak tanggung semua ni. Ya Allah... Berikanlah aku kekuatan. Sungguh aku rasa lemah dan aku rasa mahu tersungkur jatuh. Aku tak mampu. Aku dah penat. Aku dah tak larat. Bantulah aku. Andai ini jalan yang terbaik untukku. Permudahkanlah.. Lancarkanlah...

Airmata menitis lagi. Bila nak habis airmata ni untuk insan yang tak menghargai. Kenapa mudah sangat airmata jatuh kerananya. Simpanlah airmatamu Aina untuk kebahagiaanmu bersama anak-anakmu nanti. Jangan bazirkan airmatamu untuk lelaki yang kejam itu. Airmatamu itu adalah airmata yang mahal, yang bernilai. Simpanlah airmatamu sebaiknya. Mungkin sekarang ini airmatamu langsung tiada nilai bagi Taufik tapi percayalah airmatamu akan jadi sangat bernilai bagi insan yang amat menghargaimu. Kata hatiku memujuk hati sendiri.

Siapa lagi yang nak pujuk aku, siapa lagi yang nak temankan aku kalau tak hati aku sendiri. Kalau tak diri aku sendiri. Sendiri sedih sendiri pujuklah.

Aku menghubungi kawan aku yang bekerja di Pejabat Agama, hal-hal nikah, cerai dan rujuk ni memang dialah uruskan dan sebenarnya dah lama dah aku berurusan dengannya. Aku minta pandangannya, minta nasihat darinya. Kalau aku rasa down je, aku akan hubunginya. Meluah rasa hati yang terbuku, dialah tempat aku mengadu, aku memang percaya dekat dia.

Cerita punya cerita, setiap nasihatnya ku dengar dan simpan dalam hati. Lembut tuturkatanya, rasa tenang bila sudah meluah. Dan setelah aku berterus-terang akan niatku, akan nekad keputusanku, esok pagi aku akan berjumpa dengannya untuk failkan tuntutan ceraiku. Aku harap dipermudahkan segalanya.

Aku bangun, dan terus mengambil kunci kereta dan kunci kedai. Duduk termenung sampai dah malam rupanya. Tak perasan pula, mana nak perasan, jiwa betul-betul kacau. Fikir pasal nasib diri. Jam sudah menunjukkan tepat ke angka 8.10 malam. Haa?? Laa.. Aku ingat baru jam 7.15 malam. Mentang-mentanglah aku tengah off solat, tak sedar memang lewat dah ni.

Jiwa kacau.. Jiwa kacau..!! Setelah pintu kedai ku kunci, aku terus masuk ke dalam kereta, menghidupkan enjin kereta dan tunggulah beberapa minit untuk panaskan enjin dan pasang radio. Layan lagulah dan memulakan pemanduan. Perut aku pun layan lagu juga ni. Aduhai... Lapaaaar..!! Seharian aku tak makan kut, tadi petang balik dari hantar kek Mr. Blueberry Cheese aku singgah beli keropok lekor dan pisang goreng. Itu jelah yang aku makan. Mana yang sempat jelah. Jadilah.. orang busy kan..

Sampai rumah, aku jumpa anak-anak aku dulu. Mereka leka tengok tv. Aku tanya mengenai persekolahannya siang tadi, tanya kerja sekolahnya dan tanya itu inilah. Okey.. Kerja sekolah dah siap, kemas buku pun dah selesai, makan pun sudah. Senyum aku, seronok. Mereka dah tahu jaga diri, tahu apa nak buat, senang cakap pandai urus diri sendiri. Itu satu yang amat menenangkan hati aku. Mereka berdikari. Tahu apa nak buat. Aku bersyukur padaMu Ya Allah.. Kau beri anak-anak yang baik dan memahami untukku. Terima kasih..!

Aku terus ambil tuala mandi, masuk ke dalam bilik air. Bersihkan dirilah, dah macam-macam bau dah ni. Selesai mandi, aku ke dapur. Tengoklah makanan apa yang ada lagi. Perut ni tak henti duk bernyanyi-nyanyi je. Selagi tak diisi selagi tulah bernyanyi, naik penat aku layan. Tudung saji aku angkat, ikan goreng kerisi, sayur kubis masak lemak, ikan masin jeruk dan tempe goreng. Sedap ni. Tapiiiii... Tak ada selera pula nak makan nasi. Dah kenapa pula dengan aku ni. Tadi kata lapar, tengok lauk kata sedap tapi tak ada seleralah pula.

 Aduhai... Macam mana nak makan, kalau tiba-tiba aku tengok ikan kerisi tu jadi muka Taufik. Lepas tu tengok ikan masin tu muncul pula muka Monica. Terbantut terus selera aku. Potong stim betul lah muka diaorang tu. Memang ikan masin betul lah Monica ni. Ishhh... Aku jeling dan aku pandang besar kecil besar kecil je kat ikan kerisi dan ikan masin. Spesis ikan betul lah diaorang tu. Aku terus tutup semula tudung saji.

Okeylah tukar mood, aku ambil mug kaca, bancuh air nescafe panas dan cicah biskut lemak berkrim disukai ramai lah, lagi sedap.. lagi bagus!! Tiga kepingku cicah, ku makan, tinggal lah sekeping lagi. Baru nak cicah ke dalam air nescafe ni. Eh... eh... Terbeliak mata aku. Gila terkejut sekejab. Apakes muka Mr. Blueberry Cheese boleh muncul kat air nescafe aku ni. Aku gosok mata, dan tengok lagi kat air nescafe tu. Ada lagilah muka dia tapi tak pakai cermin mata hitam bergayanya pula. Aku garu kepala. Ini mimpi ke apa ni? Alamakkk... Dia kelip mata dekat aku. Oiiii... Aku jerit kecil dan tampar pipi sendiri. Aduhh.. sakit sendiri. Aku jengah lagi ke dalam air nescafe, dah hilang dah muka dia. Aku terpinga-pinga kejab. Dannnn... Hahahaahahahahaaa.. Gelak dan gelak.

Dah kenapa dia boleh muncul dalam air nescafe aku pula ni. Aduhai.. Punca betul lah. Jadi sekarang ni, aku nak minum air nescafe ni ke tak ek? Kalau minum masuk dalam perut, takut pula dia masuk dalam hati. Bahaya ni bahaya!!


Dua hati, nak minum ke tak ek!! Nak ke tak nak? Hmm.. Okeylah.. Keputusan muktamad, aku tak nak minum. Takutttt..!! Hahahaa..

Aku gelak sendiri. Hai lah Mr. Blueberry Cheese, macam manalah kau boleh terjebak dalam dunia kek aku. Kalau terjebak sebagai customer je tak apalah tapi ni terjebak terrrrsyok kt Si Penjual Kek. Waduh.. Gawat ni gawat..!!

 Masalahnya sekarang ni.. Aku bini orang, ada dua orang anak. Kalau aku single.. memang hihihiiii lah juga. Dahlah dia memang taste aku. Chinese look, mata sepet, tapi taklah sepet sangat pun matanya. Ada mata campur jawa juga. Oiii Ainaaa... Kau dah kenapa ni? Ingat oiii... Kau bini orang. Dosa oii dosa. Hatiku menjerit, ingatkan aku. Hahahaaa... Aku gelak lagi. Memang sewel dah aku ni. Dahlah, tidur lagi baik.

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.