Bab 33
" Assalammualaikummm.." Salam diberi berkali-kali. Jam ditangan ditengoknya. Sudah menunjukkan tepat 11.00 malam. Handphone dikeluarkan, cuba lagi menghubungi Azaim.

" Mana pula Azaim ni, dah kenapa tak jawab call ni. Tak kan dah tidur kut. Lampu masih terang lagi, nak kata keluar. Kereta ada.." Merungut Nadim sendiri.

" Assalammualaikum Acikkk.. oh Acik..!" Masih lagi memberi salam. Loceng ditekan berkali-kali juga. Aduhai.. Nadim bersandar di keretanya. Masih lagi cuba menghubungi Azaim. Nadim ada kunci rumah Azaim tapi boleh pula tertinggal dirumahnya di KL. Mahu cepat balik rumah Azaim sampai tertinggal kunci. Entah apalah yang dikejarnya.

"Waalaikumsalam.. Laaa.. Nadim ke?! Kenapa tak masuk je.." Muncul Acik Zakiah jalan laju ke pintu pagar dan buka pagar.

" Dim tertinggal kunci cik. Dah sampai baru teringat.. " Nadim terus bersalaman dan mencium tangan ibu saudaranya itu.

" Patutlah. Bila Dim sampai Malaysia.." Nadim dan Acik Zakiah jalan bersama masuk ke dalam rumah.

" Jam 7.00 petang tadi. Mama ambil kat airport lepas tu balik KL kejab ambil baju terus datang sini.. " Terang Nadim.

" Baru jelah ni.. " Nadim angguk.

" Ni mesti sebab Aina kan.. " Teka Acik Zakiah. Nadim gelak besar. Dah faham sangat dah Acik Zakiah.

" Acik.. Mana Azaim? Dah tidur ke.." Tanya Nadim dengan mata meliar pandang sekeliling.

" Azaim belum balik lagi keluar dengan Hani.."

"Laaa iyeke?! Patutlah Dim call banyak kali dia tak jawab. Ingat dah tidur.."

"Assalammualaikummmmm.. Oiii Apek Taipei baliklah. Bila kau sampai brooo.." Mereka bersalaman. Ceria muka Azaim.

" Baru je. Apasal aku call kau tak jawab. Bengang betul, kut iye pun dating jawablah call tu.." Marah Nadim. Acik Zakiah meninggalkan mereka berdua dan naik ke biliknya.

" Alaa kau ni, macam tak biasa. Tengah dating buat apa nak jawab call. Kena bagi perhatian dekat tunanglah. Kalau aku jawab call kang mengganggu pula. Tahu tak.." Azaim menyandarkan badan di sofa.

" Perhatianlah sangat. Bro.. Aku ada good news and bad news.."

" Apasal? Aina dah terima lamaran kau ke?"

"Bukanlah. Aku nak cerita bad news dulu ek.. Jiwa kacaulah bro. Sedih.." Nadim menundukkan kepala ke bawah. Memang sedih mukanya.

" Jiwa kacau? Sedih? Apakes kau ni.. Biasa kalau kau jiwa kacau mesti tak lain tak bukan. Jiwa kacau sebab Si Penjual Kek. Betul tak Dim?" Teka Azaim. Nadim menekup muka dengan tapak tangannya. Senyap sunyi. Azaim pandang je. Berkerut.

"Oii.. Kau dah kenapa ni. Macam ada problem besar je. Cakaplah cepat, bad news apa. Risau pula aku tengok kau ni.." Nadim pandang Azaim sekilas.

" Dekat dua minggu Si Penjual Kek berdiam diri. Aku whatsapp dia tak reply. Just bluetick je. Call tak jawab. Banyak kali aku call, sekali pun dia tak jawab.." Cerita Nadim nada suara sedih.

"Hahahahaha.. Dah ku duga dah. Kau kalau dah muka macam belacan ni memang tak sah lagi. Memang sebab Aina.."

" Kau gelakkan aku Zim. Jiwa aku tengah kacau ni. Patutnya kau bagilah kata-kata semangat kat aku. Ni gelak pula. Kurang ajar punya jantan.." Azaim makin kuat gelak.

" Hahahahaa.. Kau ni buat lawaklah Dim. Bukan ke kau tengah bahagia dengan dia. Ni tiba-tiba jiwa kacau pula dah. Balik KL je mesti jiwa kacau. Ni kau balik ni confirm sebab dia juga kan. Hmm.. So? Apa kau dah buat kat dia? Kau cakap apa kat dia sampai dia merajuk tu. Cer cite.." Bengang je muka Nadim digelakkan oleh Azaim.

" Huh.. Memang pun bahagia tapi tulah silap aku. Menyesal pula. Macam ni, ada satu malam tu, aku terluah pula hati perasaan kat dia. Aku terus-teranglah cakap aku dah jatuh hati dekat dia. Aku minta dia pertimbangkan. Sejak tulah dia langsung tak reply, tak jawab call sampai sekarang ni. Dekat dua minggu bro. Dua minggu oiii.. Gila tak gilalah tapi memang bikin gua gilalah. Aduhh..!"

" Laa pula. Yang kau pergi luah hati perasaan kau tu buat apalah jantan oiii. Kau dah tahu kan syarat-syarat dia. Dan kau tahu kan dia tu macamana, hmm... Orang macam dia tu, kena pandai ikut rentak. Kena perlahan-lahan psiko bro. Lama-lama nanti akan cair juga. Kau yang cakap semua ni kan.."Nadim mencebik.


" Iya.. Itulah problemnya aku ni. Aku dah jaga baaaikkk punya, taknak sampai terluah hati perasaan. Tapi hati dan perasaan aku ni asyik cakap je suruh luah, suruh terus-terang kat dia.." Sambung Nadim lagi.

" Hmm.. Jadi maknanya. Sekarang ni kau dah kena blacklist lah kan. Apa susah, pergi check kat sitos, kut boleh clearkan nama kau balik ke jadi whitelist. Hahahahahaa.." Azaim perli dan gelak lagi.

" Aikk jantan.. Kau perli aku jantan. Kurang ajar kau jantan.." Nadim pun gelak juga. Kecoh rumah dengan perbualan hangat mereka dan gelak tawa mereka.

" Cobaaaann..!! Hai mambang tanah, mambang air, mambang kek. Silalah pujuk Si Penjual Kek biar tak merajuk dengan Mr. Blueberry Cheese ni. Kasihan dah aku tengok Mr. Blueberry Cheese ni macam dah gila talak jadinya. Hahaahaa.." Azaim melawak. Gelak lagi.

" Sengal punya sepupu. Ambil kau..!" Nadim baling buku resepi pada Azaim. Bengang Nadim diperli.

" Aduh..!! Hahahahaa.. Okey, bad news aku dah tahu. So, cer cite good news pula.." Nadim brsandar pada sofa. Senyap kejab. Azaim berkerut.

" Haa story lah cepat. Kata good news kan, tapi muka sedih je. Patut kalau good news tu kenalah happy, kena ceria. Cepatlah story. Aku tak sabar nak dengar ni.." Semangat pula Azaim mahu tahu. Nadim terkebil-kebil. Kejab pandang muka Azaim, kejab pandang meja.

" Permohonan aku untuk pindah kat Malaysia dah approved. Kerja kat Subang Jaya.."

" Perhh!! Biar betul bro. Tahniah.. Tahniah..!! Akhirnya yang ditunggu-tunggu dah diluluskan.  Memang betul-betul good ni. Hahahaaa..." Amboii.. Happy betul Azaim dengar. Mana taknya, happy lah dia sebab ada kawan gaduh.

"Thanks..!" Jawab Nadim perlahan.

"Aik.. Kau macam tak happy je nak pindah sini. Kau yang nak sangat kan tapi dah dapat pindah. Sedihlah pula. Ishh.. tak fahamlah aku. Oiii bro. Apasal? Happy lah bro happy.."

" Iye aku happylah ni.." Jawab Nadim acuh tak acu.

" Happy apa benda macam tu. Muka belacan je.."

"Aku pindah sini memang happy. Semangat sangat tapi bila Si Penjual Kek tak layan aku ni. Rasa lebih baik aku terus je duduk Taipei.." Sedih.

" Alalalaalaaaaa.. Mengadanya kau kan. Ni dah kira kecewa ke apa ni ha.."

" Gila tak kecewa.."

"Relax lah Dim. Kau ni awal sangatlah kecewa. Cuba bawa bertenang, bawa bersabar. Kut dia tu ada problem ke. Husnuzon jelah. Kenapa kau emosi sangat ni ha. Kau yang cakap, kau selalu kaunseling dia, time dia down kerja, kau bagi semangat kat dia. Kau nasihatkan dia macam-macam. Dia pun kembali bersemangat. Tapi bila turn kau macam ni. Dah pula kau down gila-gila sampai kecewa. Janganlah macam ni bro.. Kuatkan semangat, cekalkan hati. Jangan mengalah, kena fight pada diri sendiri. Bangun bro bangun.. Jangan lemah.." Azaim memberi semangat pada Nadim.

Nadim hanya berdiam. Cepat sangat kecewanya. Emosi tak menentu pula Nadim. Angguk-angguk kepala je.

"Huh..!! Iyelah kan. Aku tak boleh give up. Aku kena kuat, demi Si Penjual Kek. Sorrylah bro. Aku bukan apa, cuma rasa macam tak tentu arah hidup bila dia tak komen iye atau pun tidak. Iye sama ada terima aku atau tidak terima aku. Nak tunggu jawapan dia tu, fuhh!! Macam ishh.. Entahlah tak tahu nak cakap apa.." luah demi luah dari Nadim.

" Hmm.. Macam nilah Dim. Kau relax dulu. Bagi dia masa, mungkin dia tengah fikir. Kau ingat senang ke nak terima cinta. Kau dengan dia pun berkawan baru je kan.  Kau rasalah kan, dia suka kau tak? Kau yakin ke dia suka kau? Pernah tak kau tanya dia? Aku rasa kau je ni yang poyo sangat syok dia tapi dia tak syok kat kau kut. Syok sendiri je kut kau ni broo." Selamba Azaim tanya.

"Aku pernah tanya. Dia cakap dia seronok dan happy kawan dengan aku. Dia pernah juga terlepas cakap yang dia ada syok juga kat aku tapi syok macamana tu aku tak tahulah dan  dia cakap dia tak boleh terima aku. Takut aku akan menyesal nanti. Ha itulah yang dia cakap masa last aku call dia. Tu yang aku rasa huru-hara hidup.." Nadim menceritakan apa yang telah berlaku. Azaim berkerut.

" Menyesal? Kenapa pula kau nak kena menyesal ek? Tak fahamlah. Misteri.. misteri..!!" Azaim memikirkan sesuatu. Pelik juga dia.


" Kan.. Tu yang buat aku jiwa kacau ni. Kenapa dia cakap menyesal. Macam ada somethinglah bro.." Mereka berdua terdiam. Masing-masing memikirkan apa maksud Si Penjual Kek.

Azaim pun jadi susah hati melihat sepupunya sedang jiwa kacau. Mereka sudah seperti kembar. Bila seorang sedih yang pasti seorang pun sedih. Bila seorang happy, pastinya seorang lagi pun happy. Dah mereka rapat sejak kecil lagi. Memang tak dinafikanlah keakrabannya.

"Eh Zim. Kau tahu tak, esok dia niaga kat mana?" Tiba-tiba Nadim bertanya.

"Esok hari Rabu. Hmm.. Kat mana ek? Laaa esok kat pasar tanilah. Kat taman sana tu. Aku pun jadi lupa pula.."

"Iyeke?! Alhamdulilah dekat sangat. Esok aku nak jumpa dia terus. Aku harap dia nak jumpa akulah. Takut pula kang nampak aku je terus dia lari.." Nadim kembali senyum.

" Tak apalah. Jumpalah dulu,mana tahu terbuka terus hatinya untuk kau bila menghadap kau.." Azaim cuba memberi semangat pada Nadim lagi.

"Alright..! Bisa diatur. Aku pun dah rindu sangat nak makan kek dia. Terliur dah ni.."

"Ceh ayat poyo lebih.. Rindu kat kek konon padahal rindu kat Si Penjual Kek..." Perli Azaim lagi. Nadim gelak kecil.

" Itu dah semestinya beb. Oii.. aku laparlah. Jom temankan aku makan.."

"Aku dah kenyanglah. Kau pergilah sorang. Aku nak tidur. Mengantuk..!!"

" Kau jangan nak mengada. Aku tak peduli, jom!! Kalau kau dah kenyang kau tengok je aku makan. Dah jom cepat.. Cepatlah.."  Nadim berdiri dan ambil kunci kereta diatas meja.

"Aduh.. Aku dah ngantuklah. Esok aku nak kerja.." Keluh Azaim.

" Cepatlah. Banyak bunyilah kau ni. Cepaaattt!! Lembab macam siput..!" Jerit Nadim yang jalan keluar rumah.

" Dahlah paksa, cakap aku lembab pula tu. Kurang ajar punya jantan.."Merungut Azaim. Nak tak nak terpaksalah ikut juga.

Jam sudah melepasi 12.00 tengah malam. Restoran Thai menjadi pilihan, kereta diberhentikan dibahu jalan. Malam-malam macam ni pun masih ramai lagi pelanggan di restoran tersebut. Nadim dan Azaim mengambil tempat dihujung restoran. Baru je duduk, pelayan datang membawa menu dan beri kepada mereka. Setelah memesan makanan mereka duduk berbual kosong. Macam-macam diceritanya. Lama tak jumpa, maka banyaklah story morinya. Tidak lama kemudian, hidangan pun sampai. Nasi putih, ikan kerapu masak stim, kerabu mangga, sayur kailan dan sup campur.

" Banyaknya kau makan Dim. Dasyat selera kau ni.."

" Laparlah. Dari pagi aku tak makan. Lagipun dah lama tak makan masakan Malaysia.." Nadim menghirup sup campur. Azaim gelak je.

"Ini masakan orang Thailand bukan Malaysia.."

" Yang penting masak di Malaysia.." Ada-ada je mereka ni. Nadim melayan seleranya. Azaim hanya minum saja. Perut dah memang betul-betul kenyang. Masih berbual rancak.

Bila perut dah kenyang hati pun senang. Habis licin Nadim makan. Betul kelaparan.

"So.. Apa plan kau lepas ni.."

" Aku nak jumpa dia. Apapun terjadi aku tetap nak jumpa dia. Aku nak minta maaf. Tak apalah kawan pun kawanlah. Aku kena mengalah sekejab. Aku yakin, satu hari nanti dia pasti akan terima aku.." kata Nadim penuh keyakinan. Azaim angguk kepala setuju dengan apa yang Nadim katakan. Setelah membuat bayaran, mereka pun beredar dari restoran itu.

Dalam perjalanan ke pekan, Nadim terpandang sepasang pasangan sedang bertengkar di tepi jalan. Dia memperlahankan keretanya.

"Oii Zim. Ada orang gaduhlah tu.. " Nadim memuncungkan mulutnya ke arah pasangan tersebut.

" Ah engkau. Biar jelah dia, tu gaduh laki bini tu.." jawab Azaim memandang sekilas pada pasangan tersebut dan kembali menghadap handphone. Nadim tak sedap hati.

" Laki bini tak laki bini. Kalau sampai naik tangan ni dah kira melampau broo.." Angin satu badan Nadim jadinya bila nampak lelaki itu memukul wanita. Pantang betul dia tengok wanita kena pukul.

Dengan pantas, dia terus memberhentikan keretanya dan berpatah balik laju ke arah pasangan tersebut. Kereta betul-betul diberhentikan di hadapan pasangan tersebut.

"Oii kau ke mana ni? Oii Dim..." Tanya Azaim agak terkejut dengan tindakan Nadim. Nadim terus keluar dari kereta dan menghampiri pasangan itu. 


"Helloooo bro.. " Jerit Nadim kuat. Lelaki itu menoleh ke arah Nadim dengan wajah yang bengis. Pandangan tajam.

"Kalau iye pun gaduh laki bini, janganlah  belasah bini sampai nak mati." Kata  Nadim perlahan dengan senyuman sinis. Tercegat dihadapan lelaki itu. Mata tak berkelip melawan pandangan lelaki itu.

 Sempat Nadim memandang wanita yang tersungkur di jalan, menundukkan mukanya ke bawah. Tangan memegang pipi. Tersedu-sedu menangis. Tapi Nadim tak nampak wajah wanita itu. Tenggelam dalam kesamaran lampu.

" Kau siapa nak masuk campur urusan aku?!" Jawab lelaki itu. Kasar dan bengis.

"Eh... Kau ni.." Berkerut Nadim memandang tepat ke muka lelaki itu. Cuba mengingati sesuatu. Terdiam sekejab.

"Nadim.. Sudahlah Dim. Biarlah dia orang settle hal dia orang. Tak payahlah campur. Jomlah balik.." Nadim terpinga-pinga sekejab. Menoleh serentak dengan lelaki itu ke arah Azaim.

Azaim jadi cuak bila Nadim cuba masuk campur pergaduhan pasangan tersebut. Nadim tidak hiraukan. Mata memandang wanita yang masih menangis. Masih terduduk. Mungkin masih sakit dipukul tadi. Dan Nadim memandang semula ke arah lelaki itu.

"Pergi berambus! Jangan cari pasal dengan aku. Berambuss..!" Tengking lelaki itu. Nadim masih terdiam, mata kembali memandang wanita itu.

Hatinya berdebar-debar melihat wanita itu. Diamati wajahnya, tangan masih pada pipinya. Apabila wanita itu menoleh pada Nadim. Terpaku, terkedu, terkaku mereka tiba-tiba, termasuk Azaim.

" Ya Allah....!!!" 

Previous: Bab 32
Next: Bab 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.