Bab 9
Lalalaaaa... Aku bernyanyi-nyanyi kecil sambil memasukkan kek pasar ke dalam kotak. Zaidah dan Kak Hasnah sedang sibuk mengadun kek, membakar kek dan membalut kek. Seronok aku tengok mereka ni kerja, bersungguh dan happy je. Bila aku tengok mereka bekerja dan hasilkan kek yang mereka buat. Aku rasa sangat bangga dan of course lah happy sebab aku boleh ajar mereka dari tak tahu langsung pasal kek dan kini dah pandai buat kek. Samalah macam Kak Fiza rasa dulu. Ilmu di kongsi bersama. Kalau merek dah tak kerja dengan aku pun sekurang-kurangnya mereka boleh cari side income dirumah. Jual kek.

Start hari ni aku kena niaga kat setiap pasar sebab Amin dah berhenti kerja. Dia dapat tawaran kerja lain. Sementara cari pekerja lain, nak atau tak akulah terpaksa mengalah. Kerjalah di pasar semula. Penat jangan cakaplah, memang berganda-ganda penatnya tapi tak apalah dah tanggungjawab.

Dua biji kek tempahan dah siap, jenis kek yang sama, saiz yang sama, harga yang sama cuma decoration je tak sama. Satu bertulis Happy Birthday dan yang satu lagi tak bertulis. Yang tak bertulis tu kek Mr. Blueberry Cheese punya. Kebetulan pula sama jenis kek ni.

 Aku masukkan kek ke dalam kotak dengan penuh berhati-hati takut tepi kek kena kotak. Habislah cacat pula kek tempahan. Aku masukkan kek ke dalam bonet kereta, susun satu persatu dan okey aku gerak ke pasar duluan.

Pasar Tani dekat je, 15minit sampai. Peniaga tengah sibuk susun barang mahu mulakan niaga. Aku pun sama sibuk susun kek atas meja, kerja macam biasa. Sambil susun kek sambil bergurau senda dengan Kak Yati Takoyaki dan Abang Ayun Kebab. Macam tulah aku bila dipasar. Susun kek, layan customer sambil borak dengan peniaga lain sampailah tamat waktu niaga.

Seronok sebenarnya niaga di pasar ni, dapat kawan, layan customer, memang bestlah. Seorang demi seorang customer datang beli kek. Memang tak menang tangan waktu kemuncak macam ni. Orang balik kerja singgah beli makanan. Alhamdulilah.. kek aku sambutan tiap minggu amat menggalakkan. Kalau tak habis licin pun,ada baki dalam beberapa slice tu biasanya aku bagi kawan-kawan je. Tapi kadang-kadang tak habis pun. Ada masa jualan habis ada masa banyak lagi. Dan kebiasaannya tengah bulan memang jualan agak slow sikit. Dah nama pun niaga. Itu perkara biasa.

" Assalammualaikum.." Azaim datang dengan senyuman.

"Waalaikumsalam.." Aku sambut dengan senyumanlah juga. Dia berdiri ditepi sekejab sementara menunggu aku melayan customer. Selesai membuat bayaran customer pun beredar.

" Haa.. Ada pun Russian. Rezeki saya hari ni. Bagi saya dua slice ye.."

" Kan saya dah cakap, minggu lepas awak tak ada rezeki nak makan Russian. So, hari ni rezeki awak dapat makan.. " kataku sambil memasukkan setiap potong kek dalam bekas.

" Hahaha.. Pandailah awak. Oh ya.. Saya nak ambil kek Blueberry Cheese.." Aku pandang mukanya.

" Blueberry Cheese yang order ada dua orang. Awak order yang mana satu? Yang bertulis ke atau tak?" Aku tanya. Azaim garu kepala.

" Alamak...!! Yang whatsapp awak tulah.." Aku berkerut.

" Memanglah orang yang order kek saya ni whatsapp saya. Saya cuma nak pastikan kek yang mana satu sebab dua-dua tak bagi nama. Saya pun keliru. Saya minta nama masing-masing kedekut nama.." jelasku.

" Laa iyeke.." Tengok muka Azaim ni macam ada yang tak kena je. Sibuk dengan handphone pula. Sesekali garu kepala lepas tu sengeh sendiri. Pelik juga.

" Oooo Yang tak tulis apa-apa. Saya lupalah. Saya yang text awak tu. Sorry.. sorry..!! " Tiba-tiba dia bersuara kuat. Sengeh lagi.

" Mr. Blueberry Cheese? Awak ke Mr. Blueberry Cheese tu.." Aku bertanya. Sambil ambil kek tempahan Mr. Blueberry Cheese.

" Ha?? Mr. Blueberry Cheese? Eh.. tak.. eh.. eh.. iye, sayalah tu.." Dah kenapa kalut semacam je Azaim ni. Aku pandang je muka dia.

" Kejab tak, kejab iye. Mana satu ni. Hmm.. Sukahati awaklah.."

" Hehe.. Lupalah, biasalah dah tua. Berapa semua?" Jawabnya. Senyum.

" Kek ni Rm80 dan kek russian ni Rm10. Total Rm90.." Azaim mengeluarkan wang kertas bernilai Rm100 dan hulurkan pada aku. Baki Rm10 aku serahkan padanya.

" Ni kek yang awak nak. Blueberry Cheese. Cheese lebih, kurang manis dan sedapppp!! Cuma tak ikat tepi je. Tapi kalau awak nak ikat tepi saya boleh buat.." Perli aku. Senyum sinis.

" Haahaha.. Okey Cik Aina, terima kasih banyak-banyak. Saya tak berapa minat sangat kek cheese ni. Tapi kalau kek chocolate memang saya suka dan saya paling suka kek Russian awak ni. Memang terbaiklah.. Fuhhh! Tak sabar nak makan ni.." Katanya jujur. Siap buat muka lagi. Aku tercengang kejab. Berkerut.

" Ha?? Tak berapa minat? Bukan awak cakap ke yang awak suka kek Blueberry Cheese ni. Favorite cake awak. Dan.. macam mana awak boleh cakap tak minat pula?" Aku pandang Azaim ni dengan tanda tanya. Dia sengeh. Dari airmuka dia, macam ada benda tak kena je, tepuk dahi sendiri pula tu.

"Opss..! Terlepas pula.. Iyeke saya cakap macam tu? Hehe.. Lupalah. Tapi kan, kek awak ni, semuanyaaa sedap-sedap belaka tau. Tak ada yang tak sedap. Memang terbaik di daerah ni." Pujinya melambung. Aku mula rasa lain ni.

" Kalau awak cakap kek saya semua sedap. Kenapa masa saya tanya, awak pernah makan kek Blueberry Cheese saya ke tak tapi awak tak jawab. Susah sangat ke nak jawab?" Aku saja tanya. Aku nak tengok apa jawapan dia sebab aku rasa lain pula dia ni.

" Ha.. Oh yeke?! Bukan.. bukan.. bukan saya tak nak jawab tapi saja buat surprise. Iye.. nak buat surprise.. " Sengeh lagi. Aku berkerut lagi pandang mukanya. Tapi nampak mata dia melilau pandang tempat lain. Ingat aku tak perasan kut. Aku boleh nampaklah matanya disebalik cermin mata rabun dia tu.

"Sukahati awaklah Encik Azaim. Apapun, terima kasih order kek dengan saya. Sorry lah kalau tak sedap. Al maklumlah kek kampung-kampung je. Yang buat kek ni pun orang kampung je bukan orang bandar. So, kurang sedap ke atau lebih sedap ke. Minta halal dunia akhirat ya tuan. Dan.. terima kasihlah kat Mr. Blueberry Cheese.." Kataku sengaja. Aku rasalah Azaim ni bukan Mr. Blueberry Cheese lah. Sebab.. hmm.. Arh..!! Lantaklah. Malas nak fikir.

" Sama-sama. Saya minta diri dululah ye. Nak cepat balik ni nak makan Russian Black and White. Hehe.."

"Selamat makan kek.." balasku. Azaim mula melangkah meninggalkan gerai kek aku. Aku pun sambung layan customer datang.

Beberapa minit kemudian...

" Aina... Aina... !!"

Terkejut aku, berpandangan mata dengan customer didepanku ini. Aku memberi bungkusan kek padanya dan customer terus beredar. Dah kenapa pula Azaim ni patah balik. Mengelupur tak tentu pasal. Bikin cuak je.

"Iya Encik Azaim. Nak beli kek lagi?" Tanyaku dengan senyuman.

" Hehe.. Macam tak cukup pula kek ni. Nak tambah lagi, kek Butterscoth satu dan Pelangi satu.." Aku terus ambil kek yang dia mahu dan masukan dalam bekas dan masukan dalam plastik pula. Lalu hulurkan padanya.

" Minggu lepas saya ambil kek Pelangi ni. Memang sedap. Hati ceria je makan kek Pelangi sebab colourfull.." Katanya dengan senyuman. Amboii... Pandai dia perli-perli aku ye. Aku senyum je.

" Kan saya dah cakap. Siapa makan kek Pelangi  ni hatinya, dirinya, hidupnya akan ceria sentiasa dan akan bahagia. " Aku pun apalagi pandailah membodek. Azaim gelak besar.

Setelah membayar dia pun berlalu. Macam-macam hal lah customer ni. Aku geleng kepala. Terhibur dengan gelagat mereka. Seronok melayan. Hilang sekejab rasa stress. Customerlah penghibur hati aku selain anak-anak aku.

Beberapa hari ni, fikiran aku sikit terganggu dek kerana Taufik. Satu persatu Allah tunjukkan pada aku. Ada je perkara yang dia buat, ada je salah silap aku dimatanya dan ada je yang dia sakiti hati aku. Entahlah.. Sampai bila aku harus bersabar macam ni. Aku.. aku dah penat.

Jujur cakap, aku masih sayangkan dia. Aku masih bagi peluang padanya untuk berubah, untuk kembali pada kami tapi kenapa peluang yang aku beri dia tak hargai. Langsung tak hargai. Ruang yag aku beri, sikit pun dia tak nak isi. Apa lagi harus kulakukan. Perlukah aku bertahan? Perlukah aku terus bersabar dan membiarkan dia terus dengan dunianya? Perlukah aku melihat segala kemaksiatannya bersama kekasih gelapnya? Perlukah..Perlukah?? 


" Ya Allah.. Bantulah aku, berikanlah aku petunjuk untuk selesaikan masalah ini. Berikanlah aku kekuatan dan lapangkanlah hatiku untuk hadapi segala ujianMu ini dengan tenang dan redha. Sungguh aku tak kuat.. Bantulah aku.. Bantulah hambaMu yang serba kekurangan ini.." Aku duduk termenung. Hampir menitis airmata. Tapi ku kawal. Tak kan lah nak menangis di pasar ni. Habislah jadi bahan pula aku nanti.

Huh!! Aku tarik nafas dalam, dan lepaskan perlahan-lahan. Waktu maghrib begini, customer kurang tapi sekejab lagi. Mulalah ramai. Kek aku pun macam biasa banyak habis. Tinggal enam slice je lagi. Rezeki hari ni, alhamdulilah. Dicampur pula dengan kek tempahan tadi petang. Senyum aku sendiri.

" Aina.. Kau kena kuatkan semangat. Tak payah layan hati perasaan yang sedih tu. Biarkanlah Taufik nak buat apapun. Nak cakap apapun biarkan. Sebab apa yang kau cakap memang dia tak kan terima. Kalau orang lain, dicakap atau diberi nasihat boleh terima juga walaupun masuk telinga kanan dan kadang keluar telinga kiri. Tapi masalah si Taufik ni, nak masuk telinga kanan pun tak boleh, sipi-sipi je lalu kat cuping telinga tu. Hmm..

 Percayalah Aina.. Apa yang dia dah buat dan akan buat kat kau dan anak-anak kau, pasti Allah akan balas. Serahkan semuanya pada Allah. Hanya Allah yang akan hukum bukan kita. Allah akan balas, tak balas didunia tapi balas di akhirat. Jadiii... Sabar Aina.. Sabar.." Panjangnya kata hatiku. Padu nasihat hatiku ini.

Hahahaa... Aku ketuk kepala sendiri. Gelak sendiri. Dan kemaslah sikit-sikit apa yang patut. Tak lama kemudian, datang customer lagi. Aku layann dengan baik dan senyuman lebar.

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.