Bab 11
Tepat jam 5.00 pagi aku dah bangun, memang rutin harian aku setiap hari. Buat sarapan untuk anak-anak, sediakan pakaian sekolah mereka, kena pastikan mereka siap sebelum Kak Hanim iaitu jiran belakang rumah yang aku upahkan untuk ambil dan hantar anak-anak ke sekolah. Dan aku memang tak suka kalau Kak Hanim yang tunggu anak-anak aku. Biar anak-anak aku yang tunggu Kak Hanim. So, aku kena pastikan anak-anak aku dah siap lengkap berpakaian sekolah, dah bersarapan sebelum jam 7.00pagi.

Bangun je dari tidur aku terus ke dapur. Hari ni buat sarapan mudah je, permintaan anak-anak. Roti telur dan air milo. Air milo memang tiap pagilah. Suka sangat mereka dengan air milo. Aku pun siapkanlah sarapan dan letakkan diatas meja. Dah siap tu, aku tutup roti telur dengan tudung saji. Aku kembali ke bilik untuk kejutkan Syaira dan Aqil.

" Kakak.. Adik.. Bangun.. bangun.. Dah subuh dah ni.." Kejutku perlahan.

 Aqil paling mudah dikejut, kejut je terus duduk walaupun matanya masih tertutup. Kakaknya pula payah bangun. Berkali-kali aku kejutkan. Bila dah kedua-duanya bangun, bergilir-gilir mandi pula. Sementara tunggu mereka siap mandi aku solat subuh dulu. Menunaikan kewajiban pada yang Maha Agung.
Begitu juga Syaira dan Aqil, bergilir-gilir solatnya. Aku tinggalkan mereka berdua bersiap dan aku kembali ke dapur. Menuang air milo suam ke dalam cawan untuk Syaira dan Aqil. Duduklah aku sementara tunggu anak-anak siap. Melayan handphone lah awal pagi. 


Gelak sendiri aku bila baca status kenalan. Macam-macam, ada yang buat status marah, gembira, lawak tapi biasanya promote dan iklan jual beli baranglah. Dalam bermedia sosial ni pun boleh masuk income. Business online yang sedang gah sekarang ni, sama ada  business produk sendiri atau business dropship.


Layan punya layan handphone, tak lama Syaira dan Aqil pun muncul. Aku beri roti telur dan air milo pada mereka. Sedap je mereka makan.

" Duit belanja sekolah dah ambil tak?"

" Dah ma.."

" Bila kakak exam?" Tanya aku pada Syaira.

" Minggu depan exam sekolah agama lepas tu exam sekolah pagi pula.." jawabnya sambil mengunyah.

" Do the best.."

" Alright ma.."

" Tapi adik tak ada exam pun ma. Cikgu cakap tak ada.." sampuk Aqil pula.

"Ada tu tapi belum lagi. Tak apa, adik belajar je macam biasa. Kena rajin belajar, dengar cakap cikgu, jangan main je tau. Mama ada check dalam beg sekolah adik. Kenapa ada permainan? Adik bawa permainan pergi sekolah ye.." Aqil senyum-senyum. Kalau dah senyum-senyum tersipu tu memang sahlah dia bawa permainan ke sekolah.

"Adik bawa permainan kecil je. Kawan adik nak tengok.." Aku nak gelak je dengar dia cakap.

" Permainan besar ke permainan kecil ke, mana boleh bawa. Adik nak kena saman ke dengan pengawas, lepas tu kena ambil tindakan dengan cikgu, kena rotan, nanti nama adik dicatit dalam buku rekod disiplin sebab bawa permainan ke sekolah. Nak ke?" Syaira menjelaskan. Tegas. Aku diamkan je.

" Iye ke kak.." Aqil mula takut.

" Iyelah. Kawan kakak pernah kena, dia bawa robot pergi sekolah. Lepas tu cikgu panggil mak ayah dia jumpa cikgu. Adik nak ke mama dipanggil cikgu. Tak kasihan kat mama ke. Dah, jangan bawa permainan lagi. Kalau kakak tahu adik bawa permainan lagi, kakak buang permainan adik.. Faham tak?!" Sambung Syaira menakutkan Aqil. Aqil terus keluarkan permainan ultramannya dari dalam beg dan letak atas meja.

" Iyelah. Adik tak bawa.." Aqil ambil permainan tu dan simpan dalam bilik. Aku senyum je tengok gelagat anak- anak aku. Syaira ni bab belajar memang tegas dan garang. Memang paling dia utamakan. Kadang dia yang check buku Aqil, kalau tulisan Aqil tak cantik atau tulisan malas memang dia akan padam semua dan suruh Aqil buat semula. Sampai sentap kadang si adik. Memang layaklah dia pegang jawatan Ketua Kelas dalam kelas. Confirm kecut perut kawan-kawannya. Orang kata like father like son, tapi anak perempuan aku ni pula. Like mother like daughter. Macam mana garang dan tegasnya Syaira, macam tulah juga aku yang sebenar. Dah tua-tua ni je garang dan tegas tu dah kurang sikit tapi ikut mood dan ikut keadaan juga. 


Setelah Syaira dan Aqil pergi sekolah. Aku masuk bilik. Melabuhkan badan di tilam sekejab. Rasa sakit-sakit badan pula ni. Bekerja keras sungguh sampai rehat pun tak, mana tak sakit badan. Ni kalau dapat pergi spa, dapat urut, dapat mandi bunga ke, fuhh.. Mesti syok kan. Nyaman je. Ceh..!! Bilalah dapat pergi. Kepala ni 24jam asyik fikir kerja je. Fikir kek je. Buka mata fikir kek, tutup mata fikir kek juga. Mimpi pun sampai mimpi kek juga. Macamana tu. Aduhh.. Aina oh Aina!! Lawak pun ada. Betul-betul menjiwai dunia kek. Muka aku pun dah macam kek, kembang semangkuk dah. Bahayaaa !! Takut badan pun jadi kek juga.

Layan facebook lagi. Memang tulah kerja aku sebelum bersiap ke kedai. Layan punya layan. Cantiknya permandangan ni. Permandangan waktu malam, penuh dengan warna-warni lampu di bandar. Bandar mana pula ni? Adalah tiga gambar yang memang cantik. Terpegun terus tengok gambar ni. Cantik amat. Empunya facebook bernama " Hang Nadim ". Aku angguk-angguk kepala. Siapa dia ni, aku kenal ke, entahlah. Kawan facebook aku ni memang ramai tapi yang aku kenal sikit je. Yang lain customer kut. Biasalah aku kan penjual kek.

Dia tulis kat gambar tu.. Shibuya of Taipei. Ooo.. Bukan kat Malaysialah. Aku tengok lagi dan lagi. Perhhh gila cantik. Mana tempat ni. Macau pula. Aku stalk facebook Hang Nadim ni. Jadi jahat sikit. Semua gambar-gambar permandangan yang memang cantik-cantik. Masya Allah..!!

Terpegun betul tengok gambar-gambar ni. Bilalah aku dapat pergi tempat-tempat macam ni. Memang taklah. Duduk mereput jelah dekat rumah. Location Hang Nadim ni kan, kejab dekat Brisbane, kejab dekat Gold Coast, kejab dekat Japan. Ni memang power ni. Bukan biasa-biasa punya orang. Mesti anak orang kaya ke anak Dato' ke. Kerja dah confirm power juga kut. Selalu travel, tempat dasyat-dasyat pula tu. Untungnya orang berduit, dapat travel sana sini. Kerja pun bagus, kut memang dia kerja kat sana kut. Teka aku lagi. Fuhh!! Cantiknya tempat ni. Aku nak komenlah kat gambar ni. Saja buang masa.

Aina Si Penjual Kek - Cantiknya tempat ni.

Kemudian, aku pun keluarlah dari facebook dia. Aku letak handphone di katil dan ambil tudung bawal yang aku dah pilih pagi tadi dan gosok. Mata melirik pada jam didinding, kenapa rasa lambat pula jarum jam berjalan. Baru jam 8.20pagi. Aku biasa buka kedai jam 9.30pagi. Kak Hasnah dan Zaidah masuk kedai jam 10pagi. Hari ni tak ada pasar cuma sibuk nak siapkan kek untuk pasar esok pagi di Putrajaya. Tak banyak pun dalam 4 biji je.

Selesai gosok tudung, aku kembali duduk mencapai handphone. Eh.. Hang Nadim ni balas komen aku tadilah.

Hang Nadim - Iya.. Tempat ni memang cantik. Sangat cantik.

Aina Si Penjual Kek - Dekat mana ni?

Hang Nadim - Ni dekat Burleigh Waters, Gold Coast. Datanglah sini, best tempat ni. Tenang je..

Aina Si Penjual Kek - Hahaha.. Ok, nanti saya pergi sana dalam mimpi.

Hang Nadim - Insha Allah. Mana tahu rezeki awak dapat ke sini.

Hahahaha.. Aku gelak sendiri. Okeylah, stop facebook. Sekarang ni aku nak mandi, nak bersiap nak jumpa kawan aku iaitu keklah. Yang dah menunggu aku kat kedai.

Aku bersiap tak lama, kejab je. Selesai pakai tudung, aku ambil kunci kereta, kunci kedai dan handphone. Ada whatsapp masuk. Okey, aku duduk kejab. Layan whatsapp kejab. Eh..!! Mr. Blueberry Cheese?? Aku berkerut. Tiba-tiba hati berdebarlah pula. Apa hal pula ni..

" Saya nak tanya, kek ni tahan berapa lama?"

Ishh!! Salam tak bagi, hai tak cakap tiba-tiba terus tanya. Nampak sangat poyonya.

" Assalammualaikum Mr. Blueberry Cheese.."

"Iya.. Waalaikumsalam. Kek ni tahan berapa lama?" Ha..!! Reti pun jawab salam, ingat tak reti.

"Kalau masuk peti sejuk tahan dalam lima hari tapi kesedapannya dah tak bestlah, kalau masuk peti beku, insha Allah tahan lebih lama.." jawabku jujur.

" Okey.. Thank you..!!  Kek awak tak berapa sedap, boleh-boleh jelah. Saya minta kurang manis tapi awak buat tetap manis. Tekak saya hanya boleh terima 80% je kek awak. Tak sepenuhnya.. Sorry..!" Perhh..!! Dia punya komen kat kek aku memang padu beb. Tapi aku tak sentap pun. Biasalah tu, selera orang lain-lain.

"Okey tak apa. Saya terima setiap komen positif negatif dari customer. Tu salah satu semangat  saya untuk perbaiki yang kurang dan tambah baiki yang lebih. Thank you.." Balasku.

" Good..!! Walaupun tak penuhi kehendak tekak saya tapi saya suka kek awak. 80% saya bagi tu kira paling tinggi berbanding kek lain yang pernah saya makan.."

" So maknanya.. Kek saya ni sedaplah juga kan berbanding kek yang pernah awak makan sebelum ni. Kan.. kan.." Aku sengaja membangga kejab.

" Kan saya cakap tadi, kek awak tak berapa sedap. Tapi saya suka.." Ha?? Aku jadi blurr pula dengan apa yang dia cakapkan.

" Peliklah dia ni. Kata tak berapa sedap tapi suka. Pelik-pelik je ayat tu.." Aku mula bengang sendiri.

" Pelik apa pula. Betul lah saya cakap. Tak berapa sedap tu maknanya awak kenalah pandai cari idea macam mana nak tambah sedapkan lagi kek tu. Mungkin cheese kurang atau ada bahan yang kurang. Tapi saya suka sebab kek awak ni lain dari yang lain.." balasnya lagi. Seronok pula cerita pasal kek dengan dia.

"Maksud lain dari yang lain?"

" Saya makan Japanese Cotton, New York Cheese, Cheese Cake dan macam-macam lagi cheese. Benda biasa tapi kek awak lain sikit. Awak layer atas bawah cheese dengan sponge cake dan fresh cream, letak jem blueberry kan. Fresh cream awak tu kenapa sedap sangat? Saya tak pernah rasa kat mana-mana lagi kek macam ni.." Pujinya melambung.

 Boleh tahan juga Mr. Blueberry Cheese ni, sampai kek aku dikaji selidiknya. Tahu pula pasal setiap layer kek aku. Seram pula aku dibuatnya. Memang hantu kek dia ni.

"Fresh cream dan cheese cake adalah idea saya dan kawan saya. Secret recipe kami. Tak akan jumpa kat mana-mana pun.." Balasku membanggalah juga.

"Oh okey..!! Saya faham.. "

"Soooo... Actually kek saya ni blacklist or tak?"

" Mungkin ya dan mungkin tidak. Akan dipertimbangkan. Tapi jangan terlalu mengharap yang saya akan suka terus kek awak. Sebab kek awak tak berapa sedap. Okey, bye..!!"

Amboiii... Punyalah berlagak. Ingat aku hairan nak harap kau suka kek aku terusan. Tak hairanlah Mr. Blueberry Cheese oii...

"Sikit pun saya tak hairan awak suka terus kek saya atau pun tidak. Customer saya bukan awak sorang je wahai Mr. Blueberry Cheese, ramai pun. Dan kalau awak tak suka pun, orang lain suka. Lagipun, selera tekak orang tak sama. Soooooo.. terpulanglah pada tekak masing-masing. Apapun, thank you order kek dengan saya dan thank you sebab suka kek saya walaupun tak sedap. Okey.. Bye. Salam.."

Balasku akhir. Memang boleh tahan juga cara lagak dia ni. Tak apa, kalau dia boleh berlagak. Aku pun bolehlah. Ingat hebat sangat ke dia. Belum tengok lagi kehebatan aku.

Tapi siapa Mr. Blueberry Cheese ni sebenarnya ek?! Aku berkerut fikir. Betul ke Azaim tu Mr. Blueberry Cheese? Masa dia ambil kek, aku tengok dia macam pelik je. Aku tanya, dia tak jawab, lepas tu jawab dengan muka yang tak yakin. Azaim tu nampak macam mengelupur sikit, tak pula nampak berlagak atau poyo. Cara percakapannya pun biasa-biasa je. Tapi Mr. Blueberry Cheese ni, gaya percakapannya pun dah berlagak, poyo, tunjuk hebat dan lain-lain.

Aku jadi kelirulah pula. Tapi aku rasa memang Azaim bukan Mr. Blueberry Cheese dan aku tahu yang  Azaim ni mesti tahu siapa Mr. Blueberry Cheese tu. Hmm.. Arhh.!! Biarlah. Mr. Blueberry Cheese ke, Mr. Chocolate Cheese ke sukahatilah. Malas nak fikir. Lebih baik aku fikir macam mana nak olah kek baru. Lagi bagus. Boleh mendatangkan duit. Dari fikir Mr. Blueberry Cheese yang hampeh tu. Buat sakit jiwa je. Nak beli kek aku, beli. Tak nak beli, tak kisah pun.

Sudah Aina... Jom gerak ke kedai. Menghadap kek lagi baik. Esok nak niaga kat Putrajaya. Best niaga dekat sana. Soooo.. Aku nak deko kek cantik-cantik dan mewah. Okey set kat kepala untuk empat biji kek esok. 
Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.