Bab 27
Air jus mangga diteguknya hingga habis. Lega tekak. Menyandarkan badan di sofa. Muka sedih je. Sedih tak dapat jumpa Si Penjual Kek. Kecewa dan hampa. Merenung kosong ke arah meja. Acik Zakiah gelak kecil memandang anak saudaranya yang sedang termenung. Geleng kepala dan jalan ke luar rumah.

Hmm.. Apalah nasib. Memang tak dapat jumpalah ni jawabnya. Terpaksalah tunggu lama lagi nak balik Malaysia. Alaa tiga bulan je kut, pejam celik je tu Nadim. Sabar..!! Kata hatinya sendiri.

Handphone diambil, direnung skrin handphone tu. Berkerut dahi. Masih memikirkan tentang Aina.

" Pagi tadi gambar pantai, okeylah. Sah dia kat tepi pantai. Petang ni pula gambar air terjun. Air terjun mana pula dia pergi ni.. Kampung Labu? Kampung Labu mana pula ni.. " Nadim bercakap sendiri.

Menggaru kepala yang tak gatal. Kalau ikutkan hatinya, dia memang nak jejak Aina sampai dapat sebelum terbang ke Taipei lusa malam. Dia punya nekad, menakutkan. Tapi tulah, tak ada rezeki kut dapat jumpa Si Penjual Kek.

" Oiii Nadimmm....!! Jauh mengelamun sampai aku balik ni pun kau tak sedar. Apa masalah kau ni ha.." Terkejut Nadim disergah Azaim. Memang betul-betul dia tak perasaan kehadiran Azaim. Azaim membuka tali lehernya dan duduk menghadap Nadim yang muka sedih.

" Tak ada apalah.." jawab Nadim perlahan.

" Elehh.. Poyolah bro. Tak ada konon, muka dah macam belacan basi dah aku tengok. Ni mesti pasal Aina laa tuuu.." Perli Azaim. Nadim sengeh.

" Ha lah.. Lusa malam aku nak terbang dah. Niat hatiku nak jumpa Si Penjual Kek, tiba-tiba Si Penjual Kek tak ada. Jiwa kacau brooo...!!"

" Hahaahahaaa... Itu lawak. Broo.. Kau kena terima hakikat. Apa yang kita nak kan, tak semua kita akan dapat. Apa yang kita tak nak, itulah yang kita dapat. Kena faham tu.."

" Hmm.. Iye.. Tahu.. !! Itulah sebab tak boleh putus asa. Bila dah tak dapat terus down, putus asa. Memang tak kan dapatlah sampai bila-bila. Tapi aku tak kan putus asa, tak dapat kali ni. Tak apa, lain kali pasti akan dapat. Nadim Iskandar tak kan pernah putus asa walau sampai ke penghujungnya. Selagi nyawa di kandung badan selagi itu usaha akan terus berjalan tanpa henti.." Amboii... Semangatnya berkobar-kobar.

" Hahaahahaa.. Gilalah kau Dim. Hanya kerana Si Penjual Kek.. !!" Berdekah-dekah Azaim gelak.

" Doa je Dim. Kalau ada jodoh, adalah tu.." sampuk Acik Zakiah pula terus menghampiri mereka. Nadim hanya mengangguk.

" Ma.. Ma masak apa hari ni? Zim laparlah ma.."

" Mama tak masak lagi. Lauk dah habis dah. Nanti kau pergi kedai, beli lauk.."

"Tak payah masaklah Cik. Malam ni Dim belanja makan. Acik nak makan apa? Acik cakap je.."

" Yeahh!! Ni yang nak dengar ni. Okey jom seafood fresh. Tepi laut.."Sukanya Azaim. Dia pula yang lebih.

" Oiii... Aku ajak Acik je bukan kau.."

" Aik... Kau lupakan aku? Tahulah dah kawan balik dengan Aina. Lupa daratan punya jantan.." Hahaaha.. Nadim gelak kuat.

" Macam-macam korang ni. Mama nak masuk dalam dulu ye.." Acik Zakiah terus meninggalkan mereka.

" Bro.. Tadi tengahari aku ke PD, cari Aina. Tapi sampai sana, dia dah check out pula. Kecewa betul aku tak dapat jumpa dia.." Nadim mengadu pada Azaim.

" Apa?? Kau ke PD cari Aina? Semata-mata? Macamana kau tahu dia ada kat PD?"
Terkejut Azaim dengar. Nadim hanya mengangguk.

Nadim menceritakan segalanya pada Azaim. Tekun Azaim mendengar.

" Gilalah kau ni Dim.. Dah parah dah sepupu aku ni. Kena jumpa doktor kau ni, kalau dibiarkan mahu jadi gila meroyan kau ni Dim.." Azaim bergurau.

" Gila tak gilalah tapi entahlah bro. Siang malam pagi petang, asyik dia je aku ingat. Dia punya pasal lah ni sampai aku jadi macam ni.." Azaim gelak.

" Sedapnya mulut kau salahkan dia. Kau tu yang berlagak sangat. Ingat tak masa aku beli kek blueberry cheese tu. Aku suruh kau rasa, punyalah sombong kau tak nak. Kau cakap apa, setakat kek pasar malam, budak kampung yang buat, tak ada sijil, tak ada kelulusan apa-apa. Tak hairan, tak pandang. Not my taste konon. Macam-macam kau cakap. Aku ingat semua tu bro.. Lepas tu, aku saja je tinggalkan sepotong dalam peti, diam-diam kau curi makan. Sampai licin kau bedal. Baru tahu sedap kek tu. Sekali makan terus terpikat kat kek. Dan sekarang, bukan terpikat kat kek aje, dekat Si Penjual Kek nya pun kau dah terpikat. Dah angau..!! Dah macam orang sewel je aku tengok. Bagus jugalah Aina tu jual mahal dekat kau. Memang padan muka kau, lain kali jangan nak poyo sangat, kelak makan diri sendiri. Padannnn muka kau Dim.." Panjang lebar Azaim membebel. Diungkit semuanya apa yang Nadim pernah cakap suatu ketika dulu. Nadim hanya gelak dan gelak.

" Haahahaaa... Iyelah. Aku tahu salah aku. Aku dah sedar sekarang ni. Tak semestinya orang kampung yang tak ada kelulusan apa-apa, tak boleh buat kek. Sorry lah bro. Alaaa.. Kan aku masih belum matang. Jadi, apa yang aku cakap, aku tak fikirlah. Sekarang ni aku dah matanglah ni. Sebab tu jadi angau.. hehehe..!" Nadim merendah diri. Sengeh.

" Belum matang tengkorak kau. Tulah balasannya, orang berlagak sombong yang akhirnya makan diri sendiri. Mendapatlah kau tanggung jiwa kacau tu. Aku harap Aina tu tak layan kau. Padan muka kau.. " Geram betul Azaim dengan Nadim.

" Oiii... Oiii... Amboi kau Zim. Ni  dah lebih dah ni. Janganlah jadi manusia kejam oii.. Kau tak kasihan ke dekat sepupu kau yang hensem ni. Nak kahwin tapi calon tak ada. Ada calon tapi tak dilayan.. Pedih oiii...!!"

" Ada calon konon, tak payahlah nak mengharap calon Si Penjual Kek tu. Dia pun tak pandang kau pun.."

" Tak apa. Sekarang memang tak pandang tapi suatu hari nanti pasti dia akan pandang muka aku yang hensem ni  tanpa berkelip mata. Kau tengoklah ek." Kata Nadim. Yakin sepenuhnya.

"Sukahati kaulah Dim.."

" Eh bro.. Kau tahu tak? Kampung Labu tu kat mana?" Tanya Nadim. Serius.

" Kampung Labu mana? Kat Malaysia ni banyak Kampung Labu lah.."

" Kalau aku tahu, taklah aku tanya kau. Apadaaa.."

" Kau jangan cakap, kau nak cari Aina kat Kampung Labu pula ek.." Teka Azaim.

" Hahahaa... Sebab tulah aku tanya kau Kampung Labu tu kat mana. Memang nak carilah pun.." Azaim ketuk kepala.

" Parah.. Parah..!! Cedera parah dah kau ni tahap nak mampuss.." Pening Azaim layan sepupunya ni. Lama-lama dia pula yang jadi gila. Aduh Nadim..!!

" Aku nak balik dah lusa. Lagi tiga bulan baru dapat balik Malaysia. Itu pun kalau tak busy. Kalau busy, mahu setahun baru dapat balik.. Matilah aku oiii..."

" Yang mati tu kau, bukan aku. Eh bro.. tapi ngam-ngamlah tu. Aina kan cuti tiga bulan. Kau pun dapat balik sini, lagi tiga bulan. Kan sama tu.. Kau balik sini dia dah kerja. Confirm beb dapat jumpa punyalah.." Kata Azaim.

" Iye.. Memang betul pun tapi.. Huh..!! Entahlah.." Keluh Nadim.

" Dah sudah. Nak maghrib dah ni. Lebih baik kau pergi naik atas, mandi, solat, berzikir dan baca Al Quran sekali. Biar tenang hati dan jiwa kau tu. Risau pula aku tengok kau ni. Tak pasal-pasal ada orang masuk Tanjung Rambutan kang dan lebih sadis masuk Buletin Utama Tv3. Tajuk utama Cinta Mr. Blueberry Cheese tidak diterima oleh Si Penjual Kek ataupun Kerana Si Penjual kek, Mr. Blueberry Cheese jadi gila meroyan. Hahahahahahahaa.." Azaim perli Nadim.  Bengang je Nadim dengar. Punyalah kuat Azaim gelak. Gamat rumah.

" Kurang ajar kau Zim.." Nadim mengambil bantal sofa dan baling kearah muka Azaim. Azaim gelak tak sudah.

" Hahahahahaaa..  Lepas tu jadi viral satu dunia, glamour kau Dim. Terus berderet anak dara luar dalam negara volunter nak jadi bini kau. Tak payah susah-susah kau nak cari bini. Mudah kan..! Hebat tak idea aku. Tapi tulah, kau kena jadi gila meroyan dulu bro.." Menyirap je Nadim dengar.

" Sengal kau ni. Dahlah.. Dari aku layan kau, asyik nak membahan aku je, lebih baik aku naik atas. Mereput dalam bilik lagi bagus..!!" Nadim terus bangun.

" Hahahahaa.. Aik bro..!! Sentap ke?!"

" Tak sentap pun. Malas je nak layan orang sengal.."

"Oiii jangan nak mereput sangat ye. Lepas maghrib gerak tau.. Aku dah lapar ni.."

" Aku bawa Acik je, aku tak nak bawa kau.." Jerit Nadim dari atas. Gelak Azaim kuat. Lalu dia pun, bangun dan naik ke atas.

Nadim menutup pintu bilik. Bersandar di pintu, dan gelak sendiri. Lawak.

" Betul juga kata Azaim.Memang dah parah aku ni. Sangat parah. Mana taknya, 24jam asyik Aina je dalam otak. Apa dah jadi ni Nadim oii.. Huh!!" Nadim terus mengambil tuala mandi. Bernyanyi kecil, sedapkan hati sendiri.

Selesai mandi dan solat, Nadim terus bersiap mahu keluar makan bersama Acik Zakiah dan Azaim. Mengenakan baju tshirt putih dan berseluar jeans biru. Rambut disikat rapi, tersenyum melihat wajah sendiri di cermin.

" Nak kata tak hensem, boleh tahan hensem juga aku ni. Kulit pun cerah tapi tak sangatlah. Mata je sepet tapi tak sepet sangat pun macam Apek Cina. Ada jugalah mata jawa. Tinggi, badan pun tak kurus, tak sado sangat, sedang-sedang je. Tapi kenapa Si Penjual Kek tak terpikat kat aku ek? Pelik jugalah. Kalau perempuan lain ni, aku senyum je confirm dah cair lebur beb tapi Si Penjual Kek ni. Macam tak ada perasaan je. Aku buat berlagak dia lagi berlagak. Aku buat marah, dia balik marah aku. Aku kenakan dia, aku balik yang terkena. Pandai betul dia bermain game. Hebat..!! Hai lah Si Penjual Kek.. Kau memang buat aku tercabarlah. Tak apa..!! Aku akan sahut cabaran kau. Haahahaa.." Nadim berkata-kata didepan cermin. Masih lagi meneliti wajahnya dan susuk tubuh sendiri. Pusing kanan pusing kiri dan gelak...

Bipp..!! Notification whatsapp masuk. Ni dah sah Azaim, suruh turun cepatlah tu, teka Nadim. Bila dah puashati dengan penampilannya, dia mengambil wallet dan letak di poket belakang seluar. Kunci kereta yang terletak diatas meja diambil juga dan mencapai handphone. Jalan ke pintu, sambil mata melihat handphone. Tangan kanan membuka pintu bilik dan kemudian memadamkan suis lampu berhampiran pintu. Gelap gelita bilik tapi dia masih lagi melihat handphone. Tercegat sekejab. Eh.. Terus menekan suis lampu semula, terang semula. Pintu di tutup semula. Aikk..!! Dah kenapa Nadim. Tiba-tiba... Senyum ke telinga.

" Si Penjual Kek whatsapp akulah. Biar betul ni, macam tak percaya jelah. Dah terbuka pintu hati kut kat aku. Hahaahahaaa..." Amboii.. Seronoknya Nadim dapat whatsapp dari Aina. Seperti.. Oh Dunia.. Aku bahagia..

Nadim duduk di katil. Mata terus fokus pada handphone dan text dari Aina.

" Assalammualaikum.."

"Waalaikumsalam.. " 


" Busy ke?! Sorry lah kacau.."

" Tak pun. Dah makan ke?"

" Dah.."

" Makan apa?"

" Kepah masak lemak cili padi, ayam bakar, sotong masak kunyit, ikan masin jeruk.."

"Sedapnyaaa.. Siapa masak? Awak ke?!"

" Taklah. Umi saya, sesekali balik kampung, umi masakanlah macam-macam. Saya nak tanya boleh?!"

" Boleh je. Nak tanya apa?!"

" Awak ni sebenarnya siapa ek? Maksud saya nama awak?" Nadim senyum.

"Kenapa nak tahu?! Awak kan panggil saya Mr. Blueberry Cheese. So, panggil nama tu jelah.." Nadim sengaja.

" Nak tahu pun tak boleh ke?! Berlagak..! Poyo..! Tahu tak nak tanya, membazir masa je.. Okeylah bye...!"

Alamak... Dia marahlah pula. Aku saja je nak mengusik. Hmm.. Si Penjual Kek ni, cepat betul sentapnya. Tengah datang bulan kut. Kata Nadim sendiri. Gelak sendiri.

" Alalalaaa... Janganlah marah. Saya gurau jelah.." Nadim memujuk.

" Tak marah cuma malas nak layan. Okeylah, saya dah penat, nak tidur. Good night!!"

" Okey.. Good night..!"

Nadim senyum lebar. Handphone masih direnungnya. Bahagia dan gembiranya.

" Aku harap ini adalah permulaan yang baik. Dan permulaan untuk terus bersamanya.. Hai lah Si Penjual Kek.. Kau memang buat aku tak tentu arah.." Nadim terus bangun dan keluar bilik.

" Dan bila, kau hadir bagai satu misteri, ternyata diriku bagai sudah dijampi.." Amboii.. Senangnya hati. Bernyanyi-nyanyi menuruni anak tangga.

Muka yang macam belacan basi tadi dah jadi muka semekar bunga matahari. Ceria semula wajahnya. Lalaalaaa... Terus bernyanyi. 

Previous: Bab 26
Next: Bab 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.