Bab 1
Tik..tik..tik..!! Jarum jam terus berdetik menunjukkan tepat jam 4.00pagi. Aku seperti biasa, setia menanti kepulangannya setiap hari.  Ke mana dia pergi? Aku sendiri pun tak tahu. Apa yang dia cakap, dia ada kerja luar, operasi. Tak apalah, dah tugas dia, aku pun percaya jelah. Tak nak fikir bukan-bukan, tak baik. Lagipun, dia kerja untuk cari nafkah kami sekeluarga.

Aku terfikir sejenak, dah lima hari dia balik lewat macam ni, takkan operasi berderet sampai lima hari, biasanya sehari dua je. Bukan nak bersangka buruk pada suami tapi hati seorang isteri. Ahh!! Jangan buat hal. Fikir baik-baik je. Kata hatiku. Huh!! Semalaman aku tak tidur, sebenarnya dah lima hari ini juga aku tak tidur malam sebab tunggu dia balik. Selagi suami aku tak balik kerja atau tak balik rumah, selagi itu juga aku tak dapat tidur.

Hati aku mula tak tenang, seperti ada sesuatu yang berlaku dibelakangku. Apa sebenarnya yang telah suamiku lakukan tanpa pengetahuanku? Entahlah.. Sedang melayan perasaan, pintu dibuka dari luar. Taufik dah balik. Aku masih duduk di sofa, diam membisu. Pintu dibuka dan ditutup semula, muka selamba saja langsung tiada rasa bersalah. Terus duduk disofa tanpa mempedulikan aku pun. Aku seperti tunggul kayu dibuatnya Dia melayan handphone. Aku masih lagi membisu, nak tanya salah, tak tanya pun salah. Perasaan serba salah menyelubungi diri. Kalau tanya semestinya tidak berjawab dan mesti akan gaduh.

" Buatkan abang air.." Pintanya. Aku terus bangun dan menuju ke dapur. Membancuh air milo suam. Dalam hati masih tertanya sendiri. Perasaan sedih jangan cakaplah, tak terbendung dah.

Aku bawa mug berisi air milo. Sebelum melangkah, aku berdoa minta Allah kuatkan hati aku. Berjalan perlahan ke arah Taufik yang sedang tekun menghadap handphone. Mug ku letak atas meja dan ku duduk semula. Memandang wajah Taufik. Aku tarik nafas dalam dan mencari kekuatan sendiri.

" Abang pergi mana? Tiap hari balik lewat." tanyaku perlahan. Mukanya tetap selamba.

"Kan dah cakap, ada operasi." jawabnya ringkas.

"Tapi kawan abang cakap tak ada apa-apa operasi sekarang. Saya tanya Hamdan tadi. Dia kan satu team abang." Kataku. Hatiku terus berdebar. Entah kenapa hati ini seperti mahu menyatakan sesuatu. Aku pandang wajahnya tapi langsung tiada reaksi apa-apa, jawab pun tidak. Air milo diteguknya dan sambung bermain handphone.

" Abang pergi mana sebenarnya bang. Balik kerja terus keluar, balik lewat macam ni tiap hari" Aku terus bertanya dan bertanya. Tapi macam biasalah, langsung dia tak jawab.

" Pergi masuk tidur. Bisinglah. Abang penatlah." Telan liur aku. Sedih sangat sedih.

 Aku terus masuk dalam bilik, pintu ku tak tutup rapat. Aku tengok anak dara kecil aku yang sedang lena tidur. Airmata mengalir lagi. Tiap malam aku ditemani airmata. Apa salah aku? Apa yang aku dah lakukan sampai suamiku berubah begini? Apa dosa aku? Semakin deras airmata.

Aku bangkit dan jalan keluar ke ruang tamu. Taufik tidur di sofa. Aku duduk menghadapnya, kurenung wajahnya. Berdengkur tidurnya, kepenatan. Handphone diatas meja bergetar. Aku berkerut. Aku ambil handphone nya, aku buka. Menggigil tangan. Aku tak pernah check handphonenya sebelum ini. Tapi entah kenapa, hari itu waktu itu, aku boleh berani ambil dan check.

Whatsapp dari... Ha?? Luluh hatiku. Serta merta airmata menitis lagi. Ya Allah! Apakah ini semua? Tergamaknya kau wahai suamiku. Allahuakhbar...!! Dengan tangan dan seluruh badan yang menggigil, aku kuatkan juga membaca setiap text dari " My Dear " suamiku itu.

" Sayang pun mahu tidur juga. Jumpa esok malam ya, love you abang."

Tiada kata-kata yang mampu aku katakan. Hanya perasaan teramat kecewa dan amat sedih. Inilah operasi yang Taufik katakan rupanya. Dia gunakan alasan operasi untuk bersama perempuan lain diluar sana.
Ya Allah.. Kuatkan hati aku.

Aku baca setiap whatsapp di handphone nya. Dan salah satu whatsapp dari kawan baiknya, Danny. Aku perasaan, sejak seminggu dua ni memang mereka sangat rapat. Selalu juga Taufik ke rumah Danny yang duduk ditingkat bawah rumah kami.


Kadang-kadang sampai tidur di rumah Danny. Sanggup Taufik tinggalkan kami dua beranak dirumah dan tidur dirumah kawannya. Sedih.

Aku ambil kunci kereta, aku diam-diam turun ke parking kereta. Ada sesuatu yang menarik aku untuk check dalam kereta pula. Sunyi sepi. Angin bertiup ke tubuhku, sejuk menusuk ke tulang. Pintu kereta kubuka, aku masuk dan duduk dibahagian penumpang sebelah pemandu. Ishh!! Kenapa ada bau sesuatu yang memeritkan hidung ni. Kataku sendiri. Aku check setiap sudut kereta. Terjumpa handphone di tepi pintu. Handphone lagi? Aku check handphone tu pula.

Astaghfirullah Al Azim. Ada beberapa nombor handphone perempuan, dan tetap ada juga nombor "My Dear" suamiku tadi. Airmata menitis lagi. Aku ambil setiap nombor perempuan di phone book termasuk nombor " My Dear". Ku tulis di kertas kosong dan ku pegang erat. Esok aku nak call setiap perempuan ini. Aku nak tanya sendiri. Aku tak tahu nak cakap apa lagi dah. Hati ni rasa macam mahu meletup. Tak dapat nak digambarkan betapa kecewanya aku.

Aku buka bonet pula. Lagi sekali aku terkejut dan istighfar panjang. Aku pejamkan mata, apa yang aku lihat amat-amat aku tidak percayai. Kenapa sampai macam ini sekali suamiku sanggup lakukan. Mana perginya rasa takut pada Allah. Kenapa dengan mudah dia berubah? Deras airmataku melihat botol minuman keras terletak elok di tepi kotak dalam bonet. Aku ambil sekeping kertas didalam beg raketnya dan aku buat lapik botol minuman keras itu. Aku angkat dan buang dalam tong sampah yang tidak jauh dari situ.

Ampunkan aku Ya Allah.. Andai suamiku berubah jadi begini kerana aku. Ampunkan aku..!! Kataku dengan suara serak menahan tangisan. Patutlah bau dalam kereta amat memeritkan hidung, rupanya bau itu adalah bau minuman keras. Allahuakhbar!!

Aku melangkah naik semula dengan lemah. Kenapa ini terjadi pada aku? Kenapa suamiku tergamak curangi aku? Kenapa suami? Apa salah aku? Apa dosa aku? Aku turuti segala kemahuanmu, tapi ini balasanmu padaku. Kecewanya aku. Aku menangis dan menangis.

 Apa yang harus kulakukan. Aku tiada sesiapa disini. Aku tiada kenalan dan tiada saudara mara, kawan pun tiada. Aku hanya ada suami dan anakku saja disini. Aku ikut Taufik merantau di bumi kenyalang ini. Jauh dari keluarga. Dan, memandangkan aku pun tak sampai setahun tinggal disini, kenalan memang langsung tiada. Mana nak ada kawan, aku pun hanya duduk terperap saja dirumah. Taufik pun tak izinkan aku bergaul sangat. Kalau pergi jalan atau pergi beli barang rumah pun, semua dia yang beli tapi semua tu sebelum kejadian ini. Sekarang ni sejak dia sibuk dengan operasinya konon tu, dah tak ada pun nak bawa kami jalan. Kadang aku sampai merajuk sebab nak keluar beli barang. Bosan duduk dirumah nak juga tengok dunia luar. Kalau dia tak bawa, aku jalan kaki je dengan anak ke pasar. Sedih!
 
Aku menolak daun pintu, airmata masih lagi menitis. Aku duduk menghadap Taufik. Merenung wajahnya yang sedang lena tidur, deras airmataku mengalir kalah kepala air di sungai. Sampainya hatimu wahai suami. Huh!!

 Dialah suami, dialah kawan, dialah sahabat, dialah imamku tapi semua tu dah tak ada. Aku ibarat musuh baginya. Pandang aku pun dah taknak. Seperti jijik melihat wajahku. Makanan yang ku masak, langsung tidak dijamahnya. Hanya secawan air saja tapi itu pun hanya setengah yang diminumnya. Kuih minum petang yang setiap hari aku buat untuknya, yang sebelum ini kami duduk bersama minum petang, sambil melayan anak kecil bermain tapi kini dah tiada lagi. Lenyap!

Semua itu dah hilang sekelip mata. Semua kemesraan, keceriaan, kebahagiaan rumahtangga kami direntap oleh... Arhhh..!! Perempuan tak guna, kurang ajar punya perempuan. Sebab kau suami aku berubah. Perempuan sialan. Aku jadi marah teramat sangat. Aku pandang Taufik dengan jelingan tajam. Turun naik nafasku menahan marah. Tiba-tiba aku jadi hilang kawalan. Bayangan jahat wajah Taufik seakan mengejek aku, mentertawakan aku.

Aku bangun dan terus berlari masuk ke dalam bilik. Ku sembamkan muka di bantal, ku menjerit perlahan, bahaya pula menjerit kuat-kuat, bangun pula anak aku nanti.


Ku renung setiap inci wajah comel anakku. Ya Allah.. Sedihnya hati. Baru beberapa hari lepas, kami menyambut hari kelahiran Syaira yang pertama. Gembira sungguh dan tak sangka kegembiraan itu hanya sebentar.

Aku duduk memeluk bantal. Mata dah mula bengkak menangis tak henti. Segala perasaan ada. Aku jadi stress sangat. Rasa macam nak lari je. Lari dari suami yang dah tak sayang aku. Yang sanggup kecewakan aku. Yang sanggup sakiti hati aku. Bukan hanya aku je tapi Syaira juga. Aku rasa betul-betul lemah. Tak mampu nak hadapi. Oh diri.!! Tak boleh macam ni, kena bangkit, kena kuat, kena lawan perasaan itu. Kata hati kecilku tapi macam mana nak bangkit, macam mana nak kuat, macam mana nak lawan. Aku rasa aku tak mampu.

" Abang memang kejam. Abang jahat! Sanggup abang buat saya macam ni. Abang curang, abang sakiti hati saya,abang khianati rumahtangga yang kita bina atas dasar kasih sayang dan cinta. Abang dah dapat semuanya, ada kerjaya yang abang impikan, ada kereta, ada keluarga sendiri, semua yang abang nak, Allah bagi tapi kenapa bila abang dah dapat semua abang lupakan saya, lupakan Syaira? Mana pergi janji-janji abang. Abang kejam!" Kataku dengan suara tersekat-sekat menahan tangisan.

" Abang sama je dengan perempuan sialan itu.  Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyilah. Dua-dua sama. Sorang menggedik dan sorang menggatal. Dua kali lima. Sama je. Arhhh!! Semua tak guna. Dengan mudah abang lupa amanah yang  Allah beri. Abang lupa amanah Allah kerana perempuan tu. My Dear abang tu. Arrhh..!! Lelaki semua sama. Perempuan pun sama juga. Jahat, kejam..!!" Aku sambung lagi bercakap sendiri. Meluahkan rasa marah, sakit hati, geram, benci semuanya.

Hanya Allah je yang tahu hati dan perasaan aku. Betapa sakitnya, betapa kecewanya, betapa luluhnya hati, betapa hancurnya hati aku kerana suami aku sendiri. Ya Allah...!! Tolonglah hambamu ini. Kuatkanlah aku untuk hadapi semua ini.

Arhhh!!! Jerit aku sendiri. Tiba-tiba peristiwa paling pahit itu menerjah dalam fikiran aku. Dan juga peristiwa dan kenangan yang paling kelat, tawar, masam, masin dan segala rasa kecuali manis. Semua tu terbayang jelas depan mataku. Peristiwa 10 tahun lepas yang buat hidup aku begini. Hidup tanpa arah, hidup tanpa tahu siapa aku sebenarnya. Serabut kepala bila fikirkan semua ini. Tiada kesudahan, aku digantung tak bertali. Dibiar dan diabaikan oleh suami sendiri hingga kini.

Bila aku diperlukan, aku diambil oleh Taufik. Bila aku tak diperlukan aku disuruhnya balik kampung. Waduh! Pedihnya. Aku menekup muka, melepaskan segala kenangan pahit itu.

Sudahlah Aina, tak payah fikirkan lagi. Buat pening kepala kau je. Hidup kau pun dah mula stabil sekarang. Kau ada Syaira dan Aqil, cukup dah buat kau bahagia. Tak perlu fikir Taufik tu. Lupakan je. Dia tengah bahagia dengan perempuan tu. Biarkanlah.. Hati kecilku berkata.

Senanglah kau cakap wahai hati, aku ni masih isteri dia tau. Tak mudah nak lupakan. Kalau memang ikatan suami isteri dah putus, tak apalah juga tapi masalahnya aku ni masih isteri dia yang sah tau. Yang sah!! Huhu!! Tapi aku sendiri pun tak tahu, apa sebenarnya status aku ni. Aduh.. Sakitnya otak. Lama-lama aku boleh jadi gila macam ni.

Hari ni, jiwa aku kacau. Tak tahulah kenapa, sejak subuh tadi fikiran tak tenang. Boleh pula segala peristiwa pahit tu asyik bermain je kat kelopak mata ni. Macam tengok wayanglah pula. Apalah yang Allah nak tunjukkan dekat aku ni ye. Bersedia jelah Aina.

Ehhhh!! Bau apa pula ni ek! Aku berkerut seribu. Mungkin kedai sebelah bakar sampah kut. Aku sambung menulis di atas buku rekod. Menyenaraikan jumlah kek dan jenis kek yang akan ku jual untuk minggu ini di pasar. Tulis punya tulis..

Ya Ampunnnn.!! Kek aku..!! Aku menjerit kuat. Berlari pecut ke dapur dan terus buka pintu oven. Mengurut dada. Fuhh.. Selamat tak hangus rentung kek aku. Cuma garing je bahagian atasnya. Hahahaa.. Aku gelak sendiri. Gelak kuat. Tulah.. Lain kali kalau buat kek jangan nak fikir benda lain. Kan dah hampir hangus. Kalau rentung, habislah masuk tong sampahlah kek aku. Lawak pun ada. Aku gelak lagi.

Aku keluarkan sponge cake yang gebu gebas itu. Baunya menusuk ke rongga hidung beb. Apalah aku ni, takkanlah bau bakaran sampah dan bau kek tak boleh bezakan. Masalah betul aku hari ni. Aku ketuk kepala, gelak lagi. Jiwa kacau.. Jiwa kacau. Hahahaa ...!! Aku susun kek yang masih panas diatas meja, biarkan sejuk dulu. Bila dah sejuk kek ni, bolehlah dikeluarkan dari loyang, potong layer dan bolehlah balut dengan krim. 


Okey..!!! Siap susun. Aku ambil handphone buka camera. Ini wajib ni, wajib tangkap gambar kek dan post kat akaun facebook akulah. Siapa lagi.
" Aina Si Penjual Kek". Ok cun!! Aku duduk dan layan facebook kejab. Selesai upload. Yeahh..!!

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.