Bab 12
Seawal pagi Nadim sudah berada di Pasar Tani Taman Sri Andalas, Klang. Dan hari itu juga dia last dapat melihat Aina dari jauh. Esok sebelum subuh dia sudah berlepas ke Taipei. Sudah mula bekerja, meninggalkan tanah air. Berat pula rasa hatinya mahu meninggalkan Malaysia. Berat hatinya mahu meninggalkan Aina.

Kalau ikutkan hati mahu saja dia bersemuka dengan Aina. Mahu berterus-terang dengan Aina tentang niatnya yang dah tersyok pada Aina tapi tak boleh. Tak boleh terlalu cepat, tak boleh terburu-buru. Tak boleh gelojoh, masih terlalu awal lagi. Masih banyak yang perlu dilakukan untuk menawan hati Aina. Masih perlu mencari idea untuk mendekati Aina. Tak apa, Azaim ada. Hanya Azaim saja yang boleh membantunya. Azaim yang akan jadi spy selepas ini walaupun ketiadaannya di Malaysia.
Azaim yang akan beri maklumat padanya nanti mengenai Aina. Betapa mengharap pada Azaim.

Jam ditangan di lihat, sudah jam 8.00pagi.  Berkerut sendiri, mata terus memandang tapak niaga gerai kek Aina yang masih kosong. Aina masih belum muncul lagi.

"Biasanya waktu macam ni dia sudah mula niaga tapi kenapa tak sampai lagi ek. Tak kan dia tak niaga pula hari ni. Kacau ni kacau.. Dah lah esok subuh aku nak terbang. Aduhai.. Datanglah Aina. Dapat tengok kau kejab pun jadilah..." kata Nadim sendiri. Jiwa kacau dah Nadim.

Tak senang duduk pula dah. Mahu saja dia call Aina bertanya sama ada niaga atau tidak tapi tak boleh pula. Habislah kantoi nanti. Matahari pun mulai naik, bahang mentari pagi mulai terasa. Walaupun duduk dalam kereta, memasang aircond tapi entah kenapa dia rasa berpeluh pula. Handphone digenggamnya.

"Nak tanya ke tak ye? Nak call, memang dia tak kan jawablah. Kalau whatsapp pun, tapi aku nak tanya apa ek? Tak kan nak inform aku ada kat sini. Ish.. tak.. tak..! Tak apalah, tunggu jelah. Mungkin traffic jam kut. Husnuzon jelah.." Kata Nadim lagi. Menyedapkan hati sendiri.

Terasa dahaga pula dia. Cermin mata hitam bergayanya dipakai, memang tak tinggal pun. Antara barang kesayangannya. Kalau tak ada cermin hitam bergaya dia tu memang tak lengkap hidupnya. Baru saja mahu membuka pintu kereta, dia terpandang kereta Aina memasuki pasar tani dan terus parkir di tapak gerainya. Tersenyum lebar Nadim. Terus menyandarkan badan di seat kereta. Tak jadi keluar pula apabila melihat Aina. Memerhatikan saja dari jauh.

Seorang remaja lelaki turun dari kereta Aina. Remaja itu membuka bonet kereta dan mengeluarkan canopy. Tidak lama kemudian, muncullah Si Penjual Kek membantu remaja lelaki itu membuka canopy. Kemudian, Aina membuka meja pula. Selesai je, remaja lelaki itu mengeluarkan satu persatu kek dan letak di atas meja. Memang tak berkelip mata Nadim melihat. Senyum panjang. Dari dahaga terus jadi hilang dahaga.

Belum siap susun kek, customer dah menunggu mahu beli kek. Macam biasa, Aina melayan customer dengan ramah sekali. Senyum je dia. Customer pun senang hati. Seorang customer pergi setelah membeli kek, datang lagi seorang silih berganti. Begitulah niaga. Mata masih tertumpu pada Aina. Dah angau dah si Nadim ni. Diperhatinya saja Aina.

" Eh.. Dia nak pergi mana pula tu? Aku nak follow dia lah.." Cepat-cepat Nadim keluar dari keretanya dan jalan laju mengekori Aina dari belakang.

Aina berhenti di gerai air, kebetulan Nadim pun dahaga. Dia pun apa lagi ke gerai yang sama jugalah. Berdiri di kanan Aina. Tapi Aina tak mengenalinya pun.

"Air limau satu dan air jagung ni satu.." Pinta Aina. Peniaga air membungkus air yang diminta oleh Aina.

" Lambat sampai hari ni? Ingat tak niaga?" Tanya peniaga air itu.

" Terlewat sikit hari ni kak. Pembantu saya tu lambat bangun.." jawab Aina.

"Budak baru ke? Budak lama mana?"

"Iye.. Budak lama dah dapat kerja lain."

" Oh yeke! Kek Pelangi ada tak?"

" Mestilah ada kak. Kek Pelangi tu tak boleh kalau tak ada, paling laris kat pasar ni." Amboii... Sempat lagi dia, kata Nadim dalam hati. Senyum je dia dengar perbualan Aina.

"Memanglah laris. Kek sedap..!! Simpankan akak sepotong dan Indulgence sepotong. Nanti akak ambil. Anak akak suka sangat kek Pelangi kau tu"


"Okey kak. Nanti saya simpankan. Terima kasih.."Aina menghulurkan duit pada peniaga air. Dan terus berlalu. Nadim pula memilih air, mata terus memerhatikan Aina. Setelah membuat bayaran, Nadim jalan mengekori Aina ke gerai kuih muih pula. Dah pula, dia pun belilah kuih juga.

" Alaaa cik. Kuih bakar tak ada ke?!" Kata Aina pada makcik kuih.

" Kau lambat, dah habis dah. Hari ni acik buat sikit je..." jawab makcik kuih.

" Kenapa acik buat sikit je, acik buatlah banyak-banyak.." Merungut Aina. Nadim konon-konon memilih kuih tapi mata tu mata. Amboii.. pandang kuih ke pandang Aina.

" Tulah.. time acik buat banyak tak habis, time buat sikit sampai licin pula. Sampai lupa nak simpankan untuk kau.."

" Kalau tak habis, acik bagilah free kat saya. Hahahaaa.." gelak besar Aina. Hahahaa.. Nadim pun eh.. eh.. gelak juga. Aina terus menoleh pada Nadim di sebelah. Terus terdiam Nadim. Kemudian, alih pandangan ke kuih lagi.

"Acik bagi pau kelapa dan keria ni. Rm2 campur.." Aina membayar dan terus jalan menuju ke gerainya. Nadim membeli kuih donat rm2 dan setelah bayar dia jalan pula ke gerai kek Aina. Plan ke-2 nya.

Lalalaaaaa... Aina bernyanyi kecil. Senang hatinya. Air dan kuih diletak diatas meja.

"Ni air jagung. Makanan kau beli sendirilah. Akak tak tahu kau nak apa, nanti ambil duit beli ek.." Kata Aina pada pembantu barunya, Ijoy.

"Okey kak. Terima kasih.."

Ijoy melayan customer, Aina pula duduk di meja belakang. Bersarapan. Perut dah berbunyi kelaparan. Kuih pau dimakannya seketul dan menghirup pula air kesukaannya. Senyum memandang customer yang sedang memilih kek. Datang lagi seorang customer wanita bersama anaknya. Aina terus bangun dan melayan customer wanita itu.

" Ya kak.. Pilih kek kak, macam-macam ada. Insha Allah semua sedap-sedap ni. Sepotong Rm5 je. ." Ceria wajah Aina. Peramah. Datang pula Nadim, konon-konon memilih kek. Buat muka serius.

" Pelangi sepotong dan Strawberry ni ye sepotong." Pinta wanita itu.

" Okey siap! Ijoy bungkus ya.." Aina beralih ke Nadim pula. Ini yang Nadim tunggu-tunggu.

" Ya tuan.. Pilih-pilih, banyak lagi ni.." kata Aina senyum.

" Hmm.. Mana yang paling sedap?!" Tanya Nadim. Sengaja. Serius.

" Insha Allah.. Semua sedap-sedap. Tapi yang paling laris Russian, Pelangi, Blueberry Cheese, Indulgence.." jawab Aina dengan senyuman.

" Amboii.. Confidentnya semua sedap.."Nadim perli. Sengaja cari pasal.

" Of course..! Confident kena ada. Bila confident ada, peniaga pasti akan buat yang terbaik dan akan beri yang terbaik dan customer pun akan dapat yang terbaik juga. Betul tak?!" Jawab Aina tegas dan penuh confident.

" Iya.. Saya setuju. Nampak memang sedap, cantik. Kadang nampak je sedap tapi kalau rasanya hampeh. Tak guna juga kan.." Sinis saja ayat Nadim tapi Aina tetap cool.

" Ya betul. Tuan dah pernah makan kek saya sebelum ni? Ke first time ni?!" Tanya Aina. Nadim senyap, melihat satu persatu kek diatas meja. Aina senyum.

" Sebelum menilai sesuatu makanan, better rasa dulu tuan. Bila tuan dah rasa baru boleh menilai sedap ke tak. Macam manusia juga, kadang muka je hensem tapi perangai haram. Kadang muka buruk tapi hati baik saaaangat. Soo... kena kenal dulu baru tahu. Kena rasa kek saya dulu baru tahu sedapnya" Jawab Aina selamba dengan lirikan senyuman. Nadim mengangguk-angguk kepala.

" Ya.. Pandai awak bercakap. Awak study kat mana? Kulinari? Universiti? Kolej? Diploma? Degree?"

" Hahahaaa.."  Aina gelak kuat. Selalu juga customer tanya soalan seperti itu.

" Saya tanya, bukan suruh awak gelak.."

" Hahahaa.. Lebih tinggi dari tuan cakap tu. SPM je .." jujur.

"Oh?! Jadi.. Awak pandai buat kek ni, join kelas?" Tanya Nadim lagi. Banyak tanya pula customer ni, dahlah berlagak. Cetus hati Aina. Tapi tetap dilayannya juga.

" Tak pun.. Saya cuma kerja jual kek dan belajar buat kek dari kawan saya. Tu jelah.." jawab Aina lagi.

" Ni kad awak? Awak yang mana ni, Aina ke Fiza?" Nadim mengambil kad nama Aina. Sengaja lagi dan lagi.

"Saya Aina. Kalau nak order kek, just whatsapp nombor saya tu. Kalau nak call, boleh call Fiza, kawan saya. Saya tak layan sebarang panggilan. Harap maklum!!" Kata Aina. Tetap senyum. Dan senyum pada customer lain yang sedang dilayan oleh Ijoy.


" Macam tu pula? Kenapa awak tak jawab sebarang panggilan? Orang bisness kenalah jawab panggilan. Macam mana orang nak order kek, nak tanya itu ini pasal kek.." Nadim ni memang sengaja tanya macam-macam.

" Saya ni tak suka jawab panggilan. Suara saya kan mahal. Whatsapp pun boleh je kalau nak order kek. Kalau nak juga call, call lah kawan saya tu. Boleh je tuan.." Jawab Aina.

" Hmm.. Okey..!! Saya ambil satu ya. Manalah tahu, tiba-tiba terbuka pintu hati saya nak order kek dengan awak ke.."

"Ambil lah tuan. Saya pun tak kisah kalau pintu hati tuan tertutup untuk tidak beli kek saya.." Aina membalas balik kata-kata Nadim. Nadim suka dengar ayat-ayat selamba Aina. Ada je jawapannya. Itu yang mencuit hatinya. Suka berdebat dengan Aina.

" Hmm.. Alright. Bagi saya kek Pelangi ni dan Indulgence.." Pinta Nadim. Senyum.

"Okey boss!!" Aina terus mengambil kek dari papan kek dan masukkan dalam bekas transparent dengan berhati-hati dan pantas. Nadim senyum melihat gelagat Aina. Kemudian, kek dimasukkan dalam plastik tangkai.

" Okey siap!!" Aina menghulurkan kek kepada Nadim. Nadim senyum. Memberi wang kertas Rm10 pada Aina.

"Terima kasi tuan. Saya jual ya. Sedap atau tak sedap tu, saya minta halal dunia akhirat ya.." Kata Aina. Mengambil wang kertas dari tangan Nadim.

" Insha Allah saya halalkan dan  saya beli. Saya harap bila saya makan kek awak ni, hati awak akan terbuka untuk saya wahai Si Penjual Kek. Assalammualaikum. Byeee..!!" Balas Nadim. Lembut suaranya. Dengan senyuman dan terus jalan meninggalkan gerai kek Aina.

Aina tercengang mendengar kata-kata Nadim. Macam pelik je. Diperhatikan Nadim berjalan yang semakin jauh.

"Si Penjual Kek? Maknanya dia tahu akulah? Tapi... Eh.. Ni dia punya ni.." Aina terpandang bungkusan kuih diatas meja. Dan dia perasan Nadim ada letak tadi.

Tanpa buang masa, Aina terus ambil bungkusan itu dan lari mengejar Nadim yang mahu melintas jalan.

"Tuan.. Tuan.. Tunggu kejab.. Alamak... Dia tak dengar pula.. Aduh..!!" Aina menjerit memanggil Nadim tapi Nadim terus berjalan. Berlari anak Aina mengejar Nadim lagi.

Nadim membuka pintu keretanya, Aina memanggilnya lagi dengan melambaikan tangan. Nadim menoleh ke belakang. Senyum dan gelak kecil Nadim.

"Menjadi juga plan aku. Hehe..!" Katanya perlahan dan menunggu Aina menghampirinya.

" Aduh tuan ni.. Penat saya kejar. Dahlah panas macam ni, laju je jalan.." Merungut Aina. Termengah-mengah kepenatan. Buat muka bengang.

" Yang awak kejar saya ni kenapa? Nak ikut saya balik ke?!" Tanya Nadim.

" Gila..!!  Ni ha.. Tuan tertinggal kuih ni atas meja kek tadi. Tu yang saya kejar. Selamat saya baik, kalau saya jahat, tak kuasalah nak kejar tuan.. " Aina memberikan bungkusan kuih pada Nadim.

" Hmm.. Okey!"

" K.. bye..!!" Aina terus melangkah meninggalkan Nadim. Nadim senyum dan masih memerhatikan Aina.

Tiba-tiba Aina berhentikan langkah dan dengan pantas berpatah balik ke arah Nadim.

" Tuan.. Tuan.. Kejab.. Kejab..!!" Menjerit Aina panggil Nadim lagi. Nadim sengeh melihat Aina berseloroh.

" Ada apa lagi? Nak ikut balik?"

"Ish..!! Ni saya nak tanya ni? Macam mana tuan tahu saya Si Penjual Kek?" Tanyanya serius.

" Dah memang awak penjual kek kan, tak kan saya nak cakap awak penjual sayur pula.." Jawab Nadim.

" Memanglah. Tapi masalahnya gelaran Si Penjual Kek tu saya letak kat facebook saya je. Tak pula saya cakap kat customer pasar. Tu yang saya tanya, kut-kut lah tuan ni geng facebook saya ke. Tu je nak tanya. Salah ke?!" Aina buat muka dan jeling.

" Ooo.. Jadi, maknanya facebook awak Aina Si Penjual Kek lah ye? Okey.. Disebabkan saya dah beli kek awak, nanti saya add awak, jangan tak accept saya pula ye.."

" Ni kira ugutan ke apa ni?!"

" Taklah ugut tapi tak salah kut berkawan. Mungkin bila saya dah makan dan suka kek awak ni hati saya dah terbuka dan bolehlah saya doakan hati awak terbuka untuk saya pula. Dari sepotong kek turun ke hati. Boleh together-gether dengan Si Penjual Kek ni. Kan...?!"

Selamba je Nadim cakap. Senyum. Terbeliak mata Aina memandang tepat ke muka Nadim. Berkerut sejuta dahinya. Tapi tak nampak muka Nadim sebab cermin mata hitam bergayanya tu.

" Eeeeeeee.. Sewel..!! Tak payah nak turun ke hati sangatlah. Dahlah, malas saya layan orang sewel ni. Dahlah tak berterima kasih, poyooo je.. Bye..!!" Marah Aina.

" Sedapnya mulut cakap saya sewel.." Nadim balas.

" Memang sewel pun..." Balas Aina dan terus jalan meninggalkan Nadim.

"Terima kasih hantar kuih ni.. Oii dengar ke tak?!" Jerit Nadim.

"Iye.. Sama-sama!!" Balas Aina dari seberang jalan tanpa menoleh pun pada Nadim. Merungut sendirian Aina. Bengang.

Nadim geleng kepala. Gelak dan gelak. Masih memerhatikan lenggang lenggok Aina yang jalan terus menuju ke arah gerai keknya.

" Hahahaa.. Menjadi juga plan aku. Hai lah donat, terima kasih tolong aku. Memang betul lah Si Penjual Kek ni. Selamba je. Bikin tak tidur malam aku dibuatnya.. Hahahaa.."

Nadim terus masuk ke dalam keretanya. Enjin kereta di hidupkan dan terus memasang radio.
Berkumandang lagu Andi Bernadee, Satu Peluang. Nadim ikut menyanyi, seronok pula dia dengar lagu tu. Ceria pula hatinya.

" Aku suka cara jalanan kamu,
Aku suka hilang dalam manismu,
Siapa lagi sini seperti kamu..

Tindakbalas kau sangat terkawal,
Itu tanda-tanda kau jual mahal,
Siapa lagi sini seperti kamu.."

"Memang jual mahal pun Si Penjual Kek ni. Hahahaa.. " Amboi betapa gembiranya hati Nadim dengar lagu itu. Gelak dan gelak saja. Macam kena pula lagu tu untuk Aina. Senanglah hatinya mahu terbang ke Taipei nanti. Apa yang dia rancangkan, semuanya berjalan lancar.

Tak sabar mahu cerita pada Azaim. Confirm berbunga-bunga hatinya. Berserilah wajah chinese look nya itu, bersinarlah mata sepetnya.

"Dari kek turun ke hati ya! Hahahaa... Penangan Si Penjual Kek.. Baguslah tu.. Mr. Blueberry Cheese dan Si Penjual Kek. Hahahaa.. Macam ada jodoh je ni.. Hahahaaaa..."

Nadim cakap sendiri, masih lagi gelak dan gelak. Kereta meluncur laju membelah kesesakan lalu lintas sambil bernyanyi riang.

Lalalaaaaaa...
Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.