Bab 26
" Assalammualaikum.. Umi oh umi..!!" Mana pula Umi ni, pintu terbuka luas tapi orang tak ada.

Aku melangkah masuk ke dalam rumah. Mata meliar mencari Umi, terus jalan ke dapur. Pun tak ada. Aku jalan semula ke ruang tamu. Memandang setiap sudut rumah. Lain dah rumah ni, lama dah aku tak balik jenguk Umi dan Tok Wan. Mak angkat kesayangan aku. Aku duduk di kerusi kayu beralas kusyen. Melepaskan lelah keletihan.

Tak terfikir pun nak ke sini sebenarnya. Pagi tadi lepas sarapan, aku balik ke chalet semula. Nak rehatlah apa lagi, tapi best friend forever aku iaitu Nadia. Tiba-tiba je call, bagitahu umi tak sihat. Alang-alang aku pun ada kat Melaka, sorang-sorang pula tu dan disebabkan dah lama tak balik kampung jenguk Umi dan Tok Wan. So, aku terus ambil keputusan check out awal dan terus memandu ke Kampung Labu, Negeri Sembilan. Jauh juga jalan tapi tak apa, aku suka memandu. Memandu jauh boleh gak release tension tapi kalau jalan tak sesaklah. Kalau jalan sesak boleh menimbulkan kemurungan tengah jalan.

" Eh... Aina..!! Bila sampai? Kenapa nak datang tak bagitahu? Nadia pun tak cakap apa-apa.." Terkejut aku apabila Umi menegurku dari arah belakang. Berkhayal pula aku. Aku terus menghampiri Umi. Cium tangan Umi, peluk cium Umi. Rindunya dekat Umi.

" Baru je ni, Aina bagi salam tak ada orang. Aina masuk jelah.." Aku kembali duduk diikuti Umi.

"Laaa iyeke?! Umi kat belakang tu ha, ambil ubi. Tok Wan nak makan ubi rebus. Kau dari mana?!"

" Aina dari Melaka, saja bercuti. Pagi tadi, Nadia call, bagitahu Umi tak sihat, alang-alang Aina pun ada kat Melaka, teruslah ke sini. Lagipun dah lama tak balik kampung jenguk Umi dan Tok Wan.."

" Sorang je ke? Syaira dan Aqil tak ikut?" Tanya Umi.

" Sorang je. Budak-budak sekolah.." jawabku perlahan. Umi pandang redup ke wajahku. Aku senyum je.

"Sabarlah Aina. Tak payah fikirkan, dari kau hidup terseksa jiwa, lebih baik kau hidup bersama anak-anak je. Perkara yang sama juga. Ada Taufik tu pun, serupa tak ada. Lagi baik tak ada langsung.." Kata Umi.

" Iya Umi.. Aina okey je, cuma saja nak bercuti. Nak rehatkan kepala, asyik menghadap kek je 24jam. Celik mata, fikir kek. Pejam mata, mimpi kek. Selamatlah tak mengigau kek. Hahaha.." Aku saja bergurau. Tak naklah sedih-sedih. Tak bestlah sedih, kan dah buang semua benda hitam dalam kepala ni. Biarkan benda putih bersih je yang tinggal. Baru otak fresh.

" Lama- lama kau tu pun boleh jadi kek. Badan pun dah berisi dah ni.."

" Hahahahaa.. Iyeke Umi. Aduh..!! Takutnya.."

" Tak apa. Janji hati tenang, hidup pun senang. Berseri je muka kau ni, nampak ceria je. Macam nilah anak Umi.. " Aku gelak je.

" Umi.. Senyap je rumah? Tok Wan mana?" Tanyaku sambil mata meliar memandang kanan kiri cari Tok Wan yang tak nampak sejak tadi.

" Tok Wan pergi kutip duit rumah sewa dia. Kejab lagi baliklah dia.."

" Oh yeke?! Ni yang best ni. Boleh minta Tok Wan belanja coconut shake kat pekan tu. Eh.. ada lagi ke orang yang niaga tu Umi?" Senyum lebar aku bila teringat coconut shake Kampung Labu ni. Sedappp!!

" Minta je. Tok Wan tengah banyak duit tu. Masih buka, dah makin besar dah warung tu. Nanti petang, ajak Nadia ke sana.."

" Itu sudah semestinya.."

" Aina tidur sini ye malam ni. Nanti Umi masakkan kepah masak lomak cili padi. Memang berapi makan eh.."

"Wah kepah!! Sedapnya..!!" Excited pula aku. Kalau Umi masak, memang sedap sangat. Lagi-lagi masak lemak cili padi. Fuhhh!! Memang terangkat punyalah.

" Umi.. Aina nak ke sungai kejab ye. Rindu sungai.." Aku meminta izin Umi.

"Sorang je ke? Nantilah, tunggu Nadia balik. Kejab lagi sampailah dia.." Cadang Umi.

" Alaaa tak apa. Bukan jauh pun. Nak rendam kaki je. Nanti kalau Nadia dah balik, Umi suruh dia ke sungai ya..." Umi mengangguk je.

Umi dah faham sangat dah perangai aku. Kalau aku nak, tak bolehnya dia cakap tak. Memang aku tetap akan cakap nak juga. Aku pun jalanlah seorang diri menuju ke arah sungai.

Sebelah sungai tu, ada dusun buah-buahan milik Tok Wan. Semua buah tempatan ada. Kalau musimnya tiba, memang tak tahu nak makan buah apa. Tak terlarat nak makan. 


Best betul suasana kampung, nyaman je. Aku jalan kaki jalan ke sungai. Sambil bernyanyi- nyanyi hiburkan hati. Handphone ku simpan dalam poket seluar jeans. Malas nak tengok handphone, biarkan dia duduk diam-diam dalam poket.

Sampai di jambatan, aku berhentikan langkah. Menghirup udara segar, bunyi air sungai mengalir, redup je, memang betul-betul tenang setenangnya. Aku turun ke tepi-tepi batu besar, duduk diatas batu dan kaki berendam dalam air mengalir. Sejuknya.. Ni kalau dapat berendam dalam air ni, mesti best. Tapi aku sorang-sorang ni, gerunlah pula mandi sorang-sorang. Tak pasal-pasal nanti di tegur dengan jejaka bunianlah pula.

Uitt... Aina.. Mulut tu jaga-jaga sikit. Opss..!! Hatiku berbisik. Hahaha.. aku gelak. Aku tutup mata rapat-rapat, tarik nafas dalam sedalamnya,  kemudian lepaskan perlahan-lahan. Ulang lagi dan lagi. Nyamannya Ya Allah..!! Rasa tenang sangat. Ya Allah.. Betapa nikmatnya rasa ketenangan ini. Terima kasih Ya Allah.. Terima kasih..!

Aku sangat rasa bersyukur atas semua ini. Apa yang berlaku ke atas diri aku dan perjalanan hidup aku, sebenarnya dah buat aku menjadi seorang wanita yang kuat dan tabah. Aku bersyukur dengan dugaan dan ujian ini. Kalau tak kerana dugaan dan ujian, belum tentu aku kini adalah seorang Si Penjual Kek. Hehe..

Lalalalaaa.. Aku bernyanyi senang hati. Aku keluarkan handphone dalam poket. Apa lagi, tangkap gambar air sungai yang mengalir tenang. Upload kat facebook. Saja aku letak hastag Kampung Labu. Aku terus main air, ni kalau Syaira dan Aqil ada mesti seronok. Mesti suka sangat, alahai teringat pula dekat hero dan heroin aku tu. Tak apalah, nanti cuti sekolah aku nak bawa mereka balik sini.

" Oiii Aina...!!!" Seseorang menjerit panggil nama aku. Aku menoleh ke jambatan. Nadia melambaikan tangan ke arah aku dan jalan menghampiri aku.

" Sorang-sorag kau sini, tak takut ke?!" Nadia duduk di sebelah aku.

" Nak takut apalah siang-siang macam ni. Kau baru balik ke? Mana anak-anak kau?" Tanya aku.

" Iye.. Budak-budak mandi. Umi cakap kau dekat sini, aku terus ke sinilah ni. Oittt... Kau apa cerita ni? Dah lepas ke belum.." Aku senyum. Dah agak dah mesti dia nak tahu punya pasal aku dan Taufik.

"Hahahaaa.. Dah merdeka!" Aku gelak besar.

" Serius??"

" Yelah. Dia macamana? Dia okey tak?" Aku gelak lagi.

Aku pun ceritalah kat Nadia. Aku dengan Nadia ni memang tak ada rahsia pun. Dialah best friend aku yang paling aku sayang. Kami ni rapat sejak sekolah lagi, aku pun rapat dengan family Nadia juga. Dan.. jadilah aku sebahagian dari family dia juga. Anak angkat Umi dan Baba.

Nadia dengar dengan tekun sekali. Dia geram betul dengan Taufik bila aku cerita yang aku ditampar oleh Taufik. Merungut mulutnya, emosi pula dia dengar. Lawak pula tengok Nadia ni.

" Kau boleh diamkan je Aina. Apasal kau tak buat aduan je kat mahkamah, biarlah dia kena. Kau ni kan, baik sangatlah. Orang macam tu tak boleh dibagi muka, makin naik lemak nanti tahu tak. Ishh..!! Kalau akulah jadi kau, bukan aduan kat mahkamah je aku buat, aku buat police report semua tau. Biar padan dengan muka dia. Dahlah abaikan kau anak-beranak, nafkah sesen tak bagi lepas tu nak naik tangan pula. Naik berbulu betul lah hati aku ni..." Bebelnya panjang lebar.

" Biarlah dia. Benda dah lepas kut, aku malaslah nak panjangkan cerita. Lagipun, dia bukan ada kat sini pun.." Balasku. Selamba dan terus layan air sungai.

" Hmm.. Iyelah. Apapun, aku akan sentiasa doakan kau dan anak-anak kau bahagia, terus sabar dan tabah. Aku tahu, kau dan anak-anak kau kuat semangat. Tapi aku betul-betul kagum dengan kau beb. Kau boleh sekuat ini. Hebat kau.." Puji Nadia.

" Ini bahagian aku beb. Dah Allah atur perjalanan hidup aku macam ni. Redha jelah. Dan aku percaya, setiap dugaan ada hikmat dan ada kebahagiaan.." jawabku tahap keyakinanku amat tinggi.

"Insha Allah. Semoga urusan kau dipermudahkan dunia akhirat. Eh.. Jom balik, atau kau nak lepak sini? Aku nak balik ni, nak tengok anak-anak aku.." Nadia bangun perlahan-lahan.

" Kau baliklah dulu. Aku nak lepak sini kejab..." kataku. Nadia terus jalan meninggalkan aku sendirian. Tinggal lah aku melayan perasaan sendiri. 


Bippp..!! Notification facebook berbunyi. Aku keluarkan handphone dari poket berhati-hati. Takut salah pegang mahu berenang handphone dalam air terjun ni.

Komen pada gambar air sungai yang aku upload gambar tadi. Komen dari Hang Nadim. Siapa Hang Nadim ni ek, dia rajin juga komen gambar yang aku upload. Dan aku pun suka juga komen pada gambar-gambar permandangan yang dia upload dan memang cantik sangat kut. Kalau aku berduit, memang teringin nak bercuti ke oversea tu. Tapi apakan daya, hanya mimpi semata.

Hang Nadim : " Cuaca panas macam ni, mesti seronok kan dapat berendam dalam air terjun. Tengah berendam ke tuu.."

Aina Si Penjual Kek : Memanglah best tapi yang best kaki saya jelah.

Aku balas dan gelak sendiri. Sengaja menyakat Hang Nadim ni. Entah siapalah mamat ni. Layan jelah.

Hang Nadim: " Kenapa kaki?"

Aina Si Penjual Kek : " Halah.. Dah saya rendam kaki saya je bukan rendam badan saya.."

Hang Nadim: " Oo ok! Kenapa awak tak rendam badan awak?"

Aina Si Penjual Kek: " Tak naklah. Nanti anak teruna bunian ngintai saya berendam dan ambil saya jadi wife dia pula. Hehe..

Aku gelak sendiri. Gila betul aku ni. Aku letak handphone di atas batu besar. Sengeh sendiri.
Tak lama, bunyi pula notification whatsapp masuk. Siapa pula yang whatsapp ni, tak senang lah aku nak layan perasaan. Handphone ku capai.

Lah.. Dia lagi. Tak bosan ke mamat ni nak whatsapp aku je. Aku pula naik rimas. Hmm.. tapi tak apalah. Layankan jelah. Nanti bila dia dah bosan, dia senyaplah tu. Dan bila aku dah mula ngadap kek, memang tak kuasalah nak layan. Layan kek lagi baik dari layan Mr. Blueberry Cheese yang poyo ni.

" Hai...!!" Ini je dia text. Pelik. Nampak sangatlah tu dalam kebosanan.

"Hoi...!!" Aku balas.

" Buat apa tu?"

" Termenung.."

"Mesti ingat Mr. Blueberry Cheese ni kan.. " Eh.. Eh.. Perasannya dia. Sikit pun aku tak inginlah ingat kat dia.

"Helloooo... Jangan nak perasan ye. Dari saya ingat awak, lebih baik saya ingat dan fikir kek saya. Lagi baik tau tak.."

"Hahahahaa.. Iyelah.. Cakap pasal kek, tiba-tiba rindu pula nak makan kek Blueberry Cheese awak. Tapi tulah, Si Penjual Kek tak nak buatkan. Hmm.." Aku berkerut baca.

"Aik..! Tak cakap apa-apapun. Tiba-tiba cakap saya tak nak buatkan? Apa kes.."

" So.. Awak nak buatkan kek untuk saya? Bila boleh buat? Bila saya boleh ambil atau awak hantar kat saya?" Banyak pula soalannya ye. Aku tak jawab apapun lagi. Tapi aku rasa macam.. Hmm... Ini ada kacang badam disebalik kek cheese ni kut. Hmm..

" Bila awak nak? Esok? Lusa? Tulat? Nak berapa banyak? Besar kecil? Info je.." Aku tak jawab tapi aku pula tanya macam-macam. Kita tengok siapa yang kena. Kikikiii...

" Esok atau lusa boleh? Dapat sepotong pun jadilah untuk hilangkan rindu kat kek awak tu. Lama tak makan.." Eleh... Hilangkan rindu kat kek aku ke atau hilangkan rindu kat aku. Aik.. Aik... Aina.. Apa cerita ni?! Terlebih sudah. Hahaahaaa.. Aku gelak. Ketuk dahi.

" Boleh.. Sangat boleh. Tapi awak kena ambil sendiri. Tak boleh hantar.. Macamana? Boleh? " Masanya untuk aku game kan dia.

" Dan saya jawab.. Sangat boleh. So, lokasi? Nak jumpa jam berapa?"

 Hahaahaaa.. Aku dah agak dah. Dia punya ayat, cantiiikkk sangat. Rindu kek akulah, lama tak makan keklah. Padahal point dia hanya satu je. Nak jumpa aku. Tak payah nak psiko sangatlah Mr. Blueberry Cheese. Sebelum kau psiko aku, aku psiko kau dulu. Ini Si Penjual Kek lah.

" Fahami baik-baik ya Mr. Blueberry Cheese. Saya inform hanya sekali je tau. Tak ada ulang tayang. So, tolong peka..." Saja aku nak kenakan dia. Jahat betul aku ni.

" Baiklah Si Penjual Kek. Mr. Blueberry Cheese sedia untuk fahami dengan teliti, fokus, peka dan pekak pun bolehlah.." Hahaha.. Nak buat lawak konon. Tak lawaklah bos.

" Esok hari Jumaat kan, ada pasar malam depan JPJ, mula pasar jam 5.00 petang hingga 7.00 malam. boleh cari gerai kek kat situ. Blueberry Cheese ada. Lusa pula, Pasar Tani Klang, pun Blueberry Cheese ada. Mr. Blueberry Cheese boleh jumpa dengan pembantu saya. Nama dia Ijoy. Dia akan layan Mr. Blueberry Cheese sehabis baik. Okey faham?!"
Terangku dengan panjang lebar. Aku gelak lagi.

Tak sabar nak tunggu Mr. Blueberry Cheese balas. Terdiam terus dia, mesti benganglah tu. Confirm lepas ni tak nak kawan dengan aku lagi. Fuhh lega aku. Tak payah fikir Mr. Blueberry Cheese ni.

" Tapi saya nak awak buat kek tu untuk saya. Bukan orang lain. Faham tak Si Penjual Kek ooooooiiiiiiii..... !!!" balasnya. Amboii... Panjangnya oiii dia. Hahahaa..

" Sama je kut. Resepi yang sama, kek yang sama, deko yang sama, jual kat pasar yang sama, kedai yang sama, owner yang sama dan blueberry cheese yang sama. Semuanya sama wahai Mr. Blueberry Cheese ooooooooiiiiiii....!!!"
Hahaha aku balas balik, pun oiii yang panjang.

"Tak sama.. Tak sama.. dan tak sama. Saya nak Blueberry Cheese cake yang dibuat dari airtangan Si Penjual Kek sendiri. Bukan dari airtangan Chef Wan ke, Chef Ismail ke atau segala chef. Bukan dari airtangan orang lain. Bukannn...!!" Balasnya.

" Ishh... Banyak songehlah dia ni. Cerewet macam mak nenek, nenek saya pun tak cerewet macam awak ni tau tak. Masalahnya sekarang ni saya tengah bercuti. Kalau nak sangat kek dari airtangan saya, tunggu saya masuk kerja. Fahammm!!"

"Bila?"

"Sila tunggu ye.  2 bulan 21hari lagi baru saya masuk kerja. Fahamm!!"

"Ha?? Apasal lama sangat. Lusa malam saya dah balik Taipei lah. Hmm.. Nampaknya kempunanlah Mr. Blueberry Cheese nak makan kek dari airtangan Si Penjual Kek. Sedih..!!" Ceh.. Dan.. dan.. Sedih konon. Poyo je. Ingat aku simpati? Hey.. Memang tak lah.

" Itu bukan masalah saya. Itu masalah awak. Pandai-pandailah awak settlekan sendiri. Nak mengidam ke, nak kempunan ke, sukahati awaklah. Saya tengah cuti, sekali lagi saya ulang. Si Penjual Kek tengah berrrcuti. Harap maklum ya Mr. Blueberry Cheese.." Aku balas balik.

"Alaaa.. Please!! Buatkanlah untuk saya sebelum saya terbang. Lama lagi tau saya nak balik Malaysia. Kasihani lah saya.. Si Penjual Kek kan seorang yang baik hati.. Boleh ye.." Amboi mengadanya dia. Nak pujuk aku bagai. Ingat aku cair dengan pujukan dia. Tak ada makna.

"Sorry..!! Tak ingin..!! Bagilah seribu ringgit pun, saya tak naklah duit awak tu. Simpan jelah untuk masa depan awak. Saya tak naaaakkkk..!!. Faham tak?!"

"Ambooiiii... Berlagak yee. Jangan jual mahal sangat wahai Si Penjual kek. Kelak kecundang. Okeylah saya simpan duit untuk meminang awak ya. Tunggu lagi 2bulan 21hari. Mr. Blueberry Cheese terbang dari Taipei terus ngadap Si Penjual kek nanti. Tunggu tau..!"

Aikk... Dia kenakan aku balik. Bertuah punya Mr. Blueberry Cheese. Hampeh!!

" Tak ingin.. Tak ingin dan tak ingin. Okey bye..!!"

Whatsapp last dari aku. Hahahaa.. Aku memang sengaja buat dia bengang, nak tengok sejauh mana dia sanggup nak kawan dengan aku yang sangat banyak songeh ni.

Hai lah Mr. Blueberry Cheese ni. Sorry lah.. Aku tak boleh dan tak nak jumpa kau buat masa ni. Belum sedia nak ngadap muka cina kau tu. Kita kawan kan.. kan.. kan..!!

Eh.. Sebenarnya nama Mr. Blueberry Cheese tu siapa ek? Aku tak pernah tanya pulalah. Mana aci ni, dia tahu nama aku tapi aku tak tahu nama dia. Okey tak apa, nanti-nantilah aku tanya.

Dahlah.. Baliklah.. Sejuk menusuk je tulang dah ni. Lalalaalaaa..
Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.