Bab 34
"Si Penjual Kek?!" Nadim sangat terkejut. Tanpa berlengah dan tanpa hiraukan lelaki itu, Nadim terus menerpa ke arah Aina. Nadim membantu Aina bangun.

" Awak okey?!" Tanya Nadim. Risau. Simpati melihat luka pada mulut Aina. Azaim hanya melihat. Terdiam.

"Oiii... Lepaskan dia. Berani kau sentuh dia. Kurang ajar..!!" Marah Taufik dengan muka yang merah padam. Cuba menumbuk muka Nadim. Dan dengan pantas, Nadim mengelak dan terus menumbuk kuat perut Taufik.
Mengerang kesakitan Taufik tapi masih lagi tak puashati.

"Aku paling pantang lelaki pukul perempuan tau. Lelaki yang pukul perempuan tu jantan pengecut tahu tak.." Kata Nadim. Keras.

" Pengecut kau cakap aku. Sialll.." Taufik menyerang Nadim lagi. Berlaku pergelutan di situ. Azaim dah mula ketakutan.

"Sudahlah. Jangan gaduh lagi. Sudahhh!!" Aina menjerit kuat dengan linangan airmata. Kepalanya terasa sakit tapi ditahan juga.

"Mr. Blueberry Cheese tolonglah hentikan. Tolonglah.." Aina merayu pada Nadim. Airmata deras mengalir minta dimengerti. Nadim jadi sebak mendengar suara Aina. Aina memicit kepalanya. Pandangannya berpinar sekejab.

"Subhanallah.. " Aina hampir saja mahu pitam, Nadim cuba memaut lengan Aina tapi Aina kuatkan juga dirinya dan menepis lembut tangan Nadim. Aina takut Taufik akan terus marah. Taufik melihat, makin menyirap hati Taufik.

"Oiii sial. Jangan sentuh bini aku.." Jerit Taufik. Bengang. Taufik terus bangun dan cuba lagi untuk memukul Nadim. Tapi Taufik silap, Nadim lebih hebat dan pantas, terus mengelak dan mendapatlah Taufik pukulan padu tepat pada mukanya. Lebam mukanya. Padan muka Taufik. Orang juara silat dilawannya, memang mahu patah riuk badan Taufik.

" Tak kisahlah bini kau ke, awek kau ke, nenek kau ke. Janganlah pukul insan yang lemah bro. Kalau kau nak tunjuk handal sangat, set time lah bro. Kita lawan. One by one. Ada brannn.." Nadim senyum sinis pada Taufik.

" Kau.. Kau memang sial. Kau jangan cuba nak sentuh dia. Dia bini aku. Kau tak ada hak nak campur urusan aku.." Kata Taufik. Marah dan marah. Muka merah padam macam naga. Azaim tercengang. Langsung tak cakap apa-apa hanya menjadi penonton setia. Terkejut dengan apa yang Taufik katakan.

" Siapa bini awak? Saya bukan bini awak. Dahlah Taufik, pergilah. Tolonglah jangan ganggu hidup saya lagi. Kalau awak nak pukul saya, lebih baik awak bunuh je saya. Bunuhlah. Biar puashati awak. Saya dah tak sanggup dibuat macam ni. Tolonglah.. Tolong..!!" Aina bersuara. Merayu dalam tangisan. Nadim sangat simpati, dia sendiri pun masih tertanya-tanya siapa lelaki ini pada Aina.

" Abang sayang awak Aina.." kata Taufik.

" Dahlah. Saya tak nak dengar lagi. Pergilah.. Jangan cari saya lagi.." Nadim hanya mendengar. Aina berkerut menahan sakit. Simpatinya Nadim. Tak sanggup nak tengok keadaan Aina. Terdapat luka dimulutnya bersama darah kering. Mungkin ditampar beberapa kali. Nadim menyaksikan. Tangan kiri memegang lengan kanannya. Alahai Si Penjual Kek.

" Aina.. Jangan buat abang macam ni..." Taufik cuba menyentuh Aina, buat muka sedih tapi dihalang oleh Nadim.

"Lebih baik kau blah lah bro sebelum aku panggil polis. Satu kesalahan memukul wanita. Kau nak masuk lokap ke atau kau nak berambus sekarang.." Arah Nadim.

" Aku blah sekarang. Tapi aku akan datang balik. Ingat!! Jangan kau berani sentuh dia, aku nampak kau sentuh dia. Aku akan cari kau sampai lubang cacing. Mati kau kat tangan aku. Kau tunggu.." Boleh pula Taufik bagi warning dekat Nadim. Nadim gelak kecil.

" Kenapa tak cari aku sampai lubang kubur je. Senang sikit, boleh aku humban kau terus dalam lubang kubur dan timbus hidup-hidup. Hahaha.." Nadim sengaja menyakiti hati Taufik. Gelak besar dia.

" Mr. Blueberry Cheese dahlah. Jangan dilayan dia. Pleasee!!" Pinta Aina. Risau dia kalau Taufik menyerang lagi.

" Sial..!! Puiii..." Marah betul Taufik. Tapi tak berani pula serang. Takutlah tu. Taufik terus meninggalkan mereka. Muka memang tak puashati. Nampak sangat muka pendendam. Mahu dicarinya Nadim nanti.

" Terima kasih. Kalau tak ada awak tadi, saya rasa saya dah mati dekat sini. Terima  kasih Mr. Blueberry Cheese.." Ucap Aina. Senyum tawar pada Nadim. Nadim memandang wajah Aina. Sedihnya dia.

" Awak okey tak ni? Saya bawa awak ke hospital ya.. " Lembut suara Nadim.

" Tak apa. Saya okey.." Aina senyum lagi. Bungkusan plastik berisi air 100plus, biskut dan roti diambilnya. Tercampak bungkusan tadi sewaktu badannya ditolak oleh Taufik.

"Awak dari mana ni, tengah malam macam ni awak keluar sorang-sorang.." Tanya Nadim lagi. Prihatin. Risau amat.

" Saya baru balik dari pasar, lewat sampai. Kereta rosak tengah jalan. Saya terpaksa tunggu orang tolong. Alhamdulilah ada orang yang berhati mulia tolong saya. Lepas tu saya hantar barang kat kedai. Dan singgah kedai ni kejab nak beli ni.. " Aina menunjukkan bungkusan ditangannya.

" Awak sorang je ke niaga? Mana Ijoy?"

"Iye sorang. Ijoy tak kerja, dia tak sihat. Aduhh..!" Aina mengaduh sakit pada lengannya. Diurut-urut lengannya sendiri.  Terasa amat sakit. Bengkak.

" Ya Allah..!! Kenapa tangan tu. Orang tadi ke buat ? Jomlah saya bawa ke hospital.." Nadim masih risau.

"Tak.. Tak.. Bukan dia buat. Lengan ni terseliuh kut, sebab tadi saya angkat canopy.." Jelas Aina. Masih juga senyum.

"Allahuakhbar.. Canopy tu kan berat.." Nadim tak dapat bayangkan. Macamana Aina boleh angkat canopy yang berat itu seorang diri. Kagum betul dia.

" Dah biasa. Okeylah. Saya minta diri dulu. Terima kasih ya Mr. Blueberry Cheese. Terima kasih banyak-banyak. Assalammualaikum.." Aina terus jalan meninggalkan Nadim. Tanpa menoleh pun.

" Eh.. Si Penjual Kek. Tunggu sekejab.." Nadim memanggil Aina. Aina memberhentikan langkah.

" Boleh saya tahu tak, siapa lelaki tadi tu?" Tanya Nadim. Aina rasa tidak selesa. Mula mengelabah. Apa perlu dia cakapkan.

"Hmm.. Saya minta diri dulu. Saya dah lambat. Bye..!" Aina tidak menjawab. Dia cepat-cepat jalan dan terus masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan dan terus memandu. Meninggalkan Nadim yang terpinga-pinga dan masih berdiri.

" Kenapa dia tak jawab? Siapa lelaki tu ek? Huh!! Kasihannya dia.. " Nadim cakap sendiri. Masih berfikir. Hati memang tak tenang.

"Oii Dim. Dahlah jom.." Azaim menjerit memanggil Nadim.

Nadim jalan perlahan ke arah keretanya. Berkerut masih memikirkan sesuatu. Masuk dalam kereta terus mulakan pemanduan.

" Aku tak sangka bro. Terkejut sangat bila tengok perempuan tu adalah Si Penjual Kek. Ya Allah..." Kata Nadim.

" Tulah.. Aku sampai tak boleh nak cakap. Terpaku terus. Memang syaitan betullah jantan tak guna tu.."

" Masa aku tengok muka lelaki tadi , mula-mula  memang aku tak perasan. Tapi bila dia jeling aku, aku terus ingat masa jumpa dia kat kedai kek tempoh hari tu. Terus aku pandang perempuan yang dibelasah tu.. Sekali perempuan tu menoleh, memang  Ya Allah.. Si Penjual Kek.." Cerita Nadim bersungguh-sungguh.

" Terkejut.. Memang terkejut.. Ini bukan terkejut tahap gaban lagi Dim. Ini dah kira terkejut tahap hampir maut ni.."

"Betul.. betul.. betul..!! Tapi syok jugalah aku belasah jantan tu tadi. Dah lama dah aku tak belasah orang. Sakit hati betullah. Nak tunjuk hebat konon, kalau nak tunjuk hebat sangat mehlah lawan aku. Tak patah 18 tulang tu bukan Hang Nadim namanya.."

" Yup.. Betul.. Betul.. betullll. Masa kau cakap dia jantan pengecut tu kan, aku tengok muka dia dah macam singa je beb. Punyalah bengang dia. Hahahaa.. Jantan pengecut.." Azaim gelak. Dia yang menyaksikan pergaduhan tadi.

"Kenyataan bro. Lelaki yang pukul perempuan ni aku anggap dia jantan pengecut. Perempuan kan lemah, kalau pukul pun memang perempuan tak boleh nak melawan. Tenaga mereka tak macam lelaki kecuali jika perempuan tu memang ada ilmu mempertahankan diri macam silat ke takewando ke atau apa-apa je. Itu aku tak nafikan memang boleh kalah lelaki. Tapi kalau yang tak tahu akan jadi mangsa jelah.." terang Nadim.

" Betul tu Dim. Aku setuju sangat dengan apa yang kau cakap. Siapa boleh kalahkan kau kan, ahli silat terhebat kat Malaysia ni. Dahlah hebat, hensem, macho, sado. Aku rasalah kan, kalau kau masuk mana-mana pertandingan silat lagi. Confirm boleh menang bro.." 


"Yang kau ni dah kenapa, puji aku melambung ni apa kes? Membodeklah tu.." Nadim menoleh pada Azaim. Berkerut pelik.

" Hehe.. Ishh..!! Mana ada. Tak ada nak membodek. Nak puji kehebatan sepupu sendiri tak kanlah tak boleh kut.." Azaim sengeh macam kerang busuk.

" Sudahlah kau Zim. Macamlah aku tak kenal kau. Yang kau ni ha, pengecut juga. Tukar jantinalah Zim. Tak payah jadi jantan elok kau jadi pondan jelah.."

"Aik.. Apasal aku pula.." Azaim bengang.

"Ha lah. Nampak orang kena pukul bukannya nak tolong. Jadi penonton setia pula.." Sengeh lagi Azaim.

" Aku bukan tak nak tolong tapi aku ni tak nak campur hal orang. Biarlah mereka selesaikan masalah mereka. Kan tak baik menjaga tepi kain orang. Jagalah kain sendiri. Betul kan.."

" Banyaklah kau punya kain. Esok kalau kau yang kena baru padan muka.. "

" Janganlah cakap macam tu beb.."

"Eh.. Itu kereta Si Penjual Kek kan.. " Mata Nadim fokus pada sebuah kereta dibahu jalan.

" Iyalah.. Apasal pula tu.." Terus Nadim berhentikan keretanya dan menghampiri kereta Aina.

Enjin kereta hidup, Nadim mengintai dan terlihat Aina meletakkan kepala di stereng keretanya. Dup.. dap.. dup.. dap jantungnya.

Tok.. tokkkk...!! Cermin tingkap diketuk berkali-kali. Aina angkat kepala dan memandang ke arah Nadim, terkejut Aina. Cepat-cepat dia kesat airmatanya. Serba salah sama ada mahu turunkan cermin kereta ataupun tidak.

Aina taknak diganggu sebenarnya. Dia mahu menyendiri, mahu meluahkan semua kesakitan dengan tangisan tapi kenapa Mr. Blueberry Cheese muncul. Macamana dia boleh ada kat sini? Aina taknak jumpa dia. Nadim masih lagi mengetuk tingkap. Semakin risau. Nak tak nak, terpaksa Aina buka lock pintu kereta dan perlahan-lahan keluar. Berkerut dahi menahan kesakitan tangan dan mulutnya. Pedih. Kakinya pun sakit juga. Seksanya.

" Awak buat apa dekat sini? Kenapa tak balik lagi?" Tanya Nadim lembut. Aina tunduk pandang bawah, tak sanggup bertentang mata dengan Nadim.

"Si Penjual Kek.. Kenapa ni? Saya tengok awak macam tak larat je ni, saya bawa awak ke hospital ya. Saya tak sampai hati tengok awak macam ni.." Nadim memujuk. Aina tak jawab, hanya geleng kepala saja.

" Mr. Blueberry Cheese.. Lepas ni awak tak payah contact saya lagi ye. Persahabatan kita sampai kat sini je. Anggaplah saya tak pernah ada dalam hidup awak. Sorry..!!" Kata Aina perlahan. Betapa sukar dia mahu meluahkan. Berat hatinya tapi kerana terpaksa.

" Kenapa ni? Kenapa tiba-tiba awak buat keputusan macam ni? Janganlah buat saya macam ni.." Nadim berdiri betul-betul dihadapan Aina. Direnung wajah Aina, tidak berkelip. Aina mengangkat muka dan membalas renungan Nadim.

" Maafkan saya Mr. Blueberry Cheese. Saya terpaksa. Kita tak boleh berkawan dan tak boleh terus berkawan. Maafkan saya. Maafkan saya..!" Menitis airmata Aina. Minta dimengerti.

" Awak ada masalah? Share dengan saya. Saya akan bantu awak. Tapi janganlah putuskan hubungan persahabatan kita ni. Saya perlukan awak Si Penjual Kek.." Aina tetap menggeleng.

"Tak boleh Mr. Blueberry Cheese. Tak boleh..!! Maafkan saya. Tolonglah faham keadaan saya, saya tahu niat awak tapiii.. Maafkan saya.. Jangan contact saya lagi dan jangan cari saya lagi. Assalammualaikum.." Dengan pantas, Aina terus masuk ke dalam keretanya dan terus lock pintu.

" Awak nanti. Buka tingkap ni kejab. Janganlah macam ni.." Nadim mengetuk- ngetuk tingkap kereta Aina. Tapi Aina langsung tak layan. Nadim nampak Aina menangis. Sedih dan sayu wajahnya. Aina terus memandu laju, Nadim hanya memandang.

"Apa dah jadi dengan dia sebenarnya ni? Tak boleh jadi ni, aku kena siasat. Aku kena ikut dia.. Ya..!!" Tanpa berlengah Nadim terus berlari masuk ke dalam keretanya. Dan memandu laju mengekori kereta Aina.

" Apasal ni Dim. Nak ke mana ni?" Tanya Azaim.

"Aku nak follow Si Penjual Kek. Aku nak tahu mana rumah dia. Aku tak sedap hati bro. Dia tak bagi aku contact dia, tak bagi cari dia lagi" Jelas Nadim.

"Serius?! Tapi kenapa tiba-tiba?" Terkejut Azaim dengar. Nadim terus fokus memandu mengekori kereta Aina.

"Itu aku tak tahu. Aku tanya dia tapi dia tak jawab. Aku rasa dia memang ada masalah besar. Dan mungkin ada kaitan dengan jantan pengecut tu.." Sambung Nadim lagi. 


"Yup.. Boleh jadi juga. Sebab berapa kali aku tengok jantan pengecut tu asyik ganggu dia je, pukul pula tu. Tapi kan.. Kau perasan tak, jantan tu ada cakap. Jangan sentuh bini aku? Kau dengar tak tadi?"

"Iya.. Aku dengar. Tapi Si Penjual Kek tu cakap tadi bukan bini. So, sekarang ni aku pun keliru. Bini ke atau bukan bini. Kau rasa?!"

" Hmm.. Aku rasa bini tapi dah Aina cakap bukan bini. Bukanlah kut kan. Eh.. Entahlah bro. Pening pula aku fikir. Bini ke bukan bini? Bini ke bukan bini?" Garu kepala Azaim. Nadim pula berkerut.

" Bro.. Aku rasa aku dapat agak jawapannya.
 Kau fikir tak apa yang aku fikir bro.." Nadim bertanya dan berkerut.

" Aku pun fikir apa yang kau fikir tu.." Azaim mengangguk-angguk kepala. Setuju.

"Bekas bini.. " Sekali serentak mereka bercakap.

" Kemungkinan.. Aku rasa Si Penjual Kek tu bekas bini jantan pengecut tu kut kan.. Ah..!! Tak kisahlah, bekas awek ke bekas bini ke. Yang penting sekarang ni aku dah sayang dia. Aku nak cari jawapan siapa jantan pengecut tu sebenarnya. Kalau betullah Si Penjual Kek tu bekas awek atau bekas bini jantan pengecut tu. Aku akan jaga Si Penjual Kek tu baik-baik. Aku akan pantau dia. Kalau sampai jantan tu kacau lagi, memang tiada maaf bagimu jantan. Kalau berani, langkah mayat aku dulu.." Kata-kata jujur dari Nadim.

" Kalau betullah Aina tu bekas bini jantan pengecut tu. Bermakna Aina berstatus janda bro. Kau tak kisah ke teruskan hubungan dengan janda?" Tanya Azaim menoleh pada Nadim. Nadim hanya senyum.

"Eh.. Mana pula kereta Si Penjual Kek ni?! Kau nampak tak kereta dia. Aduhai.." Nadim ketuk stereng dengan tapak tangannya.

" Entahlah. Aku pun tak perasan.."

" Aduh.!! Hilang pula dah. Tulah kau, sibuk ajak cerita. Kan dia dah hilang.. Masalah betullah.." Terkedu kejab Azaim.

" Aikk.. Aku pula yang kena. Aku tak cakap apa-apa kut. "Bengang Azaim tiba-tiba dia yang kena marah.

Nadim senyap. Fikiran terus pada Aina. Dia memandu perlahan masuk ke kampung Aina. Melihat satu persatu rumah kut boleh nampak kereta Aina. Tapi hampa. Memandu sampai ke hujung kampung, kemudian berpatah balik. Lalu jalan yang sama tapi tetap tak nampak kereta Aina. Kecewa Nadim..
Previous: Bab 33
Next: Bab 35

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.