Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr. Blueberry Cheese & Si Penjual Kek
Mr. Blueberry Cheese & Si Penjual Kek
Alia Alizs
1/7/2019 15:43:29
36,255
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 6
Handphone masih dipegang, senyum ke telinga. Sesekali gelak kecil. Geleng kepala sendiri. Duduk bersila di atas katil. Entah kenapa beberapa hari ini, fikirannya hanya pada si dia. Sejak pertama kali jumpa, opss tidak. Bukan pertama kali jumpa tapi dah berkali-kali jumpa dan selalu memerhatikan si dia tu hanya dari jauh saja. Bukan tak berani nak dekat dengan si dia dan kalau boleh memang nak kenal lebih mendalam lagi tapi Nadim sengaja. Sengaja mahu mencari pasal. Nadim suka melihat dia menjeling padanya, suka melihat ketajaman matanya. Dan suka mendengar mulut becoknya melayan customer.

"Aku nak kenal dia lebih dekat lagi. Tapi aku tak nak dia tahu siapa aku. Macam mana ek?!" Berkerut dahi Nadim memikirkan. Mencari jalan.

" Oii.. Aku punyalah tunggu kau kat bawah. Kau tak turun-turun pula. Jom makan. Mama dah masak dah tu." Muncul Azaim tiba-tiba saja menerjah masuk ke dalam biliknya. Terkejut Nadim.

" Kau ni pun. Terkejut aku. Ketuklah dulu nak masuk.." Marah Nadim pada Azaim. Menjeling.

" Habis tu aku panggil kau, kau tak jawab. Aku masuk jelah.." Azaim garu kepala. Sengeh. Masih bercegat di muka pintu.

" Eh.. Aku ada hal nak bincang something dengan kau ni. Tutup pintu tu.." Arah Nadim.

" Aduh kau ni. Nak bincang apa pula. Aku dah lapar dah ni.."

" Ada hal penting ni. Amat-amat penting. Sinilah. Cepat..!" Nadim senyum. Azaim mengeluh kecil. Pintu ditutup dan duduk di kerusi menghadap Nadim. Nadim senyum. Tak tahu macam mana nak mulakan.

" Ha ada apa. Apa yang amat-amat penting nak bincang tu.." Tanya Azaim. Nadim gelak besar.

" Oii.. Gelak pula. Cepatlah cakap, apa benda. Aku laparlah. Aku blah lah.." Azaim bengang. Dahlah perut lapar, boleh pula Nadim lambat-lambatkan perbincangan. Entah apalah yang nak dibincangkannya.

" Alaa relax lah. Okey bro macam ni. Kau kan sepupu aku yang paling baik, yang paling hensem, yang paling sporting dan yang paling aku sayang.." Nadim memuji-muji Azaim. Senyum lagi.

"Oii.. Kau dah kenapa  puji-puji aku ni. Buang tabiat ke apa kau ni. Nak mati dah ke?!" Selamba je Azaim cakap. Pelik pula dia. Nadim kuat gelak.

" Hahaha.. Kasarnya ayat kau ni bro. Hahaha.." Sambung gelak.

" Iyalah, pelik. Tiba- tiba je puji menggunung. Aku tahu ni, kau puji aku mesti nak membodek aku kan, mesti nak aku buat  something kan.." Teka Azaim. Yakin. Nadim terus berdiri. Gelak.

" Ha.. Pandai kau Zim. Memang tepat sekali sebab tu aku sayang kau.." Nadim kembali duduk.

" Hmm.. Apa yang kau nak aku buat ni?"

" Okey macam ni bro. Aku nak kau tackle kan seseorang untuk aku. Boleh?!" Nadim serius.

" Apa? Tackle kan seseorang untuk kau? Apa maksud kau ni bro? Ak tak fahamlah.." Terkejut Azaim dengar. Berkerut seribu.

" Sebenarnya aku dah terpikat dengan si dia ni. Tapi aku tak nak dia kenal aku. Jadi, aku nak minta tolong kau, tackle kan dia sampai dia pun syok aku. Amacam bro, boleh?!" Nadim sengeh.

" Kau ni pelik-peliklah. Kau suka kat si dia tapi kau tak nak si dia kenal kau. Apa benda ni. Aduh.. Lepas tu nak aku pula tackle dia untuk kau. Oiii... Kalaulah tunang aku tahu, mampus aku Dim. Mampuss!!" Azaim ketuk kepala. Pening dia dengan sepupunya. Orang macam ni pun ada juga ke. Kata hati Azaim.

" Hahahaa.. Taklah kau mampus. Tak apa, nanti kau bawa aku jumpa Hani, aku akan cerita semua kat dia. Dan aku nak korang berdua tolong aku. Bolehlah Zim. Hanya kau jelah satu-satunya yang boleh tolong aku. Please!!!"  Sambung Nadim lagi. Mengharap pada Azaim.

" Parah benor kau ni Dim. Kalau si dia tu terpikat kat aku dan aku pun terpikat kat dia macam mana? Risau pula aku. Dahlah aku ni hensem.."

"Memang aku dan Hani akan mampuskan kau serta merta.." Azaim pula yang gelak.

"Boleh ye. Aku harapkan kau je ni.." Kata Nadim lagi.

" Aku tak janji, benda tackle ni bukan boleh main-main. Ni bermain dengan hati dan perasaan orang tau. Apa-apa kau kena story kat Hani benda ni. Aku tak nak sebab nak tolong kau menackle si dia tu, hubungan aku dan Hani bergegar pula. Tak pasal-pasal je aku jadi duda tak rasmi. Tak nak aku Dim. Aku sayang tunang aku tu"


" Iya aku tahu. Malam ni kita jumpa Hani ye. Kita bincang.." Semangatnya Nadim. Serba salah pula Azaim dengan permintaan Nadim. Pening kepala.

"Nantilah aku call dia tanya. Eh.. Tapi siapa yang kau nak aku tackle kan ni? Budak mana? Kerja apa? Aku kenal ke?" Tanya Azaim ingin tahu. Tepat pandang muka Nadim. Nadim gelak kecil.

" Ofcourse lah kau kenal. Dah kau yang kenalkan dia dekat aku sampai aku syok. Budak sini jugalah." Jawab Nadim. Azaim tercengang. Hairan sendiri.

" Ha?? Budak sini? Aku kenalkan dia dekat kau? Woii.. Bila masa pula aku kenalkan perempuan sini dekat kau. Yang aku pelik, budak sini pula tu. Taste kau kan orang bandar, cantik, tinggi, free hair, berkerjaya. Setakat budak kampung ni hmm.. Manalah kau nak pandang pun. Tak level kau kut.." Perli Azaim. Telan liur Nadim dan sengeh macam kerang busuk.

" Tak payahlah nak perli aku. Hati dan perasaan bro, mana boleh dijangka. Memanglah taste aku perempuan high class tapi kan bila aku rasa makanan yang dia buat tu. Aku rasa, perhh gila sedappp!! Tak pernah aku rasa sesedap itu lagi. Tu satu hal, lepas tu aku tengok gaya dia, cara dia bercakap, keyakinan dia, entahlah ada satu tarikan yang tak boleh nak diluahkan tau. Lagi-lagi bila dia jeling tajam kat aku. Terpanar siut. Makin tertarik-tarik pula hati aku ni nak lebih dekat dengan dia.." Nadim meluahkan perasaannya pada Azaim. Azaim mendengar je. Masih tidak memahami maksud Nadim lagi.

" Parah dah kau ni Dim. Tapi aku tak fahamlah. Kau rasa makanan dia dan kau terus syok dekat dia?" Azaim bertanya.

" Yupp..!! Dua kali aku makan makanan dia, dan aku perhatikan dia selama ni dari jauh. Dan, entahlah kan, macam mana boleh syok.." Sambung Nadim lagi. Sengeh.

" Aku masih tak fahamlah. Boleh tak kau cerita detail. Makanan apa yang kau makan? Kau perhatikan dia dari jauh? Tapi kau bukan duduk sini pun. Pening aku.. Apa cerita ni beb.."
Azaim masih lagi buntu. Masih menjadi tanda tanya. Nadim gelak dan gelak.

" Siapa dia ni. Cakap jelah.. Aku malaslah nak berteka-teki.. " Berkerut lagi Azaim. Sakit jiwa melayan Nadim ni.

" Si Penjual Kek..!!" Nadim terus bangun, buka pintu bilik dan jalan keluar meninggalkan Azaim yang masih duduk terpinga-pinga.

" Ha?! Si Penjual kek mana pula ni? Oii Nadim.. !!" Menjerit Azaim panggil Nadim. Terus mengejar Nadim. Menuruni anak tangga.

" Cakaplah.. Si penjual kek mana? Aku kenal ke?!" Tanya Azaim lagi. Nadim senyum.

"Si penjual kek kat pasar tani tulah.." jawab Nadim. Jalan menuju ke dapur pula. Azaim berhentikan langkah. Memikirkan si penjual kek yang dimaksudkan oleh Nadim sebentar tadi. Berkerut dahinya cuba mengingati gerangan si penjual kek itu. Tiba-tiba...

"Aina? Aina Si Penjual Kek? Biar betul Nadim ni.. Oii Nadimmm..!!" Huru-hara betul Azaim ni. Terus lari ke dapur. Nadim memulakan makan nasi.

" Oii Dim. Si Penjual Kek tu Aina kan. Yang jual kek slice tu. Betul ke?!" Azaim masih bertanya. Masih belum puashati dengan penjelasan Nadim. Nadim meneruskan makan.

" Oii.. Aku tanya ni. Betul ke Aina tu.?!" Nadim membiarkan Azaim. Terus melayan nasi.

" Iye. Budak kek tulah. Siapa lagi yang jual kek kat pasar tani tu. Dah makan.. makan. Tadi kau kata lapar sangat kan.." Terkejut beruk Azaim. Garu kepala. Macam tak percaya je Azaim. Berkerut pandang Nadim.

" Kau biar betul Dim. Ishh!! Aku tak percayalah. Kau bergurau kan.." Tanya Azaim lagi.

" Gurau bendanya. Aku seriuslah."

Azaim memang sangat tak percaya. Sebab dia kenal sangat sepupunya ni. Setakat perempuan kampung, perempuan biasa-biasa ni Nadim memang tak layan. Nadim ni kehidupan dia, cara hidup dia semuanya high class. Tak layan dia golongan low class ni. Walaupun background family dia biasa-biasa je, dari kampung juga. Tapi mungkin dari segi pergaulan dia, persekitaran dia yang membesar dan tinggal di Bandaraya Kuala Lumpur. Dan pula, dia ni berpendidikan tinggi. Kerja pun hebat bukan di Malaysia. Balik pun sesekali je. Tapi tak mungkin boleh terpikat dekat Aina yang hanya jual kek pasar.


" Kau biar betul Dim. Bukannya aku tak kenal kau pun. Tak mungkinlah kau boleh terpikat dengan.. Broo.. Aina tu penjual kek je kut. Sangat tak sesuai dengan kau. Sangat.. sangat tak sesuai.!" Azaim masih lagi terkejut dan masih tak percayalah.

Nadim menghabiskan nasi yang terakhir. Dan, membawa pinggan ke sinki. Dibiarkan saja Azaim yang masih lagi tertanya-tanya.

" Kau kenapa ni. Aku yang syok dia kut, kau pula yang susah hati. Salah ke kalau aku syok  dia. Dia kan perempuan, bukannya lelaki. Apalah.." Nadim gelak kecil. Geleng kepala. Dia tahu apa yang Azaim fikirkan.

" Memanglah dia perempuan tapi yang aku pelik tu kau. Betul lah kau cakap tadi, hati perasaan memang tak dijangka. Tapi.. Kau ni jenis high class tau, Aina tu orang biasa je. Pandangan kau sebelum ni dekat orang biasa-biasa ni memang dasyat kut. Mana kau nak pandang, kadang aku sepupu kau ni pun sentap dengan ayat-ayat kau yang pandang rendah golongan biasa. Aku takut kalau contoh Aina dah balas cinta kau tu. Kau pula buat hal. Tu yang aku tak nak bro.." Jelas Azaim panjang lebar.

"Aku tahu dan aku faham maksud kau. Memanglah selama ni aku pandang rendah pada orang biasa-biasa ni. Tapi.. bila aku duduk dan pernah kerja di Beijing dulu. Aku banyak belajar erti kehidupan sebenar. Dan baru aku sedar sekarang, golongan tinggi atau golongan rendah tu sama je bro. Kita tetap sama disisi Allah, yang bezakan cuma tinggi atau rendahnya iman seseorang.." Luah Nadim lagi. Senyum dan kembali duduk di kerusi.

"Tapiiii..."

"Janganlah risau. Hang Nadim a.k.a Nadim Iskandar dulu dan sekarang dah tak sama. Hang Nadim a.k.a Nadim Iskandar sekarang dah berubah kepada kebaikan dan insha Allah akan terus istiqamah. Dan bila aku jumpa Aina tu, aku rasa ada sesuatu yang menarik diri aku untuk mengenali dia dengan lebih dekat lagi.." sambung Nadim. Memberi keyakinan pada Azaim.

" Baguslah kalau kau betul dah berubah. Bukan apa, aku cuma risau je. Aku tak nak kau beri harapan palsu dan bila kau dah bosan dengan dia tu, kau tinggalkan dia sebab kau tak boleh terima cara dia. Cara kau dan cara orang biasa-biasa ni jauh beza beb. Dan aku takut kau hanya nak main-mainkan hati perasaan dia je. Aku tengok dia budak baik tau.." Nadim gelak mendengar.

" Iya aku tahu semua tu Zim. Aku ikhlas nak kawan dengan Aina. Kalau dia terima aku, aku tak kan sia-siakan dia. Percayalah. Aku pun bukan muda lagi, dah nak masuk pertengahan 30an dah. Dah sampai masa aku nak kena fikir masa depan aku, nak ada keluarga, ada anak isteri. Aku dah malas nak kejar pangkat, nak kejar kerjaya, kerja macam orang gila. Cukuplah apa yang aku ada sekarang. Aku nak cari bini je sekarang ni. Mama aku pun dah bising, asyik tanya bila nak kahwin.. Pening aku.. " Mengharap betul Nadim ni.

" Okey..! Aku harap apa yang kau cakapkan ni betul lah ye. Tapi kau jangan over confident sangat Dim. Kut-kut Aina tu dah berpunya atau dah kahwin ke. Kau juga yang kecewa nanti. Dah satu hal aku nak pujuk kau pula.." Nadim gelak lagi.

"Sebab tulah aku nak minta tolong kau. Kau kan duduk sini, boleh jumpa dia bila-bila masa. Aku  nak kau siasat dia nanti. Rumah dia, dah berpunya ke belum, lokasi kedai dia dan semualah. Okey?! " Bersungguh betul Nadim ni.

" Aduh..!! Jadi spy lah pula. Berapa manis kau nak bagi aku ni?"

" Cubalah tolong tu ikhlas sikit, ini tak, minta tolong sikit je nak minta manis.."

" Sekarang ni buat semua kerja kena ada manis tau. Mana boleh kosong je, ni pula nak tackle menackle. Lagi parah. Mencabar. Nak kena jadi spy pula tu. Tak ada manis tak ada kerjalah broo.." Nadim gelak kecil. Geleng kepala.

" Iyalah. Nantilah aku bagi manis. Tapi pastikan success. Tak success tak adalah manis.."

" Macam nilah, dapat Iphone 7 pun cukuplah.."

" Amboiii... demand nya kau ni. Kau ingat aku cop duit.."

" Alaaa tak luaknya duit kau tu. Gaji kau kan banyak, kerja kat oversea pula tu. Lainlah aku ni, kerja makan gaji je, nak kahwin pula tu.." Kata Azaim dengan mulut mengunyah nasi.

"Habis kau ingat aku tak nak kahwin? Macam-macam hal lah kau ni.." Nadim geleng kepala. 


" Iyelah Dim. Ahad depan kau balik Taipei kan? Tiket dah beli ke?" Tanya Azaim.

" Aha.. Belum lagi. Macam malas pula nak balik sana.." Jawab Nadim.

" Hmm.. Memanglah malas sebab dalam hati tu ada Si Penjual Kek. Hati tengah berbunga-bunga. Kalau tak, nak suruh balik Malaysia pun, payah. Sampai merajuk Acik tu.. Entah apa yang syok kat sana pun tak tahulah aku. Dahlah muka macam Apek cina, entah datang dari mana entah muka kau tu. Keturunan kita tak ada pun cina. Kau je sorang yang pelik. Tak faham betul lah aku.." Ada-ada saja Azaim. Nadim gelak kuat.

"Aku kan special. Seribu dalam satu. Lain dari yang lain. Kacak dan hensem.." Nadim membangga.

" Uwekkk!! Tiba-tiba nak muntah hijaulah.. " Mereka gelak bersama. Gamat rumah itu dengan gurau senda mereka.

Azaim dan Nadim memang rapat sejak kecil. Tiada rahsia antara mereka. Susah bersama senang bersama. Sepupu paling rapat diantara yang lain. Tolong menolong dah biasa, dah seperti adik-beradik.

Dalam gelak tawa, gurau senda, Nadim teringat akan Si Penjual Kek. Diam-diam Nadim sebenarnya stalk facebook dan instagram Aina. Dari situlah dia tahu jadual pasar Aina. Aina rajin update di facebook dan instagram. Mana lokasi niaga semua Aina info. Facebook dan instagram semua mengenai kek je. Tak ada pula mengenai personal Aina. Gambar profil pun guna gambar kek. Semua kek belaka. Aina ni juga salah seorang rakan facebooknya. Tapi Aina tak mengenalinya pun. Biasalah orang berniaga, siapa je yang mahu menjadi rakan, pastinya dia approved je.

Dari sepotong kek Blueberry cheese hingga terpikat kepada si penjual keknya pula. Waduhh!! Parahhh...

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.