Bab 16
Kini.. Giliran Nadim pula jadi jiwa kacau. Selepas Aina balas whatsapp dia malam tadi, terus tak tenang jiwanya. Tak senang duduk, tak senang berdiri, tak lena tidur. Semuanya jadi tak senang. Dia cuba menghubungi Azaim tapi Azaim tak jawab pula. Geram je dia, mana pula Azaim pergi. Mesti Azaim ada buat salah ni sampai Aina cakap begitu malam tadi. Gerutu Nadim sendirian.

Ishh..!! Tak boleh jadi ni. Kalau sampai Azaim tak jawab call dan tak cerita semua padanya. Dia sanggup ambil tiket flight terus balik Malaysia kalau macam ni. Amboi... Semangat betul Nadim. Jiwa kacau punya pasal kerana Si Penjual Kek.

Nadim cuba menghubungi Azaim lagi. Tak kan putus asa, kalau tak dapat juga, dia nak call Acik Zakiah pula. Nekadnya.

" Oii.. Kau ke mana? Aku call kau dari malam tak dapat, mana kau menghilang ni haa..!!" Terus marah Nadim apabila mendengar suara Azaim ditalian.

" Kau apahal call marah-marah ni. Kacaulah aku nak tidur. Kau datang bintang ke apa ni.." suara malas Azaim.

" Kau tak payah nak banyak bunyi. Ni aku nak tanya, apa kau dah cakap kat Aina sampai dia tak nak kawan dengan aku lagi.." Terus terduduk Azaim. Segar terus matanya dan terkejut dengan apa yang Nadim cakapkan.

" Apa? Tak nak kawan dengan kau lagi? Dia cakap tak nak kawan dengan kau?" Tanya Azaim berulang.

"Iyelah.. Dia suruh aku cari baker lain. Dia cakap dia tak nak aku order kek sebab ada maksud disebalik mee hailam. Kau cakap apa dekat dia Zim. Kau buat hal broo.." Azaim ketuk kepala sendiri.

" Ini semua kaulah punca. Yang kau order kek tak info aku dah kenapa? Tiba-tiba aku balik rumah tengok dia dah tunggu, aku pun peliklah. Aku pun cakaplah, aku tak order apa-apa kek. Benganglah dia.." Jelas Azaim serba sikit.

"Kau ni pun bengonglah. Kau tak fikir ke, dah sah-sah kut kalau kek dari dia, aku jelah yang order. Apalah kau ni pembaris sangat Zim. Bendul betul lah. Aduh..!! Jahanam plan aku.." Azaim sengeh sendiri.

" Manalah aku tahu. Kalau kau cakap awal, aku standby lah ayat. Ni tiba-tiba je buat surprise konon.." Mendatar suara Azaim. Rasa bersalah.

" Tak kan tu pun aku nak ajar. Kan aku dah cakap, kau kena menyamar jadi aku. Aku dah bagi kepercayaan sepenuhnya kat kau kut. Aku ni jauh, aku nak jumpa dia payah, cuma text je. Nak call dah sah dia tak jawab. Sebab tulah aku minta tolong kau. Kalau aku ada dekat sana, aku buat sendiri je bro.."Kata Nadim cuba fahamkan sepupunya itu.

"Aduhaiii... Sorry.. Sorry..!! Aku bab perempuan ni lemah sikit. Kau tahulah aku macam mana. Aku dengan Hani pun sebab dia kawan sekolah aku, dan dia yang syok aku. Sebab tu bercinta,  hehehe..!" Azaim gelak kecil.

" Kau ni memang sengal. Mengelupur tak tentu pasal. Kau tak payah jadi jantanlah bro, elok kau jadi pondan jelah. Lembik..!! Sengal punya jantan.." Sentap Azaim sekejab. Tapi dah biasa dah pun memang macam tulah mereka.

"Oii aduh..!! Pedih ulu hati aku ni tau. Aku bukan lembiklah tapi aku kalau dengan perempuan ni tak sampai hati bro. Lagi nak menipu Si Penjual Kek tu, kasihanlah. Dia nampak baik.."

" Ini bukan menipu, ini namanya strategi awal percintaan.."

" Strategilah pula. Hmm.. So, apa aku perlu buat sekarang ni?"

" Sekarang ni kau story dekat aku dari pangkal ke hujung. Apa sebab dia tak nak kawan dengan aku lagi. Aku nak tahu detail.." Keras suara Nadim.

Dengan jujurnya, Azaim cerita semua apa yang dah berlaku. Dari duduk, dia berdiri, dari berdiri dia berjalan pula dan kemudian duduk semula. Nadim mendengar dengan fokus sekali.

"So, sekarang dia dah tahulah siapa Mr. Blueberry Cheese tu?"

" Iya.. Aku dah tunjuk gambar kau pun kat dia. Dan dia cam kau pun, lelaki cermin mata hitam bergaya dia cakap.."

" Apa? Kau tunjuk gambar aku dekat dia? Ya Ampun.. !! Kau ni memang betul-betul sengal lah bro. Kalau kau cakap aku ni Mr. Blueberry Cheese tu tak apalah lagi. Yang kau pergi tunjuk gambar aku tu dah kenapa Zimmm. Aduhhh kau ni... Cedera parah dah otak aku ni broooo.." Terkejut beruk Nadim dengar. Azaim terpinga-pinga.

" Kau dengar ni. Dia nak tahu siapa Mr. Blueberry Cheese tu. Aku bagitahulah Mr. Blueberry Cheese tu sepupu aku. Dah alang-alang dia tahu, aku tunjuklah gambar kau. Dan tak sangka pula dia cam kau. Dan aku pun cakaplah yang kau bukan je syok kat kek dia tapi syok kat dia juga. Salah ke?"

" Haa?? Ya Allah Zim... Kau cakap aku syok kat dia dah kenapa????? Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunkanlah dosa-dosa aku.." Menjerit kuat Nadim.

"Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan Dim.. Hehehe..!" Gelak kecil Azaim.

" Nak cakap bodoh, tak bodoh. Belajar bijak juga sampai U tapi tahap kesengalan kau ni memang ditahap over maksimum kau tau tak.."
Bengang betul Nadim.

" Hehe.. Tapi tak salah kut kan aku terus-terang dekat dia.."

" Tak salah tapi belum sampai masanya nak terus-terang dan dari awal lagi aku dah cakap kat kau kan. Aku tak nak dia kenal aku dan tak nak dia tahu aku buat masa ni. Aku dah atur plan terbaik, sebab tu aku nak kau siasat siapa dia. Dan sekarang ni, dia dah tahu siapa Mr. Blueberry Cheese tu dan dah tengok muka aku. Okeylah tak apa. Tapi masalahnya sekarang ni, yang kau cakap aku syok dia tu kenapa. Bila dia dah tahu, dia tak nak kawan dengan aku dan menjauhkan diri dari aku. Dah sah dia memang tak kan layan aku dah, dan tak nak terima order kek lagi lepas ni. Kau nampak tak, kenapa aku marah.." Jelas Nadim satu persatu.

" Iyelah Dim. Mestilah dia fikir, kau beli kek dengan dia sebab nak tackle dia. Kau bayar duit kek lebih tu pun dia pulangkan kat aku. Dia tak nak pun. Aku rasa mesti dia fikir kau simpati kat dia ke kan. Betul ke macam tu Dim.." Azaim berkerut. Seperti baru tersedar dari mimpi. Bukan sedar dari mimpi tapi sedar dari kesengalan.

" Tahu pun kau. Kenapalah kau tak fikir awal, benda dah berlaku macam ni baru kau nak fikir. Azaim.. Azaim.. Aduhai...!"

" Tapi tak mungkinlah. Kalau dia profesional mesti dia akan layan kau punya. Tapi kalau tak,  memang taklah. Dia meniagalah, takkan tak  ambil order kek customer kan. Rezeki dia tu.." Azaim menyedapkan hati sendiri yang tengah kalut.

" Memanglah tapi aku tahu dia macam mana. Dia bukan perempuan biasa, dia luar biasa. Tegas dia, jual mahal dia, lepas ni kalau aku nak order kek pun. Pasti dia pas kat orang lain. Dia tak kan layan aku macam sebelum ni.."

"Tak apalah. Kau ambil lah hati dia balik.."

" Okey macam ni. Disebabkan kau dah gagalkan plan aku. Aku tetap nak kau teruskan plan baru pula.."

" Plan baru apa pula?!"

" Kau kena jumpa dia, kau kena pujuk dia, kau buat jelah apa-apa sampai dia nak kawan dengan aku semula. Pandai-pandai kaulah. Aku cuma nak tahu dia nak kawan dengan aku semula. Aku bagi tempoh dalam masa dua minggu. Insha Allah dua minggu lagi aku balik Malaysia dan pastikan waktu aku balik tu. Semua ni dah settle. Kau faham?!" Arah Nadim. Serius. Tegas. Keras.

" Aduh Dim. Macam mana aku nak pujuk dia. Aku bukan reti bab-bab memujuk perempuan ni. Tunang aku merajuk pun aku buat tak tahu. Pula nak pujuk Si Penjual Kek tu. Mati laaa oii.." Keluh Azaim.

" Itu aku tak nak tahu. Siapa suruh kau rosakkan plan. Terpulanglah kat kau macamana nak pujuk dia. Kau nak minta tolong tunang kau ke, nak minta tolong acik ke, itu aku tak nak tahu. Gasak kaulah. Yang aku tahu, aku nak Si Penjual Kek tu kawan dengan Mr. Blueberry Cheese semula. Itu je.. Apa-apa hal info aku. Aku nak start kerja ni. Ingat..!! Dua minggu dari sekarang!!  Okey bye.. !!" Nadim terus matikan talian.

Nadim menekup muka dengan tapak tangan. Menarik nafas dalam dan lepaskannya perlahan. Duduk bersandar di kerusi. Termenung sebentar.

 " Si Penjual Kek.. Saya dah tahu kenapa awak tak nak kawan dengan saya. Azaim dah cerita semuanya dekat saya. Awak dah kenal saya dan awak dah tahu siapa Mr. Blueberry Cheese tu kan. Saya nak kawan dengan awak. Saya harap Si Penjual Kek sudi berkawan dengan Mr. Blueberry Cheese ya." Nadim menghantar whatsapp pada Aina. Sangat mengharap Aina mahu berkawan dengannya.

Handphone dipusing-pusingkannya. Memandang kosong pada handphone. Tak ada mood pula mahu buat kerja. Kalau boleh mahu saja dia terbang balik Malaysia, mahu terus menghadap Si Penjual Kek mahu berterus-terang dengannya.


Mahu meluahkan segala isi hatinya. Rasa rindu pula pada Blueberry Cheese dan mulai rasa rindu pada Si Penjual Kek. Itulah sebenarnya.

Nadim membuka akaun facebooknya. Membuang masa sekejab. Stalk facebook Si Penjual Kek. Mahu tahu apa aktivitinya hari ini.

" Semoga segalanya dipermudahkan. Andai ini takdirnya, aku redha...!"

Status facebook Aina diawal pagi. Nadim berkerut, memikirkan sesuatu.

" Andai ini takdirnya, aku redha...! Takdir apa ek? Apa yang dia redha? Dia redha sebab tak nak kawan dengan aku ke atau redha sebab dia dah tahu siapa Mr. Blueberry Cheese ? Ish.. biar betul. Mendalam maksud dia ni.. Tak mungkinlah sebab aku. Maybe, dia ada problem lain ni. Tapi problem apa ek? Kasihannya.." Nadim bercakap sendiri. Macam-macam dia fikir. Tak tenang fikirannya.

Kemudian, Nadim keluar dari akaun facebook nya. Kembali tengok pada whatsapp pula. Eh.. Aina dah bluetick whatsapp yang dia hantar tapi tak reply pula.

" Dia tak reply lah. Dia mesti marah. Mesti dia tak nak kawan dengan aku ni. Aduhh.. Matilah nak. Kurang asamlah kau Zim. Kau memang punca. Sampai Aina tak nak kawan dengan aku. Memang siaplah kau nanti Zim. Sepupu tak sepupu.." Merungut Nadim sendiri. Sakit hati betul dia pada Azaim.

Tinggg..!! Notification whatsapp berbunyi dan bergetar. Dengan sepantas kilat, Nadim terus membaca. Senyum lebar terus dia, whatsapp dari Si Penjual Kek.

" Mr. Blueberry Cheese.. Saya kawan dengan semua orang. Semua customer saya adalah kawan saya dan kawan saya adalah customer saya. Tapi apa yang Azaim cakap semalam tu, saya minta maaf. Saya tak boleh terus kawan dengan awak. Tak boleh.." balas Aina.

"Tapi kenapa tak boleh? Mesti ada sebab kan. Saya memang nak berkawan dengan awak. Jujur.. "

" Saya ada sebab sendiri. Rasanya awak tak perlu tahu. Kita tak boleh berkawan. Tak boleh! Saya harap Mr. Blueberry Cheese faham ya.."

" Baiklah. Tapi awak cakap tadi, customer adalah kawan dan kawan adalah customer awak kan. Jadi, saya juga adalah  salah seorang dari customer dan kawan awak kan Si Penjual Kek. Betul kan?!" Nadim psiko Aina balik. Setia menanti jawapan Aina. Ditenung skrin handphone. Alamak.. Aina hanya bluetick jelah pula. Katanya sendiri.

"Aduhaii  Si Penjual Kek.. Tolonglah jangan buat aku macam ni. Aku betul.. betul.. betul nak kawan dengan kau ni. Jujur dan ikhlas. Ni bukan cobaan, ini kenyataan. Bagilah aku peluang.. Tolonglah jangan jual mahal sangat, kalau kek, kau nak jual mahal aku okey je boleh beli tapi kalau kau sendiri yang jual mahal kat aku. Mati meroyan aku oii... Please lah Si Penjual Kek. Bagilah peluang kat Mr. Blueberry Cheese ni.." Bercakap sendirilah Nadim.

Dasyat betul penangan Si Penjual Kek, bikin huru-hara hidup Mr. Blueberry Cheese. Mujurlah jauh, kalau dekat memang terus jumpa depan-depan. Ceh.. Dekat pun sengaja cari pasal, nak kenakan Si Penjual Kek konon dan akhirnya sendirilah terkena. Nasib kaulah Mr. Blueberry Cheese.

Arhh sudah. Semua kerja yang Nadim buat jadi tak kena. Pandang laptop muncul muka Aina. Pandang meja, muncul muka Aina. Pandang pen pun muncul muka Aina. Semua yang dia pandang, yang dia tengok, muncul muka Aina. Parah ni parah.

" Dah kenapa muka kau je yang muncul ni Si Penjual Kek. Aduhh... Mamaaaaa... Tolong Nadimmmm..!!" Jerit Nadim. Menyapu muka dengan tapak tangan. Angau dah Nadim.

Nadim bangun dan berdiri menghadap ke luar tingkap. Memandang pemandangan yang begitu indah. Memandang dikejauhan.

Ting..!! Handphone ditangan terus dilihatnya.

" Maaf Mr. Blueberry Cheese.. Saya tak boleh kawan dengan awak. Dan, kalau awak nak order kek lepas ni awak boleh whatsapp atau call kawan saya, Kak Fiza ya. Saya minta tolong jasa baik awak, tolong jangan contact saya lagi. Lepas ni semua urusan jual beli kek, saya serah pada kawan saya. Saya tak ambil apa-apa order pun dari customer lagi buat masa ni. Saya tak nak diganggu dan saya tak nak kawan dengan sesiapa pun. Tolong fahami saya.." Nadim semakin bingung. Kerut seribu. Masih merenung handphone dan berulang-ulang membaca text dari Aina.

" Kenapa ni, awak ada masalah ke? Saya minta maaf kalau ini disebabkan saya. Saya minta maaf banyak-banyak. Niat saya nak kawan dengan awak je. Tapi kalau awak tak sudi, tak apalah. Saya cuba untuk faham tapi boleh tak bagitahu saya. Kenapa awak tak boleh dan tak nak kawan dengan saya?" Sedih Nadim baca setiap text dari Aina. 


"Awak tak ada salah apa-apapun kat saya. Saya tahu awak baik. Tapi saya minta maaf, saya tak boleh cakap kenapa tak boleh dan kenapa tak nak kawan dengan awak. Saya ada alasan sendiri dan tak perlu saya beritahu orang lain. Ini personal saya. Tolonglah faham ya. Saya tak nak serabutkan kepala saya. Tolong jangan contact saya lagi. Dan tak payah text saya lagi. Terima kasih Mr. Blueberry Cheese. Assalammualaikum.." Whatsapp akhir dari Aina.

" Ha?? Jangan contact lagi? Oh my god..!! Please help me!! Si Penjual Kek, i need you, i want you, i loveeee you... !!"

Kacau ni kacau.. Nadim jadi tak tentu arah. Bila jiwa dah kacau macam ni, memang tak boleh nak buat kerja. Sudahnya.. Dia terus keluar mahu menenangkan fikiran. 
Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.