Khalida memandang keluar sambil berfikir panjang. Memang
dulu dia yang sering mengusik papa tentang mak, apa tah lagi papa sering
membayangkan, dia mahukan seorang isteri yang baik, yang taat dengan suami dan
bertanggungjawab kepada suami. Dan
segala contoh itu ada pada mak. Hati kecilnya itu pernah mengatakan papa dan
hati kepada mak tetapi tak sangka tekaan itu betul belaka.
Tetapi apabila dia fikirkan tentang Datin Rinie, dia rasa
biarlah papa berkahwin dengan orang lain dari ambil mak sebagai isterinya.
Datin Rinie yang diceraikan talak tiga oleh papa kerana merancang untuk
membunuh mak. Datin Rinie yang rasa amat marah kepada mak kerana mak menampar
dan melawannya. Kalau tempat Datin Rinie, mak yang ambil alih tentu lagi gila
perempuan itu. Kalau lah Datin Rinie berhasrat untuk mengapa-apakan mak, dia
sudah tidak pantas dulu untuk melindungi mak. Kakinya ini hanya mampu berjalan
perlahan tetapi mampu berlari sepantas dulu.
Khalida meraba kaki kanannya.
Datin Rinie dan Zura hanya tinggal seminggu saja di
penjara. Orang kaya, bukankah semua itu boleh dijual beli. Datin Rinie dan Zura
diikat jamin oleh saudara rapat Datin Rinie sendiri. Selepas papa ceraikan
Datin Rinie, dia diusir dari banglo mewah papa, begitu juga dengan Zura, mereka
entah di mana, tetapi Datin Rinie rasanya mengikuti perkembangan tentang Khalida.
Datin Rinie kerap menghantar sms memberi amaran kepadanya ketika dia terlantar
sakit sehinggalah sekarang. Itu yang Ilham tidak tahu, dan semua orang tidak
tahu betapa Datin Rinie dan Zura tidak pernah melepaskan Khalida.
Agak-agak kalau papa kahwin dengan mak, macam mana
perasaan Datin Rinie? Aku rasa dia akan bom keluarga kami, biar hancur
berkecai. Aku sebenarnya binggung dengan
semua ini.
Panggilan dari Ariff berbunyi entah kali ke berapa sejak
dari dia mula bertolak lagi. Sekarang kereta kami sedang mendaki naik ke
genting. Udara sejuk mula terasa. Kiri kanan kelihatan kehijauan dan
mendamaikan.
“Kau nie kenapa?” marah Khalida. Tak habis lagi bergaduh
tadi?
“Dalam beg tangan akak tu ada diari mak, akak baca yer?”
beritahu Ariff, diari kepunyaan mak yang dia jumpa di celah-celah limpatan kain
di dalam bilik almari mak.
“Diari, kau jumpa mana?” soal Khalida, tetapi tangannya
membuka beg tangannya yang sejak dari tadi ada di atas ribaannya. Betul ada
diari usang di dalam begnya itu.
“Terjumpa kelmarin kat dalam almari mak!”
“Kau nie, mak cari nanti, macam mana?”
“Baca cepat sikit, esok saya pergi ambil kat kak di
Genting tu!”
“Okey!”
Khalida terus mengambil dan membukanya. Catatan hati mak
ketika mak muda-muda dulu. Turut ada dalam diari itu adalah sekeping gambar,
gambar kepunyaan mak, ayah dan papa. Papa? Apa kaitan papa dengan keluarga kami
pula?
Suspen nie..
Sampai di hadapan hotel, Khalida turun tetapi masih
membaca diari mak. Ilham yang uruskan segalanya sehingga lah masuk ke dalam
hotel. Kusyuk membaca sehingga tidak sedar bilik yang ditempah oleh Ilham penuh
dengan hamparan bunga rose berwarna warni di atas katil.
Bilik untuk orang berbulan madu.
Khalida meletakkan beg tangannya di sebelah, buka tudung
tetapi tangan kiri masih memegang diari dan mata masih membacanya. Berhenti
solat saja, dia membacanya sehingga ke malam. Sepatah pun dia tidak bercakap
dengan Ilham.
“Lida jangan lah macam nie, abang minta maaf okey. Abang
tahu abang yang salah sebab tak berbincang terlebih dahulu dengan Lida,” ucap Ilham sambil menghampiri Khalida yang
membacanya sambil baring di atas katil. Aik, bukan aku ke yang salah dan perlu
memujuk dia. Sekarang dia yang pujuk aku.
“Kalau Lida tak benarkan mak berkahwin dengan papa pun
tak mengapa, nanti abang pujuk papa supaya jangan kahwin dengan mak, tetapi
Lida jangan lah layan abang macam ni,” sambung Ilham lagi. Khalida pura-pura
marah. Aku dah hilang pun perasaan marah tadi. Cakap lah lagi, Lida nak dengar
nie, bisik hati Khalida.
“Lida, abang mintak maaf nie,” kata Ilham sambil
mengoncang bahu Khalida. Khalida pura-pura merajuk lagi dan ketawa di dalam
hati. Lagi...,
“Jangan lah rosakkan bulan madu abang, sayang!” rayu
Ilham. Ooo, bulan madu dia, bukan bulan madu aku lah kan?
“Sayang...,”
panggil Ilham lagi. Khalida meneruskan bacaannya, hanya tinggal satu
muka saja lagi nak habis.
“Lida, kita datang ke sini nak berbulan madu supaya dapat
anak tau tak, dah lama kita kahwin, seorang anak pun tak ada lagi. Abang nak
anak!” hah, kali ini cakap terus terang saja tak ada selindung-selindung
dah. Khalida memekup mulutnya dengan
tapak tangannya menahan ketawa. Diari mak diletakkan di sebelah. Dah habis
baca. Esok Ariff perlu datang untuk mengambil diari ini.
“Lida bersedia ke tak bersedia ke, boleh jalan ke tak
boleh jalan ke, abang tak kisah, abang nak juga anak!” sambung Ilham lagi.
Pecah ketawa Khalida mendengarnya.
Aku sudah nekad nak hidup bersamanya sepanjang hayat aku
ini. Jadi apa pun terjadi aku dah tak kisah. Aku nak hidup dengan dia saja
sampai bila-bila.
“Abang, mak tu rupanya
bekas kekasih papa!” kata Khalida.
“Hah?”
“Diari nie, abang boleh baca jawi tak?”
“Boleh, kenapa?” tanya kenapa tetapi diari mak sudah ada
di dalam tangan Ilham.
Dulu Ku Ibrahim dan Ku Salbiah menentang keras hubungan
mak dan papa. Ku Ibrahim yang memaksa papa berkahwin dengan Datin Rinie sebab
Datin Rinie ada sepupu atuk Ku Ibrahim.
“Rupanya atuk aturkan perkahwinan kita sebab atuk
menyesal pisahkan mak dan papa dulu,” sambung Khalida. Ilham tak dengar pun
sebab lebih menumpukan perhatian kepada diari mak.
Baca tak sampai setengah jam, Ilham terus menutup diari
tersebut.
“Esok Lida cerita kat abang, malas lah nak baca. Lagipun
abang ada misi lain nak buat malam nie,”
“Baca lah nanti tak tahu cerita,” gesa Khalida sambil
tersenyum. Bukannya tak faham, bab-bab nak membaca nie, Ilham bukan sukakan
pun. Tutup Lampu dan tarik Khalida dekat dengannya, itu lagi mudah dari baca
diari mak ini.
ALLAH menciptakan hidup berpasangan supaya saling
melengkapi antara satu sama lain. Kalau tidak ALLAH tak ciptakan Hawa untuk
Adam.