Setiap minggu Datuk Iskandar Zulkarnain akan menghantar emel kepadanya,
bertanya khabar dan menukar cerita. Teman lama yang begitu mengerti akan diri
Khalida. Senangnya dapat berbicara dengan Datuk Iskandar yang dikenali sejak
zaman kanak-kanak lagi.
Hari ini hari cuti minggu. Emma datang menemaninya kerana Nazrul ada kerja
utara tanah air selama seminggu. Emma mengambil keputusan untuk menemani
Khalida.
“Kalau Ilham benar-benar Ikhlas apa salahnya kau terima dia semula!” kata Emma
selepas selesai Khalida bercerita tentang Ilham yang asyik menganggu Khalida.
“Entah lah, susah kut nak balik kat Ilham tu, sebab hati tak rasa apa-apa
pun kat Ilham!”
“Ambil Rifky. Kau kena tamatkan zaman janda kau ni. Susah tinggal seorang diri, kau pula ada
rupa. Aku tak mampu dah nak dengar gosip panas tentang kau!” cadang Emma. Dia
tahu Khalida sekarang sedang menjadi rebutan lelaki-lelaki di kota besar ini. Itu belum termasuk lagi suami orang.
“Cakap senang lah, tetapi aku baru enam bulan bercerai dengan Ilham. Serik
tau tak?” balas Khalida. Takut perkahwinan kedua pun jadi yang sama dengan yang
pertama jugak. Macam mana tu?
Emma tahu sangat isi hati Khalida. Memang Khalida serik dengan apa yang
berlaku ke atas dirinya.
“Semua orang pernah buat silap, Khalida!” ujar Rifky. Petang ini boleh juga
keluar bersama Khalida kerana ditemani oleh Emma, sepupunya itu.
“Saya tahu tentang itu...,”
“Dan saya tak sama dengan Ilham!” kata Rifky penuh dengan harapan. Khalida
tersenyum.
“Saya anggap awak macam abang saya,” dia baik sangat dan tak mahu melukakan
hati dia nanti.
“Saya boleh jadi abang awak, bukankah bila kita dah kahwin, awak perlu
panggil saya dengan panggilan abang!” gurau Rifky. Khalida tersenyum, begitu
juga dengan Emma. Macam mana yer? Keluarga Rifky pun baik, malah mama dan
papanya menerima aku dengan tangan terbuka. Tetapi dia bukan islam. Kalau dia
masuk islam kerana nak berkahwin dengan aku, bukan kerana ALLAH, itu lagi
parah. Aku tak pandai nak bimbing dia
dalam hal-hal seperti ini.
“Saya nak menjanda lama sikit, saya baru saja bercerai, nikmat hidup bujang
ini baru nak rasa,” alasan Khalida. Emma terus menolak kepala sepupunya itu. Tak
serius langsung, balas Emma.
“Khalida, saya serius lah!”
“Saya perlukan masa, Rifky!” aku tak nak terburu-buru membuat keputusan
kali kedua. Kalau dulu aku terpaksa kerana Ku Ibrahim, kali ini aku tak mahu
memaksa hati aku lagi. Biar lah orang
yang aku nak kahwin nanti, menyintai aku dengan seikhlas hatinya.
“Okey, saya tunggu awak. Dan tak akan paksa awak!” kata Rifky.
Rifky sudah cakap terus terang. Ilham pun beritahu perkara yang sama. Itu
belum lagi Datuk Iskandar. Kalau tiga orang ini beritahu perkara yang sama,
pening kepala aku nanti.
“Kau sebenarnya nak siapa?” soal Emma setelah Rifky pulang membawa diri.
“Tak nak kat siapa-siapa!”
“Frust sangat kau dengan perbuatan Ilham sampai tak berani nak buat
keputusan!”
“Aku sibuk lah sekarang!” dalih Khalida
lagi.
Betul dia sibuk dengan kerjanya. Itu tidak dinafikan. Kerjanya pula banyak
melibatkan hubungan dia dengan Ilham. Itu yang membuatkan Datin Rinie dan Zura
sakit hati sangat. Datin Rinie tahu, susah nak ugut Khalida, susah nak buat
jahat kepada Khalida kerana Khalida itu tegas dan garang. Lagipun suaminya
asyik melindungi Khalida. Itu lagi sukar. Maka, datin rinie dan zura buat kacau
di rumah emak Khalida.
“Kak Lida, nak dengar cerita tak?” beritahu Ariff di talian. Diceritakan Ariff tentang kejadian petang
tadi dengan ketawa besar. Tak sangka dengan tindakan Puan Naimah, atau pun
mungkin Puan Naimah sudah hilang sabar.
“Apa?? Emak tampar muka Datin Rinie? Kenapa?” ujar Khalida amat terkejut
dengan tindakan emaknya.
“Mak marah, sebab Datin Rinie tuduh akak gunakan Datuk Razali dengan
menjual diri akak kepada datuk, jadi mak lempang lah muka datin tu tadi. Kena
lempang saja, terus blah balik!” terang Ariff. Kalau aku pun aku buat benda
yang sama juga. Itu lah Datin Rinie siapa suruh sengaja cari penyakit. Tak
pasal-pasal makan penampar dengan tangan mak.
“He he he..,” geli hati sangat.
“Akak nie, gelak pulak!”
“Tak kan akak nak menangis pula?”
“Mak pesan suruh akak jaga diri, takut dia orang datang serang akak pulak!”
“Okey!”
Masalah kami tak akan selesai selagi Datin Rinie dan Zura masih cari pasal.
Masih tidak berpuas hati dengan aku yang bekerja semula di syarikat papa. Orang
datang kerja saja, bukan nak mengorat anak dia pun.
“Mak saya tampar muka mama awak petang tadi. Jadi tolong jaga dia orang
dari datang rumah saya, takut saya tampar muka buah hati awak pula!” beritahu
Khalida kerana Ilham menghubunginya. Mama balik buat kecoh di rumah pula.
“Awak dengan mak awak memang garang yer!” tuduh Ilham.
“Siapa suruh tak sayang mulut, itu lah akibatnya!”
“Awak bela mak awak yer, kalau mama saya saman mak awak macam mana?” tanya
Ilham, sebab mamanya memang tengah suruh peguam mereka menyaman mak Khalida.
“Encik Ilham, saya memang tak mampu nak upah peguam untuk membela nasib
kita orang, tetapi kalau mama encik ilham saman mak saya, saya tak malu untuk
ceritakan hal yang sebenar!” tegas Khalida. Orang kaya ini asyik nak saman
orang saja. Mentang-mentang lah banyak duit.
“Kata mama, mak awak yang mula dulu. Mak awak yang tuduh macam-macam kat
mama saya!”
“Kah kah kah!” mama kau yang datang rumah aku serang mak aku. Itu pun kalau
dari segi undang-undang, mama kau bersalah sebab datang buat kacau di rumah
aku.
“Khalida, saya marah ni, sebab itu mama saya!”
“Encik Ilham nie mama encik ilham cakap apa pun, encik ilham terima. Kalau
mak saya cari pasal, kenapa pula mama encik ilham yang datang ke rumah saya.
Tak pelik ke?” soal Khalida.
“Beritahu perkara yang sebenar, Khalida!” gesa Ilham kerana mahu tahu hal
yang sebenar. Apa yang telah berlaku. Papa dah beri amaran kepada mama dulu,
tetapi mama masih buat kacau. Kalau tak kerana ditampar oleh Mak Khalida,
mungkin mereka tidak tahu, Datin Rinie pergi ke kampung dan buat kacau di sana.
“Kalau saya beritahu pun, Encik Ilham bukan percaya kan saya!” balas Khalida.
Dia mesti memihak mamanya. Macam aku jugak.
“Cakap Khalida?”
“Suruh mama encik ilham saman mak saya, saya akan cakap hal ini di mahkamah
nanti,” cabar Khalida.
Terus matikan telefon. Kalau Datin Rinie saman mak, aku akan lawan
habis-habisan kali ini. Teruk sangat kut perangainya tadi.
Selang satu jam, telefon Khalida berbunyi lagi.
“Apa hal lagi nih?”
“Ariff dah beritahu saya sekejap tadi, harapkan awak, sampai bila-bila pun
saya tak akan tahu hal sebenar!”
“Dah tahu kan? Kalau saya pun saya buat perkara yang sama juga. Ingat saya
nie apa?”
“Saya mintak maaf bagi pihak mama saya!”
“Mintak maaf memang senang nak diucap, tetapi hati yang luka tak mampu
terubat semula...,”
Sekali lagi Khalida mematikan telefonnya. Ilham telefon lagi, Khalida masih
sudi mengangkatnya.
“Saya mintak maaf, dengar tak?”
ulang Ilham membuatkan Khalida tersenggih. Tahu pun takut. Tadi kau ugut
aku dengan mak aku kan.
“Saya pun ada duit untuk saman mama Encik Ilham tu!” ugut Khalida pulak.
“Ada ke duit nak saman mama saya?”
“Kalau tak cukup saya boleh pinjam dengan Rifky!”
“Jangan, saya tak benarkan awak pinjam duit budak Rifky tu!” tegas Ilham.
Kau panggil dia budak? Rifky tu dah layak jadi bapa budak lah, Ilham!
Padan muka. Kau yang gelabah sekarang!