Ilham dah beli rumah sendiri. Cadangnya selepas papa dan
mak berkahwin kami nak berpindah ke rumah sendiri. Sekarang tak pindah lagi,
sebab selepas mak dan papa pergi bercuti, papa dan mak bawa dua orang nenek
kami pergi mengerjakan umrah pula.
Hal syarikat papa dah serahkan kepada Ilham dan Khalida
sepenuhnya. Jadi banyak perkara nak diselesaikan sekarang. Hal syarikat yang
mempunyai masalah kewangan, karenah ahli keluarga papa yang tak akan selesai,
asyik nak ambil duit saja. Tentang pelanggan, sejak Khalida kembali ke
syarikat, tak ada masalah lagi.
“Tinggal sembilan bulan saja lagi, Lida. Awak memang
mandul pun, dan tak lama lagi saham itu akan jatuh ke tangan kami,” ejek Puan
Nora. Setiap kali kalau bertembung dengan Puan Nora, mak ngahnya ini, ada saja
bahan untuk dia mengejek Khalida.
“Yup betul tu, siang malam kami sentiasa berdoa, agak
awak dan Ilham tak ada zuriat, selepas ini syarikat ini akan jadi milik kami,”
sampuk Puan Zaiton pula, iaitu mak lang Ilham.
Sudah puas berusaha, berubat dan sebagainya, tetapi
Khalida masih tidak hamil. Kerana masalah ini lah membuatkan Ilham dan Khalida
tertekan, jumpa muka saja asyik hendak bergaduh saja. Serba tidak kena
dibuatnya. Semua orang asyik bertanya bila lagi Khalida nak mengandung, sebab
semua itu ada kaitan dengan masa depan syarikat.
“Akak pun stress lah sekarang,” luah Khalida kepada
Juhana adiknya. Sejak dua mejak ini, Ilham lebih suka tinggal di rumah yang
dibelinya. Khalida pula tinggal dengan Juhana di rumah papa.
“Atuk pun satu kenapa lah buat wasiat macam tu.Tak pasal
kak dan abang jadi macam ini,” kata Juhana cuba memujuk kakak iparnya.
“Doa akak tak makbul lagi kut!” kata Khalida cuba
bertenang. Kata Doktor Rose sebab terlampau tertekan membuatkan Khalida susah
mahu mengandung. Itu boleh jadi.
“Nie nak mengandung macam mana, abang dah tak balik ke
sini. Akak pergi lah pujuk dia!” kata Juhana.
“Biar lah kat dia, dia asyik naik angin saja sekarang!”
balas Khalida. Masing-masing asyik menyalahkan diri masing-masing.
“Kak tu tak nak mengalah sama, tu yang susah!” kata
Juhana lagi.
“Kalau dengan abang kau, mengalah pun buat masa saja!”
Mengandung pun tak boleh. Syarikat pula akan diambil alih
oleh saudara mara papa. Macam mana ni? Aku gagal nak pertahankan syarikat atuk
lah pula. Ilham mesti salahkan aku sebab sampai hari ini tak ada apa-apa pun
dalam perut aku ini. Masalah sungguh macam ini.
“Redha saja lah, Lida. Dah kalau tak ada rezeki lagi nak
buat macam mana. Lagi pun bukan salah Lida semua ini,” pujuk papa yang
menelefon dari jauh.
“Abang Am salahkan Lida, papa!”
“Nak salah Lida kenapa pula? Kau orang dah berusaha
tetapi kalau tak berjaya nak buat macam mana?Ada hikmahnya semua ini berlaku,”
ucap papa lagi.
Terima lah hakikat yang sebenarnya, senang cerita
Khalida.
Tetapi Khalida dan Ilham bergaduh panjang selepas selesai
bermesyuarat di ofis hari ini. Duit syarikat semakin susut kerana dihabiskan
oleh emak-emak saudara Ilham. Hendak pecat dia orang tak boleh kerana saham
syarikat yang banyak itu bukan milik Ilham.
Jadi perasaan Ilham semakin celaru dibuatnya.
“Jadi abang salahkan saya?”
“Yer lah, tak kan abang pula!” ujar Ilham membuatkan
Khalida hilang sabar. Dibukanya cincin kahwin dijarinya lalu diletakkan atas
meja dengan kasar.
“hmm.. nah ambil balik cincin kahwin awak nie,” kata
Khalida terus keluar.
“Khalida, tunggu!” jerit Ilham, serba salah pula kerana
menuduh Khalida yang bukan-bukan sekejap tadi.
Apa lagi pergaduhan ini membuatkan emak-emak saudara
Ilham bersorak keriangan. Seronok sangat melihat rumah tangga Ilham retak.
“Bagus Lida, tinggal saja Ilham tu. Awak bukannya boleh
mengandung pun!” kata Puan Minah, mak usu Ilham sebaik saja Khalida mengambil
tas tangannya.
“Mak usu jangan seronok sangat, ada sembilan bulan lagi,
sembilan bulan nie macam-macam boleh jadi,” balas Khalida tidak mahu mengalah.
“Tetapi awak tu mandul, tak boleh beranak. Ilham kalau
kahwin dengan perempuan lain pun, mungkin boleh dapat anak tetapi tak boleh
saham tu, sebab syarat ayah kami, kau tu yang kena beranak. Nasib Ilham lah
sebab dapat isteri mandul macam kau,” sambung mak usu lagi. Hish, aku cili
mulut kau, kau nak?
Esok, papa dan mak akan balik ke sini. Begitu juga dengan
nenek-neneknya. Nenek Khalida pun akan menetap di rumah papa jugak, rumah
kampung terpaksa ditinggalkan. Tetapi kunci rumah ada kepada Khalida. Adik-adik
Khalida turut memegang kunci rumah di kampung. Masing-masing sudah berjanji
akan menjaga rumah itu.
“Nak ke mana kak?” soal Juhana apabila melihat Khalida
bawa beg besar keluar dari biliknya.
“Nak balik kampung, ana!” jawab Khalida sambil tersenyum.
Aku nak balik cari ketenangan diri.
“Papa dan mak nak balik besok, tunggulah dia orang balik
dulu. Boleh Ana temankan akak!” kata Juhana. Khalida mengelengkan kepalanya.
“Akak balik sekejap saja. Balik tengok rumah,” kata
Khalida.
Kali pertama dia pulang ke kampung tanpa memberitahu dan
meminta izin kepada Ilham. Sakit hati dengan sikap Ilham sejak akhir-akhir ini.
Tetapi sampai saja di kampung, kereta Ilham sudah tersadai di depan rumah. Dia
lagi awal datang ke sini. Lupa pula yang dia pun ada kunci rumah ini.
“Sorry, abang tak sepatutnya cakap macam tu kat Lida
tadi,” ucap Ilham sebaik saja Khalida mahu masuk ke dalam rumah. Khalida
buat-buat tidak dengar.
“Abang mintak maaf sebab sejak akhir-akhir ini, abang
marahkan Lida, naik angin dekat Lida dan salah Lida, wal hal semua ini bukan
salah Lida pun,” pujuk Ilham lagi. Khalida tak pandang pun muka Ilham.
Cakaplah, tak nak dengar.
“Salah abang, mana tau abang yang tak subur dan tak boleh
buat Lida mengandung,” kata Ilham sambil sarungkan cincin ke jari manis
Khalida. Khalida terus membisu.
Ditolaknya badan Ilham ke tepi, Khalida terus masuk ke
biliknya. Ditutup pintu bilik dengan kuat sekali.
“Lida, jangan lah buat macam nie,” rayu Ilham sambil
masuk ke dalam bilik dan duduk di sebelah Khalida. Dipegang kedua belah tangan
Khalida dengan erat. Tahu pun takut.
“Abang minta maaf, okey!” Khalida tetap dengan
pendiriannya, membiarkan Ilham merayu dan memujuknya. Khalida buat tidak endah
saja.
Tiga hari tiga malam tinggal di kampung, Khalida sengaja
biarkan Ilham merayunya. Hari ini, apabila Ilham mengajak Khalida balik ke KL,
dia ikut saja. Tetapi Ilham ada rancangan yang tersendiri. Ilham sudah rancang
tiga minggu yang lalu dengan adik-adiknya. Khalida saja yang tidak tahu.
“Nak buat apa kat hotel ini?” soal Khalida apabila Juhana
dan Shima bawa dia masuk ke bilik Hotel. Emma dan Jasnita sedang menunggu di
dalam bilik.
“Cepat tukar pakaian!” arah Emma sambil menghulurkan baju
pengantin berwarna biru laut kepada Khalida. Khalida melihat baju pengantin itu
dengan muka yang pelik sekali.
“Apa nie?” soal Khalida. Semakin hairan.
“Cepat lah, kita orang nak solek kau kejap lagi,” gesa
Jasnita. Khalida terpaksa akur. Salin pakaian dan biarkan adik-beradiknya
menyolek Khalida.
Mereka berempat mengiringi Khalida ke dewan besar. Semua
tetamu sedang menunggu di dewan besar ketibaan pengantin perempuan yang cukup
menawan ini. Di depan dewan Ilham sedang menunggunya.
“Oo, ini rancangan kau orang yer,” kata Khalida.
“Rancangan suami kau, kami hanya tolong jayakan saja.
Sebab tak nak kau syak apa-apa, jadi Ilham sengaja cari pasal dengan kau,”
jelas Emma lagi.
“Ilham buat semua ini untuk Lida. Hari tu kan Ilham ajak
Lida sanding sekali dengan mak dan papa, tapi Lida tolakkan, jadi Ilham cari
tarikh lain dan buat majlis ringkas ini untuk isteri kesayangan dia,” terang
Jasnita, kakak sulong Ilham.
Majlis ringkas apanya kalau ramai jemputan yang
dijemputnya. Semua orang yang hadir untuk majlis mak dan papa ada di sini. Ilham
hulurkan tangan kanannya kepada Khalida dan Khalida menyambutnya perlahan.
“Kejutan untuk isteri kesayangan abang!” ucap Ilham
sambil mencium pipi kanan Khalida,
“Abang jahat!”
“Ha ha ha!”
“I love u, i love u, sayang sangat-sangat kat Lida!”
“Abang tak marah Lida?”
“Kasih sayang abang lagi banyak dari perasaan marah tu
kut. Tentang anak tu tak usah lah risau, begitu juga dengan saham syarikat,
kita boleh berusaha dengan hasil keringat kita sendiri,”
Majlis baru jalan separuh, Khalida sudah rasa mahu pitam.
Kelam mata dan pening kepala. Apa dah jadi nie.
“Abang!” jerit Khalida. Muka dah pucat.
“Lida kenapa ni?” cemas Ilham dibuatnya.
“Pening!” jawab Khalida. Sebelum Khalida jatuh, Ilham
sempat menangkapnya dan semua tetamu yang hadir panik tiba-tiba.
“Bawak ke bilik Ilham, Lida letih sangat tu!” suruh Puan Naemah.
Ilham terus bawa Khalida ke bilik hotel yang ditempahnya.
Hanya mak dan dua orang nenek saja yang masuk ke dalam bilik Ilham. Ilham
baringkan Khalida di atas katil.
“Bukak tudung Lida tu, am!” kata nenek Ku Salbiah pulak.
Ilham patuh.
“Panas sangat tu!” sampuk nenek kasma pula.
“Lida!” panggil mak. Khalida bukakan matanya. Kepala pula
pusing. Rasa mual dan loya pula terasa
kini. Terus Khalida berlari ke bilik air. Muntah.
Ilham mengurut belakang Khalida.
“Nak muntah lagi?” soal Ilham. Khalida gelengkan
kepalanya. Di angkatnya Khalida lalu dibaringkan semula di atas katil.
“Mari nenek tengok!” kata Nenek Kasma. Dia kan pernah
jadi bidan kampung dulu.
Nenek Kasma sentuh nadi di tangan kanan Khalida. Lalu
sentuh perut Khalida dan mula tersenyum. Nenek Kasma memberi isyarat mata
kepada Ku Salbiah dan Ku Salbiah turut melakukan perkara yang sama.
“Apa nenek ni?” soal Ilham kehairanan.
“Anak kau nie dah besar lah, Ilham. Entah-entah dah 2
atau 3 bulan. Kau memang teruk, lagi teruk adalah Lida, sampai tak sedar dia
mengandung!” kata Ku Salbiah sambil menampar bahu cucunya.
“Betul ke ni?” soal Ilham.
“Pergi lah scan esok kalau tak percaya, dah ada dalam
perut Lida nie hah!” kata Nenek Kasma pula.
“Yahoooo, sayang Lida!” terus di kucup pipi Khalida kiri
dan kana. Malah dia memeluk Khalida yang sedang tidur. Melihat sikap Ilham terus mak dan nenek-nenek
mereka keluar dari bilik mereka.
“Ooo, sebelum nie tak sayang lah kan?” soal Khalida.
Macam tak percaya pula, kata sedang mengandung. Khalida turut memegang
perutnya.
“Kalau tak sayang, tak jadi macam ini lah kan!!” terus
Ilham kucup bibir Khalida. Khalida menampar bahu suaminya.
Syukur alhamdulillah.