ILHAMKHALIDA
– BAB 10
“Atuk,
macam mana kalau perkahwinan kami tak bahagia nanti. Atuk sendiri pun tahu kan?
Ilham tak suka saya,” soal Khalida. Selama ini Ku Ibrahim sudah banyak menolong
dia dan ahli keluarganya. Pertemuan yang tidak disengajakan antara Khalida dan
Ku Ibrahim berlaku di Yayasan Nurul Ain ketika Khalida berumur 12 tahun lagi.
Ku Ibrahim kala itu datang untuk menghulurkan sumbangannya setiap bulan. Dan
sinar mata Khalida itu lah yang menarik hati Ku Ibrahim. Lantas Ku Ibrahim
mengambil Khalida menjadi cucu angkatnya.
Mulai hari
itu, Ku Ibrahim membantu Khalida dari segi perbelanjaan persekolahan dan
menanggung ahli keluarga Khalida yang lain dengan memberikan wang perbelanjaan
setiap bulan kepada ibu Khalida. Mereka boleh hidup senang atas pertolongan Ku
Ibrahim selama ini.
Kalau
harapkan masyarakat setempat, kalau mengharap belas ihsan orang lain, mana
mungkin ada orang mahu membantu, selain dari menghina dan mencaci keperitan
hidup mereka. Orang hanya tahu bercakap, bukannya menolong. Orang hanya pandai
menilai tetapi yang merasai keperitan sebuah kehidupan adalah keluarga kami.
Khalida
memang terhutang budi kepada Ku Ibrahim yang telah banyak berjasa kepada dia
dan ahli keluarganya. Oleh kerana itu lah permintaan perit dari Ku Ibrahim
tidak mampu ditolak oleh Khalida.
“Atuk
harap Lida dan Ilham boleh bahagia sehingga ke akhir hayat,” itu suara harapan
seorang datuk kepada cucunya. Khalida mengeluh perlahan. Bukan senang untuk
menempatkan diri di dalam hati orang yang telah memberikan hatinya kepada orang
lain. Boleh kah aku berada di dalam hati Ilham, sedang di dalam hati Ilham bukannya
terukir nama ku?
“Kalau tak
bahagia juga macam mana?” ulang Khalida lagi. Tugasan ini lebih teruk dari
segala tugasan yang diamanahkan kepadanya.
“Hmm..,”
“Atuk
jangan buat Lida macam ini...,” keluhan Ku Ibrahim meresahkan hati Khalida. Aku
tidak mahu melukakan hati orang yang telah banyak menaburkan budi dan bakti
kepada keluarga kami.
Kerana
bantuan atuk lah aku sampai ke sini. Dia yang menanggung perbelanjaan aku di
sekolah sehingga ke menara gading. Malah aku diwajibkan bekerja dengan syarikatnya
setelah tamat belajar. Kalau bukan kerana dia, mungkin aku masih tidak
mempunyai sebarang pekerjaan. Mungkin masih lagi menganggur.
“Atuk
sebenarnya sayangkan Lida dan Ilham. Atuk hanya mahu melihat Lida dan ilham
bahagia..,”
“Zura tu
boleh bahagiakan Ilham, atuk. Jangan
pisahkan cinta mereka, kasihan Ilham!” pujuk Khalida. Sekurang-kurang atuk
perlu mengerti perasaan aku juga.
“Atuk cuma
mengharap Lida boleh ajar Ilham, membentuk Ilham menjadi manusia yang baik..,”
Khalida
mengeluh, berat.
“Dah lama
balik?” tegur Ilham Hakimi menghentikan ingatan Khalida kepada atuknya.
“Ha,ah!”
“Betul ke jumpa
Emma atau jumpa Rifky?” soal Ilham sambil membuang pakaiannya dan menarik kain
tuala di sebelah Khalida.
“Emma
kemalangan tadi, mujur ada Rifky, jadi dia yang tolong kami berdua!” beritahu
Khalida jujur. Muka Ilham berubah bila terdengar nama Rifky.
“Rifky..
Rifky, menyampah saya dengar!”
“Ha...
ha.. ha,” pecah ketawa Khalida mendengarnya. Waw, Ilham dah cemburu tahap
petala bumi ini.
“Lida,
awak itu isteri saya!”
“Isteri
sekarang, tetapi tak lama lagi awak akan tinggalkan saya, waktu tu saya dah tak
jadi isteri awak lagi,” balas Khalida, sengaja hendak menyakitkan hati Ilham.
“Jadi
selepas ini boleh lah kahwin dengan Rifky, buah hati awak tu,” amboi,
pandai-pandai tuduh Rifky tu buah hati aku pula.
“Kalau ada
jodoh apa salahnya!” ujar Khalida sambil tersenyum. Muka Ilham sudah bertukar
menjadi merah. Merah menyala.
“Saya tak
akan benarkan!”
“Encik
Ilham, itu dayus namanya!” kata Khalida.
Terdengar namanya dijerit oleh Ku Salbiah.
“Ya, nek!”
sahut Khalida sambil keluar dari bilik, membiarkan Ilham terpinga-pinga di
situ.
Lida, ajar
nenek sama. Sebab nenek tu sombong sangat! Ingat kata-kata Ku Ibrahim dulu. Ha
ha ha, nenek tu dah jadi buluh, buluh yang tak boleh nak digunakan untuk buat
lemang.
“Lida,
barang hantaran untuk Zura dah siap, nanti Lida ikut sekali!” Zura pula yang
kacau bilau. Zura yang gelabah tidak tentu pasal
“Okey!”
jawab Khalida tanpa merasa apa-apa perasaan.
“Kau nie
pelik, suami kau nak kahwin pun kau tak kisah!” berleter Ku Salbiah. Ku Salbiah
nie kadang tu dia okey, ada kala tu yang tak okey. Biarkan dia!
“Ha.. ha..
ha,”
“Lida!”
“Kita
orang dah nak berpisah lah, nek!” berapa
kali nak cakap nie. Atau dia panggil aku
sebab nak bagi aku sakit hati. Maaf yer, tak sempat nak sakit hati pun saya ni.
Setelah
selesai mengemaskini, waw ayat, mengemaskini lagi, he he he.. segala barang
hantaran untuk Zura, dia terus minta diri. Petang tadi tak sempat makan pun
dengan Emma seperti setiap hari, sekarang perut lapar sangat.
“Nak pergi
mana pulak tu?” soal Ku Salbiah apabila melihat Khalida berjalan keluar dari
biliknya.
“Nak
keluar makan!”
“Makan
saja di rumah!” aik, nenek ajak aku makan di rumah. Nenek pun dah jadi Ilham
nie, dah tukar perangai.
“Kalau
saya makan di rumah nanti mak datin rumah nie meroyan pula!” balas Khalida
sambil tersenyum.
“Kau tu
suka lawan cakap dia, mau taknya dia meroyan kat kau!”
“Nenek
kata kat menantu kesayangan nenek tu,” balas Khalida. Senyuman manis tetap
terukir di bibir Khalida.
Nasib
memang tak baik malam ini, dia dan Emma
berjumpa dengan Ilham dan Zura di restoran.
Sedang makan pulak tu.
“Merpati
dua sejoli tu!” bisik Emma. Dia yang paksa Emma menemaninya makan diluar walaupun
tahu Emma dalam kecederaan.
“Lida,”
panggil Ilham sambil mengamit ke arahnya. Dia buat tak tahu saja.
“Jemput
makan sekali!” jerit Ilham lagi. Ha, elok, sebab tempat duduk semua penuh.
Tinggal tempat Ilham saja yang masih kosong.
“Jom lah,
kita makan sekali dengan dia orang, kalau dia orang banyak songgeh, tau lah nak
ajar macam mana nanti,” ajak Khalida. Emma mengangguk.
La, kita
baru nak makan, Zura dah tak senang duduk.
Bakal isteri Ilham nie apa kes?
Bawa bertenang, boleh tak?