Aku sayang anak aku. Harta
tu dah jatuh ke nombor berada dah. Cuma kami nak pertahankan saham Ku Ibrahim
dari jatuh ke tangan orang yang tidak sepatutnya dapat harta itu. Nasib ramai
pekerja di tangan kami sekarang. Itu yang perlu di fikirkan.
Ilham merenung Khalida yang
sedang memasukkan baju-baju ke dalam beg pakaian. Khalida yang sememangnya
comel dan ayu semakin berseri-seri sejak ada isi sekarang. Seri orang
mengandung katakan.
Teringat pesanan Ku Ibrahim
kepadanya dulu.
“Ilham, jaga Khalida
baik-baik. Kebahagiaan Ilham hanya ada pada Khalida saja. Ilham tak kenal
Khalida dengan hati, dengan jiwa, sebab itu Ilham jadi begini. Atuk yakin
Khalida adalah yang anugerah yang terindah untuk Ilham,” tergiang suara itu dan
hati Ilham mengakuinya. Khalida adalah anugerah terindah dalam hidupnya.
“Abang boleh mengelamun
macam tu, tolong lah!” kata Khalida yang sudah berdiri di hadapannya.
“Bawa sikit sudah lah
pakaian tu, nanti kita nak balik bermalam juga kat sini,” ucap Ilham. Tetapi
dia turut menolong Khalida memasukkan bajunya yang sudah berlipat kemas.
“Tak boleh, Lida nak guna
lah semua-semua nie,” balas Khalida. Ilham mengelengkan kepalanya. Perkara
kecil saja ni, jadi baik turutkan saja.
Ilham dah jelaskan, dia
akan berpindah ke rumahnya. Semua orang membenarkan Ilham tinggal di rumah
sendiri. Orang yang berumahtangga sesuaikan sangat tinggal berasingan.
“Nek, jom tinggal dengan Lida!”
ajak Khalida, Nenek Kasma tersenyum saja. Sikit hari lagi dia akan pulang ke
kampung semula, untuk tinggal di rumahnya sendiri. Itu kata hatinya.
“Ha, jangan. Biar nenek
Lida tinggal dengan nenek di sini, boleh juga jadi teman berbual!” halang Ku Salbiah.
Mereka berdua ini semakin rapat sekarang ini.
Bau laksa menusuk ke lubang
hidung Khalida. Kak Jah, pembantu rumah, datang bersama empat mangkuk Laksa
lemak permintaan Khalida semalam. Laksa lemak ini sebenarnya Laksa siam, laksa
yang kuahnya berwarna kuning kerana dimasukkan serbuk kunyit. Rasanya sedikit
manis. Ia seakan laksa johor.
“Siapa buat?” soal Khalida.
Orang di sini mana tahu buat laksa kuah lemak ini. Kalau nak cari pun susah.
“Nenek tanya jiran sebelah,
Kak Hajar Humairah kau tu, dia cakap dia tahu buat laksa ni, jadi kita orang
suruh dia ajarkan,” beritahu Ku Salbiah. Khalida tersenyum senang hati. Bahagia
sangat!
“Terima kasih, nek!” ucap
Khalida. Dihirupnya kuah laksa terlebih dahulu. Sedap!!
“Ilham kau yang kalut
semalam, suruh buatkan untuk isteri kesayangan dia!” beritahu Nenek Kasma pula.
“Kejap, Lida nak tanya
Abang Am, dia sayang ke tak dengan Lida nie?” gurau Khalida, Ilham mengelengkan
kepalanya. Ada saja nak cakap kat aku.
Sekarang semua orang tengah
manjakan kita. Minta apa saja semua orang turut. Cicit sulong untuk keluarga
Ilham dan cucu kedua untuk keluarga kami. Tapi tak lama lagi nenek boleh tengok
cicit dia, anak Emma. Emma tunggu hari saja untuk bersalin.
Hari ini mereka berpindah
ke rumah sendiri. Khalida hanya berehat di rumah saja sebab tidak dibenarkan ke
ofis sehingga dia selamat menglahirkan baby mereka.
Kerjanya sekarang berehat
dan kadang-kadang kalau sunyinya sangat, dia pergi ke rumah Datuk Razali. Masa
begitu cepat berlalu, tak sedar pun sudah lima bulan dia mengandung. Perut pun
sudah mula kelihatan. Emma pun sudah selamat menglahirkan seorang bayi
perempuan yang sangat comel. Seminggu Khalida tinggal di rumah Emma, bersama
mak dan Nenek Kasma. Sekarang Emma dah habis pun tempoh berpantang. Jadi, nenek
balik tinggal dengan mak di rumah papa. Risau nak biarkan nenek tinggal seorang
diri di rumah.
Papa ajak Adli, adik bongsu
Khalida tinggal bersama dan bekerja di syarikat. Adli nie bijak seperti Khalida
juga. Muka pun segak, antara adik-adik Khalida, Adli yang segak. Malah menjadi
rebutan perempuan-perempuan semasa di UUM dulu. Sudah lah hidung mancung, dan
berkulit putih.
Adli yang memangku tugas
Khalida di pejabat sekarang. Ramah seperti Khalida juga. Dua bulan tinggal di
rumah papa, rupanya ada yang tidak senang hati dengan kehadiran Adli ke rumah
dan syarikat Datuk Razali. Datuk Razali pun selalu sebut nama Adli di hadapan
saudara mara dan sahabat-sahabatnya. Mesti ada orang yang cemburukan?
Adli anak emak dari ayah
yang lain. Perkahwinan campuran. Maksudnya campuran keluarga. Tujuh dari anak
emak, walaupun tiga orang itu anak saudara emak bercampur pula dengan tiga
orang anak papa. Hendak cari kesepakatan cukup susah. Sebab berlainan mak dan
ayah. Itu yang Khalida sedar sekarang. Nampak tidak ada keserasian antara
anak-anak papa dengan Adli yang bijak itu. Dia sudah dapat rasakan akan berlalu
sesuatu yang tidak manis nanti, kerana Adli tinggal sekali di rumah papa dan
mak. Dan Adli dan Juhana tidak sebulu, asyik bergaduh saja.
Malam hujung minggu Khalida dan Ilham bermalam di
rumah Datuk Razali. Sedang asyik
terlena, terdengar bunyi riuh di bilik bawah. Jeritan Juhana yang mengejutkan
semua orang dalam rumah ini. Kekecohan itu menangkap jantung Khalida. Terus
Khalida dan Ilham bangun.
Apa sebenarnya terjadi?
Bilik sampai di bilik Adli,
semua ahli keluarga sedang berkumpul di bilik Adli. Malam ini Jasnita dan
suaminya turut bermalam di rumah papa.
Adli masih terpinga-pinga di atas katilnya manakala Juhana sedang
menangis di pangkuan mak.
“Adli cuba rogol saya,
Abang Am!” beritahu Juhana sambil menunjukkan bajunya yang terkoyak di bahagian
hadapan.
“Apa?” jerit Ilham terus
meluru ke arah Adli tetapi Khalida sempat menarik tangan Ilham.
“Awak nak rogol adik saya?”
tanya Jasnita nyaring. Mata semua orang sedang marah kala ini, termasuk mata
mak sendiri. Khalida duduk di sebelah adiknya.
“Betul ke Adli?” soal
Khalida mahukan kepastian.
“Kak...,” panggil Adli yang
masih pening dengan apa yang berlaku. Aku pun tak tahu apa yang terjadi
sebenarnya.
“Kau nie memang nak kena
dengan aku,” kata Ilham terus datang menarik baju Adli dengan kuat sekali.
“Hey apa nih?” tepis
Khalida, turut terasa di dalam hati.
“Kau jangan fitnah Adli,
Ana!” kata papa pula yang semakin berang.
“Betul papa, Ana tak tipu,
Adli yang heret saya ke dalam bilik ini,” jawab Juhana bersungguh-sungguh.
“tolong berambus dari rumah
ini sekarang juga. Kalau datang ke sini untuk cemar maruah keluarga kami, baik
kau keluar,” jerit papa membuatkan semua orang dalam rumah ini terkejut. Di
luar sana guruh dan petir berselang-seli berbunyi kuat menandakan sebentar lagi
hujan akan turun.
“Adik saya tak bersalah,
papa!” beritahu Khalida.
“Tak bersalah apanya, benda
dah nyata, Lida!” kata mak perlahan.
“Mak ni, tak kan mak tak
percaya kepada anak sendiri, ada orang nak buat fitnah....” belum sempat
Khalida menghabiskan kata-katanya, mak terus menampar mulut Khalida membuatkan
Khalida sendiri terkejut dengan sikap mak. Mak ni apa pula yang terus tampar
Lida, dengar lah Lida cakap dulu.
“Kak!” jerit Adli. Khalida
menahan sakit di pipinya. Semua orang terkejut kerana mak menampar pipi anak
kesayangannya. Ilham turut datang memegang bahu Khalida.
“Adli!”
“Kak, biar saya keluar dari
rumah nie..” kata Adli. Adli capai beg duit dan handsetnya saja, dan terus
mengambil sedikit pakaian lalu dimasukkan ke dalam beg sandangnya.
“Halalkan makan minum saya
selama saya di sini, mak, papa!” ucap Adli terus keluar dari rumah.
“adli, jangan pergi dik!”
Halang Khalida, Akak tahu adik tak bersalah.
“Tak mengapa, kak. Tempat
saya bukannya di sini!” tolak Adli.
Khalida melihat langkah
kaki adiknya dengan perasaan sakit hati sangat. Siapa punya kerja, mesti Juhana
fitnah Adli, tuduh hati Khalida. Tetapi apa nak buat, mak mesti rasa bersalah
dan tertekan dengan semua ini. Lagi pun mak sudah terikat kerana berkahwin
dengan papa.
Agak dah, mesti jadi macam
ini. Aku tak mengapa lah kahwin dengan Ilham, hubungan kami bukan tiri tetapi
lebih kepada suami isteri. Apa pun terjadi hubungan cinta dan kasih sayang itu
yang lebih kuat. Dia orang tu tiri, mesti lah ada yang tidak kena, tetapi kita
kena atasi perkara ini dengan sebaik mungkin.
Hujan turun semakin lebat.
Kasihan dia kena halau. Aku
pernah merasa hidup berjauhan dan berpisah dengan keluarga sendiri, dan betapa
aku sedih kerana tinggal di rumah anak-anak yatim tanpa mak dan adik-adik.
Sekarang adik bongsu ku sedang berkelana di luar sana seorang diri. Dan ini
pula kali pertama dia bersendirian tanpa kami. Kasihan dia!
Aku perlu ada dekat
dengannya. Semua orang sedang memujuk Juhana dan mendengar cerita sedih Juhana,
tengok mereka sedang kusyuk sangat. Khalida keluar dari rumah hanya bawa beg
duit dan kunci kereta saja. Di tengah hujan lebat Khalida meredah hujan mencari
adik bongsunya. Mungkin kerana hujan
lebat, Adli tidak boleh ke mana-mana. Dia sedang berteduh di bawah pondok
perhentian bas.
“Adli!” jerit Khalida
sambil memberhentikan keretanya.
“Kak!” jerit Adli.
“Masuk ke dalam kereta
dulu, nanti kita berbual panjang!” ajak Khalida. Adli terus masuk ke dalam
kereta kepunyaan Khalida.