Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 8

ILHAMKHALIDA (BAB 8)

“Awak tak layak jadi isteri saya, dan selama-lamanya awak memang tak layak untuk berada di hati saya. Saya kahwin dengan awak sebab terpaksa saja. Kalau tidak kerana datuk saya, jangan harap saya nak kahwin dengan awak, Lida!” ulang Khalida kata-kata Ilham Hakimi yang dilafazkan kepadanya sewaktu selesai upacara akad nikah sebentar tadi.

Waktu itu Khalida memang sudah tahu kisah cinta Ilham dan Zura, dan datuk pun sudah tahu akan perkara ini. Khalida sudah banyak kali menolak permintaan datuk angkatnya supaya berkahwin dengan cucu lelakinya itu, tetapi datuk tetap dengan hasratnya, untuk menyatukan Khalida dan Ilham.

“Sudah lupa ke kata-kata awak kat saya?” ulang Khalida sambil menolak pintu sebelah setelah selesai menukarkan pakaian.

Ilham Hakimi diam.

“Orang yang miskin macam awak, yang tak ada harta, anak yatim pulak, jangan mimpi hendak tumpang kesenangan saya, itu pun kata-kata awak jugak kan?” sambung Khalida lagi. Tak lupa semua perbuatan Ilham ke atas dirinya. Satu pun tak lupa kerana kata-kata itu amat menyakitkan hatinya. Memang dia anak yatim, memang dia miskin, tapi dia pun ada harga diri juga.

“Habis, semua ini untuk awak balas dendam kat saya sebab tolak awak dulu,” tanya Ilham Hakimi. Khalida ketawa saja.

“Encik Ilham, dengar baik-baik yer..,”

“Jangan cuba mainkan perasaan saya, Khalida!”

“Orang suruh dengar, boleh tak?” kata Khalida sambil tersenyum senang hati.

“Apa?”

“Andainya saya miskin, jangan dihina kemiskinan saya. Orang miskin seperti saya pun ada maruah dan harga diri jugak. Andainya saya anak yatim, itu bukan kemahuan saya, jadi jangan caci saya. Saya tak kisah encik ilham tolak saya, tak sanggup terima saya sebagai isteri Encik Ilham, tetapi jangan hina saya. Silap Encik Ilham kerana menghina keburukan saya!” panjang lebar Khalida berkata-kata.

Cinta dan perasaan dan kemiskinan adalah dua perkara yang berbeza. Dia tidak kisah andainya Ilham tidak boleh menyayanginya atau menyintainya kerana soal perasaan kita tidak boleh memaksa. Dia terima semua itu dengan tenang saja. Tetapi kenapa meletakkan soaf taraf, soal darjat dan keturunan? Sanggup pula menghina dan mengkeji orang.

“Khalida...,” kata-kata Ilham Hakimi terhenti di situ. Muka Ilham berubah tiba-tiba. Saya kahwin dengan Encik Ilham pun, sebab datuk Encik Ilham saja, bukan sebab lain.

“Encik Ilham dan keluarga Encik Ilham terlalu sombong dengan nikmat yang ALLAH berikan, atau Encik Ilham sudah terlupa untuk bersyukur dengan kekayaan yang ALLAH berikan,” sambung Khalida sambil mengambil bantal dan kain cadar lalu pergi ke bilik sebelah. Dikuncinya bilik sebelah lalu dia merebahkan dirinya.

“Nanti Lida ajar Ilham tu cukup-cukup, sebab ilham tu sombong sangat!” sambung Ku Ibrahim. Ku Ibrahim sayang sangat dengan Khalida, sebab itu dia mahu Khalida berkahwin dengan Ilham. Bukan Ku Ibrahim tidak tahu, Ilham sudah ada kekasih hati tetapi dia tetap dengan keinginannya. Siapa lagi yang nak ajar Ilham selain Khalida, kalau Zura, Zura tu sama perangai dengan Ilham.

“Lida nie kalau boleh bukan setakat nak ajar dia, kalau boleh nak tumbuk muka dia lah, atuk. Geram sangat!” suara Khalida perlahan.

Pagi ini dia datang ke pejabat seperti biasa. Sampai di pejabat, Zura sedang menunggu Khalida di biliknya. Arg, apa lagi yang tak kena nie, penat lah nak jawab. Penat nak layan.

“Tolong lepaskan Ilham,” rayu Zura sebaik saja Khalida masuk ke dalam biliknya. Ini kali Kedua Zura merayu kepadanya. Kali pertama waktu dia mahu berkahwin dengan Ilham. Zura datang menyuruh Khalida menolak permintaan Ku Ibrahim tetapi Khalida tidak berdaya. Dia sudah banyak terhutang budi kepada Ku Ibrahim. Lagi pun Ku Ibrahim tidak mahu menerima cadangan Khalida supaya kahwinkan saja Ilham dengan Zura.

“Sudah lima tahun kami bercinta, jangan awak cuba rosakkan hubungan kami pulak,” sambung Zura lagi.

“Awak perlu yakin dengan cinta awak Zura, lagi pun kalau jodoh awak dengan Ilham , awak akan berkahwin juga dengan Ilham nanti,” beritahu Khalida.

“Tapi saya takut awak merampas Ilham dari saya,”

“Pulak? Kami tak ada apa-apa perasaan, awak nak takut apa?”

“Ilham asyik sebut nama awak sekarang?”

“Hah??”

“Saya takut Ilham berubah....,”

“Tak berubah pun!” tengok Ilham seperti selalu saja.

Jangan lah berubah, aku tak sanggup hidup lagi dengan Ilham. Tak sanggup ada apa-apa lagi ikatan dengan Ilham dan ahli keluarga.

“Lida, petang nanti kita balik sekali!” beritahu Ilham di talian. Aik, berubah ke apa nie?

“Nak balik sendiri, sebab saya bawa kereta saya!”

“Saya tak benarkan sebab awak suka merayap bila habis waktu pejabat!” ikut suka hati aku laa. Selama ini kau tak kisah pun.

“Saya call Zura, ajak Zura balik sekali, boleh?”

“Lida saya nak balik dengan awak!”

“Mimpi apa semalam?”

“Tak mimpi pun!”

“Dulu bukan tak suka tengok muka saya ke?”

“Itu dulu, sekarang saya suka sangat!” sah, dia nie dah sawan.

“Tak boleh, saya dah janji dengan Encik Rifky,lagi pun kita orang ada pembincangan petang nanti,” Rafael Rifky merupakan pelanggan tetap syarikat ini. Syarikat ini memang ada banyak kontrak dengan syarikat kepunyaan Rafael Rifky.

“Saya nak ikut kali nih,”

Sebenarnya aku tipu saja tadi. Aku kena cari idea lain petang nanti. Atau pun minta pendapat dari Emma.

“Aku dah agak, sebab tengok sikap dia sekarang, pelik sangat kat kau!” kata Emma selepas selesai Khalida menceritakan sikap Ilham ke atasnya hari ini.

“Macam mana ni, aku rimas lah!”

“Ha ha ha.. sah kau kena hidup bermadu selepas ni, suruh lah Ilham tu berlaku adil!” usik Emma membuatkan Khalida mencebik bibirnya. Perkataan bermadu pun amat menyakitkan bagi kaum perempuan.

“Tak nak!”

“Talak tu di tangan lelaki, selama setahun lima bulan kau mana berani mintak cerai dengan Ilham. Ilham buat apa saja pun kau ikut saja, sebab kau hormat dekat Ilham yang jadi suami kau kan?”

“Tak lah, mak aku pesan tak boleh mintak cerai dari suami, berdosa. Jadi aku pegang benda ni,”

“Kau tunggu Ilham ceraikan kau, sampai kiamat aku berani kata kat kau sebab tengok cara tu macam Ilham ada hati dengan kau walaupun kalau boleh aku nak tengok kau bahagia dengan Rifky,”

“Jangan cakap macam tu, seram aku!”

Ilham, tolong tinggalkan saya dengan kadar segera!

Previous: BAB 7
Next: BAB 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.