Tutup kedua-dua jalan kampung. Kampung ini hanya ada dua
jalan saja untuk ke luar ke bandar, jadi Ayien arahkan rakan-rakannya tutup
kedua-dua jalan kampung dan adakan sekatan di situ. Kali ini orang yang sengaja
cari pasal itu memang silap banyak. Sengaja cari penyakit!
Ilham dan Datuk Razali sampai bersama ahli keluarga
mereka. Jiran-jiran dekat dengan rumah kami turut berhimpun sama. Ilham turut
keluar bersama Apul untuk menyertai Ayien dan Ariff. Di rumah hanya ada Adli
sedang mengemas bilik mak.
“Siapa lah yang jahat sangat nie, sampai sanggup bakar
rumah awak!” kata Datuk Razali. Tetapi dalam hati dia seakan dapat menangkap
siapa yang sanggup buat kerja gila ini.
“Entah lah!” balas Puan Naemah. Aku rasa aku tahu lah
siapa yang buat kerja tak senonoh ini.
Tidak sampai pun satu jam, Ayien pulang dengan membawa
dua orang lelaki bersama Datin Rinie dan Zura. Ilham mengekori dari belakang.
Tak sangka jumpa mama dan Zura sedang menunggu di hujung kampung.
“Aku nak bunuh Naemah tu, perempuan gatal, anak dengan
mak sama-sama jahat!” pekik terlolong Datin Rinie tiba-tiba.
“Betul tu, tak padan..,” belum habis kata-kata dari Zura,
Khalida terus menampar muka Zura. Dah agak dah, mesti makan penampar dia orang malam
ini. Cuma, mama tak kena lah sebab Khalida hormat mama.
“Dulu, kau langgar aku, aku diam saja, aku tak cakap
dekat polis, aku tak beri kenyataan di mahkamah, sebab aku nak kau insaf, Zura.
Tetapi kali ini memang aku tak boleh nak maafkan kau, sebab kau tak nak insaf
dan berubah,” kata Khalida. Cepat-cepat Ilham datang berdiri di sebelah
Khalida, takut Khalida kung fu Zura pula. Dia tak kisah kalau Khalida nak
hentam Zura, masalahnya semua orang ada, tengah tengok pula tu. Kena jaga juga
maruah isterinya ini. Ilham tahu Khalida sudah hilang sabar.
Khalida memandang tepat ke wajah Zura. Nampak kecik besar
saja Zura di hadapannya. Mahu ditumbuknya muka Zura tetap Ilham cepat-cepat
memeluk Khalida dengan erat.
“Yang, sudah lah tu, nanti patah habis pula gigi anak
dara orang!” bisik Ilham di telinga Khalida.
“Abang pun memihak dekat bekas kekasih abang ni?” marah
Khalida semakin memuncak.
“Mana ada, orang semua tengok Lida lah!” pujuk Ilham.
Memang pun semua orang yang ada sedang melihat Khalida.
“Tak kira!” mahu meronta tetapi Ilham memeluk kemas
isteri kesayangannya itu.
“Kau rampas hak aku,Lida. Dulu kau ambil hak aku,
sekarang mak kau pula rampas hak mak cik aku.
Kau orang tak tahu betapa sakit hati kami nie?” kata Zura teresak-esak.
“Ini bukan soal rampas merampas lah tetapi ini soal
jodoh. Silap kau dulu, kenapa kau sakitkan hati Atuk Ku Ibrahim, kalau kau buat
perangai elok-elok, tentu atuk suka dekat kau. Orang pikat hati lelaki dekat
kelembutan, dengan keikhlasan tetapi kau, sanggup buat jahat, sanggup nak bunuh
orang. Sekarang siapa nak perempuan jahat macam kau jadi isteri? Lelaki mana
nak ambil kau, silap haribulan kau bunuh suami kau pula!” jawab Khalida membuatkan Ilham ketawa kuat.
Khalida menjeling tajam ke arah suaminya.
“Aku nak ilham, aku nak harta-harta Ilham. Aku nak syer
atuk tu. Aku tahu atuk wasiat saham 35 % tu kat isteri Ilham,” balas Zura
dengan muka tak malu. Khalida pula yang ketawa besar kali ini. Hendak tergelak
sangat.
“Kau nie bengong ke apa?” balas Khalida.
“saham tu atas nama Khalida lah, Zura. Bukan nama aku
pun!” jawab Ilham masih merangkul Khalida.
“Ilham kahwin kali ke dua sebab harta lah kan? Ha ha ha,
Ilham pun tak suka dengan kau!” balas Zura pula.
“Sebab cinta lah, sebab aku sayang dekat dia, dan aku
sepatutnya ucap terima kasih kat kau sebab langgar Khalida hari tu, kerana
kemalangan itulah yang merapatkan hubungan percintaan kami,” jawab Ilham. Lagi
lah sakit hati Zura mendengarnya.
“Kak, macam mana sekarang?” soal Ayien.
“Bawa dia ke balai polis, yien. Biar dia merekok lama
sikit di penjara kali ini. Mana tahu dia boleh insaf!” jawab Khalida.
“Aku tak mau masuk penjara, aku takut. Lida, Ilham tolong
lepaskan aku, aku janji tak buat perkara-perkara jahat selepas ini,” rayu Zura.
“Aku dah tak percaya kan kau, Zura!” sampuk Ilham pula.
“Pergi lah tinggal kat sana, ALLAH suruh cari pahala
supaya boleh masuk syurga,yang kau sengaja tempah neraka tu siapa yang
suruh!” kata Khalida pula.
“Datin nie macam mana pula?” soal Ayien lagi.
Khalida memandang ke arah wajah suaminya. Itu mak suami
aku. Sejahat mana pun dia, dia tetap mak mentua aku. Tak ada istilah bekas mak
untuk ikatan antara mak dan anak.
“Lida serahkan mama kepada papa dan abang am. Lida terima
saja keputusan papa dan abang!” kata Khalida perlahan.
Ayien dan adik-adiknya bawa dua orang lelaki bersama Zura
ke balai polis. Jiran-jiran pula beransur pulang ke rumah masing-masing.
Tinggal kami saja lagi.
“Papa saja lah buat keputusan. Am pun tak nak jadi anak
derhaka pula nanti,” kata Ilham. Lagi susah untuk dia kerana Datin Rinie tetap
ibu kandungnya. Susah nak fikir dan buat keputusan. Nak beri nasihat pun mama
bukannya nak dengar. Lagipun dah berbuih mulut bergaduh dengan mama.
Tinggal saja orang dewasa untuk membincangkan hal mereka
dan untuk menyelesaikan tentang kesalahan Datin Rinie. Yang lain semuanya asyik
denga bilik mak.
“Aku lah kunci bilik nie, tak nak orang masuk sebab dah
siap kemas pun. Segala langsir pun aku dah siapkan sebelum tidur tadi. Aku
suruh mak tidur dengan nenek,” beritahu Emma. Sayangnya bilik ini dah terbakar
separuh. Segala hiasan dan kain langsir sudah dimakan oleh api.
“Nak guna bilik mana sekarang?” soal Khalida. Biliknya
kecil saja.
“Tak payah lah guna bilik, selesai saja majlis, papa nak
terus bawa mak kau balik ke sana!” sampuk papa dari jauh. Aik, dengar juga
perbincangan kami.
Mak yang cadang suruh lepaskan Datin Rinie dan memaafkan
segala kesalahan Datin Rinie. Ikutkan hati papa, papa nak sumbat bekas
isterinya itu ke penjara seperti Zura juga, tetapi mak suruh lepaskan saja.
Akhirnya hari bahagia untuk kami sekeluarga sampai juga.
Puan Naemah dan Datuk Razali terkejut dengan majlis yang diaturkan oleh
anak-anak mereka. Majlis yang begitu besar, meriah dan amat bermakna. Dengan
tema bumi hijau untuk pakaian pengantin membuatkan wajah mak nampak anggun
sangat, Begitu juga dengan Datuk Razali yang siap bersamping itu. Tema baju
yang lain pun sama juga, iaitu bumi hijau. Pengapit pengantin mak orang jauh
juga, yang uniknya bukan orang melayu. Cantik sangat Junisia yang menjadi
pengapit mak dan pengacara majlis.
Sebelah pagi, ada majlis Marhaban yang didatangkan khas
dari Trengganu. Barang hantaran pula Kak Sue, Kartini Awi, Norita Jusoh,
Princess Hairani and the geng yang uruskan. Yang lagi special ada kek lapis
sarawak dan pua kumbu dari orang sarawak. Jenefer Michael yang bawakan sebagai
hantaran dari sebelah pihak mak.
Saat selesai majlis akad nikah, mata Khalida dan mata
Ilham bergenangan dengan air mata. Begitu juga dengan anak-anak yang lain.
Terharu sangat. Ariff lagi lah, dia kan sudah lama impikan papa tiri yang kaya
itu. Kini, sah lah papa dan mak sebagai suami isteri. Percintaan yan tersimpul
selama ini berakhir dengan bahagia. Semuga kasih sayang papa dan mak akan
berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin.
Doa diiringi tidak putus-putus
Untuk nelayan turun ke laut
Setelah lama kasih terputus
Kalau sudah jodoh tetap terpaut
Si dara cantik bagai ratu
Pedagang arab membawa unta
Kasih terpisah tidak direstu
Jauh dihati tetap ada cinta
Ramainya kawan-kawan baik si Ariff ini. Semua yang Ariff
jemput hadir di majlis ini. Dari jauh pula mereka datang. Dari Sabah dan
Sarawak pun ada. Mereka turut menjemput
anak-anak yatim dari Yayayan Nur. Anak-anak comel itu yang membuatkan majlis
ini makin berseri-seri.
Khalida menyambut kedatangan Datuk Is dan Datin Sue
dengan penuh senyuman. Begitu juga dengan kehadiran Rifky dan Hajar. Hati kita
akan turut merasa bahagia, apabila melihat insan-insan yang rapat dan baik
dengan kita hidup dalam keadaan sihat dan bahagia. Datin Sue sedang mengandung
rupanya, dah nampak pun perutnya biar pun dia memakain jubah labuh yang
berwarna hijau lembut. Rifky dan Hajar
baru saja berkahwin, jadi belum ada rezeki lagi.
“Bila lah perut isteri abang nak jadi macam datin sue
tu.” Usik Ilham membuatkan Khalida mengigit bibirnya. Ada saja dia ini nak cari
pasal. Kalau tidak kerana kenduri mak dan papa, mahu saja Khalida kejar Ilham
satu kampung. Entah, sensitif sangat kut kalau orang sebut perkara macam tu kat
dia sekarang.
Lagu-lagu kegemaran papa dan mak menjadi hiburan
sampingan sepanjang majlis berlangsung. Lagu-lagu yang dipilih oleh Ariff. Salah
satu tajuk lagu adalah atas nama cinta nyanyian dari Rossa. Khalida dia memang
tak suka lagu-lagu ini, tetapi kerana adik-adik dia yang nak sangat, jadi dia
biarkan saja.
Semua orang gembira, semua orang bahagia. Semua orang
datang dan memberi ucapan semuga perkahwinan papa dan mak berkekalan sehingga
ke akhir hayat. Malah ada usikan nakal dari kebanyakan orang, supaya mak
mendapat cahaya mata baru dengan papa nanti.
He he he...
Kalau ada, adik aku dan Ilham lah kan. Perkahwinan besan,
dari segi hukum sah, tetapi jarang berlaku di dalam masyarakat kita. Ada yang
tegah, melarang dan tidak restu. Tetapi
alhamdulilah, sebab kami sekeluarga merestuinya.
“Sayangnya atuk dah tak ada!” ucap Ilham yang berdiri di
belakang Khalida sambil melihat kemeriahan majlis yang sedang berlansung.
“Ha, ah!” balas Khalida. Ilham meletakkan kedua belah
tangannya di atas pinggang Khalida. Khalida memegang erat tangan suaminya.
“Abang lagi lah terhutang budi kat atuk, sebab kerana
atuk lah abang dapat Lida. Kerana syarat atuk lah abang kenal erti kasih dan
sayang,” ucap Ilham lagi.
“Abang kena ucap terima kasih kat Lida juga, sebab Lida
yang buat abang berubah jadi macam nie,” usik Khalida,
“Yer lah tu!”
Ha ha ha.. alhamdulillah, semuanya berjalan dengan
lancar.