Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 62

“Abang, jom kita balik!” ajak Khalida. Letih sangat hari ini. Duduk lama-lama atas kerusi ini membuatkan Khalida sakit pinggang dan belakang badan saja. Mahu balik dan baring di atas katil di rumah saja.

“Mak macam mana?” soal Ilham yang masih risaukan keadaan mak. Bukan Khalida tidak mahu menjaga mak di hospital tetapi keadaan mak dah stabil. Lagipun papa dan Juhana sedang menunggu mak.

“Am, bawak Lida balik berehat di rumah. Muka Lida dah pucat tu,” arah mak.

“Apa-apa hal, mak call Am yer,” pesan Ilham sambil bersalaman dengan mak dan papanya. Juhana di sebelah masih menangis. Menangis sampai keluar air mata berdarah pun dah tak ada maknanya lagi. Keadaan tetap tak akan berubah.

Sampai saja di rumah terus Khalida mandi, solat dan makan. Selesai saja makan terus tidur, letih sangat. Sejak dua mejak ini, banyak sangat perkara yang berlaku dan merunsingkan kepala otak Khalida. Baru setengah jam, Khalida terjaga semula apabila Ilham menarik kepala Khalida lalu diletakkan di atas lengannya.Dibiarkan muka Khalida dekat dengan dadanya. Lalu di tarik kain selimut, selimut badan Khalida. Khalida hanya tersenyum. Khalida membiarkan saja tangan suaminya itu membelai rambutnya lalu dia terlena semula.

Khalida tahu Ilham mengucup dahinya dua tiga kali sebelum dia terlena tadi. Malam ini baru boleh lena dengan puas kerana keadaan sudah hampir selesai. Bagi mak, semuanya masalah akan selesai kalau buah hati pengarang jantungnya ada di sisinya. Siapa lagi kalau Adli, si bongsu itu. Harap Adli sampai dengan selamat di esok hari.

Dia terjaga dalam pukul 6.40 pagi, Ilham masih tidur di sebelahnya. Malah dia masih dalam dakapan suami tercintanya itu.

“Argg, tak solat subuh lagi lah!” jerit Khalida. Terus bangun dan menolak badan suaminya itu. Cepat-cepat masuk ke bilik air, bersihkan diri dan ambil air sembahyang.

“Abang tak solat?” soal Khalida apabila melihat Ilham masih tidur di atas katil.

“Abang dah solat lah, nak kejutkan Lida nampak Lida nyenyak sangat tidur. Kasihan pula abang tengok.” Jelas Ilham. Dia bangun solat sebaik saja terdengar azan subuh tetapi tidak dikejutkan Khalida.

“Lepas tu abang tidur balik?”

“tak lena pun, saja teman Lida tidur!”

“Pintu rezeki tertutup lah, kalau selepas solat subuh, kita sambung tidur,” rungut Khalida lagi.

“Sembahyang dulu yang, lewat sangat dah tu. Nanti baru sambung membebel,” kata Ilham. Betul juga, aku yang bangun lewat boleh pula berleter dekat dia.

Pagi ini badan dah segar sebab semalam boleh berehat sepuasnya. Sebelum pergi hospital dia dan suaminya akan menjemput Adli di Lapangan Terbang terlebih dahulu. Nanti nak kena call Emma untuk beritahu hal yang sebenarnya tentang keadaan mak. Nanti yang lain-lain Emma boleh tolong uruskan. Diceritakan satu persatu apa yang menimpa diri mak kepada Emma.

“Tak usah lah bimbang, Adli tu bukan macam kita yang lain-lain ni, Lida!” pujuk Emma.

“Yer, sikap Adli bukan macam kita semua. Minta-minta lah keadaan pulih selepas Adli balik nanti,” kata Khalida. Memang perangai Adli berbeza sangat dari kami adik beradik. Kami nie cepat naik angin, cepat marah. Adli pula penyabar.

“Insha ALLAH. Kejap nanti aku dan Ezzat sampai!” kata Emma.

“Kau beritahu Ayien dan Shima, suruh Ayien jemput nenek. Nanti aku beritahu Ariff dan Apul!”

“Beres, buk!” jawab Emma.

Alhamdulillah, nampak budak handsome tu sedang berjalan datang ke arah mereka berdua, hati Khalida kelegaan.

“Abang, mintak maaf sebab salah sangka kat Adli,” ucap Ilham sebaik saja Adli berjabat tangan dengannnya.

“Tak ada apa bang. Perkara biasa tu. Kalau saya di tempat abang, tengok orang nak buat benda tak senonoh kat akak saya, saya pun mengamuk juga,” kata Adli sambil memeluk Ilham. Khalida tersenyum saja.

“Kenapa Adli tak cakap hal sebenar?” soal Ilham sebaik saja mereka berjalan menuju ke kereta.

“Ini soal maruah keluarga kita dan soal harga diri Ana, bang. Saya anggap Ana, macam akak saya sendiri, jadi saya kena jaga maruah akak saya,” luhur kata-kata itu. Juhana tua setahun dari Adli. Tersentuh hati Ilham mendengarnya.

“Jom, jangan asyik berbual, mak tentu tak sabar nak jumpa dengan kau,” gesa Khalida.

Emma dan Ezzat dah ada pun di dalam bilik mak. Begitu juga dengan Ariff dan isterinya. Jasnita bersama suami dan anak. Juhana dan papa. Malah nenek pun ada. Semua datang untuk melawat mak.

Adli cium tangan mak dan baru lah memeluk mak dengan erat. Mak menitiskan air matanya. Tidak sangka sama sekali, anak bongsunya ini difitnah oleh anak tirinya sendiri.

“Lee merajuk ke dengan mak?” soal Puan Naimah masih memegang kedua belah tangan anak bongsunya.

“ Tak lah!” nafi Adli.

“Habis kenapa pergi Dubai, jauh tu!” balas mak.

“Dapat kerja bagus mak kat sana. Gaji pun okey. Saya nak mak bangga dengan saya, sebab tu saya pergi. Bukan senang nak dapat kerja yang baik dan bagus macam tu mak,” pujuk Adli. Tersentuh hati Datuk Razali mendengarnya. Datuk Razali datang ke arah adli dan Puan Naimah. Dipegangnya bahu Adli.

“papa mintak maaf sebab halau Adli, marahkan adli..,” kata Datuk Razali. Rasa terlalu menyesal kerana bertindak terburu-buru.

“Ini namanya kita satu keluarga, papa. Nenek saya kata, bumi mana yang tak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora. Buat salah ini adalah perkara biasa dalam hidup, yang penting kita saling bermaafan. Saya dah lama maafkan papa, maafkan abang am dan kak ana,” ucap Adli. Datuk Razali memeluk erat bahu Adli.

Syukur lah semuanya dah selesai. Biarkan papa memujuk hati mak. Dan tinggalkan Adli bersama Juhana. Mungkin ada perkara yang mereka berdua ingin bualkan.

Kami berempat keluar makan di kantin hospital saja.

“Dah berapa bulan kau ni?” soal Emma. Anaknya ada bersama Ilham.

“nak masuk enam, kenapa?” jawab Khalida sambil menyuap mee udang ke dalam mulutnya.

“Besar perut kut, kembar kut!” kata Emma.

“Tak. Aku makan kuat. Asyik nak makan saja!” kata Khalida.

“Tengah malam pun ajak aku keluar makan lagi,” kata Ilham.

“Susah nak kurus selepas bersalin nanti,” gurau Emma.

“Itu lah, tapi nak buat macam mana, baby aku nak makan,” kata Khalida.

Adli datang ke arah mereka. Terus duduk di sebelah Khalida.

“Nak minta tolong sangat, sebab tak dapat gaji lagi!” kata Adli sambil menyuruh Khalida menyuap mee udang yang Khalida makan ke dalam mulutnya.

“apanya?”

“Lusa nak kena balik Dubai. Saya mana ada cuti lagi. Jadi, abang am tolong belikan tiket kapal terbang!” beritahu Adli. Ilham tersenyum saja. Perkara mudah saja tu.

“Dah nak balik?” soal Ezzat. Adli mengangguk.

“Lagi satu nak mintak tolong akak-akak, abang-abang kat sini pergi melamar buah hati saya kat Kedah yer. Tahun baru nie saya balik nikah!” beritahu Adli. Mereka berempat sedikit terkejut.

“Cepatnya!” kata Khalida.

“Siapa Lee?” tanya Emma. Adli mengeluarkan sekeping gambar lalu diberikan kepada Kak Emmanya.

“Tak tahan dah nie kena goda tiap hari. Lagi pun ada juga peneman saya di

Sana nanti, “ jelas Adli sambil tersenyum.

Gadis cantik bertudung pilihan Adli. Siapa nama dia yer?

“Lusa nak kena balik Dubai. Saya mana ada cuti lagi. Jadi, abang am tolong belikan tiket kapal terbang!” beritahu Adli. Ilham tersenyum saja. Perkara mudah saja tu.

Previous: BAB 61
Next: BAB 63

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.