TUAN
PUTERI LABUCI MENGIRAI
NEK
ROS rasa kakinya lenguh. Dia mengambil botol minyak panas dan menyapu ke kaki
dan betis. Kemudian dia menyarungkan stokin untuk mengelakkan kesejukan dek
angin kipas.
“Sakit
kaki?” tanya Atuk Jay ketika dia menolak daun pintu.
“Lenguh
sikit je. Dah lama tak berjalan-jalan. Dah lama pula tak bersama Cik Minah.
Pedal clutchnya dah keras. Jalan Datuk Sulaiman sesak tadi. Tu yang naik
lenguh kaki saya ni,” jawab Nek Ros.
“Sampai
ke sana awak berdua merayap? Buat apa di sana?”
“Tengok
wayang. Main boling.” Nek Ros menjawap tanpa menoleh.
“Ros?
Biar betul ni!” Atuk Jay separuh menjerit.
“Kenapa,
tak percaya?”
“Percaya,
tapi...” Atuk Jay mula ketawa. Wajah isterinya direnung dengan curiga.
Nek
Ros ikut ketawa. Dia sendiri rasa kelakar ketika membayangkan dia masuk
panggung wayang bersama Pati Lakhsmi. Kemudian membayangkan pula mereka ke gelanggang
bowling di Holiday Plaza.
“Saya
ingat memang nak ajak Lakhsmi tengok wayang. Dah lama tak masuk panggung. Tapi
dia tak nak. Dia kata nanti roh Murthy ketawakan dia. Seumur hidup dia tak
pernah masuk panggung. Apa yang ada dalam panggung tu, dia langsung tak tahu.”
“Cerita
apa awak nak tengok?”
“Hantu
Dalam Botol.”
Ketawa
Atuk Jay semakin berdekah.
“Kenapa
abang ketawa?”
“Kalau
ia pun, tengoklah cerita hindustan ke, tamil ke. Ini, cerita hantu kelakar tu
yang awak nak ajak dia tengok.”
“Habis,
dah itu cerita yang sedang ditayangkan.”
“Lepas
tu?” tanya Atuk Jay semakin teruja untuk tahu aktiviti Nek Ros bersama Pati
Lakhsmi sepanjang hari itu.
“Lepas
tu, saya ajak dia main bowling. Mengekek-ngekek dia ketawa.”
“Kenapa
pula?”
“Dia
teringat masa pertama kali Murthy bawa dia ke sana. Dia menghayun bola bowling
sekuat tenaga hingga tubuhnya ikut bergolek macam bola bowling.”
Atuk
Jay ketawa lagi. Nek Ros juga.
“Awak
tak bawa dia pergi farmasi?”
“Dah.
Saya dah belikan dia semua vitamin yang abang suruh. Pil untuk kaki dan
lututnya. Juga susu dan biskut. Cukup stok untuk sebulan. Dia menangis.”
“Hah?
Kali ni kenapa pula?”
“Sebab
dia terharu dengan kasih sayang kita. Dia kata, keluarga sendiri pun tak layan
dia macam tu. Dia kata... dia kata...” Nek Ros menguap beberapa kali. Matanya
semakin memberat.
“Saya
dah mengantuklah bang. Abang tak nak tidur?” tanya Nek Ros tanpa menghabiskan
kata-katanya.
“Tidurlah
dulu. Abang nak habiskan membaca kitab yang Darwis beli tu. Tapi sebelum,
habiskan cerita. Lakhsmi kata apa?” Atuk Jay merenung wajah Nek Ros yang
semakin kuyu.
“Dia
kata, kalau diberi peluang dia nak jadi madu saya!” jawab Nek Ros sambil ketawa
mengekek. Hilang rasa mengantuknya.
Atuk
Jay terus mendekati Nek Ros. Dia menggeletak pinggang Nek Ros. Ketawa Nek Ros
bergegar kuat. Dia kegelian.
“Nak
menyakat abang ya!” Atuk Jay terus menggeletek. Nek Ros terus ketawa. Suasana
di bilik itu riuh rendah.
Pintu
bilik diketuk. Ketawa mereka terhenti. Nek Ros menutup mulutnya.
“Siapa?
Masuklah,” kata Atuk Jay.
Di
muka pintu, tersembul wajah Ainun Najwa dengan senyum malu-malu. Di tangannya
ada sebuah buku cerita.
“Najwa,
ada apa?” tanya Nek Ros sambil menghulurkan tangan kepada Najwa.
“Atuk
dan nenek bising sangat. Susah Najwa nak baca buku,” kata Ainun Najwa.
Atuk
Jay dan Nek Ros berpandangan. Mereka menahan ketawa.
“Atuk
tu kacau nenek,” kata Nek Ros, separuh merengek.
“Nenek
tu, suruh atuk kahwin dengan pati.” Atuk Jay pula membalasnya dengan rengekan
juga.
“Hah?
Atuk nak kahwin dengan pati?” Mata Ainun Najwa terbeliak.
“Najwa
suka ke?” Nek Ros menduga.
Ainun
Najwa diam terkebil-kebil.
“Nanti
Najwa tanya mama dulu.”
“Kenapa
nak tanya mama pulak?”
“Kalau
mama suka, Najwa sukalah. Tapi... Najwa tak sukalah. Nanti atuk tak sayang
Najwa lagi. Nanti atuk tak bawa Najwa naik motor atuk lagi,” jawab Ainun Najwa,
perlahan.
“Kenapa
Najwa fikir macam tu?” Atuk Jay pula cuba menduga.
“Sebab
atuk dah sayang pati dan nenek.” Wajah Ainun Najwa mula masam. Dengan cepat Nek
Ros menariknya ke dalam pelukan.
“Ni,
Najwa dah habis baca buku cerita ni?” tanya Nek Ros cuba mengubah suasana.
“Najwa
nak nenek bacakan untuk Najwa,” jawab Ainun Najwa sambil menghulurkan buku
cerita yang bertajuk Tuan Puteri Manik Mengurai.
“Najwa,
suruh atuk baca boleh? Nenek ni mengantuk sangat. Atau Najwa minta mama yang
bacakan,” kata Nek Ros sambil menguap.
“Mama
tengah buat kerja kat dapur dengan mak ngah. Atuk... ” rengek Ainun Najwa dengan manja.
“Najwa
kan dah boleh baca sendiri. Kenapa tak baca?” tanya Atuk Jay mengerdipkan mata.
“Najwa
baca tak sedap. Nenek baca sedap,” jawab Ainun Najwa dengan senyum keletahnya.
“Tapi
malam ni, nenek penat. Tengok ni, mata nenek dah nak tertutup. Najwa tak
kasihankan nenek?” tanya Nek Ros pula.
“Atuk?”
Gadis tujuh tahun itu beralih arah.
“Atuk
tak biasa baca buku budak perempuan. Atuk selalu baca buku budak lelaki,” jawab
Atuk Jay, cuba mengelak.
“Tak
apalah kalau atuk dan nenek tak nak baca. Najwa nak suruh Kak Hanalah,” kata
Ainun Najwa sambil bangun.
“Jangan!
Nanti Kak Hana marah Najwa lagi. Dia kan sedang baca buku dia sendiri. Tak mahu
ganggu. Mari!” Nek Ros menarik tangan Ainun Najwa untuk berbaring di
sebelahnya.
Lalu
dia mula membaca muka surat satu. Ainun Najwa mendengar dengan kusyuk dan leka.
Kisah seorang puteri raja yang bernama Puteri Manik Mengurai yang sangat cantik dan pandai menyanyi. Setiap
hari dia menyanyi di taman bersama dayang-dayangnya. Nyanyiannya itu telah
didengari oleh seorang putera raja yang kebetulan lalu di situ. Putera raja
yang bernama Putera Jingga Perkasa akhirnya melamar Tuan Puteri Manik Mengurai.
“Putera
raja itu mesti kacak macam atuk kan Najwa?” sampuk Atuk Jay dengan ketawa
perlahan.
Ainun
Najwa menyengih.
“Kacak
ke?” tanya Nek Ros dengan nada perli sambil menjeling manja.
“Eh,
kalau tak kacak takkan Tuan Puteri Labuci Mengirai tertawan,” balas Atuk Jay,
selamba.
“Puteri Labuci Mengirai? Siapa atuk?” Mata Ainun
Najwa penuh tandatanya. Ketawa Nek Ros dan Atuk Jay berganding mesra. Kemudian Nek
Ros terus menyambung bacaannya hingga tamat dan membiarkan soalan cucunya tidak
berjawab.
“Nah,
dah tamat. Tuan puteri dah kahwin dengan Putera Jingga Perkasa. Sekarang, Najwa
pergi tidur. Nenek pun nak tidur. Esok, bangun pagi-pagi ikut atuk dan nenek
pergi jogging.” Nek Ros
menyerahkan balik buku cerita yang sudah dibacanya.
“Najwa
tidur dengan nenek, boleh?” tanya Ainun Najwa ketika tangannya menerima buku
dari tangan neneknya.
“Eh,
mana boleh! Najwa dah besar.” Dengan cepat Nek Ros menjawab.
“Hari
tu kenapa boleh?”
“Hari
tu sebab atuk tak ada. Atuk merajuk. Sekarang atuk dah ada, Najwa tak boleh
tidur dengan nenek lagi,” jawab Atuk Jay pula.
Ainun
Najwa menarik muka masam. Dia bersalam dan mencium pipi Nek Ros. Kemudian dia
mendekati Atuk Jay pula. Tangan Atuk Jay disalami sebelum mencium kedua-dua
pipinya.
“Atuk,
boleh tak kalau atuk merajuk sekali lagi?”
“Kenapa
nak atuk merajuk ni?”
“Kalau
atuk merajuk, Najwa dapat tidur dengan nenek,” kata Ainun Najwa, selamba. Atuk
Jay bangun dan olok-olok cuba memukulnya.
Ainun Najwa lari lintang pukang keluar dari bilik itu. Sekali lagi
ketawa mereka pecah berderai melihat telatah Ainun Najwa.
“Awak,
kita tak nak dia merajuk lagi. Cukuplah sekali tu ya!”
“Awak,
kita sayang awak. Mana boleh kita merajuk dan tinggalkan awak lagi. Kita tak
boleh hidup tanpa Tuan Puteri Labuci Mengirai ni...” Atuk Jay mencubit pipi Nek
Ros. Nek Ros tersipu malu. Jiwanya terasa muda semula.