PUTU
MAYAM MUTHU
Pati
Lakshmi semakin galak ketawa. Kata-kata Nek Ros dirasakan amat lucu dan
menggeletek hatinya.
“Saya
bersalah kerana syak yang bukan-bukan pada dia.” Suara Pati Lakhsmi tiba-tiba
bertukar nada. Keceriaan yang baru nak dirasa, terselubung mendung.
“Dahlah.
Dia memang lelaki yang baik. Dia memang tak pernah berpaling kepada wanita lain
selain awak. Dia sahabat yang baik kepada kami sekeluarga. Jay memang sangat
sayangkan Murthy. Awak tengok beberapa bulan dia tak mampu nak sebut nama Murthy
dengan baik tanpa air mata,” kata Nek Ros sambil menepuk bahu Pati Lakhsmi.
Pati
Lakhsmi mengeluh perlahan. Dia cuba tabahkan hati. Suaminya Murthy sudah lama
pergi.
“Kita
nak ke mana dulu?” tanya Nek Ros cuba mengalihkan topik.
“Saya
belum bersarapan. Kita sarapan dulu. Awak dah sarapan?”
“Dah.
Nurlisa masa nasi lemak. Tapi, tak salah untuk saya makan sekali lagi demi awak.
Awak nak makan apa?” Nek Ros terus memandu.
“Putu
mayam.”
“Putu
mayam Muthu?”
“Ya.
Saya rindukan putu mayamnya yang lembut. Lama saya tak makan. Sejak Murthy tak
ada, saya tak pernah ke sana lagi,” jawab Pati Lakhsmi dengan suara perlahan.
Dia seperti menahan sebak.
“Baik.
Baik. Jangan sedih. Saya akan bawa awak ke sana. Cik Minah akan setia dengan
kita. Muthu pun tentu rindukan awak. Saya sukakan karinya. Saya nak makan
banyak-banyak!” kata Nek Ros, cuba menutup pintu sedih yang mula terbuka di
hati Pati Lakhsmi.
Perjalanan
ke Restoren Muthu di tengah-tengah bandar memakan masa hanya 10 minit kerana
jalan raya tidak sesak. Pelanggan di restoren itu memang sentiasa penuh. Mereka
masuk dan duduk dengan selesa. Kemudian seorang pelayan datang mengambil
pesanan.
“Sepuluh
keping putu mayam, sepuluh keping idli. Kopi O panas, dua.” Nek Ros membuat
pesanan tanpa bertanya kepada Pati Lakhsmi.
Pelayan
itu angguk dan berlalu.
“Ros!
Awak nak buat kenduri ke?” tanya Pati Lakhsmi separuh menjerit. Dia tidak
menyangka kalau Nek Ros akan memesan sebanyak itu. Wajahnya nampak gusar.
“Pati,
kata nak makan. Kita makanlah kenyang-kenyang. Awak juga kata dah lama tak
makan putu mayam kan?” Nek Ros kerdipkan mata, mesra.
“Yalah,
memang saya dah lama tak makan. Tapi kalau sampai sepuluh keping, tak larat
saya. Lepas tu awak order idli lagi!” balas Pati Lakhsmi dengan mata
yang dijengilkan.
Nek
Ros ketawa.
“Putu
mayam dan idli tu bukannya tebal sangat. Tak apalah, kita makan saja. Kalau tak
habis, kita bungkus bawa balik. Jay pun suka makan idli ni. Kalau ada tosai,
lagi dia suka.”
Pati
Lakshmi terpaksa mengalah. Dia diam menunggu.
“Ayoyo!
Saya lupalah Ros.” Tiba-tiba Pati Lakhsmi menepuk dahi.
“Apa
dia?”
“Hari
tu, Jay ada datang rumah saya dan minta saya masakkan tosai dan idli untuk dia.
Dia kata dia rindukan tosai dan kari saya.”
Nek
Ros tersenyum.
“Apa
kata kita beli tosai dan idli dan bawa balik untuk dia. Jadi awak tak payah nak
susah-susah. Awak tu pun bukannya kuat sangat,” kata Nek Ros.
“Ish!
Janganlah. Jay nak makan yang saya buat. Kalau nak beli, dia tak minta dengan
saya. Tak apa. Nanti hari ni kita beli kacang. Nanti saya buat,” tingkah Pati
Lakhsmi pula.
Tidak
lama, makanan yang dipesan sampai.
“Wah!
Sedapnya bau,” kata Nek Ros menghidu bau kari dan bau putu mayam yang masih
panas itu.
“Awak
tak nak kelapa dan gula merah untuk dicicah dengan putu mayam ni?
tanya Pati Lakhsmi.
“Tak.
Saya suka makan dengan kari. Kalau awak nak, mintalah.”
Nek
Ros mula menyuap dengan bismilah. Pati Lakhsmi ikut menyuap.
“Hello
aci! Lama tak nampak? Mana aci pergi?” tegur seorang lelaki India yang berdiri
di hadapan meja mereka. Mereka berdua mengangkat muka. Lelaki itu sebaya Atuk
Jay.
Pati
Lakhsmi menjawab dalam Bahasa Tamil. Namun, Nek Ros faham maksud perbualannya.
Dari muda bercampur dengan keluarga Murthy, membuatkan dia faham sedikit
sebanyak bahasa perbualan mereka.
“Aya,
saya ada. Cuma susah nak keluar. Tak ada orang nak bawa.”
“Anak-anak
ada kan?”
“Mereka
semua kerja. Ada urusan masing-masing. Saya tak nak kacau mereka,” jawab Pati
Lakhsmi.
Lelaki
itu senyum dan berlalu meninggalkan meja mereka.
“Siapa
tu?” tanya Nek Ros sambil mengunyah putu mayam dengan penuh selera.
“Itulah
Muthu.”
“Muthu
mana?”
“Muthu,
taukeh putu mayam ni. Awak tak kenal dia?”
Geleng.
“Dah
makan putu mayam dia sejak dulu, tapi awak tak kenal siapa yang buat putu mayam
ni,” kata Pati Lakhsmi. Senyuman
menguntum di bibir.
“Jadi
dia taukeh restoren ni?”
Angguk.
“Handsome macam Sivaji. Nasib baik saya dah ada Atuk
Jay. Kalau tidak, tergoda saya!”
“Kalau
awak tergoda dengan dia, hari-hari awak boleh makan putu mayam.”
Ketawa
mereka pecah berderai. Suasana sangat santai dan ceria.
Melihat
Nek Ros makan dengan penuh berselera, Pati Lakhsmi ikut berselera. Mereka makan
putu mayam lima keping seorang. Kemudian mereka makan idli, juga lima keping
seorang.
“Alhamdulillah,
kenyang betul.”
“Awak
nak lagi? Saya boleh pesan lagi,” kata Pati Lakhsmi sambil menyengih.
“Kalau
Muthu tu yang datang temankan saya makan, mungkin boleh masuk lima keping lagi
ni!” gurau Nek Ros.
“Hoi!
Gatal juga awak ya! Kalau Jay tahu, habislah awak!”
Mereka
mengekek lagi.
“Ada
orang sebut nama saya ke?” Satu suara menegur. Ketika mereka mendongak, mata
mereka bertembung dengan mata Muthu yang berdiri tersengih-sengih.
Nek
Ros dan Pati Lakhsmi berpandangan. Kemudian, mereka ketawa.
“Muthu,
Ros ni peminat awak. Dia suka sangat dengan putu mayam awak ni,” kata Pati
Lakhsmi.
Wajah
Nek Ros kemerahan. Tiba-tiba dia rasa sangat malu.
“Terima
kasih akak kerana suka dengan putu mayam saya,” balas Muthu sambil tunduk
hormat.
“Memang
saya sangat suka. Dulu masa mendiang Murthy ada, kami selalu bersarapan di sini.
Sejak dia tak ada, saya pun dah jarang datang.”
“Jadi
akak memang dah selalu datang makan di sini?”
“Dulu
sebulan sekali mesti datang. Saya dah gila habis dengan putu mayam dan kari
ni.”
“Macam
mana saya tak cam wajah akak ya. Hanya wajah aci ni yang saya ingat,” kata
Muthu.
“Pelanggan
awak ramai. Mana awak nak ingat semua. Lagipun, saya ni dari kapal yang lain.
Bukan saudara sekapal dengan awak,” balas Nek Ros.
Muthu
ketawa mendengar kata-kata Nek Ros itu.
“Tambah
lagilah. Kali ini saya belanja,” kata Muthu selepas ketawanya usai.
“Ish!
Cukuplah. Lain kali awak belanja ya,” balas Nek Ros pula.
Muthu
berlalu pergi. Ketawa mereka bersambung.
“Agaknya
dia pun berkenan dengan awak tak?” Pati Lakhsmi berkata separuh berbisik.
“Saya
berkenankan putu mayamnya, bukan Muthunya!” jawab Nek Ros dengan ketawa yang
semakin segar.