Home Novel Komedi/Romantik Komedi MY LOVELY TENGKU
MY LOVELY TENGKU
pitteriah abdullah
5/3/2014 11:02:50
1,133,171
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 3

Dia ni lah tergamaknya dia cakap macam tu kat aku??? Orang tengah sedih, dia boleh cakap sembarangan di hadapan mama dan papa. Aku tak boleh nak menangis di hadapan dia, apa tah lagi di hadapan mama dan papa. Biar pun aku sedih teramat sangat. Apa aku buat nih? Mintak cerai dari Akmal selepas Akmal menghina aku?. Dah tak sabar ke? Tapi Akmal tu sah-sah hina aku, sah-sah tak suka aku sebab aku dah jadi anak haram.

“Biar betul nie kak long?” soal Syazana yang turut berada bersama kami.

“Betul apa pula ni?” nada suara aku pun dah tahu lah, aku sedih sangat waktu ini.

“Zana, kak long nak menangis lah, jom lah kita keluar dari sini. Biarkan dia tenangkan fikiran dia dulu!” sampuk Tengku Izraf Akif. Mata Zara Irdina sudah mula merah. Terpancar cahaya kesedihan.

“Kau cakap macam tu, lagi lah aku sedih!” Memang lah, dah sarat air mata dalam dada nih.

Mama dan papa yang keluar dulu apabila Tengku Izraf Akif memberi isyarat matanya agar mereka meninggalkan Zara Irdina sendirian. Syazana dan Tengku Izraf Akif mengekori dari belakang.

Taufan apa yang melanda ni? Cepat sangat. Umpama kilat orang tua-tua cakap. Aku telah biarkan Tengku Akif manipulasikan keadaan sebab nak biarkan Akmal tengok drama kami tadi. Itu saja jalan untuk kami bercerai. Serta merta aku tak suka Akmal, sebab dia dah menghina aku dan ibu kandung aku. Nanti tak pasal-pasal sampai anak pinak pun Akmal asyik mengungkit perkara yang sama. Lagi lah haru.

Menangis sampai tertidur, tapi belum sempat bermimpi kerana suara riuh di ruang tamu menganggu lenanya. Apa dah jadi nih? Terdengar suara seorang perempuan sedang menjerit dan menangis, histeria lebih dari aku nie apa kes.

Dia turun kelihatan Tengku Azlin dan seluruh keluarganya. Tengku Izraf Akif dan bonda Tengku Cempaka turut berada di situ.

“Kerana perempuan kotor ini lah, Akif tinggalkan saya bonda, mesti perempuan nie ada buat sesuatu pada Akif...” serang Tengku Azlin membuatkan Zara Irdina terus memandang wajah Tengku Izraf Akif.

“Salah faham saja nie..,” ujar Zara Irdina.

“Akif cakap kau mengandung anak dia, dia nak bertanggungjawab. Kalau macam nie lah kau gunakan cara untuk mendapatkan Akif, aku pun boleh buat lah, Zara!” tambah Tengku Azlin lagi membuatkan hati Zara Irdina seperti disimbah cuka saja. Apa lagi lah yang Tengku Akif nak sebenarnya? Buat cerita buruk sampai macam ini sekali.

“Dia tipu kau pun kau percaya ke? Cinta apa namanya kalau ada perasaan curiga. Akif nie mana berani lah nak buat macam tu kat aku?” pertahankan Zara Irdina. Kena pertahankan Tengku Akif dulu, sebab dia dari golongan bangsawan dan orang yang baik-baik. Bukan seperti aku.

“Aku tak percaya..,” tekan Tengku Azlin.

“Aku ambil sungguh baru kau tahu. Sudah lah tu, pergilah selesai masalah kau orang baik-baik, aku tak nak masuk campur lah!” pinta Zara Irdina.

“Azlin, jodoh kita dah tak ada lah. Aku tak boleh tinggalkan Irdina dan anak aku kerana cinta kau. Maaf sangat-sangat!” jelas Tengku Akif. Bersungguh! Mata Zara Irdina menculang melihat sikap Tengku Akif.

“Jangan percaya dia lah!” pertahankan Zara Irdina.

“Sikit lagi perut tu dan bonyot ke depan, tak boleh lagi nak simpan rahsia lah, Dina!” ucap Tengku Izraf Akif membuatkan Tengku Azlin dan keluarganya semakin terkejut.

“Lelaki seperti ini tak layak jadi suami Lin, lah!” balas Tengku Badariah. Bengang bercampur dengan sakit hati.

“Betul tu, bonda. Saya tak layak untuk puteri bonda!” yakin Tengku Izraf Akif. Aku nak kahwin dengan Zara Irdina. Bukan dengan perempuan lain lagi. Zara Irdina memang diciptakan untukku.

“Jom lah kita balik, ramai lagi lah yang layak jadi menantu papa,” ajak Tengku Adnan sambil menarik tangan puteri dan isterinya.

“Yang mana satu betul nih, Akif, Dina?” persoal Tengku Cempaka.

“Dia merapu saja lah!” balas Zara Irdina sambil berlalu pergi. Tengku Akif hanya tersenyum tanda dia berjaya untuk menyakinkan Tengku Azlin, bahawa dia ada hubungan sulit dengan Zara Irdina.

Aku tak pernah ada hati pun kat Tengku Azlin. Apabila Zara Irdina memilih Akmal untuk dijadikan suami, aku sengaja memilih Tengku Azlin untuk menjadi tunangku. Apabila takdir tidak menyebelahi Akmal, jawapannya Zara Irdina adalah hak aku. Jadi buat apa lah diteruskan pertunangan dengan Tengku Azlin lagi sedangkan dalam hati ku sejak dari aku kecil lagi, memang sudah tertulis nama Zara Irdina.

Selepas menunaikan solat isyak, Zara irdina mengemaskan beg pakaiannya. Dia akan pergi dari sini buat sementara waktu. Itu saja jalan yang terbaik dalam hidupnya. Dia perlu kumpulkan kekuatan dirinya untuk menghadapi segala ujian kehidupan.

Sekarang ini banyak perkara yang berlaku.

1. Baru jadi janda.

2. Akif tu tengah buat onar yang bukan-bukan (jadi kena larikan diri dari Akif terlebih dahulu)

3. Perlukakan kekuatan diri dan mencari ketenangan apabila sudah kuat barulah pulang semula ke sini.

Angin dari jendela menyapa rambutnya. Hairan, bukankah jendela itu sudah tertutup kemas. Dia menuju ke sana, dan terkejut melihat tubuh sasa itu sudah berdiri di hadapannya.

“Weiii...,” pertama kali anak raja ini buat perangai yang tidak disangka-sangkakan. Rumah aku dan istana hanya terpisah dengan pagar saja tetapi ada pohon yang rendang yang menghubung antara rumah aku dan istana indah di sebelah sana. Kalau panjat pokok tu memang boleh sampai ke jendela rumah aku. Dan mesti anak raja ini buat macam ni malam ini.

“Beri aku masuk, kalau tidak satu istana tahu aku datang ke sini!” bisik Tengku Akif.

“kau nak buat apa nih?” kata Zara Irdina sambil menarik zip beg pakaiannya.

“Kau nak pergi mana? Nak lari? Jangan buat kerja bodoh lah. Kalau kau lari sampai ke hujung dunia pun masalah kau tak akan selesai,” Marah Tengku Akif apabila melihat beg pakaian Zara Irdina di atas katil.

“Oo, kau buat kerja bodoh tak apa lah pulak. Aku nie janda lah, yang kau buat cerita macam-macam pasal aku tu kenapa?” marah Zara Irdina kembali. Geram sangat!

“Padan muka Akmal!”

“Hah?”

“Tak payah buat terkejut macam tu, sepatutnya kau ucap terima kasih kat aku sebab dah tolong hasrat kau nak bercerai dengan Akmal tu..,”

“Tak nak dengar lagi nama jantan tu, sebab depan orang ramai saja tadi, kalau tidak memang aku nak tumbuk muka dia!” Ingat aku nie apa, yang nak tendang muka aku tadi.

“Ha ha ha..,” kes nie yang aku suka kau, Zara Irdina. Sebab kau nie jenis kasar dan suka melawan.

“Dah lah, aku nak cari ketenangan lah, aku rasa rimas sangat dengan semua masalah...,”

“Ketenangan tu ada dalam hati lah. Bukan cara begini cari ketenangan. Ingat ALLAH, istifarg banyak-banyak, zikir. Itu caranya orang cari ketenangan!” kata Tengku Akif.

Zara Irdina terduduk di atas katilnya, matanya merenung wajah Tengku Izraf Akif. Banyak kenangan antara kami, dia juga selalu ada ketika aku berduka sejak dari aku masih remaja lagi. Tapi aku tidak pernah menyimpan perasaan kepadannya kerana sedar akan kedudukan diri sendiri. Memang aku suka dia, tetapi tidak sebagai seorang kekasih.

“Akuuuu...,” kata-kata Zara Irdina terhenti di situ. Tuhan, berikan aku kekuatan untuk menghadapi dia, untuk menghadapi mama dan papa, untuk menghadapi Tengku Cempaka dan juga masyarakat sekeliling esok hari dan hari-hari mendatang doa Zara Irdina di dalam hati.

“Kita hadapi semua ini bersama-sama, janji kau tak lari dari aku!”

“Hah??”

“Aku luku kepala baru tau..,”

“Aku tak nak kahwin dengan kau..”

“Aku ajak ke kau kahwin dengan aku sekarang? Aku cakap kita hadapi semua nie bersama, ada aku sebut perkataan kahwin!” tapi aku akan buat sampai kau kahwin juga dengan aku lah. Itu janji aku dalam hati aku nih, Zara!

“Stress aku ada kawan macam kau..,”

“he he he..,”

“Along, bercakap dengan siapa tu?” soal Syazana di bilik sebelah. Dengar ke suara kami nih? Alamak pintu bilik tak tutup dengan rapat, patutlah boleh dengar suara kami berdua.

Tengku Akif menuju ke pintu dan terus menutup dan mengunci pintu bilik. Sekarang kami berdua terkurung di dalam bilik ini. Lagi lah gawat. Orang tahu macam mana?

“Kau balik, nanti tak pasal kena tangkap khalwat pula!”

“Aku akan balik, tapi selagi kau tak jadi isteri aku, aku akan datang ke sini mulai hari ini..,” ucapnya sambil berlalu keluar. Zara Irdina terus menutup pintu yang mengadap ke arah istana lalu dikuncinya dengan rapat.

“Dina, buat solat taubat, jangan lupa kita dah terlanjur tadi. Walaupun niat baik, tapi tetap berdosa!” pesan Tengku Akif.

Aku datang sebab nak sampaikan yang ini saja lah, Zara Irdina. Dan untuk lepaskan perasaan rindu aku dekat kau, yang aku puja sejak dari dulu lagi.

Selamat malam sayang, mimpi kan abang yer malam ni....

Kah.. kah.. kah...

Previous: BAB 2
Next: BAB 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.