Home Novel Komedi/Romantik Komedi MY LOVELY TENGKU
MY LOVELY TENGKU
pitteriah abdullah
5/3/2014 11:02:50
1,127,542
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 15

ANAK RAJA TENGKU CEMPAKA (BAB 15)

Cepatnya masa berlalu, sekarang sudah masuk minggu ketiga dia di Desaru. Ini bermakna sudah lima minggu aku jadi isteri anak raja sengal itu. Tinggal seminggu lagi tarikh perkahwinannya. Semuanya sudah diuruskan oleh Tengku izraf Akif. Dari segi pakaian, jemputan, hantaran dan segalanya, Tengku Cempaka dan Wan Aisyah yang menguruskannya. Papa, Wan Yusuff sudah merunggut menyuruhnya segera pulang. Begitu juga dengan adik beradiknya. Tengku Mawar juga menyuruhnya segera pulang kerana hari perkahwinannya sudah dekat.

Setiap malam dia mengadu cerita kepada suaminya. Apa berlaku terhadapnya, dia meluahkan kepada Tengku Akif. Dulu pun dia buat perkara yang sama kepada Tengku Akif, sekarang mesti lah dia mengadu keluh kesahnya kepada suaminya itu. Tengku Akif sudah lama rapat dengan hatinya. Itu pun masih mahu menjual mahal. Lagipun dia perlukakan kekuatan dari Tengku Akif ketika ini.

“Tak ada rezeki rasanya. Sharifah Madziah tu tak muncul pun sampai saat ini,” sepatutnya sharifah Madziah pulang minggu lepas dari bercuti tetapi sampai hari ini, masih tidak muncul di hadapannya. Mungkin Sharifah Madziah mahu mengelak dirinya.

“Rumah dia orang kat mana?”

“Depan tu saja. Dekat sangat dengan chalet nih!”

“Nanti balik lah tu..,”

“Nanti tu bila? Dah tiga minggu orang kat sini,”

“Ikut suka hati lah, balik pun elok jugak!”

“Esok atau lusa Dina balik!”

“Abang tunggu!”

Tetapi kita hanya merancangkan, bukan kita yang menentukan. Malam itu Sharifah Madziah pulang, dan pulangnya bersama dengan Sharifah Kamariah. Waktu itu dia sedang mengambil jus jambu batu kepunyaanya dan melihat mereka berdua dari jauh saja. Hatinya kala itu girang yang teramat sangat. Siapa sangka hari ini dia dapat berjumpa juga dengan orang yang mahu ditemuinya selama ini.

Syukur alhamdulillah. Wajah mak kandungnya itu ditatap dari jauh saja yang ketika itu sedang berjalan bersama dengan Sharifah Madziah. Dapat juga jumpa mak hari ini. Saat ini dikongsi terus dengan suaminya. Siap diambilnya gambar mak kandungnya itu lalu dihantar kepada Tengku Izraf Akif.

“Syukur alhamdulillah...,” ucap Tengku Izraf Akif turut merasa gembira. Rasa sedih, rasa gembira, rasa terkilan dan turut merasa sebak bila mengenangkan isterinya itu hanya menumpang kasih dengan keluarga angkat saja. Ibu angkat tak akan sama dengan ibu kandung sendiri. Aku tahu kerana aku mengalaminya semua itu.

“Amin.., doa Dina dah pun ALLAH makbulkan hari ini..,” gembira ini masih terbawa-bawa sampai ke rumah Wan Yusuf dan istana Tengku Cempaka.

“Amin...,” ucap Tengku Izraf Akif turut mengaminkannya.

Dia mahu mendekati Sharifah Madziah terlebih dahulu, selepas itu baru lah Sharifah Kamariah pula. Itu cadangannya. Itu juga yang diberitahu kepada Tengku Izraf Akif sekejap tadi. Selesai isyak dia mahu ke restoran saja, mana tahu boleh berjumpa dengan Sharifah Madziah malam ini.

“Boleh kita berbual..,” sapa Sharifah Madziah sebaik saja dia mahu duduk. Dia melihat wajah Sharifah Madziah yang tanpa senyuman itu. Terus Zara Irdina mengangguk. Tempat ini tentu tidak sesuai kan, jadi Sharifah Madziah memilih tempat yang lebih jauh dari orang ramai. Di bawah pohon Rhu, di tepi pantai. Di situ ada tempat duduk yang disediakan untuk yang mahu duduk di tepi pantai.

“Siapa nama anak ini?” soal Sharifah Madziah apabila sama-sama duduk di bangku.

“Saya Zara!” jawabnya perlahan-lahan.

“Apa yang hendak saya cakapkan ini adalah antara kita berdua saja. Saya harap Zara faham..,”kata Sharifah Madziah. Dia tahu ke aku nie siapa? Mungkin kah dia sudah dapat mengagak hubungan yang terjalin antara kami?

“Maksud Puan?”

“Tolong jauhi Sharifah Kamariah, lupakan dia dalam hidup Zara..,” ayat-ayat itu menghiris kalbu, merentap jantung dan hati Zara Irdina. Permintaan yang menghancurkan harapan dan impiannya. Lupakan ibu yang menglahirkan aku?

“Mana tahu saya ada ikatan dengan Sharifah Kamariah?”

“Wajah Zara seiras wajah Sharifah Kamariah dan kebetulan Sharifah Kamariah pernah ada anak luar nikah..,”tak sanggup nak sebut perkataan itu. Tahu rupanya kewujudan aku? Ingatkan tak tahu

“Apa salah saya, Puan...”

“Salahnya kalau Zara mendekati adik saya itu, semuanya akan hancur. Kami sekeluarga tidak mahu mengingati lagi kisah perit ini. Kisah yang membuatkan kehidupan keluarga kami musnah, Zara. Kami tutup rahsia ini sampai detik ini. Yqng tahu, hanya saya , mak ayah saya dan adik beradik kami yang terdekat saja. Suami Sharifah Kamariah tidak tahu, Sharifah Kamariah pernah mengandung dan menglahirkan anak haram, Zara. Kalau dia tahu, tentu dia tinggalkan Sharifah Kamariah...,” panjang dan lebar.

Shah, beri kekuatan kepada mama kerana saat ini mama terlalu lemah. Mama tak mampu berdiri lagi, bisik hati Zara Irdina. Hanya Shah, yang ada dekat mama sekarang.

Zara Irdina menahan air matanya, menahan sendu di dalam hati lalu mengumpul kekuatan.

“Saya hanya nak berjumpa dengan dia, sekali saja. Cukuplah sekali untuk seumur hidup saya...,” rayu Zara Irdina. Itu saja yang ada sekarang kan?

“Tentu Zara tak nak keluarga dia punah, kan? Saya pinta pergorbanan yang besar dari Zara, tolong pergi dari sini dan lupakan kewujudan Sharifah Kamariah, sebagai mana Sharifah Kamariah belajar melupakan Zara dalam hidupnya. Tolong pergi dari sini dan jangan datang lagi ke sini. Itu saja permintaan saya..,” suruh Sharifah Madziah dan terus bangun. Berjalan perlahan-lahan meninggalkan Zara Irdina. Aku saja yang tidak mampu bangun, apa tah lagi untuk berjalan pulang ketika ini.

Aku tahu aku ada lah anak yang tidak diingini oleh ibu kandungku, sebab itu dia tinggalkan aku kepada orang lain tetapi apakah menjadi satu kesalahan untuk aku berjumpa dengan dia biarpun hanya sekali saja. Hina sangat ke aku???

Abang, Tolong Dina! serunya dalam hati. Teringat mama dan teringat papa yang menghalangnya untuk datang ke sini. Tetapi dia yang berkeras sehingga sanggup melawan arahan papanya. Tentu hati papa terluka seperti mana hati aku malam ini. Kami sama-sama terluka. Ataupun kerana dosa aku yang bertengkar dengan papa dan bantah dengan kehendak papa sehingga aku menerima balasan seperti ini.

Abang, Dina perlukan abang lah! Serunya sekali lagi. ALLAH sampaikan seruan ini kepada suami ku. Detik kan hatinya. Aku pohon padaMU.

“Zara, okey ke?” setengah jam berlalu, Wan Yusuf yang menghubunginya.

“Papa..,” jeritnya sedikit gembira.

“Papa jemput Zara balik esok yer, nak!” pinta Wan Yusuf seolah tahu apa yang telah terjadi.

“Zara, boleh balik lah sendiri lah!” katanya. Seakan terdengar suara suaminya di belakang papa. Betul kah dia.

“Betul ni?”

“Betul lah!”jawabnya yakin.

“Papa sayangkan Zara mcm anak papa, papa tak pernah anggap Zara sebagai anak angkat papa. Balik lah, di sini, kami semua sayangkan Zara!” pujuk Wan Yusuf.

“Terima kasih, papa. Abang Akif ada tak papa?” soalnya.

“Ada kat sini, kenapa? Nak cakap dengan dia ke?”

“Boleh tak papa?”

“Boleh sangat!”

Telefon diberikan. Apabila suaminya meletakkan gagang telefon di telinga, dia sudah mahu menangis.

“Sayang, abang call balik kejap lagi!” kata Tengku Izraf Akif sambil mematikan telefon. Zara Irdina tersentak, kecil hati dengan sikap Tengku Izraf Akif kerana menganggap suaminya pentingkan diri sendiri.

Sepuluh saat berlalu, telefonnya berbunyi kembali.

“Hello..,” ucap Tengku Izraf Akif.

“Abang....” terus dia menangis kerana sudah tidak tahan menanggungnya.

“Dina...” panggil Tengku Izraf Akif. Aku mahu menangis sepuas hati ku di sisinya saat ini. Itu saja yang boleh meredakan kesedihanku saat ini.

Dua puluh minit dia menangis di telinga suaminya itu dan Tengku Akif hanya membiarkan semua tangisan itu bergema di hatinya.Sarat sangat rasanya.

“Berehat lah kat bilik, tenangkan fikiran..,”

“Dina nak balik esok..,”

“Berehat dulu.. usah fikir yang bukan-bukan..,” pujuk Tengku Izraf Akif.

Tengku Izraf Akif tidak bertanya kenapa dan mengapa isterinya begitu kerana dia sudah tahu, sesuatu yang besar telah menimpa hati isterinya. Kalau biasa-biasa saja, Zara Irdina tak mungkin akan menangis sampai begini sekali.

Previous: BAB 14
Next: BAB 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.