ANAK
RAJA TENGKU CEMPAKA (BAB 30)
Sebelum
tidur dia berfikir juga kata-kata suaminya. Bila terfikir ini adalah anak
sulong Tengku Izraf Akif, dan ini adalah harapan Tengku Izraf Akif, rasanya
memang perlu dia berada di sisi suaminya ketika bersalin nanti. Bukannya mengikut keinginan hati untuk
bersalin di rumah mama. Antara mama, bonda dan suami yang penting tentu lah
suami. Bukan kerana dosa atau pahala, tetapi kerana ini adalah anak pertama
antara kami berdua.
Patutlah
kena marah selalu dengan Tengku Izraf Akif. Aduhai, aku kan dari tak jadi isteri
dia, suka lawan cakap dia. Dan perangai itu terbawa-bawa sampai sekarang.
“Jom,
kita pergi bersenam, asyik tengok tv saja pagi-pagi macam ni,” kata Tengku
Izraf Akif sambil menarik tangan isterinya.
“Nak ke
mana?”
“Bersenam
lah, mudah nanti nak bersalin!”
“Tak
pergi ladang?”
“Awal
lagi lah!” baru pukul 6.30 pagi.
Selalunya pergi pukul 7.30 pagi.
Lagi sejam lah tu. Dia hari ini ada majlis cukur jambul cucu Alang Timah
pukul 9.30 pagi. Banyak acara yang dia pergi dalam kampung ini, dia tidak
meminta kebenaran dari Tengku Izraf Akif. Dan suaminya itu membenarkan dia
pergi kecuali lah keluar dari kampung ini, barulah kena minta kebenaran.
Mereka
berjalan di gigian pantai. Membiarkan pasir dan air laut bermanja dengan mereka
berdua. Tengku Izraf Akif merangkul pinggang isterinya sambil berjalan.
“mama
kata kita berbual macam pasangan kekasih, tak macam suami isteri..,”
“He he
he...,”
“Nak
kena belajar panggil abang selalu tak boleh ber aku dan kau lagi,”
“Tak
payah lah ikut orang, kita bahagia dengan cara kita sendiri,”
“Cuba
abang panggil sayang dekat dina, macam suami isteri yang lain,” tegur Zara Irdina. Kan orang suka panggil
sayang lah, yang lah, darling, manja lah kat pasangan masing-masing, apa
salahnya panggil aku macam tu.
“Geli
tengkuk panggil macam tu,” ujar Tengku Izraf Akif turut tersenyum. Kalau dia panggil macam tu, aku rasa aku
bermimpi lah kut.
Zara
Irdina merungkaikan tangan suaminya yang berada di pinggangnya, dia berdiri di
hadapan Tengku Izraf Akif dan memegang kedua belah tangan suaminya.
“Nak
tanya boleh?”
“Sebelum
nak tanya tu, apa keputusan semalam? Nak pergi bersalin di rumah mama dan bonda
juga ke? Kalau Dina nak pergi, abang tak akan menghalangnya,” Bonda minta
begitu, Mama pun mahu begitu, selepas dua bulan Shah lahir barulah aku boleh
tengok Shah.
“Biarlah
Shah lahir ketika papanya ada di sisi,” jawab Zara Irdina. Terpaksa
menghampakan perasaan mama dan bonda demi untuk menjaga hati suaminya sendiri.
“Kenapa
pulak? Tinggal dengan mama dan bonda boleh juga dia orang jagakan Dina nanti,”
“Abang
pula?”
“Isteri
di rumah tak ada, lepak lah kut!” jawab Tengku Izraf Akif. Aku isteri dia,
mesti lah berada di sisi dia.
“He he
he..,”
“Nak
tanya apa tadi?” soal Tengku Izraf Akif. Mengambil kasutnya lalu diletakkan di
atas pasir. Ditariknya tangan Zara Irdina duduk di atas kasutnya. Dia pula
duduk di atas pasir saja. Ditariknya Zara Irdina tidur di atas bahunya.
“Abang
bahagia tinggal di sini?” soal Zara Irdina. Di sini kampung, di sini tak ada
kemodenan. Masyarakat di sini, mencari hasil pendapatan dengan kerja-kerja
kampung saja. Buat bendang, menoreh getah. Kerja di ladang nenas, kerja di
ladang kambing kepunyaan suaminya dan bercucuk tanam. Ada apa di sini? Cara
hidup mereka berbeza dengan cara hidup aku dan dia dulu.
“Kenapa
tanya macam tu? Dina tak suka tinggal di sini?”
“Suka,
suka sangat, sebab orang di sini baik-baik dan mereka menghormati Dina,
sayangkan Dina dan anggap Dina macam ahli keluarga mereka sendiri,” jawabnya jujur.
“Habis,
kenapa tanya soalan macam tu?”
“Abang
tinggal kan dunia abang, di sini tak ada ragbi, tak ada tenis, sukan kesukaan
abang tu. Abang tinggalkan dunia indah abang dan menetap di sini, apakah abang
terpaksa atau apa yer?” soal Zara Irdina. Dia sudah tinggalkan pakaian kameja,
tali leher dan alam pejabat, dunia syarikat sudah jauh darinya. Di sini dia
hanya petani moden. Ada apa di sini?
“Hmmm..”
“Cakaplah,
Dina nak tahu semua ini dari mulut abang sendiri,”
“Ayahanda
dan bonda meninggalkan dalam kemalangan ketika abang berumur 5 tahun. Kenangan
antara kami tak banyak, sebab abang masih kecil, ada perkara yang abang ingat,
ada perkara yang abang terlupa. Waktu itu tak tahu apa-apa tentang semua ini, “
cerita Tengku Izraf Akif.
Zara
Irdina memegang tangan suaminya erat.
“rumah
tu tempat lahir abang, sebelum mereka berdua berpindah masuk ke istana, ahli
keluarga tak tahu ayahanda ada rumah ni, ada tanah-tanah kat sini, tetapi masa
ayahanda hidup dia kerap datang ke sini, sebab itu orang di sini kenal dia.
Selepas ayahanda meninggal, istana telah diambil oleh saudara ayahanda, sebab
ayahanda tak sempat nak wasiat istana dan harta-harta tu kat abang tetapi
ayahanda ada buat wasiat tentang rumah dan tanah-tanah di sini” sambungnya
lagi. Patutlah Tengku Cempaka tak tahu kami berada di sini.
“Abang
tahu dari mana tentang semua ini?” Dia kan asyik mengejar aku saja.
“Masa
abang berumur 18 tahun, ada peguam cari abang di universiti tempat kita belajar
dan beritahu tentang semua ini. Sejak itu abang kerap datang, jengguk rumah,
jengguk tanah-tanah yang terbiar yang
ayahanda tinggalkan. Tetapi abang tak datang ke sini sebab,Dina ingat tak,
abang pernah lamar Dina waktu tu? Kalau Dina terima lamaran abang, sahih kita
sudah berada di sini waktu itu,”
ceritanya lagi. Zara Irdina tersenyum. Itu lamaran kali pertama yang
diterima oleh Zara Irdina. Waktu itu rasa pelik sangat, sebab masih belajar,
dan umur pun masih mentah tetapi sudah dilamar oleh Tengku Izraf Shah.
“Umur
muda lagi, buat apa nak kahwin waktu kita sedang belajar!” balas Zara Irdina.
Aku memang tak mahu kahwin dengan dia sebab dia kerabat diraja. Aku pula anak
orang biasa saja.
“Kalau
kita kahwin tentu Shah dah besar pun!” gurau Tengku Izraf Akif.
“Iyer
lah tu!”
“Abang
sayangkan tempat ini, pesan ayahanda kalau nak tahu hati rakyat, nak tahu susah
senang rakyat, kena tinggal dalam lingkungan dia orang, baru lah kita tahu
dunia mereka dan faham keinginan mereka,” sambung Tengku Izraf Akif lagi. Dia
ada matlamat hidup yang tinggi rupanya. Bukan seperti aku pun. Fahamlah aku
kenapa dia tinggalkan semuanya di sana untuk menetap di sini, kerana hatinya
adalah untuk masyarakat di sini.
“Satu
lagi kalau nak tahu, seorang permaisuri tak akan tinggalkan raja di istana
seorang diri biar apa pun terjadi,”
“Tu
permaisuri, bukan Dina lah!”
“Dina tu
permaisuri hati abang lah!” ujarnya sambil mencium pipi kanan Zara Irdina.
“Jangan
lah, raja tak kan nak buat benda nie dia tempat terbuka!”
“Dina
nak tahu tak, lelaki kan kalau buat macam ni,” cium pula pipi kiri Zara irdina.
“apa?”
“Buat
macam ni?” di ciumnya dahi dan terus mencium bibir isterinya. Zara irdina menepis
perlahan.
“Tandanya
lelaki tu memang sayang sangat kat perempuan tu,”
“Sayang
kena ucaplah, baru lah tahu!”
“Kalau
ucap kat mulut tapi tak sayang pun tak ada maknalah. Semua orang boleh ucap
kata sayang tu, tapi tak buat macam aku pun!” dipegangnya tangan Zara
Irdina. Tengku Izraf Akif bangun
terlebih dahulu, barulah Zara Irdina bangun dan mengimbas bajunya yang terkena
pasir.
Tengku
Izraf Akif memimpin tangan isterinya pulang. Sudah hampir pukul 7.30 pagi, dia
ada kerja yang perlu dilaksanakan. Harap setahun dua nanti dia boleh buka
syarikat di sini untuk menguruskan hal import eksport daging kambing dan buah
nenasnya ke luar negara. Itu rancangannya. Dia akan membangunkan daerah ini
tidak lagi. Biarlah anak muda daerah ini yang mempunyai lulusan universiti
berkhidmat di sini saja. Tak perlu lagi merantau mencari sumber rezeki di
negari orang. Biar di sini saja.
“Tengah
hari nanti nak makan apa, Dina masak untuk abang!”
“Masak
yang ringkas-ringkas sudah lah!”
“Okey,
lepas pergi majlis cukur jambul tu, dina balik masak!”
“Nak
pergi rumah siapa pulak hari ni?
“Mak
Alang, yang rumah dia dekat dengan rumah Pak Utih!”
“Masuk
lima bulan, tak payah jalan banyak sangat!”
“Mana
boleh, saya kan cik puan kat sini!”
Kalau
aku tak pergi nanti apa pulak kata orang kampung. Orang lain pun mengandung
juga tetapi tak lah dikawal oleh suami dia orang sampai macm ini sekali. Aku
nie nak buat apa pun tak boleh.
“Orang
nak kena mengandung banyak kali lagi selepas ini. Bukan sekali saja!”
beritahunya. Aku memang nak ada anak ramai. Sebab aku pun seorang diri saja
kan?
“Cukup 3
saja, semua putera, itu yang abang nak,” jawab Tengku Izraf Akif. Yang
berkompang hendak anak ramai tu, 3 saja? Ingatkana 8 orang ke, 10 orang ke,
baru ramai. Ini tiga???
“Yang
kata nak anak ramai tu, 3 saja?” soal Zara Irdina. Selepas itu lelaki semua lah
pulak. Aku nak ambil anak perempuan juga.
“Yup.
Lepas tu besarkan dia orang dengan kasih sayang dan didikan agama,” balas
Tengku Izraf Akif. Zara Irdina mengelengkan kepalanya. Dia nie, aku mengandung
ke dia yang mengandung?
Baru
hendak menyambung kata-katanya, tetapi semuanya telah pun keluar. Kerja sendiri
tetapi dia masih mengikuti masa seperti kerja di pejabat juga. Kalau fikir
balik macam tak percaya, Pengarah syarikat besar, sekarang melakukan
kerja-kerja yang bergelumang dengan tanah, dengan lumpur dengan bau kambing dan
segala macam lagi. Akif, Akif. Aku tahu dia akan berjaya, kerana dia seorang
lelaki yang tak akan berputus asa selagi dia tidak mencapai cita-citanya itu.
Dia
pergi sekejap saja, dalam masa dua jam begitu, tetapi setiap kali ke majlis
kenduri, dia akan dibekalkan dengan nasi dan lauk pauk kenduri. Sejak tinggal
di sini, orang kampung ada saja barang yang akan dihantar ke rumahnya.
Sayur-sayur dan buah-buahan tempatan selalunya tak perlu dibeli kerana ada saja
orang kampung yang datang menghantar ke rumahnya. Dia tahu suaminya banyak
membantu orang di sini. Ada saja orang yang datang meminta bantuan wang ringgit
kepada suaminya tetapi suaminya tidak lokek untuk memberinya. Mungkin sebab
itu, orang kampung baik dengan Tengku Izraf Akif.
Petang
nanti, Kak Senah dan suaminya mengajak dia menghantar Asraff, yang baru berumur
16 tahun ke sekolah asrama di bandar. Mereka suami isteri orang susah dan tidak
mempunyai kereta untuk menghantar anak ke sana. Yang ini rasanya elok dia suruh
Encik Suami saja pergi. Dia pergi, macam tak manis lah pulak. Walaupun niat
untuk menolong tetap ada.
“Abang
ada apa petang ni?” soalnya ketika Tengku Izraf Akif selesai makan dan sedang
membasuh tangan.
“Petang
nanti abang nak guna kereta, nak keluar dengan Faizal cari barang di Pekan,
kenapa?”jawab Tengku Izraf Akif.
“Ler..
Dina dah janji nak hantar anak Kak Senah ke sekolah asrama lah petang nanti,”
“Dina nak
hantar? Pelik bunyi tu..,”
“Cadang
nak suruh abang yang hantarkan petang nanti,” jelas Zara Irdina. Tengku Izraf
Akif sibuk membasuh pinggan yang digunakan. Petang nanti, nak pergi jumpa
pegawai pertanian. Sudah pun dibuat temujanjinya semalam. Kalau sempat nak
singgah bank keluarkan duit untuk bayar gaji pekerja.
“Mail
Teksi ada kan...,” belum pun sempat habis beri cadangan, Zara Irdina terlebih
dahulu memotong percakapannya.
“Abang,
nak hantar dengan kereta kita bukan dengan teksi pun!” orang nak tumpang kereta
kita suruh pergi dengan teksi pula.
“Tahu,”
Dia mencari telefonnya. Terus didail nombor Mail Teksi.
“Mail,
datang rumah aku kejap, aku tunggu kau di sini!” beritahu Tengku Izraf Akif.
Dia sudah berjanji dengan orang dan tak baik memungkiri janji. Kalau tak ada kerja petang ini, memang dia
sudah menghantar anak kak senah ke sekolah asrama.
“Nak
buat apa dengan Mail?”
“Suruh
Mail hantarkan dia orang dengan menggunakan kereta kita, abang boleh guna
motosikal pergi dengan Faizal kejap nanti,” terang Tengku Izraf Akif.
Selesai
pun masalah. Kalau aku buntu dah tadi
nak fikirkan cara untuk menyelesaikan hal ini. Sedangkan dia sekejap saja dapat
menyelesaikan masalah kecil ini.