ANAK
RAJA TENGKU CEMPAKA (BAB 27)
Mahgrib
malam ini dilakukan di masjid kerana Tengku Izraf Akif diundang ke sini. Orang
di sini kenal Tengku Izraf Akif rupanya. Malah nampak hubungan mereka rapat.
Mereka juga lebih mesra memanggilnya dengan gelaran Tengku, tetapi Tengku Izraf
Akif membahasakan dirinya dengan Akif saja.
“Ini
isteri saya!” kata Tengku Izraf Akif.
“Selama
ini hanya mendengar nama saja dari tengku, hari ini baru jumpa tuan badan
orangnya,” sampuk seorang mak cik. Zara Irdina tersenyum saja.
Selesai
solat isyak dan majlis doa selamat dan sedikit kenduri untuk sambut kepulangan
Tengku Izraf Akif ke kampung halamannya.
“Berbual
lah dulu Akif, tak kan dah nak balik kut!” tegur Faizal, anak Pak Utih. Umurnya
hampir sebaya dengan Tengku Izraf Akif.
“Orang
rumah tak berana nak sihat lah, nak kena hantar dia dulu!” tolak Tengku Izraf
Akif. Alasan yang tidak boleh diterima nih. Aku okey saja lah.
“Okey
lah, esok kita jumpa.”
“Okey,
aku tunggu tempat biasa,”
Aku
memang nak terus balik, bukan kerana letih atau tidak sihat tetapi kerana mahu menghubungi
mama dan papa di rumah. Tadi, sebelum masuk waktu mahgrib, bonda telah
menghubungi Tengku Izraf Akif dan mereka berdua berbual panjang. Dia saja yang
menunggu waktu yang sesuai untuk menelefon mama dan papa.
“Nak
call siapa tu?” tanya Tengku Izraf Akif ketika melihat Zara Irdina mendail
nombor telefon papa.
“Call
papa!”
“Jangan
cakap kat papa dan siapa-siapa kita ada di sini,”
“Kenapa?”
“Tak
sempat tidur nanti dah sampai lah ke sini tu,”
“Tadi
dengan bonda, cakap tak kita ke mana?”
“Langkawi,
jauh sikit!”
“Kenapa
tak cakap pergi Bandung ke, Phuket ke, senang sikit. Jauh pun jauh tu!” balas
Zara Irdina. Geramnya aku, benda kecil macam ini pun nak berahsia.
“Kau
ni..,”
“Kita
memang tak boleh tinggal di sana, tapi mereka boleh datang ke sini kan?”
Kenapa
kecil hati sangat nih? Sampaikan tinggal di sini pun nak berahsia segala.
“Kat
mana, Zara?”
“Pulau
anak raja lah, papa!” jawab Zara Irdina sambil muncungkan mulutnya. Tengku
Izraf Akif menjeling marah.
“Di mana
tu?”
“Papa
kena tanya anak raja tak cukup inci nih..,”
“He he
he.. berahsia lah tu. Ikut sajalah Zara, mungkin itu yang terbaik untuk
kehidupan kau orang!”
“Nanti
sampai masanya, kita beritahu papa,”
“Papa
percaya dia buat yang terbaik untuk Zara tu,”
“Papa,
mama ada tak?”
“Ada ni
hah..,”
Dengan
mama pun kena berahsia juga lah, begitu juga dengan adik-adik. Tak boleh cakap
mereka hanya berada dekat saja dengan dia orang. Bukan jauh pun.
“Tak
sangka orang yang kuat sangat, berani macam Tengku Akif ni berdendam rupanya.
Kenapa nak hidup macam ni? Tak nak beritahu keluarga kita? Kenapa nak putuskan
kasih sayang yang kita bina bersama mereka selama ini? Bonda tu perlukan kau
lah,” leter Zara Irdina sambil menarik kain selimutnya. Aku memang boleh hidup
dengan dia saja, tetapi bukan cara begini. Teruk sangat ke kena halau.
“Kau
kena belajar hidup dengan aku saja lah, susah sangat ke?”
“Orang
yang menghalau kita bukannya mama atau bonda, tetapi orang lain. Memang Tengku
Bakar tak benarkan kita hidup di sana, tetapi apa salahnya mereka datang di tempat
kita?”
“Dina,
tak payah buat muka macam tu, pelik abang tengok!” ditariknya kain selimut Zara
Irdina.
“Hish,
tak nak!”
“Tak nak
pun jangan lah buat muka macam tu, tak elok sangat muka tu!” dia pujuk aku
macam itu saja, aku nie konon-kononnya nak marah lah kat dia.
“Kita
buat macam ni, dia orang sedih tau tak? Mama cakap bonda asyik menangis saja di
rumah, rindukan abang..,”
“Tahu..,”
“Habis
kalau tahu kenapa tak nak cakap dengan bonda, kalau abang nak berahsia pun,
rahsia lah, tetapi jangan buat benda macam nie kat bonda. Dia tu sayangkan
abang tau tak?”
“Tahu..,”
“Abang
yang Zara kenal bukan lah orang yang macam ni, yang pentingkan diri sendiri,”
“Penting
diri sendiri? Berat tuduhan tu. Zara cuba beristifarg banyak-banyak, bawa
bertenang, sayang!” pujuk Tengku Izraf Akif sambil mengurut dada Zara Irdina.
“Tak
kasihan ke...,” belum habis cakap pun.
“Abang
suruh istifarg buat ke tak?” pintas Tengku Izraf Akif. Mengamuk tak habis lagi.
Bab mengamuk tu ada dari sekolah rendah, sampai sekolah menengah, masuk universiti
pun macam tu jugak. Sekarang dah jadi isteri dan bakal ibu, tapi mengamuk tetap
nombor satu.
“Kalau
tak boleh istifarg di mulut, istifarg dalam hati, sayang!” pesan Tengku Izraf
Akif sambil keluar dari biliknya sebab ada orang memberi salam di luar rumah.
Dia turut mengekori suaminya dari arah belakang.
“Tengku,
tolong pak cik tengku..,” ada lelaki yang agak berumur di hadapan rumahnya.
“Kenapa
pak cik!”
“Anak
pak cik kemalangan di Johor, sekarang masih di sana..,”
“Kejap
pak cik, saya tukar baju!”
Ha,
orang datang minta tolong dengan dia? Aku macam tak percaya lah pulak.
“Dina
boleh jaga diri kan? Atau nak suruh mak utih teman Dina?”
“Dina
okey lah, pergi lah,”
“Okey,
abang pergi kejap saja, nanti abang balik!” Zara Irdina mengangguk.
Itu lah
yang berlaku pada zaman Tengku Burhanuddin dulu, orang kampung yang bermasalah,
yang ada kesusahan akan datang meminta pertolongan dan bantuan dari Tengku
Burhanuddin, dan semua ini sudah diwarisi kepada anak lelaki tunggalnya.
Pergi
pukul 10.00 malam, pukul 9.00 pagi, Tengku Izraf Akif muncul di hadapan
rumahnya. Waktu Zara Irdina sedang berbual dengan Mak Utih dan dua orang lagi
perempuan yang datang bertandang.
“Macam
mana tengku?” tanya Mak Utih yang menunggu khabar berita dari Tengku Izraf
Akif. Pagi tadi suaminya bersama tiga orang kampung turut pergi ke hospital
untuk melihat keadaan anak Pak Yamin yang kemalangan itu.
“Syukur
alhamdulillah, selamat mak cik!” jawab Tengku Izraf Akif sambil tersenyum.
“Alhamdulillah,
kalau begitu lega lah hati kami ni,” balas Mak Utih.
Sudah
mendengar segala cerita tentang ayahanda dan bonda Tengku Izraf Akif. Betapa
mereka berdua disegani sebagai pemimpim di sini. Dan sekarang sudah sampai
masanya anaknya pula menjadi pemimpin di sini. Tak sangka pula semua itu. Tengku
Izraf Akif bukan calang-calang orang.
“Dina,
dah sarapan ke belum?” soal Tengku Izraf Akif menarik kain tuala berwarna biru
di penyidai. Soalan pertama yang muncul, Tak letih ke berulang alik dari sini
ke Johor Bahru?
“Belum!”
aku risau dan bimbang kepadanya semalam dan pagi ini. Sekarang baru rasa lega
melihat dia pulang dengan selamat.
“Kenapa?”
tanya Tengku Izraf Akif, rasa tidak sedap hati pula sekarang.
“Tunggu
abang lah!”
“Kejap,
abang mandi selepas tu kita keluar makan!” Keluar makan, aku dah masak tadi,
malah turut beri kepada tetamu yang datang tadi.
Dia ke
dapur semula, bihun goreng dan cucur udang dihidangkan di atas meja. Milo panas
untuk suami tercinta. Semua itu kesukaan Tengku Izraf Akif.
“Dina!”
“Kat
dapur!”
“Buat
apa tu?” soal Tengku Izraf Akif. Zara Irdina mahu menarik kerusi untuk suaminya
tetapi suaminya terlebih dahulu menariknya,
“Abang
ni, nak buat untuk abang lah!” kata Zara Irdina. Tengku Izraf Akif menarik
tangan Zara Irdina,
“Duduk!”
arahnya kembali.
“Sorry
tentang semalam!”
“Tak
kisah pun, Dina boleh marah, boleh buat apa saja kat abang Dina nih, asalkan
Dina berada di sisi abang!” Ha, itulah dia, ada waktu tahap kesabaran dia
terlalu tinggi dari aku. Boleh marah, boleh kutuk, boleh buat apa saja dekat
dia, dan dia akan bersabar. Malah mendengar dengan setia di sisi aku. Tetapi
ada waktu dia akan berceramah panjang, waktu itu tahan lah telinga.
“Dina
tak marah abang lah, tapi tak puas hati dengan abang!” ujarnya lembut. Tuang air
milo, dan letakkan bihun goreng di dalam pinggan. Bihun goreng dimakan bersama
kuah kacang. Itu kesukaannya.
“Semalam
dengan siapa?” soal Tengku Izraf Akif membuatkan kening Zara Irdina terangkat.
Aku dengan siapa? Pelik soalan ini?
“Ada lah
lelaki mana pun tak tau datang teman semalam!” jawab Zara Irdina nakal. Aku tidur sorang-sorang saja lah. Mana ada
orang datang pun.
“Ha ha
ha... kalau aku jadi jantan tu aku tak sentuh perempuan yang buncit macam kau
nie..,” ujar Tengku Izraf Akif sambil menyambung ketawanya.
“Tak
buncit lah berisi sikit saja kat perut, kau jangan macam-macam hah kat aku!”
marah Zara Irdina.
“Kau
semakin comel lah sekarang. Tengok lah isteri siapa kan?” dicubitnya pipi kanan
Zara Irdina. Huish, nak pujuk lah konon tu. Tak jalan lah Tengku Akif ooi.
“Kejap
lagi, Mak Utih ajak pergi rumah Kak Ramlah,
boleh tak?” Gelaran Cik Puan untuk sudah membawa aku mengenali orang
kampung di sini. Kata Mak Utih, ada majlis untuk Cik Puan hari ini.
“Buat
apa?”
“Boleh
tak jangan tanya macam-macam, nak benarkan atau tak?”
“Jauh ke
tak rumah Kak Ramlah tu, kalau jauh bawa kereta, kau tu dah lah mengandung,
jaga diri tu sikit!” maknanya boleh pergilah tu.
“okey!”
“Aku nak
keluar sekejap lagi dengan Faizal, tak payah lah masak tengah hari nanti.
Mungkin petang baru aku balik!”
“Nak ke
mana?”
“Hai,
isteri tak ada kat rumah, aku nak pergi merayap lah!”
“Pergi
merayap jangan sampai lewat malam sudah!” pesan Zara Irdina. Hendak pergi
tengok ladang nenas. Kalau sempat nak pergi tengok kambing merumput di sebelah
ladang getahnya. Ayahanda banyak tinggalkan tanah untuk dia usahakan. Jangan
syarat tanah-tanah ini jangan dijual, disuruh bercucuk tanam untuk kepentingan
orang kampung saja.
“Malam
ini kita keluar makan, selepas solat isyak!” katanya sambil mengucup dahi Zara
Irdina.
Kita dah
jadi isteri anak raja jadi tanggungjawab kita pun ada jugak. Orang kampung di
sini menganggap Tengku Izraf Akif sebagai ketua di sini, jadi sebagai isteri
ketua tentulah dia ada tanggungjawab yang tersendiri.
Rupanya
kak Ramlah tu pengusaha barang kraf tangan di daerah ini. Barang-barang kraf
tangan diperolehi dari orang-orang tempatan saja. Kaum perempuan yang menjadi
suri rumah banyak membantunya untuk menghasilkan barang-barang kraf tangan. Kak
Ramlah yang ramah dan mudah mesra dengan semua orang. Sempat juga lah dia
berkenalan dengan mereka di sini. Dia pulang dalam pukul 12.00 tengah hari dan
begitu juga dengan yang lain, yang turut pulang untuk memasak waktu tengah hari
di rumah.
“Jemput
makan tengah hari di rumah tengah hari ni, Zara!” ajak Mak utih. Zara Irdina
tersenyum saja. Yang ini tak boleh rasanya. Berat hati untuk pergi makan tengah
hari tanpa Tengku Izraf Akif. Lagipun dia belum meminta izin dari suaminya
tentang pelawaan ini.
“Jom
lah, tak kan tak sudi atau tak berselera nak makan masakan orang kampung macam
mak cik nih!” sambung Mak Utih lagi.
“Tak
lah. Saya tak kisah bab makan, mak cik!”
“Habis
tu?”
“Tengku
Akif tak ada, rasa tak baik saya buat macam tu!” jawab Zara Irdina jujur. Mak
Utih tersenyum, senang hati dengan jawapan itu. Dia memang layak jadi cik pun
kami. Seorang isteri tak akan meninggalkan suaminya untuk kepentingan dirinya
sendiri. Itu isteri yang baik tetapi ada isteri tidak kisah akan
perkara-perkara sekecil itu.
“Mak cik
faham!”
“Nanti
kalau Tengku ada, Insha ALLAH,saya ajak tengku makan sekali di sini.,” putusnya
tidak mahu menghampakan perasaan Mak Utih.
Tempat
ini memang benar-benar kawasan pendalaman. Jauh dari bandar. Jauh dari bunyi
kenderaan yang lalu lalang,dah jauh dari kesibukan kota. Tak pernah bermimpi
pula akan hidup dalam suasana macam ini. Jauh berbeza dari tempat tinggal kami
di bandar sana.
Dia
sampai ke rumah, tetapi Tengku Izraf Akif sudah sampai terlebih dahulu darinya.
Terpaksa lah tinggal di luar rumah kerana tidak membawa kunci rumah. Kunci
rumah ada di tangan Zara Irdina. Aik, kata nak balik lewat petang, sekarang
tengah baca surat khabar Sinar Harian di bangku di hadapan rumah. Dengan topi
lama, baju lusuh, dan seluar pun lusuh juga. Betul ke suami aku nih? Kalau tak
diamati betul-betul mesti tidak sangka yang sedang duduk itu adalah suaminya.
Tadi dia tak perasan pun akan pakaian suaminya ini.
Semakin
datang dekat dengan Tengku Izraf Akif, bau badan kambing menusuk ke lubang
hidung Zara Irdina. Bau itu membuatkan Zara Irdina mual dan pening kepala.
“Hah,
kenapa pula tu?” tegur Tengku Izraf Akif yang sedang akan kehadiran isterinya
sejak dari tadi. Muka Zara Irdina sudah berubah, menahan rasa bau badan kambing
yang kuat dari badan suaminya.
“Busuk
lah!” beritahu Zara Irdina sambil muncungkan bibirnya. Tengku Izraf Akif
meletakkan surat khabar di atas bangku
lalu mendekati isterinya yang menahan rasa mual di dalam dada.
“Pergilah
jauh sikit, tak tahan nih!”kata Zara Irdina menolak badan suaminya. Tengku
Izraf Akif semakin mendekati isterinya, lalu dirangkulnya Zara Irdina dengan
erat.
“Jangan
berlagak boleh tak? Bau badan kambing pun tak tahan nih!” guraunya. Kau bukan
isteri bos besar di syarikat lagi lah. Ini dunia aku sekarang, dan kau kena
belajar semua ini. Aku jentik telinga baru tau.
“Tak
boleh, tak tahan!”tepis Zara Irdina. Tengku Izraf Akif mengucup pipi isterinya,
mula-mula pipi kanan, selepas itu pipi kiri. Dibiarkan bau kambing di badannya
sebati di pipi Zara Irdina.
“Uweekkk..,”
“Tahan,
jangan muntah kat sini, kalau muntah jugak aku cium bibir kau!”
“Tolong
arr..,” pinta Zara Irdina, lagi galak
Tengku Izraf Akif mencium kedua belah pipi isterinya. Dahi lah, dagulah terus
ke hidung. Bibir saja minah nie cukup pantang suaminya mencium bibirnya.
“Berlagak
tak bertempat. Kau akan hidup dalam dunia aku sampai ke akhir hayat. Bau
kambing bau lumpur ini sampai ke akhir hayat kau!” tanah lumpur yang melekat di
lengannya sengaja dipalitkan ke tangan Zara Irdina. Zara Irdina menepisnya tetapi
Tengku Izraf Akif tidak peduli pun. Dipalit pula ke hidung Zara Irdina.
“Akif!”
jeritnya nyaring.
“Kah..
kah.. kah!”
“Aku
tumbuk muka kau nanti, tak pasal pulak!”
“Tak ada
maknanya kau nak mengamuk berbagai, lebih dari ini pun aku berani buat. Ini
perkara kecil sangat!”
“Akif,
tolong lah, lepaskan aku!” rayu Zara Irdina, rasa pening sangat sekarang.
“Tak
nak!”
“Pening,
nak termuntah semua ada!”
“Sebab
otak fikir macam tu, cuba terima bau badan suami kau nih. Jangan menafikan
semua tu...,”
“Tak
nak, aku nak suami aku yang segak, yang bergaya macam dulu, tak nak yang macam
ini..,” jawabnya ikhlas. Aku nak Akif yang dulu, bukan Akif yang ini.
“Nak
yang segak saja, yang tak segak tak mau lah!”
“Tak
mau, kahwin dengan kau sebab kau segak saja lah, sejuk mata memandang kalau
macam ni.....,”
“Apa???”
“Nak
suami Tengku Izraf Akif yang dulu bukan yang ini lah!” spontan jawapannya.
“Sebab??”
nampak sangat dia berkecil hati dengan jawapan yang diberikan oleh Zara Irdina.
“Tak ada
sebab!” jawab Zara Irdina.
“Aku terima
kau biar pun badan kau gemuk, perut buncit atau apa saja. Aku terima kau
walaupun kau tak sempurna, atau pun kau cacat, malah kalau kau tak cantik pun
aku tetap akan berkahwin dengan kau lah, Zara Irdina!” ujar Tengku Izraf Akif
dengan penuh yakin. Jawapan itu membuatkan rasa mual dan pening kepala Zara
Irdina
hilang serta merta.
Betul
kah aku tak boleh terima Akif yang ini. Akif yang paling aku sayang sejak dari
dulu sampai sekarang. Betul kah aku pentingkan Akif yang segak dan bergaya
saja. Tentu hati dia terluka dengan kata-kata yang aku lafaz tadi. Itu lah
cakap ikut sedap mulut saja.
“Tak nak
jugak, nak Akif yang dulu, tak nak yang ini!” ulang Zara Irdina. Kasih sayang
Akif tak mampu dilunturkan dengan kata-kata masam ini. Tak mungkin dia akan rasa
terlalu berkecil hati. Kenal sangat dengan dia.
“Woiii...”
jerkah Tengku Izraf
“Apa?” jerkah Zara Irdina balik. Dia tak lepaskan
pelukannya, malah semakin rapat lagi dengan Zara irdina.
“Kau
memang nak kena dengan aku!” terus ditarik Zara Irdina dan mahu di bawa masuk
ke dalam rumah. Kunci di tangan Zara Irdina di rampasnya.
“Nak
buat apa nih?”
“Nak
ajar kau supaya kenal dengan suami kau sendiri. Sebab berlagak sangat!”
“Ha ha
ha...,” ketawa Zara Irdina dan mengambil kunci di tangan suaminya. Ditolak
badan Tengku Izraf Akif dengan kuat, sehingga merenggangkan pelukan antara
mereka berdua dan dia terus berlari ke arah pantai.
“Dina!”
panggil Tengku Izraf Akif sambil mengejar isterinya dari arah belakang. Zara
Irdina memperlahankan langkahnya. Dia memegang perutnya tiba-tiba.
“Dina,
okey ke?” tanya Tengku Izraf Akif cemas sangat. Dia turut memegang perut Zara
Irdina.
“Tolong
jaga dia untuk abang, Dina. Abang nak sangat anak ini..,” jawabnya semakin
risau.
“Aku,
kau tak nak ke?”
“Kau
lagi lah aku nak, sebab kau yang nak kena lahirkan anak-anak aku!”
Dia tak
boleh ke guna bahasa yang puitis sikit, kata-kata yang romantik, supaya indah
telinga aku mendengarnya.
“Kau
memang tak romantik langsung!”
“Dah
habis romantik dah ni!”
Romantik
dia macam ini ke? Ini tak ada anak lagi. Ada anak esok tak tahu lah bahasa apa
nak kena dengar kelak. Tengku Izraf Akif, kau dengar semua orang boleh pula
berbahasa indah dan molek, tetapi dengan isteri kau, segala bahasa kau guna
yer.