Home Novel Komedi/Romantik Komedi MY LOVELY TENGKU
MY LOVELY TENGKU
pitteriah abdullah
5/3/2014 11:02:50
1,127,957
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 26

ANAK RAJA TENGKU CEMPAKA (BAB 26)

ZARA Irdina memaut leher suaminya membiarkan dan membiarkan suaminya membawa dia ke dalam rumah. Baru menolak daun pintu apabila ada suara seorang lelaki memberi salam. Tengku Izraf Akif menurunkan Zara Irdina, dan memandang ke arah lelaki itu.

“Waalaikummussalam, Pak Utih!” balas Tengku Izraf Akif.

“Selamat pulang, Tengku!” balas Pak Utih. Tengku Izraf Akif menghulurkan tangan untuk berjabat tangan.

“Pak utih ni, tak payah lah bertengku-tengku dengan saya, macam tak biasa pulak!” tolak Tengku Izraf Akif. Di sebelah Pak Utih pula adalah isterinya, Mak Utih. Zara Irdina pula menghulurkan tangannya bersalaman dengan Mak Utih.

“Sewajarnya kena panggil macam tu, tengku yang tak mahu..,” kata Pak Utih sambil menepuk bahu Tengku Izraf Akif.

“Pak utih ni, ni kenalkan isteri saya, Zara Irdina!” perkenal Tengku Izraf Akif.

“Ooo ini orang rumahnya..,” balas Mak Utih pula. Zara Irdina tersenyum.

“Tengku kami nie kerap bercerita tentang Zara, kekasih hatinya. Alhamdulillah, hari ni pak utih boleh berjumpa juga dengan Cik Puan kita ni!” celah Pak Utih. Bila masa lah dia ke sini, bukankah setiap waktu di sentiasa berada di sisiku. Tengku Akif ni rupanya ada dunianya yang tersendiri. Aku saja yang tidak tahu.

“Tak payah lah bercik puan dengan saya, panggil Zara sudah lah. Jom lah masuk dalam rumah, boleh kita bercerita panjang,” ajak Zara Irdina.

“Ha, ah, jom Pak Utih, Mak Utih!” ajak Tengku Izraf Akif pula.

Doa masuk ke dalam rumah, di lafaz kan di dalam hati mereka suami isteri, dan dilafazkan dengan lafaz bismillah, mereka menglangkah dengan kaki kanan. Zara Irdina memandang wajah Tengku Izraf Akif dengan senyuman penuh bermakna. Sama-sama mereka melakukan perkara itu. Mengucapkan doa dan bismillah di dalam hati.

“Duduk dulu, pak utih, mak utih, Zara buatkan air!” kata Zara Irdina. Ada ke semua itu di dalam rumah ini? Aku pun belum tengok lagi keadaan dapurnya macam mana. Tetapi suasana dalam rumah ini menarik, kemas dan tersusun rapi. Tentu ada orang yang menjaga dan melihatnya.

“Tak payah susah-susah Zara, kita orang sudah minum kat rumah tadi,” balas pak utih pula.

“Minum lah sekali lagi, tak salah kan?” celah Tengku Izraf Akif pula.

“Tengok Cik Puan pun letih saja, biarlah mak utih yang buatkan, tengku!” kata mak Utih pula.

“Pulak??? Mak utih tu tetamu kami lah, mana boleh buat air untuk kami pulak,” kata Tengku Izraf Akif. Nampak sangat Pak Utih dan Mak utih keberatan dengan layanan dari anak Tengku Burhanuddin yang seorang ini.

“Tunggu lah, kejap saja saya buatkan air,” kata Zara Irdina. Terus menuju ke ruang dapur. Tengku Izraf Akif turut mengekori isterinya.

“Biar aku yang buatkan. Kau boleh berehat!” kata Tengku Izraf akif sambil memasakkan air panas. Carikan teko dan cawan di dalam almari.

“Sebab??” soal Zara Irdina. Tengok Tengku Izraf Akif cekap membuat kerja rumah membuatkan hati Zara Irdina menjadi kagum. Rajin anak raja nih.

“Sebab kau tu mengandung!” balasnya. Andainya Zara Irdina di dalam istana, tentu lah dia dilayan dengan begitu istimewa, Dan aku harus melayannya seperti itu dengan keadaan dia sekarang

“Ha ha ha.. untung lah aku!” balas Zara Irdina turut membantu suaminya.

“Tak payah! Tepis Tengku izraf Akif sambil menghalang tangan isterinya dari memegang cawan.

“Ini kerja orang perempuan lah, lebih baik kau ke ruang tamu, tak baik lah tinggal tetamu macam tu,” kata Zara Irdina merampas sudu dari tangan suaminya.

“Aku nak buat!”

“Pergi ke ruang tamu, nanti apa pulak kata mak utih dan pak utih!” terus disorong badan Tengku Izraf Akif keluar dari situ. Tengku Izraf Akif terpaksa menurut kehendak isterinya.

Lagipun apa pula kata Pak Utih dan Mak utih nanti.

Zara Irdina terus melakukan kerja-kerjanya. Dibuka peti sejuk, penuh dengan sayur-sayuran dan barang-barang basah yang lain. Sah, rumah ini memang ada orang yang menjaganya. Buka laci atas, ada berbagai jenis biskut yang masih tertutup rapi.

Milo panas dan biskut di bawa ke ruang tamu, Tengku Izraf Akif menyambut dulang di tangan Zara Irdina lalu di letakan satu persatu cawan kepada tetamu yang dihormatinya ini.

“Buat susah-susah saja cik pun ni, sudah lah baru mengandung,” kata Mak Utih.

“Siapa yang beritahu mak utih saya mengandung ni?” soal Zara Irdina. Soalan bodoh pulak rasanya, tentu lah cik suaminya.

“Tengku dah beritahu sebulan yang lalu, waktu mula-mula terima berita terus, dia umumkan kepada kami di sini..,” jelas Pak Utih. Zara Irdina memandang mata suaminya. Nak kena tanya sekejap lagi tentang semua ini. Mana boleh aku tak tahu apa-apa.

“Jemput lah minum, pak utih, mak utih!” pelawa Tengku Izraf Akif. Rupanya pak utih dan mak utih ada lah orang yang rapat dengan ke dua ibu bapa Tengku Izraf Akif.

“Terima kasih, Tengku!”

“Panggil nama kita orang sudah lah.. mak utih dan pak utih,” pesan Tengku Akif sekali lagi.

“Rasa bahagia sangat melihat kepulangan Akif dan Zara di sini. Senang hati kami,” ucap Pak Utih perlahan. Tengku Izraf Akif mengangguk.

“Ini tempat lahir saya lah, Pak Utih. Sudah sampai masanya saya pulang untuk menaburkan bakti saja di kampung sendiri. Lagipun ini kampung ayahanda dan bonda. Kepulangan saya adalah tepat pada masanya,”

“Betul tu, Akif!” balas Pak Utih.

“Orang kampung sudah tahu Akif dah balik ke sini?” tanya mak utih pulak.

“Tak tahu lagi, cadang nak balik sebulan dua lagi, jadi saya belum beritahu kepulangan saya ke sini,” jawab Tengku Izraf Akif. Memang rancang nak balik ke sini tetapi bukan sekarang. Tetapi yang berlaku lain pula jadinya.

“Kalau begitu malam ini, elok kita buat perjumpaan kat masjid lepas solat isyak. Boleh lah orang kampung berjumpa dengan Akif,” ajak Pak Utih.

“Insha ALLAH!” balas Tengku Izraf Akif.

Kemas semua barang Tengku Izraf Akif yang buat, alasannya Zara Irdina mengandung. Tahap boring dah nie dengan alasan yang Tengku Izraf Akif berikan. Memang ini adalah pengalaman kali pertama mengandung dan mahu menjadi ibu tapi tak lah sampai semua benda tak boleh buat. Melampau betul lah. Aku bukan anak manja, jadi tak payah ikut permintaan Tengku Izraf Akif. Irdina

“Tak payah buat..,” ujar Tengku Izraf Akif. Zara Irdina buat tidak peduli saja. Susun semua pakaian dalam almari, dan biarkan kekanda dia berleter. Perangai siapa lah yang dia bawa ke mari.

“Rumah nie macam ada orang jaga saja.. tak seperti rumah yang kena tinggal pun,” cungkil Zara Irdina. Bila lagi kan nak tanya. Lagipun bila soal macam-macam nanti dia lupa lah kata dia sedang marah kat aku.

“Upah orang tolong tengok kan, tapi dua minggu sekali, mesti datang jengguk!”jawabnya.

“Tak tahu pun!” waktu mana dia ke sini. Tak pernah berjauhan dengan aku pun. Tengku Izraf Akif tersenyum. Tak puas hati lah tu. Dia datang dekat dengan Zara Irdina yang sedang berdiri menyusun pakaian di dalam almari, terus dirangkulnya leher Zara Irdina dari belakang.

“Abang datang sekejap saja lah, tengok apa yang patut, pastu balik semula ke sana, sebab buah hati ada di sana, kalau tak ada tu, mungkin dah lama tinggal di sini..,” kata Tengku Izraf Akif sambil mencium pipi Zara Irdina.

“Tak cerita,”

“Cerita apa lagi, abang nie anak yatim piatu saja lah, menumpang kasih bonda, macam Dina juga, jadi apa bezanya kita?” soal Tengku Izraf Akif. Sejak mengandung nie, kerap jugak lah dengar sebutan abang dari aku. Tapi rasa selesa dengan aku dan kau.

“Abang ke sini bukan sebab kena halau kan?”

“Memang dah rancang nak bawa Dina ke sini, kita bina keluarga kita di sini tetapi dah orang halau, datang saja lah..,” ceritanya masih merangkul isteri kesayangannya. Sayang sangat kat kau, Dina ooi.

“Kau banyak rancangan aku rasa lah!”

“Memang arr.. tapi setakat ini rancangan aku semuanya berjaya. Tak gagal lagi lah!”

“Salah satu rancangan kau?”

“Rancangan paling besar dan berjaya adalah untuk memiliki kau, merampas kau dengan apa cara sekali dari Akmal. Aku tunggu 20 tahun saja lah, selebihnya memang aku dah plan nak rampas kau dari Akmal malam kau kahwin tu, tapi jadi sebaliknya pula..,” terang Tengku Izraf Akif. Dia nie ler, perangai memang gila-gila sedikit, ada ke rancang nak bawa aku lari malam tu?

“Apa????” rupanya dia sudah merancang nak buat perkara buruk itu kat aku dan aku pula memang lah terpaksa buat, supaya Akmal ceraikan aku juga malam itu. Sebab aku tak nak, serahkan mahkota perempuan aku kepada seorang lelaki yang telah menghina aku dan ibu kandung aku.

“Yup, betul. Memang aku dah ada niat buruk tu kat kau pun!” jelas Tengku Izraf Akif lagi. Zara Irdina tersenyum pahit. Mujur tak buat benda terkutuk malam itu, kalau tak pasal nasib anak aku sama dengan nasib aku nanti.

“Kenapa senyum? Tak kan suka kut aku buat macam tu, ke memang kau gatai sangat nak dekat aku?” Haa, tuduh aku gatal pulak? Zara irdina menyiku perut Tengku Izraf Akif, Dia yang terlebih gatal.

“Waktu Akmal hina aku, cakap macam-macam tentang mak, waktu itu dah hilang rasa cinta, rasa menyesal sebab setuju kahwin dengan Akmal, macam nak lari saja, sebab rasa tak patut jadi isteri dia, dan tak mau dia sentuh aku lagi. Buat apa kahwin dan ada anak dengan orang yang sudah menghina aku macam itu,,” terang Zara Irdina pula. Aku rela jadi janda sehari dari jadi isteri Akmal. Dia tuduh ibu ku pelacur. Sampai macam tu sekali. Kalau dah tak ada perasaan hormat kat mak kita, buat apa lah kahwin sampai ada anak pinak. Aku tak mau jadi hamba lelaki, kahwin hanya untuk puaskan nasfu dia saja. Akmal memang silap banyak lah.

“Kalau aku tak datang hari tu, kau nak buat apa?” soal Tengku Izraf Akif. Aku memang datang lah, sebab memang dah rancang nak bawa Zara Irdina lari. Sebenarnya nak bawa lari sebelum akad nikah, tetapi ada staf syarikatnya yang terbabit dengan kemalangan, jadi dia terlewat datang.

Hah, Zara Irdina, kalau Tengku Izraf Akif tak datang hari itu, kau nak buat apa? Nak selamatkan diri macam mana? Hmm..arrr...

“Cakaplah, kau nak buat apa?”

“Tak tahu, sebab waktu tu berdoa banyak-banyak supaya ALLAH beri pertunjuk dan jalan keluar dari semua itu. Itu saja yang ada dalam hati,” jawabnya jujur. Itu saja yang ada dalam hatinya kala itu. Waktu itu kan kami masih bermusuh, masih bergaduh. Hu hu hu..,

“He he he..,” senyuman yang begitu bahagia.

“Tak payah senyum-senyum lah, buat malu kat anak saja!”

“Malu apa, Shah mesti bangga dengan papanya nanti,”

“Bangga apanya?”

“Sebab papa dia berani...,”

“Terlebih berani adalah!”

“Yang penting sebab ALLAH merestui cinta kita dan ada jodoh cinta. Cinta kalau tak berjodoh susah jugak. Aku boleh gila kalau tak dapat kau..,”

“Betul ke? Macam tak percaya saja....,”

Tengku Izraf Akif mengemaskan pelukan semakin erat sehingga Zara Irdina kelemasan.

“Anak aku lemas ni,” beritahu Zara Irdina. Sayang sangat pun jangan lah peluk aku sampai macam ni..,”

“Sembilan bulan lebih kena puasa, nie baru nak masuk dua bulan, lagi 7 bulan lebih lagi, tempoh pantang dua bulan lebih.. dekat setahun jugak kena puasa.. lama tu..,”

“Padan muka..,”

“Tak sangka kau tu jenis mudah lekat, buat sekali saja dah jadi macam ni hah?”

“Kecil hati Shah, papa dia cakap macam tu,”

“Ha ha ha..,” ditunjalnya kepala Zara Irdina.

Berkahwin dengan orang yang kita sayang adalah satu perkara yang paling membahagiakan dalam hidup ini. Zara Irdina mencium pipi suaminya dengan sepenuh kasih sayang. Dan dia suka sekali meletakkan pipinya di sebelah pipi suaminya.

Tengku Izraf Akif tersenyum penuh dengan pengertian. Aku akan buktikan dalam soal cinta dan perkahwinan yang penting adalah keredhaan ALLAH, bukannya sama darjat, pangkat dan keturunan. Aku tahu aku melanggar pantang larang kerabat golongan bangsawan dengan mengahwini Zara Irdina, tetapi ALLAH yang menentukan segalanya.

Previous: BAB 25
Next: BAB 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.