ANAK RAJA
TENGKU CEMPAKA (BAB 21)
Ikut kata
hati, mati. Ikut badan binasa lah dirinya. Demi Tengku Cempaka, Zara Irdina
mengalah. Dia terpaksa menurut tetapi sampai di istana, lain pula ceritanya.
“Tengku
Akif tak nak buat majlis ini, katanya elok dibatalkan semua majlis!” beritahu
pembantu peribadi Tengku Cempaka iaitu Pak Syed yang menunggu di ruang tamu.
Batalkan semua??? Balas dendam kat aku ke?
“Bonda!”
panggil Zara Irdina tetapi Tengku Cempaka dia menyahutnya. Kali ini Tengku
Cempaka pula kecil hati dengan sikapnya tadi. Aduhai, bonda pula buat hal.
Dengan anak dia pun tak selesai lagi.
“Pak Syed,
beritahu Tengku Akif saya tunggu dia kat sana yer!” beritahu Zara Irdina.
Hampir setengah jam menunggu, barulah anak raja gondang itu datang ke arahnya.
Zara
Irdina tersenyum senang hati walaupun Tengku Izraf Akif tidak menegurnya,
tetapi asalkan majlis ini berjalan dengan lancar , cukuplah kan. Tak mahu semua
majlis ini dibatalkan disebabkan keegoaan dia dan suaminya. Harus fikirkan
perasaan keluarganya dan juga keluarga Tengku Cempaka. Itu yang Zara Irdina
pentingkan sekarang.
Selesai
pun majlis mandi air bunga itu. Sekarang majlis berinai kecil pula. Mandi di
istana. Berinai kecil di rumahnya pula. Semua saudara mara turut hadir
memeriahkan majlis ini. Wan Aisyah senang hati melihat sikap Zara Irdina yang
mahu mengalah.
Tetapi
berbeza dengan Tengku Cempaka yang sudah dapat mengesan sesuatu ke atas diri
Zara Irdina. Apa yang ditakutkan selama ini sudah berlaku, dan dia sudah
berbincang dengan Wan Aisyah akan hal ini. Maka dijemputnya Zara Irdina ke
rumahnya. Dipanggilnya Tengku Izraf Akif menyertai majlis tertutup ini.
“Kenapa ni
bonda, mama?” soal Tengku Izraf Akif sambil duduk di sebelah Zara Irdina.
“Bonda nak
Zara berlaku jujur malam ini, begitu juga dengan Akif!” kata Tengku Cempaka.
Mereka berdua saling berpandangan.
“Insha
ALLAH!” jawab Tengku Akif. Hati Zara Irdina berdebar menantikan pertanyaan dari
emak mentuanya.
“Zara
Irdina sudah hilang daranya. Dengan siapa Zara? Akmal atau Tengku Akif?” soal
Tengku Cempaka berterus terang kali ini. Tingkah laku Zara Irdina sudah pun
memberi jawapan. Dua majlis tadi, Zara Irdina sudah hilang akan seri pengantinnya.
Sebab itu dia syak semua ini. Bila diamati diri Zara Irdina, sebagai orang yang
lebih tua, tahulah dia, Zara Irdina bukan anak dara lagi. Cuma mahu tahu dengan
siapa Zara Irdina memberi haknya.
“Dengan
saya, bonda. Saya yang melakukannya!” jawab Tengku Izraf Akif berterus terang.
Zara Irdina menunduk ke bawah, memandang lantai saja.
“Akif!”
tergaman Tengku Cempaka. Cemarlah maruah kerabat kami kali ini. Anak kesayangan
ku telah melakukan kerja durjana ini.
“Kenapa
lah buat benda macam nie, bukan kami tak restu pun hubungan kalian berdua. Mama
dan Engku Cempaka memberi restu sepenuhnya lah. Kita boleh berbincang,” kata
Wan Aisyah kesal. Zara, kenapa lah jadi macam ini??? Sedihnya hati kerana anak
kesayangan melakukan semua ini.
“Bonda,
mama dengar dulu lah penjelasan dari saya..,” kata Tengku Izraf Akif sambil
memegang tangan Tengku Cempaka tetapi Tengku Cempaka menepisnya perlahan.
“Benda dah
jadi lah, Akif. Entah-entah Zara tengah mengandung anak kau sekarang. Orang hina Zara pun tak habis lagi, kau orang
dah tambah lagi benda ini,” ujar Tengku Cempaka, kecewa dengan sikap Tengku
Izraf Akif kali ini.
“Tengku
Izraf Akif, kan saya dah cakap. Saya dah suruh beritahu awal-awal, Tengku
mengelak sejuta dengan saya yer, padan muka Tengku!” kata Zara Irdina sambil tersenyum.
Aku suka tengok muka gelabah tengku sengal ini.
“Hish, kau
ni, bukan nak tolong suami kau..,” kata Tengku Izraf Akif.
“Suami??”
ucap bonda dan mama serentak.
“Kita
orang dah kahwin lah, dekat dua bulan dah. Kalau bonda pandai, cuba pegang
perut Dina tu, dah ada isi dah lah. Saya dah tak sabar nak sentuh dina nie,
sebab tu saja ajak kahwin awal. Nak elak maksiat katakan!” ujarnya sambil
tersenyum. Terus dikeluarkan gambar kahwin, sijil kahwin dan bukti-bukti yang
lain.
“Kahwin
lari?” teka Tengku Cempaka lagi. Dipegangnya tangan Zara Irdina, disentuhnya
perut Zara Irdina. Betul, sudah ada sesuatu dalam perut Zara Irdina.
“Mana ada,
kita orang buat majlis kat Pulau Pangkor lah, bonda!”jawab Tengku Izraf Akif.
Album perkahwinannya dihulurkan kepada kedua orang tua mereka. Tengku Cempaka
menyambutnya dan melihat satu-persatu gambar perkahwinan tersebut. Begitu juga
dengan Wan Aisyah. Sama padan, sama cantik. Alhamdulillah, lega rasa hati. Tapi
nak marah jugak lah.
“Kenapa
buat macam ni?” soal Wan Aisyah.
“Tak tahan
dah mama, tak boleh nak kawal nafsu lagi, asyik pandang Dina sebelah pintu
saja, kalau saya terkam dan buat benda tak senonoh, mama nak? Bonda nak?”
jawabnya sambil mengenyitkan matanya kepada Zara Irdina. Marah hilang macam tu
saja. Antara kami tak pernah ada adegan pujuk memujuk pun selama ini. Kami tak
pernah buat pujuk rayu tu. Zara Irdina mencubit paha suaminya dengan kuat
sekali membiarkan Tengku Izraf Akif menahan kesakitan.
“Zara pula
kenapa?” soal Tengku Cempaka pula.
“Tak payah
tanya dia lah, bonda. Dia tu memang dah lama tergila kan saya. Sebab tu sanggup
kahwin dengan saya,” jawab Tengku Izraf Akif membuatkan hati Zara Irdina sebal.
“Mungkin
Zara anggap kami nie keluarga angkat dia saja kut, sebab tu dia kahwin tak
beritahu kami...,” ucap Wan Aisyah menyentuh hati Zara Irdina.
“Tak lah,
mama!” ucap Zara Irdina, turut rasa sedih.
“Akif, pun
sama, buat bonda macam nie..,” celah Tengku Cempaka pula.
“Kita
orang sayang lah kat mama, kat bonda. Saya tahu saya salah dalam hal ini, bukan
salah Dina pun. Saya yang paksa dia terima saya, dan kahwin dengan saya sebab
saya selama ini terlalu sayangkan dia, mama.
Saya tahu saya terlalu terburu-buru untuk memiliki dia, maafkan saya,”
jelas Tengku Izraf Akif membuatkan hati Zara Irdina sejuk mendengarnya. Ini yang aku nak dengar sejak bergaduh
semalam. Dia perlu mengaku kesilapannya.
“Kenapa
perlu kahwin lari? Bonda boleh buat majlis pernikahan kau orang berdua, kenapa
perlu tergesa-gesa. Akif dah tak sayang bonda ke?” persoal Tengku Cempaka
membuatkan Tengku Izraf Akif hilang kata-kata. Itu lah ikut kehendak hati
sangat, akhirnya tengok apa sudah terjadi.
“Kau orang
dah bertunang kan? Kalau minta dikahwinkan segera pun kami sanggup lah. Kenapa
sisihkan kami?” sambung Wan Aisyah pula. Lagilah terseksa mendengarnya. Pedih
mata Zara Irdina.
“Bonda..”
panggik Tengku Izraf Akif pula.
“Sudah
lah, Akif. Kecil hati bonda!” kata Tengku Cempaka dan terus bangun dari situ.
Wan Aisyah turut melakukan hal yang sama.
“Bonda,
mama.. jangan lah macam ni..,” panggil Tengku Izraf Akif tetapi mereka berdua
tidak peduli dengan panggilan itu.
Hati orang
tua perlu dijaga. Masa nak kahwin hari itu tak fikir pun semua ini akan
berlaku. Tetapi mesti lah dia orang marah, sebab kami kahwin macam ini. Kahwin
rahsia. Kalau tak buat macam ini, Zara nie bukannya boleh harap sangat, buatnya
dia tahu hubungan kami tak direstui oleh kaum kerabat, dia lari pula dari
aku, lagi lah haru.
Puas
dicari satu istana untuk memujuk bonda dan mama, tetapi tidak berjumpa. Rata
ceruk cari pun tidak ditemui.
Majlis
khatam Al quran berlangsung juga. Begitu juga dengan majlis berinai. Hari ini
ada majlis akad nikah di dewan besar di istana. Walaupun sudah akad nikah, apa
salahnya buat sekali lagi hari ini.
Semua majlis sudah berlangsung tinggal majlis bersanding dan kenduri
keesokkannya hari ininya.
Nampak
bonda marah benar sampai tak bercakap dengan Tengku Izraf Akif sewaktu majlis
akad nikah hari ini. Mama pun sama juga. Semalam Zara Irdina pulang tidur di
rumah mamanya, Mama pun tidak bertegur sapa dengannya, hanya papa saja yang
boleh menerima penikahan ini.
“Akif,
Zara, papa jemput ke rumah pula sekejap lagi.Ada majlis di rumah papa pulak!”
beritahu Wan Yusuf sambil menepuk bahu Tengku Izraf Akif. Majlis akad nikah ini
hanya dihadiri oleh keluarga yang terdekat saja. Tengku Izraf Akif hanya
mengangguk.
Sebelum
pergi ke rumah sebelah, mereka berdua berjumpa dengan Tengku Cempaka terlebih
dahulu. Waktu itu Tengku Cempaka sedang duduk di sofa di ruang tamu istananya.
Terus Tengku Izraf Akif datang mengadap,dia melutut di hadapan Tengku Cempaka.
Kedua-dua belah tangan Tengku Cempaka dipegangnya dengan erat.
“Saya
minta maaf kat bonda..,” ucapnya. Zara Irdina hanya berdiri sambil berehat.
“Saya tahu
saya terlalu ikutkan nafsu, bonda. Saya
sedar saya salah..,” sambung Tengku Izraf Akif lagi.
“Abang,
pening lah!” ucap Zara Irdina tiba-tiba. Rasa tempat yang dia berdiri
bergoyang. Banyak sangat acara dua hari ini, tak sempat nak berehat.
“Zara!”
panggil Tengku Cempaka terus bangun. Begitu juga dengan Tengku Izraf Akif.
“Kenapa
ni?” tanya Tengku Izraf Akif.
“Nak pitam
lah, tak cukup rehat kut!” jawab Zara Irdina.
“Akif,
bawa Zara berehat kat bilik dulu lah!” arah Tengku Cempaka. Tengku Izraf Akif
mendukung isterinya masuk ke dalam bilik. Tengku Cempaka pula mengekorinya dari
belakang.
“Bonda tak
marah saya lagi ke?” soalnya sambil naik anak tangga terakhir.
“Marah
lah, tapi bukan dengan Zara!” jawabnya. Tengku Izraf Akif meletakkan Zara Irdina
di atas katil.
“Kalau
gitu nak kena mengandung juga lah, sebab tak kena marah!” balas Tengku Izraf
Akif lagi.
“Beri air
ni kat Zara, Akif!” kata Tengku Cempaka menghulurkan segelas air putih yang
dituangnya dari botol mineral. Disuakan ke mulut Zara Irdina.
“Ini lah
sebabnya orang suruh kahwin, buat majlis elok-elok. Nie majlis tengah
berlangsung dah macam-macam hal. Anak dalam perut tu masih baru dan perlukan
perhatian!” dengus Tengku Cempaka. Sayang kat Tengku Izraf Akif melebihi
anak-anak kandungnya sendiri. Anak angkat ini memang buah hatinya selama ini.
“Zara nie
terlebih subur kut, sekali kena saja, melekat terus!” balas Tengku Izraf Akif
sambil memicit kepala isterinya selepas dibukakan tudung di kepala. Hish, aku
sakit kepala saja nie, kalau tidak memang aku karate suami aku sendiri hari
nie. Tak malu langsung.
“Kau pun
sama!” balas Tengku Cempaka.
“Aih, saya
nie keturunan raja lah, bonda. Memang terlebih power pun!” jawabnya. Rasa
bahagia sebab bonda sudah tidak merajuk lagi. Tengku Cempaka membubuh minyak
angin di dahi Zara Irdina dan disuakan ke hidung Zara Irdina. Ringan kepala
rasanya. Minyak angin apa ni? Baunya pun boleh menghilang rasa stress dan
pening tadi.
“Dah ada
nama, Akif. Kena letakkan nama selepas tahu jantina nanti. Tapi bonda harap nie
cucu lelaki!” tanya Tengku Cempaka. Sukanya sebab tak lama lagi nak dapat cucu.
Akif nie kalau aku marah pun buat sakit jiwa raga saja. Jadi, nak merajuk
lama-lama pun tak sanggup lagi. Sebab aku sayangkan Akif dan Zara. Tambahan
lagi bila dengar Zara dah mengandung sekarang. Alhamdulillah. Bukan senang nak
mengandung bunting pelamin macam ini.
“Tengku
Iskandar Shah bin Tengku Izraf Akif, bonda!” jawabnya dengan penuh yakin.
“Kau tahu
mana lelaki?” soal Tengku Cempaka. Dia turut memicit tangan kanan Zara Irdina.
Ooo, anak dan mak sudah rancang macam-macam yer tentang aku. Tak suka nak
dengar semua ini.
“Saya tau
lah, sebab saya yang buat..,” jawabnya lagi. Zara Irdina mencubit lengan
suaminya. Semakin geram.
“Sedap
nama tu, bonda suka. Yang kedua nanti, biar bonda pula letak nama!”
“Boleh,
tiap-tiap tahun dia beranak pun tak ada masalah rasanya!”
“Elok tu,
bonda memang nak Zara beranak ramai pun nanti..,”
“Ha ha ha..
tak ada masalah tu, saya boleh buat!” Aku tendang kaki kau, kau nak?
Tengku
Cempaka nie kepala otak dia sama dengan kepala otak anak dia.
“Zara,
bonda gurau saja lah sayang. Kesihatan Zara yang penting, jangan diikut sangat
kepala otak suami kau ni, dia bukannya betul sangat!”
“Bonda,
sebab isu nie lah, saya kahwin dengan dia awal, tak tahan bonda, Budak nie suka
goda saya setiap hari..,” beritahu Tengku Izraf Akif lagi. Aku pulak yang goda
dia. Dia yang terhegeh nak kat aku sampai buat kerja tak senonoh dan berbagai
ugutan, dia tak nak mengaku yer. Pandai sungguh Tengku Izraf Akif.
Aku hilang
sakit kepala sekejap lagi, kau memang nak kena dengan aku lah, Tengku Izraf
Akif.