Home Novel Komedi/Romantik Komedi MY LOVELY TENGKU
MY LOVELY TENGKU
pitteriah abdullah
5/3/2014 11:02:50
1,133,166
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 12

ANAK RAJA TENGKU CEMPAKA (BAB 12)

“Dah kahwin kan?” tanya Fauziah, Pegawai Kanan di bahagian Akaun sebaik saja Zara Irdina mahu bangun dari tempat duduknya. Sekarang isu kami kahwin memang tengah ‘hot’. Tetapi selepas itu kami di majlis perkahwinan tempoh hari memang kami pasangan hot pun.

“Kahwin tak kahwin, tapi Zara tu tengah mengandungkan anak saya lah sekarang nih..” jelas Tengku Izraf Akif turut bangun dan tersenyum saja. Zara Irdina mengangkat keningnya yang hitam lebat itu.

“Dah kahwin lah tu, tahniah yer!” balas Fauziah sambil merangkul bahu Zara Irdina. Zara Irdina tergaman sekali lagi.

“Hmmm...,” hilang kata-kata atau barangkali tidak tahu nak ucapkan apa-apa.

“Tak ramai lelaki yang mahu menerima anak haram seperti kita. Kau bertuah, Zara!” sambung Fauziah lagi membuatkan mulut Zara Irdina terbuka sedikit. Fauziah jugak senasib seperti aku jugak ke?

“Hah???”

“Kita senasib, cuma orang tak tahu rahsia saya, berbeza dengan Zara!” ucapnya perlahan.

“Cik suami okey tak? Itu yang terkeluar dari mulut Zara Irdina. Sebab setahu dia Fauziah sudah ada anak dua sekarang. Yang penting pendamping kita boleh menerima kita, yang lain kita buang jauh-jauh. Sebab yang nak hidup dengan kita adalah suami kita. Orang lain apa kisah.

“Okey sangat!” jawabnya sambil tersenyum.

“Alhamdulillah..,”

“Tengku Akif pun okey lah. Dia baik!”

“He he he..

“Nanti kita berbual lagi yer, nak sambung kerja dulu nih!” ucap Fauziah.

“Okey!”

“Tengok awak bahagia sangat sekarang, kita tumpang bahagia juga, Zara. Kita kena buktikan anak haram macam kita pun boleh bahagia dan berjaya. Orang yang hina kita tu kena bukak mata luas-luas selepas ini, Zara!” sambung Fauziah lagi.

Bahagia itu datang dari hati, dari perasaan. Bahagia tidak boleh dibuat-buat ataupun berpura-pura untuk merasa bahagia. Tetapi bahagia itu lahirnya dari jiwa yang tenang. Memang sejak dia berkahwin, sejak dia bergelar isteri Tengku Akif, memang perasaan itu lah yang datang di dalam hatinya. Dia bahagia kerana memiliki cinta Tengku Akif. Walaupun dia tahu banyak rintangan yang akan dia hadapi kelak.

Apabila kita berada di sisinya, kita berasa selamat, hati pun jadi tenang. Bila kita memandang wajahnya, apa tah lagi melihat senyumannya, semua itu boleh membuatkan hati kita damai, dan kita rasa apabila dia sentiasa di sisi, kita rasa happy dan bahagia. Sejak aku kenal Tengku Akif, itulah perasaan aku ketika bersama dia. Tak sangka ada jodoh antara kami.

Dia tahu keluarga Tengku Akif boleh menerimanya. Kekanda Tengku Akif, Tengku Mawar rapat dengannya. Begitu juga dengan adik beradik yang lain. Bonda Tengku Cempaka juga merestui perkahwinan ini, tetapi kaum kerabat Tengku Izraf Akif tidak suka pada dirinya kerana status kelahirannya.

Apa nak buat bukan ini kehendaknya. Kalau boleh dia sendiri tidak mahu semua ini terjadi dalam kehidupannya. Bukan dia yang meminta-minta dilahirkan sebagai anak haram begini, tetapi barangkali ini takdirnya.

“Rapat dengan Fauziah tak?” soalnya ketika malam bersama Tengku Izraf Askif. Tengku Cempaka menjemput dia makan malam ke istana, tetapi dia menolak. Mama pula menjemput Tengku Akif dan dia makan malam di rumah. Hendak berlaku adil, lebih baik tidak ke mana-mana. Rumah mama pun tidak pergi, ke istana pun tidak, makan di luar saja.

“Tak. Kenal macam tu saja? Kenapa dengan dia?”

“Abang tahu, dia anak luar nikah macam Dina juga?”

“Apa??”

“Dia yang bagi tau tadi kat Dina..,

“yang abang tahu dia dah kahwin dan dah ada dua orang anak kan?”

“Yup..,”

“Habis apa masalah?” Tengok kehidupan Fauziah tu macam orang lain juga. Bahagia dan happy. Suaminya seorang inspektor polis. Kerap jugaklah nampak cik abang dia datang menjemputnya di ofis.

“Nanti Dina nak keluar bersembang panjang dengan dia, boleh tak?”

“Abang tak kisah lah Dina nak keluar jumpa kawan perempuan, pergilah, tetapi jangan mengatal dengan orang lelaki sudah lah. Itu yang abang tak suka.” Suara Tengku Izraf Akif.

“Sebab??”

“Kau tu kahwin dengan anak raja, tolong lah jaga maruah suami kau nie yer..,” peringat Tengku Izraf Akif. Zara Irdina mencebik mulutnya. Penting sangat gelaran dia sebagai anak raja yer? Tetapi betul lah, status dia sebagai orang terhormat harus dijaga. Jangan sampai tercemar.

“Ooo.. maruah dan nama baik kau kena jaga, maruah dan harga diri aku, kau tak kisah pula?” ujar Zara Irdina. Tiba-tiba rasa macam nak naik angin dengan jawapan yang diberikan oleh Tengku Izraf Akif. Kahwin terburu-buru, suruh tunggu enam bulan pun tak nak. Sekarang, apa-apa hal Zara Irdina yang akan menanggungnya. Dia lelaki, tak ada masalah kan? Kita yang perempuan ini yang masalahnya.

“Kau tu kalau aku tak buat macam nie, tak ugut kau, tak paksa kau, tak cuba perkosa kau, kau tu masih tak akan terima cinta aku. Susah sangat kau tu, wal hal kau tu nak kat aku separuh mati dah, macam lah aku tak tau!” ucapnya sambil tersenyum meleret.

“Jadi, kau bukan bersungguh lah hari tu?” soal Zara Irdina. Tak boleh ingat kejadian tempoh hari, takut sangat dengan sikap Tengku Izraf Akif yang cuba memperkosanya.

“Buat apa lah aku nak buat benda tu kat kau, aku ada agama lah. Aku gempar sajalah, nak uji kau!” jawab Tengku Izraf Akif berterus terang dengan sejujur hatinya.

“Tak guna betul lah kau ni..,” marah Zara Irdina.

“He he he.. “ dipeluknya bahu Zara Irdina dengan manja. Zara irdina tersenyum, senang hati.

Apa lah suami aku nih ajak kahwin dengan cara yang teruk sangat lah. Orang pikat lah hati kita elok-elok. Baru best kan? Ini??? Atau pun kerana sudah lama jatuh cinta membuatkan hatinya sudah jemu untuk memikat hati ku?

“Abang, boleh tak kalau Dina berhenti kerja?” soalnya ketika bangun dari kerusinya. Selesai sudah makan. Malam ini nak tidur di mana pun tak tahu lagi. Tidur di rumah atau di istana? Tengku Akif ini dia pakai kepala otak dia saja, bukan dia kisah sangat hal-hal lain.

“Ikut suka hati Dina lah, abang tak kisah semua tu..,” jawabnya. Banyak lagi masalah yang perlu diselesaikan. Semua rancangan sudah berada di dalam kepala otaknya.

“Cadang selepas ini nak bukak butik muslimah lah. Nak jadi bos, tak nak makan gaji dengan orang!” ini adalah impiannya sejak dari bangku sekolah lagi. Tengku Izraf Akif tahu benar dengan cita-cita isteri kesayangannya ini. Setiap kali guru kelas bertanya akan cita-cita bila sudah dewasa nanti, itu lah yang Zara Irdina beritahu kepada cikgu dan rakan sekelas.

“Abang akan menyokong keputusan Dina tu..,”

“Balik dari jumpa mak, Dina serahkan surat letak jawatan kat Kak Mawar, abang nak terus tinggal dengan bonda ke?” soal Zara Irdina. Elok kami tinggal di rumah sendiri dari tinggal di istana. Tetapi masalahnya Tengku Izraf Akif anak bongsu, lelaki pula tu, tentu Bonda tak akan benarkan dia keluar dari istana tersebut.

“Pergilah jumpa mak dulu, yang lain abang uruskan kemudian,”jawab Tengku Izraf Akif. Dibukakan pintu kereta untuk Zara Irdina, dan melihat Zara Irdina masuk ke dalam kereta kepunyaannya.

“Malam ni nak tidur di mana?” soal Zara Irdina. Sejak kahwin rahsia ini, persoalan nak tidur di mana ini lah yang susahnya.

“Dina tidur di rumah dina lah, abang tidur di rumah abang. Kenapa?”

“Ooo... Tengku Akif, sebab dapat madu semalam, jadi Tengku Akif senang hati lah kan?” soalnya sedikit kecewa dengan jawapan Tengku Izraf Akif. Sebelum ini setiap malam, asyik mencuri masuk ke jendela rumah mama saja. Malam ini boleh pula tidur berasingan.

“Pandai pun. Dah dapat apa yang nak jadi dah tak kisah lah!” katanya sambil cepat-cepat berjalan ke arah pintu kereta di sebelah sana sebelum sempat Zara Irdina menumbuk lengannya.

Pukul sebelas malam baru sampai di rumah, sebab singgah di rumah Fauziah dulu. Fauziah ajak mereka berdua bertandang ke rumahnya. Jadi tak sampai hati pula apabila Fauziah bersungguh mengajak mereka berdua ke rumah. Terpaksa lah solat di masjid berdekatan dengan rumah Fauziah saja. Kebetulan suami Fauziah, Inspektor Farid turut berjemaah di situ. Jadi mereka suami isteri turut solat di masjid saja. Sesibuk mana pun, ibadah solat jangan ditinggalkan. Itu yang mereka amalkan selama ini.

Ini kali pertama mereka berdua pulang selewat ini. Itu pun sebab mereka sudah menjadi pasangan suami isteri. Cuma keluarga saja yang tak tahu lagi. Ketika sampai, semua keluarga sedang berkumpul di rumah Wan Yusuf.

“Akif, kau orang tu hanya bertunang saja lah, jangan jadikan alasan bertunang ini sebagai tiket kau orang berdua boleh bebas melakukan apa saja,” tegur Wan Yusuf selepas selesai bersalaman dengan bakal menantunya.

“Zara nie perempuan lah, kalau jadi sesuatu macam mana?Kena jaga diri Zara juga,” sambung Tengku Cempaka pula. Sejak mereka bertunang, sejak khabar angin tentang kahwin lari mereka berdua tersebar luar, hati bonda tak tenang lah Akif.

“Singgah rumah Fauziah sekejap tadi, itu sebabnya kita orang lewat!” beritahu Zara Irdina sambil memandang tepat ke anak mata suaminya.

“Lepas nie jangan keluar berduaan lagi. Tunggu sampai kahwin baru boleh berjumpa. Papa tak nak Akif jumpa Zara selagi kamu tak jadi suami isteri, faham tak?” pesan Wan Yusuf.

“Okey, papa!” jawab Tengku Izraf Akif.

Amboi, mudahnya beri jawapan kat papa. Tak rindu ke nanti?

Previous: BAB 11
Next: BAB 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.