Home Novel Komedi/Romantik Komedi MY LOVELY TENGKU
MY LOVELY TENGKU
pitteriah abdullah
5/3/2014 11:02:50
1,133,208
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 16

ANAK RAJA TENGKU CEMPAKA (BAB 16)

Selang setengah jam, Tengku Izraf Akif akan membuat panggilan kepada isterinya untuk bertanyakan akan hal diri isterinya. Tak mahu sesuatu yang tidak diingini berlaku terhadap isteri kesayangannya itu.

“Abang tak tidur ke, dah dekat 11 kali abang call Dina,” dah masuk pukul 6.30 pagi, dan telefon itu asyik berbunyi setengah jam sekali dari pukul 12.00 malam tadi.

“Tak. Abang call sebelas kali, tapi 5 kali saja yang Dina jawab..,” Dia memang tak boleh tidur pun sejak semalam.

“Orang tidur lah!” jawab Zara Irdina. Pukul dua belas dia menjawabnya, selepas tu pukul 1.30, pastu terlena sekejap apabila telefon berbunyi jam 2.30 pagi. Berbual sehingga dia terlena semula. Dan dua panggilan yang selebihnya adalah pada subuh tadi.

“Tidur sampai tak ingat kat abang yer!”

“He he he.. terima kasih...,”

“Shah mana?”

“Shah tak boleh nak tolong kali ini, mama nak papa Shah yang bantu mama,”

“Pukul berapa nak balik?”

“Insha ALLAH, petang nanti. Kenapa? Abang datang jemput Dina ke?”

“Tak lah. Abang tunggu kat sini saja yer!”

“Okey lah, nak sambung kemas baju!”

“Okey!”

Puas dia berfikir selesai Subuh tadi, apa yang dia perlu lakukan sekarang? Apa lagi yang dia ada untuk terus dia tinggal di sini??? Sharifah Madziah suruh dia pergi dari sini secepat mungkin sebelum Sharifah Kamariah melihatnya. Dan Sharifah Kamariah tentu tidak mahu berjumpa dengannya yang hina ini. Habis? Untuk apa terhegeh-hegeh lagikan? Elok balik saja ke pangkuan keluarga yang berada di sana.

Kad kahwin dilemparkan ke dalam tong sampah saja.

Kata-kata Sharifah Madziah ada kebenarannya, pertemuan ini boleh menganggu kebahagiaan Sharifah Kamariah kerana suaminya tidak tahu akan kehadiran aku dalam keluarga mereka. Aku tak sanggup menghancurkan rumah tangga orang yang menglahirkan aku ke dunia ini? Aku mahu melihat dia bahagia di dunia sampai akhirat. Itu yang aku doakan selama ini.

Tunggu sehingga ke petang sebab tiba-tiba dia mendapat panggilan dari suaminya menyuruh dia menunggu sehingga pukul enam petang. Pukul 5.30 petang dia membawa segala begnya ke kaunter, mahu menyerahkan kunci bilik tetapi namanya di panggil oleh Eka.

“Mak teh nak jumpa..,” beritahu Eka sambil membawa Zara Irdina ke pejabat Sharifah Madziah. Nak jumpa buat apa lagi?

“Kau sepatutnya tahu siapa perogol itu. Sampai bila pun kami sekeluarga tak akan memaafkan perogol tersebut..,” tak sempat pun dia duduk, tapi sudah di humban cerita sebegini pulak. Aku pun tak nak tahu lah siapa perogol itu. Tetapi kerana dia aku lahir ke dunia ini. Itu kenyataan.

“Tak payah lah beritahu..,” balasnya menolak perlahan. Aku tak nak dengar lah.

“Kau sepatutnya tahu.. “ sambung Sharifah Madziah dengan perasaan benci yang teramat sangat.

“Siapa?” tanya Zara Irdina, berdebar. Siapa??

“Suami Tengku Cempaka.. Tengku Borhan...” jawab Sharifah Madziah.

“Siapa??” ulang Zara Irdina.

“Tengku Borhan, suami Tengku Cempaka, itu lah nama manusia durjana itu..,”

Dammm.. Zara Irdina terus jatuh pengsan bila mendengar nama itu disebut untuk kali kedua.

Buka mata, Tengku Izraf Akif ada di hadapan. Dia pula berada di wad. Lima jam dia tidak sedarkan diri kerana ditimpa taufan bencana, apabila dibukanya mata, suaminya sedang menantinya.

Melihat Tengku Izraf Akif di hadapannya, terus dia menangis. Menangis sepuas hatinya. Aku berkahwin dengan saudara kandung ku sendiri rupanya. Dosa apa kah aku sehingga ditimpa ujian yang maha hebat ini? Tetapi kalau betul, tak kan Tengku Cempaka tidak tahu aku anak suaminya? Tak mungkin mama tak tahu cerita ini.

Zara Irdina mengesat air matanya apabila seorang jururawat masuk ke dalam biliknya. Jururawat itu tersenyum ke arahnya.

“Kenapa dengan isteri saya, nurse?” soal Tengku Izraf Akif. Dia sampai tepat pada waktunya. Ketika dia datang, isterinya telah pengsan dan sedang mahu di bawa ke hospital.

“Tahniah, Encik. Isteri Encik mengandung 3 minggu!”beritahu jururawat tersebut.

“Apa???” Zara Irdina terkejut yang teramat sangat.

“Yahoo.. aku dah berjaya!” jerit Tengku Izraf Akif keriangan.

“Saya tak nak anak nih.. saya nak gugurkan dia!” jawabnya pantas. Aku tak nak anak hasil sumbang mahram ini lahir ke dunia ini. Aku tak sanggup memandangnya nanti.

“Apa kau merepek ni?” balas Tengku Izraf Akif. Zara Irdina menyambung menangis lagi.

“Aku tak nak kau lagi, kita tak boleh hidup sebagai suami isteri. Kita sudah melakukan dosa besar, Akif!” jerit Zara Irdina seperti hendak gila saja jadinya. Tengku Izraf Akif mengarahkan supaya jururawat itu keluar dari bilik isterinya.

“Dosa apa pulak ni? Baik kau cakap terus terang sebelum aku lempang muka kau!” marah Tengku Izraf Akif, turut tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh isterinya.

“Dosa, kerana kita berkahwin adik beradik lah!”

“Siapa cakap?”

“Sharifah Madziah cakap perogol itu adalah Tengku Borhan, suami Tengku Cempaka dan dia adalah ayahanda kau, Akif!”

“Hah?” mana mungkin Tengku Borhan punya angkara kerana peribadi Tengku Borhan terlalu baik orang. Tengku Borhan bukan sebarangan orang, tetapi dia adalah Ketua Agama kepada masyarakat kami di situ. Dia merupakan pemimpim yang dihormati. Dan tak mungkin dia yang melakukan kerja terkutuk ini.

“Kita telah melakukan dosa besar, Akif. Perkahwinan kita adalah haram di sisi agama!” sambung Zara Irdina lagi.

“Kau merapu apa ni?” tanya Tengku Izraf Akif.

“Kenyataan, Akif. Sekarang aku mengandung anak haram kita berdua!” tegur Zara Irdina. Kenapa kami yang menerima hukuman.

“Cakap elok-elok sikit sebelum kau makan penampar aku!” ulang Tengku Izraf Akif lagi.

“Aku tak nak simpan anak ini lagi, sekarang juga aku nak gugurkan dia!” kata Zara Irdina sambil cuba untuk bangun dari katilnya tetapi Tengku Izraf Akif menghalang Zara Irdina dari bangun. Dipeluknya bahu Zara Irdina dan Zara Irdina meronta mohon dilepaskan.

“Lepaskan aku, Akif. Aku tak simpan dia dalam rahim ku.. aku tak nak dia derita kerana dosa kita berdua!” jerit Zara Irdina sambil menolak badan suaminya yang memeluknya dengan erat.

“Aku tak benarkan, aku nak kau lahirkan dia ke dunia ini..,” kata Tengku Izraf Akif. Tegas sekali.

“Tak mungkin..,” rayu Zara Irdina penuh simpati.

“Dia tak bersalah.. lagi pun ingat senang ke nak dapat anak. Anugerah nie!” suara Tengku Izraf Akif sudah lembut. Tidak lagi marah. Dia tersenyum senang hati. Tadi sengaja lah ikut kepala angin isterinya itu.

“Kita adik beradik lah!”

“Siapa adik beradik, kau tu isteri aku lah. Kita suami isteri dan hubungan kita nie halal. Anak tu anak halal!”

“Aku anak Tengku Borhan..., kau tu pun..” ingat Zara Irdina. Tengku Izraf Akif mengeluarkan kad pengenalannya lalu diberikan kepada Zara Irdina.

“Baca elok-elok.. eja nama tu satu persatu. Kalau tak reti biar aku tolang ejakan!”

“Tengku Izraf Akif bin Tengku Borhanuddin!” sebut Zara Irdina sambil menconggak memandang anak mata suaminya.

“Aku bukan anak Tengku Cempaka, bukan juga anak Tengku Borhan. Aku hanya anak angkat Tengku Cempaka. Abah dan Ummi meninggal ketika aku berumur 4 tahun. Mungkin kau anak Tengku Borhan, tetapi bukan aku. Apa lah kau nie, nama penuh bapa mentua kau pun kau tak tahu!”

“Hah...,”

“Cakap tu lain kali siasat dulu, nie yang meroyan macam org gila tu apa kes?”

“Takut kita adik beradik!”

“Aku tahu lah mak ayah aku, kau tu yang tak kenal mak dan ayah kau. Dan mak ayah aku bukan mak ayah kau, faham tak?”

“Legaaaa..,” dia menarik badan suaminya. Lalu dipeluk dengan penuh kasih sayang. Tengku Izraf Akif mengesat kedua belah mata isterinya dengan kedua belah tangannya. Zara Irdina tersenyum.

Kalau betul kami adik beradik, memang aku dah gila hari ini.

Previous: BAB 15
Next: BAB 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.