Home Novel Kisah Hidup ASSALAMUALAIKUM NABILA
Bab 13

          “Assalamualaikum mamaaa.” Aku membuat nada suara yang seram lalu menyergah mamaku yang asyik khusyuk memegang sebatang pen biru untuk menulis sesuatu pada permukaan sehelai kertas putih.

          “Hishhh, kakak ni. Terkejut mama.” Puan Hasnah terkejut lalu berteriak ke arah anaknya itu.

          “Jawab salam.” Aku mengangkat keningku ke arah mama.

          “Waalaikumusalam.” Puan Hasnah hanya menjeling pandangannya ke arah aku.

          “Mama nak buat apa tu?” Aku menyoal sambil membuka peti ais untuk melihat makanan yang ada untuk dijamah.

          “Nak list barang je.” Ringkas Puan Hasnah.

          “Mama list apa?” Aku menyoal lagi lalu mengigit buah epal yang telah dipotong oleh mamaku yang berada di atas meja makan.

          “Barang dapurlah, kejap lagi keluar nak beli barang.” Puan Hasnah menjelaskan penjelasannya kepada anaknya.

          “Ohhhh, banyak tak?”

          “Mama tengah listkan laa ni.”

          “Nak ikut boleh?” Aku memerhatikan sahaja gelagat mamaku itu yang sedang memikirkan sesuatu barang yang sudah habis untuk disenaraikan di atas sehelai kertas. Puan Hasnah mengiyakan sahaja tanpa melihat wajah anaknya itu.

          “Kalau kakak nak drive, boleh?” Aku mengenakan soalan lagi kepada mamaku. Puan Hasnah pun mengiyakan sahaja.

          “Okay, kakak drive. Gerak dulu.” Nabila menepuk meja makan lalu terus beredar ke ruang tamu kerana terlalu gembira apabila melihat mamanya telah mengizinkannya untuk memandu kereta dan ia membuatkan Puan Hasnah tersentak seketika lalu membulatkan matanya.

          “TAK BOLEH..!!!” Puan Hasnah berteriak.

          “Boleh.” Aku mengiyakan sahaja sambil tersenyum sendirian.

          “Dah, jangan kacau mama.”

          “Baik.” Aku tergelak dan berasa geli hati lalu aku terus menonton rancangan kegemaranku yang baru bermula di kaca televisyen.

…………………………………………………………..

          “Kak, mama dengan abah nak pergi kat bahagian ikan.” Puan Hasnah dan Encik Rosdi terus menuju ke arah tempat yang menyediakan bahan mentah atau barang masakan yang ada di kawasan itu.

          “Okay.” Aku mengiyakan sahaja.

          “Kakak pergi bahagian biskut kejap ye maa.” Sambung aku.

          Aku meneliti setiap jenama biskut dan tarikh luputnya untuk kegunaan yang lebih lama. Kadang-kadang tarikh yang sudah luput pun mereka masih lagi meletakkan di bahagian rak-rak makanan tersebut. Ini boleh menyebabkan ramai pembeli berwaspada untuk membeli dan berkemungkinan pembeli akan membuat aduan terhadap pemakanan atau barang yang tarikhnya sudah luput.

          ‘Aku nak beli biskut apa ya. Biskut Marie dan biskut tawar ada dekat mana ya,’ fikir aku sambil mencari-cari biskut-biskut tersebut. ‘Ehh, mana pula ni. Orang ni letak dekat mana biskut tu,’ melilau aku mencari bahan tersebut tanpa disedari aku terlanggar seseorang yang berada di belakang aku.

          “Auchhhh.” Seorang lelaki itu mengadu kesakitan sambil menundukkan kepalanya ke bawah apabila terkena siku aku ke bahagian pinggangnya.

          “Opsss, sorry.” Aku membulatkan mataku kerana terkejut dengan kejadian itu.

          “Encik, you okay ke.” Aku mengelabah lalu mengipas-ngipas kedua-dua belah tanganku ke arah seorang lelaki itu yang masih menundukkan kepalanya ke bawah.

          ‘Alamak, macam mana ni. Apa sal jantan ni ada kat belakang aku, kan dah kena sebiji dengan aku,’ aku bermonolog lalu melihat di sekeliling kawasan untuk memastikan keadaan di sini tidak begitu bising.

          “Errr, Encik tunggu sini sekejap, saya panggil seseorang.” Aku terus berjalan untuk melepaskan diri daripada masalah ini tanpa menoleh ke arah lelaki itu.

          “Ehhh, tak mengapa.” Lelaki tadi menyahut.

          “Tak apa, saya panggilkan.” Aku mencelah.

          “Cik, takpe takpe.” Lelaki itu pula yang mencelah.

          “Shhh, duk diam.” Tegas aku.

          “Assalamualaikum Nabila.” Lelaki itu memberi salam lalu menyebut nama aku ‘Nabila’.

          Aku tersentak seketika, ‘macam mana dia boleh tahu nama aku ni. Siapakah dia?’ Fikir aku lalu aku menoleh  ke arah seorang lelaki tadi dengan perasaan yang penuh mencurigakan.

          “Waalaikumusalam.” Jawab aku.

          “Hai Nabila.” Lelaki tadi mengangkat tangannya. Tetapi aku masih lagi tidak mengingati siapakah gelaran orang itu.

          “Kau ingat aku lagi tak.”

          Nabila hanya merenung dengan tajam dan mengecilkan matanya ke arah lelaki itu. Lelaki itu mula berasa takut dan kaku apabila melihat gelagat Nabila yang menyilangkan kedua-dua belah tangannya.

          “Nabila, jangan buat muka macam tu.” Lelaki itu menggaru-garukan kepalanya yang tidak terasa gatal itu.

          “Ohh, aku ingat.”

          “Kau Fitri kan.” Sambung aku.

          “Ehh, bukan.” Lelaki itu hanya tersengih.

          “Ohh bukan. Firdaus.” Aku meneka lagi.

          “Bukan, bukan.” Lelaki itu tersengih sekali lagi.

          “Habis tu, kau ni siapa.” Aku bertanyakan soalan dengan selambanya.

          “Aku Zain.”

          “Kita satu sekolah kat SMKBK, ingat lagi tak.”

          “Ohhh, kau yang satu kelas dengan Qis ke?” Aku hanya merenung tajam sahaja.

          “Iye.” Keluh Zain.

          “Sorrylah, banyak sangat nama yang sama. So, jadi confuse sikit.”

          “Kau sihat.” Sambung aku.

          “Alhamdulillah, sihat. Kau?” Zain pula yang bertanyakan soalan.

          “Aku..!!! Tengok kau, aku jadi tak sihat.” Aku membuat muka selamba lalu aku melihat gerak-geri Zain yang berasa iri hati dengan perbicaraan aku terhadapnya.

          “Oiii, aku gurau jelah.” Aku menyergah Zain lalu tersenyum.

          “Zain, nanti kita borak lagi ye. Mak aku dah cari aku dah tu.” Aku membuat alasan untuk beredar dari kawasan itu. Bukan kerana aku tidak mahu bergaul, aku gemar sahaja untuk bergaul tetapi tidak manis untuk berbual berdua-duaan dan situasi seperti ini semestinya ada orang ketiga akan menghasut. Tidak kiralah manusia yang selalu memerhatikan ataupun makhluk-makhluk lain yang boleh menyesatkan kita sendiri.

          “Okay, baik.”

          “Hati-hati.” Sambung Zain lalu tersenyum sendirian.

          ‘Hey, dah lama tak jumpa Nabila. Walaupun aku tak pernah berkawan dengan dia, apatah lagi nak bercakap, hanya mampu melihat sahaja keadaannya. Sukar bagiku untuk aku mencari kawan yang lebih baik,’ fikir Zain seketika. ‘Ehh, mana pula datangnya tisu tandas ni, dekat bahagian makanan pula tu. Aishhh, tak patut tak patut,’ Zain bermonolog lalu menggelengkan kepalanya.

          “Aiyooo, napa you ambil tisu saya.” Seorang nenek tua yang berbangsa Cina itu menyoal kepada Zain.

          “Haaa..” Zain penuh kebingungan apabila Zain ingin meletakkan kembali tisu tandas tersebut untuk berada di tempat asal.

          “Ohhh, ini Aunty punya ya.” Sambung Zain.

          “Sorry sorry Aunty.”

 

 

HARI demi hari, masa begitu pantas untuk berubah pada setiap detik dan setiap detik-detik yang indah itu hanya berlalu begitu sahaja. Memang sukar bagi semua manusia untuk menerima segala yang telah ditentukan oleh-Nya. Oleh kerana hari demi hari, Nabila perlu memanfaatkan setiap masa dengan perkara yang berguna dan dia sentiasa memikirkan masa depannya dan juga keluarganya.

          “Kakak.”

          “Kakak buat apa tu.” Nasuha menyergah kakaknya dari belakang.

          “Hmmm, ce teka.” Aku menyahut.

          “Buat kek.”

          “Salah.”

          “Buat donut.”

          “Salah.”

          “Habis tu buat apa.” Nasuha mengeluh untuk menjawab.

          “Buat apa tu korang.” Dayana mencelah.

          “Ce teka.” Giliran Nasuha pula mengenakan angahnya.

          “Buat donut.” Dayana menjawab.

          “Salah.”

          “Habis tu buat apa.” Dayana pula yang menyoal.

          “Tak tahu sebab kakak tak bagitau pun nak buat apa.” Nasuha hanya mengangkat bahunya dan tersenyum.

          “Adik ni, ingatkan tahu tadi.” Dayana berasa geram terhadap adik bongsunya itu.

          “Kakak nak buat apa.” Dayana menyoal lagi.

          “Kakak nak buat cheese cake and kek batik.” Jawab aku sambil tersenyum.

          “Wahhhhh.” Nasuha teruja kerana kek batik adalah makanan kegemarannya.

          “Yesss, tapi kakak tak nak buat donut ke.” Dayana mengangguk kepalanya lalu memuncungkan mulutnya sedikit.

          “Nanti kakak belajar buat ye.”

          “Cheese cake tak suka ke.” Sambung aku.

          “Suka.” Serentak dua beradik itu menjawab.

          “Banyaknya kakak buat.” Nasuha mencelah.

          “Kakak nak jual sikit kat luar, saja nak buat bisnes kecil.” Terang aku seketika.

          “Tinggal sebulan lagi kakak nak pergi belajar, nak cari bakat dulu kat sini.” Sambung aku. Dayana dan Nasuha hanya mengiyakan sahaja kata-kata kakaknya itu.

          “Alaaaa, nape kakak pergi cepat sangat.” Nasuha mencebik.

          “Betul tu, tak bestlah kalau tak ada kakak.” Dayana mencelah lagi.

          “Alaaa, mama dengan abah kan ada.” Jawab aku.

          “Mama dengan abah kan dah besar.” Nasuha menjawab lalu aku terus merenung ke arah Nasuha.

          “Habis, kakak ni bukan dah besar ke.”

          “Apalah adik ni.” Dayana ketawa terbahak-bahak dan diikuti dengan gelak tawa Nasuha.

          Aku hanya mampu tersenyum sahaja dan berasa geli hati apabila melihat gelagat kedua-dua orang adik perempuan aku yang tersayang itu.

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.