Home Novel Keluarga Zaidi main untuk Manchester!!!!!!
Bab 6 B ; keputusan UPSR

“Rahsia...... kamu semua ambil dahulu.. kemudian kita beritahu sama-sama. Tak syoklah kamu tahu keputusan aku.. aku tidak tahu keputusan kamu” kami mengangguk.. kemudian Jo pula mengambil keputusan, diikuti oleh Ahmad dan akhir sekali aku.

“Andy Cole..... tahniah.. keputusan awak tidaklah teruk sangat” Cikgu Yati memberikan slip keputusan aku. Aku membacanya... alhamdulillah. Kemudian selepas mengucapkan terima kasih dan mendapatkan borang kemasukan ke sekolah menengah daripada Cikgu Yati.. aku bergegas mendapatkan mereka bertiga yang berada di hujung dewan. Dari jauh aku ternampak Nadiya turut serta bersama kawan aku bertiga.

“Macamana Andy keputusan?” tanya Muthu.

“Macamni.. apa kata Nadiya dulu tunjuk keputusan dia. Sebab Nadiya yang ambil keputusan dulukan.. kemudian Muthu, Jo, Ahmad dan akhir sekali aku” cadangku.. mereka semua mengangguk setuju.

“Baiklah.... Nadiya dapat 5 A dan menjadi pelajar terbaik sekolah dalam keputusan UPSR tahun ini” Nadiya menunjukkan keputusan dan sijil pelajar terbaik sekolah. Memang sudah dijangka bahawa Nadiya adalah pelajar terbaik sekolah dan mendapat keputusan cemerlang.

“Kamu pula Muthu?” Muthu menunjukkan keputusannya

“Saya 3A 2B... dua kertas bahasa saya sedikit kurang. Matematik dan Bahasa Inggeris ada bagus juga” katanya menunjukkan keputusannya.

“Tahniah Muthu....... Jo?”

“Tadaa...... 3A 2B juga” Jo menunjukkan keputusannya. Ternyata Jo mendapat B di dalam kertas Sains dan Matematik. Bahasa inggeris pula Jo boleh dapat A,

“Ahmad?”

“Aku dapat 3A 2B juga... sama macam Jo. Jo kau tiru aku ker? Sama sahaja keputusan aku dengan kau.”

“Banyaklah kau punya tiru.. masa periksa.. aku dok kelas lain.. kamu duduk kelas lain.. tiru apanya. Kamu pula Andy?” aku menunjukkan keputusan peperiksaanku.

“Perghhhhhhhhh... 4A 1B....... kertas Inggeris kamu yang dapat B. Power kau Andy. Kau pakai bomoh ker?” kata Ahmad.

“Hahahaahahahahaha.. see the leg la. Mana pakai bomoh-bomoh ni. Disebabkan antara kita berempat keputusan aku yang paling bagus.. maka kamu semua kena belanja aku makan.”

“Tolong sikit ye... aku yang paling cemerlang sekali.. kamu semualah yang patut belanja aku makan” kata Nadiya tidak bersetuju.

“Heloo cik Nadiya....... bila masa pula cik Nadiya masuk kumpulan atau geng berek 101 ni? Setahu kita berempat je yang jadi ahli seumur hidup kumpulan ini” tingkahku.

“Tak kisahlah ahli atau tidak... yang penting disebabkan pertolongan aku. Kamu semua berjaya tahu.”

“Yelah cik Nadiya... kami belanja ais kepal selepas sekolah. Terima kasih atas bantuan cik Nadiya... kami semua ada A. Kalau tak lingkup kami” kata Muthu.

“Ais kepal je?” tanyanya tidak berpuashati,

“Kami semua ni bukan anak Doktor macam cik Nadiya... duit belanjapun seringgit. Lainlah cik Nadiya.. duit saku bulanan sahaja sudah 50 ringgit. Muthu ni hari-hari bawa bekal. Balikpun tumpang Jo.. kan Muthu” Muthu mengangguk.... dia membuat muka kesian. Nadiya memandang aku dengan pandangan jengkel.

“Yela.. yela... ais kelap pun ais kepallah la” kemudian kami berjumpa dengan kawan yang lainnya. Alhamdulillah,, semua rakan-rakan kelas kami lulus. Sekurang-kurangnya ada satu A di dalam keputusan mereka. Aku cuba juga mengorek keputusan Sazali dan kawan-kawannya... nak tanya Sazali tak berani aku,... mesti dia nak gaduh dengan aku.... hasil risikan aku... Sazali gagal dalam 2 matapelajaran dan mendapat B dalam kedua-dua kertas bahasa. Oklah tu.

{{{{{{{{{{{{{{{

Selepas makan cendol ( akhirnya Nadiya terpaksa membayar cendol kami kerana kami tidak mempunyai cukup wang untuk membayarnya ), aku terus balik ke rumah. Aku lihat ayah dan mak berada di rumah. Aku kehairanan ( tidak kerja ke mak dan ayah aku hari ini?). aku memberi salam dan salamku dijawab oleh ayah.

“Ha long... bagaimana keputusan kamu?” tanya mak.

“Mak dengan ayah tak kerja ker?” tanyaku.

“Kerja.. Cuma kami ambil cuti setengah hari. Kami berdua hendak juga tahu keputusan kamu” aku mengambil slip keputusan didalam beg galasku dan memberikan kepada emak. Emak mengambil dan membacanya.

“Alhamdulillah tahniah long..... bang... along dapat 4A satu B bang” kata emak kepada ayah.

“Iya... syukur” ayah mengambil keputusan dari tangan mak aku.. emak memelukku. Aku mengeluarkan borang kemasukan sekolah menengah untuk diisi oleh kedua ibubapaku.

“Ayah.. ini borang kemasukan ke sekolah menengah..... ayah nak masukkan along ke sekolah mana yah?” ayah mengambil borang yang aku hulurkan. Ayah memikirkan sejenak.

“Kamu hendak masuk sekolah mana?” soalan dijawab dengan soalan.

“Paknya... kan kita hendak berpindah ke Negeri Sembilan.. awak dah lupa ke pertukaran kita sudah diluluskan.”

“Iya tak ya juga.. lupa pula. Long, tahun depan kita semua kena berpindah ke Negeri Sembilan. Mak dengan ayah sudah dapat kebenaran berpindah... ayah ke kem meriam di Ampangan manakala mak ke kem di Rasah. Jadi kita kena pilih sekolah menengah di Negeri Sembilan.. senang sikit hendak memantau kamu ini.”

“Abang.. pilihan pertama dan kedua ini kita pilih sekolah asrama. Manakala pilihan ketiga kita pilih sekolah biasa... sekolah di Lenggeng” cadang emakku.

“Kita duduk di Lenggeng ke mak?”

“Iyalah.. rumah arwah atuk kamukan ada... buat apa mahu sewa rumah lain. Tak bertunggu rumah arwah atuk kamu tu sekarang.”

“Oooooo yeke” arwah atuk meninggal setahun yang lepas akibat sakit tua. Dia telah mewariskan tanah rumah dan juga tanah sawah kepada emak.

“Emak dengar kamu mahu sekolah orang putih. Sekolah KGV.. betul ke long” ini mesti kerja Nadiya ni.... adui dia ni kalau sehari tak beri laporan kepada emakku tak boleh ker?

“Ya mak.”

“Mak setuju... sekolah kedua kamu hendak pilih sekolah apa?” perghhhh lega mak aku setuju.

“Sayapun tak tahu........ ikut mak dengan ayah.”

“Kalau kita minta Sekolah Dato Abdul Razak macamana? Dekat juga dengan tempat kerja abang.”

“Ok juga tu” kemudian bapa aku mula mengisi borang. Setelah siap aku menyemaknya. Pilihan pertama KGV, kedua SDAR dan yang ketiga sekolah biasa... Dato Kelana Putra Lenggeng.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.