Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
234,308
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 50

BAB 50

Bulan 9 tahun 2014, 8 bulan telah berlalu sejak Sofia berjumpa dengan emakku ( kini setiap bulan.. pasti emak aku akan berjumpa dengan bakal menantunya ini ).... kini Sofia dibenarkan untuk menghadiri perbicaraan Parol. Sebenarnya Puan Pengetua telah meluluskan untuk Sofia mendapatkan Parol sejak bulan 7 yang lalu ( genap 2 tahun Sofia diletakkan di rumah perlindungan ini ) tetapi hanya pada bulan 9 nanti barulah hakim bersidang kes Sofia kerana banyak kes-kes yang ingin mendapatkan Parol terutama kes-kes penjara. Kali ini aku tidak terlibat dalam perbicaraan kerana kononnya aku akan menyebabkan adanya bias dalam kes ini. Puan Pengetua akan menjadi saksi utama dan mengetuai kes Sofia. Aku hanya membantu di belakang tabir sahaja.

Dalam 8 bulan ini banyak perkara yang berlaku.. pertama.. kak Haryati telah mempunyai kedai sendiri yang terletak di Kajang Prima. Kedainya berkonsepkan ala-ala Secret Recipe tetapi dengan harga yang lebih murah dan berpatutan. Kedainya mendapat sambutan mengalakkan.. ramai yang suka konsep kedai kak Haryati.. bukan sahaja ada kek yang dihidangkan... malah ada juga roti, biskut dan juga minuman ringan seperti milk shake. Hasil idea aku, perkhidmatan wifi juga disediakan... ini bagi memudahkan pelanggan untuk melayari ineternet sambil menikmati hidangan. Kedainya juga bertindak menjadi kilang mininya. Di situlah kak Haryati menyiapkan tempahan baulu, muffin, makanan sejuk beku dan sebagainya. Dia telah mampu mengajikan 3 orang pekerja. Mak Yam juga turut membantunya membuat kek. Boleh dikatakan kak Haryati tidak menang tangan menyiapkan tempahan terutama tempahan biskut hari Raya.

Ayah pula? Alhamdulillah sudah menerima Sofia pada hari raya yang lalu. Malah pada hari raya ketiga ayah dan ibu melawat Sofia. Kami hanya menunggu keputusan Parol.. selepas itu barulah kami boleh bergerak ke fasa yang seterusnya. Keluarga aku juga mengambil keputusan untuk aku menikahi Sofia sebaik sahaja Sofia keluar dari pusat perlindungan. Katanya lepas itu boleh duduk rumah aku terus.. aku mengiyakan sahaja.. benda yang elok apa hendak ditunggu lama-lama. Buat benda yang wajib dahulu.. bersanding kemudian. Aku ingatpun nak buat bersanding secara sederhana sahaja.

Kak Hashimah pula sudah kembali berbaik-baik denganku... walaupun dia dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib... tetapi kak Hashimah telah dilepaskan oleh jawatankuasa tatatertib. Kenapa kak Hashimah dilepaskan? Pertama... kak Hashimah telah membayar semula separuh wang yang diambil dari peruntukan asrama yang disalahgunakan. Kedua... kak Hashimah telah berjaya membuktikan dirinya diperalatkan oleh Datin untuk menyalahgunakan peruntukan asrama. Datin juga telah didakwa oleh jawantankuasa tatatertib dan telah didapati bersalah. Beliau telah diturunkan pangkat dan kini hanya menjadi pegawai undang-undang kanan. Beliau juga diminta membayar separuh lagi wang yang diambil secara beransur.

Adik aku angah, isterinya telah mengandung.. insya Allah bulan 11 ini dapatlah aku anak sedara. Azalia pula telah bertunang dengan lelaki pilihannya ( bukan Amat hero kampung tu ). Opsss lupa.... Azalia telah bekerja di sebuah bank 6 bulan yang lalu. Tunangnya ini juga bekerja di bank yang sama. Amat dikatakan sangat kecewa apabila Azalia telah bertunang. Dia dikatakan berhijrah ke Johor Bharu dan bekerja di sebuah kilang di sana. Bagus juga bila Azalia bertunang... sekurang-kurangnya Amat tersedar dari mimpi dan mula tahu untuk mencari rezeki. Takdelah asyik tercongok dalam kedai wak... main dam dari pagi ke petang. Malam main gitar depan rumah dengan gengnya menyanyikan lagu rock kapok.

Asari? Dia telah keluar dari pusat pemulihan pengasih... kini tinggal di Shah Alam dan bekerja kilang di sana. Alhamdulillah Asari sudah pulih sepenuhnya dan kembali semula ke ajaran Islam yang sebenar. Aku nasihatkan dia supaya jangan balik ke kampung dalam masa 3 tahun ini.. ini supaya Asari dapat mengelakkan bertemu kawan-kawan lamanya. Bila dia betul-betul yakin nanti.. barulah boleh dia balik semula ke kampung. Keluarga Asari juga mengetahui bahawa anaknya sudah pulih dan bekerja di Shah Alam ( aku berjaya memujuk keluarga Asari untuk menerimanya... setiap bulan keluarga Asari akan melawat anaknya di Shah Alam.... keluarganya memahami bahawa Asari perlu dijauhkan buat sementara waktu dengan kawan-kawan sekampung... aku lihat Asari semakin positif apabila mendapat sokongan keluarga ). Tapi yang paling mengelikan hati aku apabila Amat dan gengnya mengatakan Asari mati akibat Aids apabila mereka tidak melihat Asari di kampung lagi.

Akhirnya selepas 3 minggu selepas lembaga Parol bersidang... keputusan telahpun diketahui. Aku dipanggil ke pejabat Puan Pengetua. Hati aku dup dap dup dap untuk mengetahui keputusannya. Aku berdoa siang dan malam agar Sofia dilepaskan... sudah tidak tertanggung rasanya aku menanggung rindu. Asyik tengok gambar sahaja.. mana tahan beb. Aku mengetuk pintu ;

“Masuklah” aku membuka pintu.

“Assalaimualaikum”

“Wassalam... duduk Hisham” aku segera duduk di kerusi meja kerja Pengetua berhadapan dengannya.

“Akak panggil saya sebab kes Sofia ker” Puan Pengetua mengangguk.. keruh sahaja mukanya ... tak dapat ker? Aduhai..

“Sorrylah Hisham.. negatif” aduh!!!! Nampaknya 8 bulanlah aku menunggu Sofia keluar.

“Aduhai” aku menunduk kecewa.

“Negatif bagi akak sebab perlu sediakan pelbagai dokumen untuk membebaskannya.. tapi positif bagi awak” aku mengangkat mukaku.

“Betul ke ini Puan Pengetua? Bila Sofia dijangka dilepaskan?” tanyaku tidak percaya.. buat saspen sahaja Puan Pengetua nilah.

“Akhir bulan 11.. 2 bulan lagi”

“Alhamdullillah.... inilah berita yang saya tunggu-tunggu kak. syukur” aku memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi... akhirnya doa aku dimakbulkan.

“Jadi apa perancangan kamu selepas ini?”

“Sebaik sahaja Sofia dilepaskan... saya akan terus menikah dengannya”

“Begitu cepat?”

“Sofia selepas keluar tidak tahu mana arah tujunya... dia takde saudara mara. Mungkin Sofia akan duduk sementara di rumah kak Haryati... kami nikah dulu.. bulan akhir bulan 12 kami buat majlis persandingan.”

“Syukurlah... nah.. kamu beri surat ini kepada Sofia” Puan Pengetua menghulurkan satu sampul surat ke arahku.

“Boleh ker?”

“Boleh.. tapi dengan pengawasan wadar” Puan Pengetua memberi salinan surat itu kepadaku.

“Terima kasih Puan” aku mengambil surat tersebut. Kemudian aku balik semula ke bilikku.. mennlefon ketua wadar untuk berjumpa dengan Sofia dengan kebenaran khas Pengetua. 10 minit kemudian Sofia datang ke bilik dengan ditemani oleh kak Usmah. Kali ini kak Usmah duduk di dalam bilik menemani aku, aku tidak mahu kak Usmah duduk di luar kerana takut mendatang fitnah.

“Abang ada berita gembira untuk Sofia.”

“Berita apa itu bang?”

“Sofia sudah dapat pengampunan parol”

“Apa! Betul ke bang?”

“Betul... ini suratnya” aku menghulurkan salinan surat pengampunan perol kepada Sofia.. Sofia membacanya.

“Alhamdullillah. Akhirnya” kata Sofia sayu... air matanya bergenang. Mungkin tangisan kegembiraan. Aku menghulurkan kotak tisu kepadanya.

“Jadi.. mulai hari ini.. bolehlah abang merancang majlis kita. Sofia setuju?” Sofia tersenyum.. dia tertunduk malu.

“Sofia ikut sahaja bang. Baik untuk abang... baik juga untuk Sofia bang.”

“Alhamdulillah.... nanti sebaik sahaja Sofia dibebaskan... abang akan minta tolong kak Haryati. Sofia duduk rumahnya dalam seminggu dua.. lepas itu kita bernikah yer. Boleh?” aku menyatakan rancanganku.

“Kak Haryati pun dan tawar Sofia duduk rumahnya selepas Sofia keluar bang jika saya dibebaskan nanti.”

“Ok. Baguslah.”

“Abang..... terimakasih sebab menerima Sofia seadanya. Sanggup menunggu hingga Sofia keluar.”

“Sama-sama sayang” kataku sambil tersenyum ke arahnya... Sofia membalas senyumanku.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.