Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
234,288
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
bab 13 ; bersangka baik

BAB 13

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. "
(Surah al-Hujuraat, ayat 12)

November tahun 2012, 4 bulan selepas raya. Aku bekerja seperti biasa bulan ini. Penghuni baru datang dan pergi. Kak Limah sudah pun keluar dari pusat pemulihan ini seminggu yang lalu. Sofia dan kak Haryati menjalani kehidupan seperti biasa. Sofia telah berjaya menarik 2 buah butik untuk menempah baju wanita dan jubah buatannya. Pendapatan bulanannya kini mencecah dua ribu ringgit sebulan. Manakala kak Haryati pula kek dan biskutnya juga mendapat tempahan yang menggalakkan. Hasil bantuan Puan Pengetua pusat, biskut dan kek keluaran pusat kami telah berjaya dijual di pasaraya UO di seluruh Malaysia.

Aku juga telah cuba membantu kak Haryati untuk mendapatkan pengampunan awal. Sepatutnya kak Haryati dibebaskan pada bulan 9 tahun 2013. Tapi mengikut kebiasaannya , jika seseorang penghuni itu pada hemat aku dan Pengetua sudah berjaya dipulihkan dan bersedia untuk keluar, maka kami akan cuba mendapatkan pengampunan dari lembaga Parol. Lagipun buat apa kami hendak simpan lama-lama penghuni di pusat jagaan ini, lagi tensen pulak nanti. Kos pun akan meningkat juga nanti. Kak Haryati pun sudah ada anak, biarlah dia membesarkan anaknya pula. Sedang aku syok-syok termenung, telefon pejabat berdering... aku mengangkatnya ;

“Asssalaimualaikum. Hishamudin here, what can i help you” kataku.

“Waalaikummussalam. Wah.. speaking london nampak? Ni akak Badariah ni” alamak.. apa pulak Puan Pengetua aku nak ni?.

“Heheheheheheheh. Saja je kak. Kenapa kak kol saya.. ada apa-apa yang boleh saya tolong?” tanyaku.

“Ada. Ni ha...... akak ada berita baik ni yang akak hendak beritahu Hisham.”

“Berita apa tu kak? Akak ngandung lagi ker kak? alhamdulillah” tanyaku bergurau.

“Amboi mulut Hisham. Akak ni dah lama tutup kilang.. dah expired pun. Hendak mengandung apanya. Kau datanglah pejabat akak ni ha. Kasi suprise sikit.”

“Manalah tahu.. akak pun nampak muda lagi. Rezekikan..... oklah akak. In 5 minute i will arrive at your room.”

“Ok” aku meletakkan telefon. Apahal lak puan pengetua nak jumpa aku ni? Nak bagi bonus ker? Tapi mustahil.. sebab kalau bonus semua kakitangan kerajaan akan dapat. Takde bonus individu.. samada kau malas ker.... kerja kau tak siap ker. Tidur je kerja kau masa kerja... selalu mengular masa kau kerja... curi-curi keluar minum sampai 2 jam. Semua kakitangan akan mendapat bonus. Aku bangun dan keluar bilik untuk menuju ke bilik Puan Pengetua di tingkat bawah. Ku lihat jam.. baru pukul 10 pagi... tapi kebanyakkan kerani tiada di pejabat kerana keluar minum pagi. Sampai di hadapan bilik Puan Pengetua aku mengetuk pintu.... apabila kedengaran Puan Pengetua memberi izin masuk aku membuka pintu dan masuk ke dalam bilik. Kelihatan Puan Pengetua sedang membelek satu surat. Aku duduk di hadapan meja pengetua.

“Assalaimuailaikum. Ha kak.. ada apa panggil saya ni?” tanyaku memulakan perbualan.

“Ada berita gembira. Kak Haryati dapat peluang pengampunan.”

“Really? Alhamdullilah” Puan Pengetua menghulurkan surat di tangannya. Aku mengambil dan membaca sepintas lalu.

“Minggu depan perbicaraannya? Cepatnya......”

“Ya... minggu depan. Jika selepas perbicaraan ini .. Haryati akan dibebaskan dengan syarat Parol. 6 bulan lebih awal dari sepatutnya.”

“Kita kena jadi saksi? Macam biasalah kan?”

“Yup.. macam kes sebelum-sebelum ini. Akak akan ditanya mengenai disiplin Haryati manakala kamu akan ditanya mengenai kesediaan Haryati dari segi mental dan fizikal.. samada layak dan bersedia untuk dia keluar.”

“Pada pendapat akak... dia layak tak?”

“Oh courselah layak. Habis tu takkan lah akak nak tandatangan surat permohonan kau jika Haryati tak layak. Tahniah Hisham kerana telah berjaya memulihkan Haryati dan yang lain-lain seperti Sofia. Cara Hisham memang berkesan berbanding kaunselor sebelum-sebelum ini. Kaunselor sebelum ini jadi warden pun taknak. Ada je alasan yang mereka bagi.... Laki tak bagilah... malam tak bolehlah.. anak kecillah. Sedangkan tujuan saya melantik kaunselor menjadi warden adalah untuk mendekatkan kamu semua dengan penghuni. Barulah berkesan dalam memberi bimbingan dan nasihat.”

“Saya hanya membantu apa yang boleh kak. Terpulanglah kepada individu untuk menerima nasihat saya. Lagipun memang tanggungjawab saya untuk membantu mereka. Mungkin saya bujang saya bolehlah sekarang menjadi warden.. besok dah kahwin.. saya juga mungkin memberi alasan seperti mereka juga” kataku.

“Sebenarnya... akak nak bagitahu Hisham sesuatu.. orang lain tak tahu ni. Hisham jer orang pertama yang tahu pasal ni.”

“Apa dia akak” tanyaku teruja.

“Akak dinaikkan pangkat.. mulai tahun depan. Awal Januari... akak akan dinaikkan pangkat sebagai Pengarah JKM Selangor” memang meranjatkanku.

“Yeke akak? Alhamdullilah.. rezeki akak. Tahniah kak. Akak memang layak dapat jawatan ni.”

“Mungkin yang akan gantikan akak Datin Kamariah kau” Datin Kamariah merupakan penguasa kanan rumah penghuni ini ( merupakan timbalan Pengarah kepada kak Badariah ). Beliau agak tegas, hanya suka terperap dalam biliknya, kurang suka bergaul dengan penghuni pusat dan mempunyai kliknya yang tersendiri ( kaki bodek dan mengumpat.. antara orang kanannya adalah kak Hashimah... aku lihat hampir setiap hari kak Hashimah akan melepak di bilik Timbalan Pengetua... mungkin beri laporan aktiviti seharian penghuni mahupun pekerja pusat perlindingan ini ). Dia tidak berapa suka dengan cara aku mengendalikan sesi kaunseling.. katanya banyak beri muka kepada penghuni. Dia lebih suka kalau tiap-tiap hari penghuni kena marah, buat sport check di asrama, pagi-pagi ada kawat sebelum sarapan dan penghuni mengikut peraturan asrama atau pusat perlindungan. Tapi nasib baiklah Puan Pengetua tidak setuju dengan gaya pengurusannya. Kalau tak, sebijik macam penjara pusat ni nanti. Tapi lepas ni tak tahulah pulak macamana nak jadi dengan pusat ni kalau betullah Datin ambil alih.

“Datin? Adoyai” aku mengelengkan kepala.

“Kenapa cakap adoyai?”

“Takkanlah akak tak tahu timbalan akak tu macamana?”

“Nak taknak.. kamu terima jelah. Mungkin apabila dia jadi ketua nanti.. dia akan berubah. Lagipun timbalannya akak dengar mungkin lelaki. Kalau kamu tak suka dengan pembaharuan yang dia buat.. kamu boleh bersuara dalam mesyuarat.. seperti kamu sering melawannya dalam mesyuarat sebelum ini” aku mengakui aku agak terbuka dalam mengkritik dan tidak bersetuju dengan cadangan Datin setiap kali dalam mesyuarat pengurusan diadakan. Kadang-kadang bertikam lidah juga kami.

“Hahahahahahahahahaha. Dulu akak ada backing saya.. sekarang ini tak tahula. Siapa nak backing saya pulak. Tah-tah datin balas dendam,”

“Bersangka baik Hisham. malah kita perlu bersangka baik walaupun dengan musuh. Bukankah kamu pernah nasihatkan saya tentang bersangka baik” Puan Pengetua menyedarkan aku.

“Astafirullahalazim.. kesitu pulak saya ni” kataku sambil menggelengkan kepala. Benar, kita orang Islam kena bersangka baik dengan sesuatu perkara yang terjadi."Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. "
(Surah al-Hujuraat, ayat 12)

“So.. lepas ni kalau Hisham tak sekepala jugak dengan Datin.. atau memang tak sealiran dengan Datin. Cakaplah... kalau Hisham nak tukar tempat lain... apa yang boleh akak tolong akak tolong.”

“Takpelah kak. Saya kenalah ikut cakap bos baru.. kita kena ikut arahan bos selagi tidak menyalahi undang-undang dan syarak.”

“Ok... nah! ini berapa fail yang Hisham kena lengkapkan” aku mengambil 3 keping fail yang dihulurkan kak Badariah.

“Ok” aku membelek fail tersebut. Fail peribadi penghuni yang aku kena buat laporan kesihatan mental mereka. Ada beberapa penghuni terutama penghuni yang didera atau dirogol yang disyaki mentalnya terjejas sedikit.. jadi aku kena siasat samada mereka patut dihantar untuk menjalani rawatan psikatri.

“Dan last sekali.. bagi surat ini kepada Haryati.. dan juga kamu bersedia untuk persidangan parol minggu hadapan. Sediakan juga sekali Haryati untuk persidangan parol tu.”

“Ok kak... saya akan buat semuanya. Janji Ditepati” aku meniru slogan kerajaan sekarang.

“Janji ditepati takpe.. jangan janji ditaburi. Janji sana sini.. pung pang.. pung pang.. akhir sekali elek. Ok.. nampaknya itu sahaja” aku faham... aku perlu keluar dari bilik ini sekarang.

“Ok kak. Anyway tahniah.. buat makan-makan jangan lupa jemput,”

“Makan jer.. nolongnya taknak.”

“Hahahahahahaha” aku keluar dari bilik Puan Pengetua sambil mengendong fail. Setelah keluar kau menoleh ke bilik penguasa kanan. Tertutup rapat.. kalau aku, mati kutu dok bilik dari pukul 8 pagi sampai 5 petang. Apabila best sangat dok dalam bilik tu? Makan pun makan kat dalam bilik.. bukan dalam pantri seperti kadang-kadang puan pengetua duduk makan. Ishhh.. apalah aku ni.. tak baik mengumpat atau mengata orang. Aku beristifar.... aku menuju ke bilikku. Setelah meletakkan fail di atas meja.. aku mengangkat gagang telefon dan mendail ke bilik ketua warden keselamatan.. aku meminta supaya kak Haryati datang ke bilikku. Sementara nak menunggu kak Haryati... aku segera membuat salinan surat penggilan persidangan itu.. satu akan diberikan kepada kak Haryati. Dalam 15 minit kemudian, kak Haryati datang sambil ditemani seorang wadar keselamatan.

“Ada apa panggil akak ni? Nak belanja akak ker? Eloklah.. akakpun dah lama tak makan KFC ni.”

“Amboi kak... takleh jumpa ker? Akak buat apa tadi? Sibuk ker? Belanja hendak makan KFC jer.”

“Takdelah.. akak tengah tengok TV tadi... nak tunggu Sofia habis basuh baju. Nak belajar menjahit dengan Sofia.”

“Ohhh saya ada berita gembira ni kak”

“Apa dia tu? Ada orang nak pinang akak ker? Boleh jer.. siapkan 30 ribu,”

“Hahahahahahaha.. lawaknya. Siapa yang pinang akak memang beruntung.. dapat pakej anak sekali. Amboi... minta sampai 30 ribu... macam artis pulak akak ni. Ni ha..... Akak akan menghadiri persidangan parol. Alah yang saya cakap bulan lepas tu.. akak akan dibebaskan 6 bulan lebih awal dari tarikh yang sepatutnya.”

“Betul ke ni” kak Haryati tidak percaya.

“Betullah. Ini suratnya saya baru dapat tadi dari bos” aku menghulurkan salinan surat itu kepada kak Haryati. Kak Haryati membacanya seketika. Ku lihat ada genangan air mata.. terharu mungkin.

“Alhamdullilah.. akhirnya. Inilah yang akak tunggu-tunggu selama ni. Doa akak termakbul oleh Allah.. terimakasih Hisham.. lepas ni kalau berjaya dapatlah akak jaga anak akak sendiri.”

“Syukur kak. Sesungguhnya Allah itu maha mendengar doa hamba-hambanya. Akak kenalah sedia yer”

“Apa tu persidangan parol? Macam mahkamah ke?” tanya kak Haryati.

“Lebih kurang macam mahkamah. Tapi kat sana tiada peguambela atau pendakwa. Hanya ada 3 orang Hakim yang akan bertanya kepada kami dan juga akak. Merekalah yang akan mengundi dan memutuskan samada akak layak atau tidak mendapat parol. Selalunya kes hanya berjalan paling lama tiga hari. Paling cepat sehari.. keputusan akan diketahui paling lewat sebulan... lewat kerana pembebasan hanya boleh diluluskan lembaga parol. Itu pengalaman saya dalam kes-kes sebelum ini” terangku.

“Kes sebelum ini bagaimana? Lepas tak?”

“Saya baru lagi kak di sini. Setakat ni ada 4 kes saya bawa ke lembaga parol.. satu jer yang tak berjaya. Itupun sebab masalah teknikal. Jadi saya kenalah sediakan akak untuk menjawab soalan Hakim.”

“Oh! Yeke... ok” selepas itu aku memberi penerangan kepada kak Haryati bagaimana persidangan parol berjalan dan apa yang bakal dihadapinya semasa persidangan tersebut.

{{{{{{{{{{{{{{{

Haryati balik ke lobi asrama dengan perasaan gembira. Akhirnya dia telah berjaya mendapat panggilan untuk menghadiri persidangan parol. Sampai di ruang rehat asrama, kelihatan Sofia sedang memuncungkan mulutnya. Ala.. merajuk ke budak ni.

“Oi.. muncung nampak? Gunting karang muncung tu” kak Haryati menepuk belakang bahu Sofia.. Sofia terkejut.

“Terkejut adik... mestilah. Orang tadi turun tengok akak takde. Kita tunggu dekat setengah jam tau kat sini. Kata nak belajar jahit labuci.. patut anak murid tunggu Guru.. ini terbalik pulak.”

“Sorilah.. akak lewat sebab tadi akak jumpa Hisham” Haryati menjelaskan kelewatannya.

“Hisham? kenapa kak?” Haryati menghulurkan suratnya kepada Sofia. Sofia membacanya sepintas lalu.

“Tahniahlah kak. Akak dapat persidangan parol” Sofia memeluk Haryati.

“Hisham yang tolong.. tak sangka dapat pulak. Minggu depan nak pergi persidangan” Sofia melepaskan pelukannya.

“Ala. Kalau akak keluar awal... saya takde genglah. Takdelah tempat nak manja-manja.. nak merajuk” kata Sofia dengan nada merajuk.

“Ala... Hishamkan ada. Manja-manjalah dengan Hisham” Haryati mengenyitkan matanya.

“Hisham buatpa... bukan boleh teman tidur kat asramapun.. nak bercerita kat dalam sini.”

“Cepat-cepatlah suruh dia meminang. Nanti boleh tidur rumah kerajaan.”

“Eeeeee akaknya. Nakalnya” Sofia mencubit pinggang kak Haryati.

“Hahahahahahahahahahaahah.. gurau jelah. Adui sakitnya”

“Nanti akak dah keluar jangan lupakan saya yer. Saya bosan sorang kat sini.... takde teman nak bergelak ketawa... luahkan masalah” Sofia meletakkan kepalanya di bahu kak Haryati.

“Akak takkan lupakan sofia. Sofia dah macam adik akak.”

“2 tahun lagi saya di sini... hmmmmm.”

“Sabarlah Sofia...... masanya akan tiba juga Sofia keluar dari sini. Jangan risau.. Hisham akan membantu sofia.”

“Bang Hisham tu memang baik betul.... takdelah macam Datin tu,,,, asyik marah dan cari kesalahan orang. Tak mesra langsung.. semua Datin memang macamtu ker? Berlagak tak tentu hala jer” gumam Sofia.. dia memang marah dengan Datin. Ada ker patut sepasang baju yang dah siap nak dihantar kepada Butik diambil dengan selamba oleh Datin. Dahlah tak ucapkan terimakasih.... bayar upah pun taknak. Sofia malas nak bergaduh atau mengadu perkara ni kepada Hisham. Nanti besar pulak perkara ni nanti. Hanya kepada kak Haryati dia mengadu.

“Manusia ni macam-macam perkara... macam-macam karenah. Takpelah Sofia..... jom kita pergi bilik jahitan. Kata nak ajar akak menjahit”

“A ah.. lupalak saya. Jom” mereka bangun dari sofa dan terus menuju ke bilik jahitan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.