Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
239,008
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
bab 7 ; memulihkan hubungan silaturrahim

BAB 7

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu memperoleh rahmat” surah Al-Hujurat ayat 10.

Esoknya pada pukul 10 pagi aku bergerak keluar dari Kelang menuju ke Bandar Sunway Semenyih dimana terletaknya rumah ibubapa kak Haryati. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam dari Kelang ( hari sabtu.. tak banyak kereta di jalanraya). Sampai disana.... aku berlegar-legar mencari rumah ibubapa Haryati ( taman ini luas.. banyak rumah ). Setelah puas mencari dan bertanya kepada orang.. akhirnya aku menemui juga rumah orang tuanya.. Alhamdullilah. Aku keluar dari kereta. Rumah murah setingkat itu aku amati.. ada kereta... maknanya adalah penghuninya.. aku memberi salam.. sekali salamku bersambut. Seorang tua pertengahan umur keluar sambil mendukung cucu perempuannya.. aku agak inilah anak kak Haryati.

“Ye encik... nak jual barang ker? Saya tak mahulah” kata pakcik tersebut. Aik!.. aku ni ada muka jual barang ker?

“Eh! Bukanlah pakcik.. saya ni Hishamudin.. panggil Hisham jer. Saya ni dari rumah perlindungan....”

“Shhhhhhhh... jangan cakap kuat-kuat. Nanti dengar dek jiran-jiran malu pakcik. Ada apa datang ni? Nak mintak derma sempena ramadan ni?” kataku dipotong.. ada macam orang minta derma ker aku ini.

“Eih.. bukan pakcik. Ada hal benda nak saya bincangkan dengan pakcik ni” jelasku.

“Mai masuk... nanti jiran dok dengar pulak” pakcik tersebut membuka pintu pagarnya dan menyuruh aku masuk. Kemudian aku disuruh duduk di ruang tamu. Seketika kemudian pakcik tersebut meletakkan cucunya dan lantas menutup pintu dan tingkap rapat-rapat. Mungkin takut jiran dengar perbualan kami. Tapi aku rasakan agak keterlaluan.. macam ada perbincangan jenayah pulak. Takpun ada perbincangan antara ketua geng kongsi gelap.

“Siapa ni bang?” wanita pertengahan umur yang tidak bertudung keluar sambil membawakan botol susu dan diberikan kepada cucunya yang ada terbaring diletakkan oleh pakcik tersebut tadi.

“Ni ha... orang dari tempat Haryati” kata pakcik tersebut sambil duduk.

“Nak apa Haryati tu encik? Kalau dia buat hal penjarakan aje.. takyah nak bagi perlindungan atau nasihat sangat, budak tu dah liar. Kerajaan kita ni baik sangat.. beri perlindungan kunun” nampaknya betullah kata Haryati.. mak bapaknya tidak mahu menerimanya lagi. Tapi ini mungkin disebabkan oleh perlakuan Haryati pada masa lalu yang mengecewakan mereka berdua. Sabar.... Hisham sabar... api tidak boleh dilawan dengan api.

“Bukan pakcik dan makcik. Saya Hisham.. kaunselor kat pusat perlindungan tu. Saya datang ni membawa amanat dan pesanan Haryati” aku menjelaskan tujuan sebenarku ke sini lepada mereka berdua.

“Apa pulak budak tu nak? Nak duit? Kami takde duit.. kan dia makan free kat dalam tu.. buat apa nak minta duit lagi?” kata bapa Haryati.

“Eih.. bukan. Haryati nak jumpa dengan anaknya.”

“Apa! Haryati nak jumpa anaknya. No way!” kata ibu Haryati.

“Betul.. kami taknak dia jumpa anaknya ni... besok dia nak pulak anaknya ini. Biar kami yang menjaga cucu kami ini. Besok kalau Haryati yang jaga.. apa pulak jadi dengan cucu kami ni nanti. Kami taknak cucu kami jadi pelacur!” kata bapa Haryati... astafirullahalazim.. sampai begitu sekali.... Hisham.. sabar.

“Masya Allah makcik pakcik. Haryati dah bertaubat pakcik makcik. Betul-betul dah insaf atas perbuatannya itu.”

“Kat dalam eloklah. Besok dah bebas tah apa yang dibuatnya. Macam penagih, walaupun dah masuk pusat, dibuatnya juga lagi. Benda sedap.. dah ketagih” kata ibu Haryati.

“Sampai bila pakcik dengan makcik nak marahkan dan putuskan hubungan dengan Haryati. Dia tu anak pakcik dan makcik. Emak kepada cucu makcik” kataku sambil tangan menunjuk ke arah anak kak Haryati yang sedang leka menghisap susu.

“Aku takda anak jadi pelacur” kata pakcik.... kalau Haryati ada tentu dia terguris hati mendengarnya.

“Masya Allah. Makcik.. Haryati tu sudah bertaubat. Demi Allah percayalah cakap saya ni. Cucu pakcik dan makcik ni perlu tahu anaknya yang sebenar. Biarkan masa silam maknya itu kotor atau buruk.... tapi Haryati itu maknya pakcik. Rasullullah itu ampunkan umat.. takkan kita sesama manusia tidak boleh mengampunkan kesalahan orang lain... terutama saudara kita sendiri... darah daging kita sendiri.”

“Haryati malukan kami nak. Malu kami dengan jiran-jiran kat rumah kami dulu... kami ni macam tak mengajar anak kami sehingga anak kami jadi pelacur.. sebab itu kami pindah dari flat di Kuala Lumpur ke sini. Sekurang-kurangnya takdelah yang tahu Haryati tu pelacur” kata mak Haryati sambil menangis.

“Maafkan saya jika kata-kata saya selepas ini akan menguris perasaan pakcik dan makcik. Pakcik dan makcik nak tahukan kenapa Haryati boleh terjebak dengan dunia begitu?”

“Kalau dia gatal tak ikut lelaki tu.... tentu tak akan jadi perkara sebegitukan. Gatai ikut jantan.. entah sapa jantan tu.... suruh jadi pelacur.. pi ikut” kata pakcik.

“Sebenarnya perkara tersebut berlaku disebabkan oleh pakcik dan makcik sendiri” kadang-kadang berterus terang adalah lebih baik dalam menjelaskan sesuatu perkara walaupun pahit untuk didengari.

“Apa!!! sanggup dia menuduh kami sebagai punca semua ni? Kau tengok Yam. Anak kita... dia punya salah.. kita pulak dituduhnya sebagai punca. Bila masa kita suruh dia jual diri.. budak ni memang nak kena penampaq” Kata pakcik itu kepada isterinya.

“Haryati tidak menuduh pakcik dan makcik.. tapi ini adalah hasil rumusan saya dari sesi kaunseling yang dilakukan ke atas Haryati. Hasil siasatan saya, membuatkan saya mengatakan bahawa semua masalah ini berpunca dari pakcik dan makcik sendiri. Lelaki itu hanya mengambil kesempatan atas masalah yang dihadapi oleh Haryati” aku memberi penjelasan atas kata-kata aku tadi.

“Kenapa pulak kau kata macam tu? Apa yang Haryati nak semua aku bagi.... aku penuhi semua permintaannya. Malah aku tak pernah nak menamparnya. Semua permintaan dia.. semua aku layan. Akhirnya? Dia malukan kami” kata pakcik.

“Tapi itu kasih sayang dari segi material pakcik dan makcik. Maksud saya kasih sayang saya dari segi rohani dan jasmani pakcik” terangku lagi.

“Apa masuk kau ni?” tanya pakcik kehairanan.

“Haryati kekurangan kasih sayang dari segi rohani. Pakcik tidak pernah mengajarkan dia tentang ajaran agama Islam yang sebenar” jawabku.

“Apa yang kau cakap ni? Aku dah upah guru Al-Quran soh mengaji. Malah aku hantar di ke sekolah agama... tak cukup ke lagi?” bantah pakcik.

“Tapi pakcik sendiri tidak mengamalkannya dan tidak hairan jika Haryati juga tidak mengamalkannya. Pakcik gagal menjadi contoh yang baik kepada anak-anak pakcik” kataku jujur.

“Kurang hajar kau... kau tu hormat sikit dengan aku. Memandai pulak kata aku tak sembahyang ke hapa. Aku ni orang tua. Nasib baik kau ni datang cara baik... nanti sia-sia pulak kau ni kau ni aku belasah... pandai-pandai pulak nak nasihat orang” kata pakcik berang.

“Bang.. kita dengar dulu apa kata budak ni.. sabar bang” kata makcik sambil bangun dan duduk di sebelah pakcik. Nampaknya makcik lebih rasional mendengar penjelasanku;

“Haryati kurang kasih sayang dari makcik dan pakcik. Pakcik meniaga kat pasarkan. Pagi pukul 4 pagi sudah ada kat pasar meniaga sampai pukul 2 petang. Nanti pukul 5 petang sudah keluar semula berniaga kat pasar malam. Maka jiwa Haryati kosong pakcik dan makcik.... orang tuanya selalu tiada dirumah. Tidak kisah tentang aktiviti anak-anak. Tidak kisah dengan siapa Haryati bergaul... keluar. Makcik.. dia perlukan kasih sayang yang sebenar.. sebab itulah Haryati liar. Ponteng sekolah.... selalu berpeleseran dengan kawan-kawan nakal.... nak cari hiburan.... terlibat dalam kumpulan mat rempit.. dan akhirnya terjebak dengan teman lelaki yang tak guna itu. Itu semua disebabkan oleh pakcik dan makcik sendiri... bukannya orang lain. Orang lain hanya mengambil kesempatan” aku berhenti sebentar... kulihat makcik dan pakcik terdiam.

“Pakcik dan makcik lebih mengutamakan material.. mencari duit siang dan malam. Tidak mempedulikan langsung pasal Haryati. Apa yang Haryati buat pakcik biarkan sahaja. Tak kisah.. keluar dengan kawan ker.. keluar malam-malam ker. Balik ke tidak. Pakcik tidak hirau... yang pakcik tahu bagi wang tiap-tiap kali Haryati mintak. Tak tanya pun wang itu buat apa.. pakcik dan makcik percaya dengan Haryati 100 peratus. Pakcik dan makcik adalah punca segalanya perlakuan dan masalah Haryati. Bukannya orang lain” keadaan hening seketika. Pakcik tertunduk.. mungkin menghadam perkara yang aku katakan tadi.

“Abang... apa yang encik ni cakap betul bang. Semasa Haryati membesar kita sibuk dengan perniagaan kita. Kita keluar pagi pastu balik pagi... kita bagi orang lain mengasuh Haryati. Kita beri kebebasan kepada Haryati untuk buat apa yang dia suka. Ini semua salah kita bang.. salah kita....kita patutnya salahkan diri kita sendiri dulu bang sebelum salahkan orang lain” Mak Haryati mula menangis... mungkin sudah sedar tentang kesilapan mereka dalam mendidik Haryati. Aku lihat pakcik menunduk seketika... keadaan hening.

“Itu sebab semua anak kita tak menjadi bang..... along sekarang ditahan sebab dadah. Amar pulak kita tak tahu apa terjadi padanya. Si Syuk pulak jadi mat rempit dan token dadah. Ini semua silap kita.. kita tak ambil berat pasal anak-anak. Kita hanya pentingkan dunia sampai meminggirkan suruhan Allah.. ya Allah” kata mak Haryati menangis sambil memeluk suaminya.

“Kita ni dah tua bang.., dah tua. Umur pun dekat 60.. sampai bila kita nak macamni bang.. sampai bila? Kita tidak sepatutnya memisahkan Haryati dengan anaknya.. kita tidak sepatutnya meminggirkan Haryati... Haryati tu anak kita bang.. anak kita. Jika Haryati sudah bertaubat dan ingin kembali kepada kita.. kita perlu menerimanya bang” ku lihat ayah Haryati mengalirkan airmata.

“Hisham.. maafkan pakcik... pakcik mengakui... selama ni pakcik hanya mengejar dunia. Apa yang pakcik tahu.. duit, duit dan duit. Sampai suruhan tuhan pun pakcik abaikan. Selama ni takder yang sedarkan pakcik... pakcik hanyut. Bila anak-anak pakcik kena tangkap.. pakcik salahkan orang lain. Macam anak pakcik kena tangkap pasal dadah.. pakcik tuduh Polis sengaja tangkap sebab tak dapat duit rasuah. Sedangkan dari sekolah menengah lagi anak pakcik itu dah hidu gam. Begitu juga bila Haryati kena tangkap... pakcik salahkan bofrennya.. padahal semuanya salah pakcik.. pakcik yang salah dalam mendidik anak-anak pakcik. Ini semua balasan Allah atas kelalaian pakcik mengingatiNya. Ya Allah” alhamdulillah... akhirnya pakcik telah sedar atas kesilapannya.

“Baguslah jika pakcik dah insaf. Haryati selalu mendoakan supaya pakcik dan makcik insaf bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Alhamdulillah doa itu telah dimakbulkan” kataku.

“Bang... mari kita melawat Haryati bang. Dah 2 tahun Haryati kita tak jenguk. Saya rindu dengan dia bang. Kita bawak anaknya sekali bang”

“Yelah.. lusa kita tengok Haryati.. boleh ke cik Hisham?” tanya pakcik kepadaku.

“Boleh.. saya akan izinkan. Pakcik.... ni kad saya. Kalau ada apa-apa hal telefonlah saya” aku mengeluarkan kad namaku di dalam dompet.. pakcik tersebut mengambilnya.

“Ini anak Haryati ke pakcik?” kataku sambil menunujukkan tangan kepada budak yang sedang emak menyusu sambil berbaring.

“Ye nak. Ini anak Haryati.. dah 3 tahun tahun ni budak ni. Kami memanggilnya kakak” comelnya anak Haryati.. ikut iras maknya juga.

“Comel.. Haryati memang nak sangat berjumpa dengan anaknya ini. Rindu katanya.”

“Kesian Haryati.. disebabkan ego kami dah 2 tahun dia tak dapat lihat anaknya. Anaknya memang selalu bertanya mana maminya .. kami hanya katakan ibunya bekerja jauh” kata pakcik itu.

“Nama pakcik siapa?” dari tadi aku tidak tahu nama pakcik ni.

“Panggil sahaja pakcik Mat.. isteri pakcik ni.. kamu panggil sahaja mak Yam” aku menangguk. Lalu melihat jam tanganku....

“Baiklah.. pakcik Mat... jika tiada apa-apa lagi. Saya nak mintak diri dulu balik ke rumah. Saya nak balik kampung saya kat Seremban ni” kataku.

“Oh... yeke... terima kasih Encik Hisham kerana menyedarkan kami. Insya Allah kami datang lusa . Mungkin berbuka sekali... bolehkan?”

“Boleh.. Insya Allah saya ada di pejabat lusa. Memang kami alu-alukan sokongan keluarga dengan penghuni... agar penghuni rasa dihargai dan masih ada yang sayang kepada mereka. Supaya mereak tidak rasa tersisih dengan masyarakat” aku bangun untuk meminta diri.. selepas bersalaman dengan pak Mat.. aku mengambil kesempatan pergi ke arah anak kak Haryati yang sudah terlena tidur... aku mencium dahinya... sesungguhnya anak ini tidak bersalah atas perbuatan ibunya. Kemudian aku terus menuju ke kereta dan balik ke kampungku di Seremban.

{{{{{{{{{{{{{{{

Pukul 2 petang aku sampai di kampungku di Jiboi... sebelum ke rumah... aku singgah dulu membeli apa yang patut. Maklumlah aku anak sulong dari 4 beradik yang kesemuanya lelaki. Jadi keperluan adikku yang dua lagi yang masih belajar akan aku penuhi. Adik aku yang nombor dua sudah berkahwin dan duduk di Linggi. Dia bekerja sebagai seorang Guru kaunseling di sebuah sekolah menengah di Rembau. Adikku ini jarang balik sebab isterinya kerja swasta dan ada syif. Kadang-kadang ahad pun kerja. Jadi agak sukar untuk balik je Jiboi.. kadang-kadang jika ada kenduripun di sini.. hanya adik aku sahaja yang balik.. isteri kerja. Aku juga membeli sedikit barang dapur untuk kegunaan makku.

Sampai di rumah kelihatan ayah sedang membaca Al-Quran di halaman rumah. Ayahku ini bekas pegawai kanan askar. Kini sudah 6 bulan bersara dan kini lebih suka menanam sayur di kebun yang dibeli menggunakan wang pencennya di Pantai. Ayah aku ni agak tegas orangnya... tapi sekarang dah kool sedikit sebab mungkin faktor usia. Masa aku kecil-kecil dulu teruk aku kena dengan ayah aku ni.. silap sikit siaplah tali pinggang askar hinggap kat badan. Tapi buktinya kami semua berjaya. Malah hasil didikan ayah, aku tidak pernah meninggalkan solat ( masa aku kecil dulu.. jika lambat 5 minit solat Maghrib atau Isyak samada secara jemaah atau sendiri.. siaplah aku kena bantai ). Masa aku kecil-kecil dulu mana merasa nak main mercun, beli majalah atau komik dan dapat permainan atau benda-benda yang budak main pada zaman aku. Tapi kalau bab beli buku ilmiah atau cerita berunsur islamik ayah aku memang tak lokek duit. Sebab itulah kami ni semua ulat buku.. ada satu bilik di rumah kami yang penuh dengan buku yang dibeli sejak kecil hingga besar. kami tidak membuangnya kerana sayang dengan ilmu yang ada di dalamnya. Malah ayah akan membalutnya bersama kami setiap buku yang kami beli.

“Assalaimualaikum” Aku bersalaman dengan ayahku yang berhenti mengaji apabila aku sampai di hadapan rumah.

“Waalaikumussalam. Ha Long... banyak barang kau beli? Buatpa beli banyak-banyak.. besok tinggal kami berdua je kat rumah. Siapa nak makan semua ni?” ayah aku memang gitu... tidak suka membazir sangat.. terutama pasal hal-hal makanan ni.

“Barang-barang untuk masak dan untuk budak berdua tu ayah. Mana adik-adik ni? Tak nampak pun?” tanyaku.. sunyi jer rumah ni.

“Ada kat dalam tu... main game ke apa. Masuklah.. mak kamu ada kat dapur tu” aku mengangguk dan terus masuk ke dalam rumah. Di dalam rumah kelihatan adikku berdua sedang leka main PS3 ( zaman aku haram nak dapat benda macamni ).

“Wah.. main game nampak? Dah solat? Leka sampai abang balik pun tak perasaan” kataku. Mereka berhenti bermain game dan bersalaman denganku.

“Sudahla bang.. ni kami baru je main... ayah pun bagi main hari minggu je.. itupun 3 jam sahaja sampai kul 5. Abang bawak apa tu?” tanya mereka

“Ni ha.. buku yang korang pesan..... juga baju untuk Usu. Ada benda makan sikit-sikit. Nah ambil” aku menghulurkan plastik yang mengandungi barang mereka berdua. Mereka menyambutnya ;

“Mak mana?” tanyaku.

“Ada kat dapur..... biasalah mak. Hari pertama puasa kemas dapur. Katakan buat persediaan raya” adikku sudah mula menyambung bermain. Aku menuju ke dapur... kelihatan emakku sedang mengemas kabinat dapur.

“Assalaimualaikum mak. Watper 2?” tegurku.

“Ini ha,,, mak kemas dapur. Tah mana acuan kuih sepit mak letak.. tengah cari barang-barang nak buat kek dengan biskut. Itupun kalau rajin” aku bersalam dan mencium pipi makku.

“Apa yang susah2 mak... beli jer yang baru.”

“Taknak mak... acuan tu banyak kenangannya. Lagipun buat apa membazir.. acuan sekarang ni tak tahan. Baru pakai dah rosak.. acuan dulu pakai tembaga besi betul. Sampai sekarang elok lagi.”

“Ni ada barang dapur sikit” aku menghulurkan plastik yang mengandungi sedikit barang basah.

“Apalah kamu ni... tiap-tiap bulan beli barang.. susah-susah jer.”

“Bagi adik-adik makan ngan keluarga. Apa salahnya..... lagipun adik-adik saya tukan kuat-kuat makan... tengoklah badan diorang tu.. ini ada duit sikit” aku menghulurkan sampul angpau kepada emakku. Duit poket yang aku beli tiap-tiap bulan... boleh bantu apa yang patut.

“Terima kasihlah” makku mengambil wang tersebut dan memasukkan dalam koceknya.

“Masak apa harini mak?” tanyaku. Memang tiap aku balik.. pertama sekali yang aku hendak tahu.. mak aku masak apa. Memang masakan mak adalah yang terbaik... tak sama macam masak sendiri atau makan di kedai. Sebab itulah aku selalu balik kesini.. muak dol 5 hari makan luar atau masak sendiri.

“Mak ingat nak masak gulai udang galah dengan pucuk ubi dan sambal tempe. Udang galah adik kamu bawak dari Linggi semalam” jawab mak.

“Angah balik ke semalam mak?” tanyaku.

“Balikla... ajak kamu.. kamu kata kena standby 2 hari malam. Harini baru kamu boleh balikkan. Isteri angah kamu tu kerja pulak ahad ni... syif pagi.. selepas lepas berbuka adik kamu balik ke Linggi. Kamu besok cari isteri,,, cari yang kerja ofis hour... senang. Ini ahad pun kerja. Tak sempat nak berborak... dah kena balik ke Linggi semula” gomel makku.

“Jodoh mak... kita tak boleh kata apa.”

“Yelah. Kamu dah solat?” tanya mak.

“Itu yang saya nak gi mandi dan solat dulu.. lepas tu nak kacau adik-adik” memang aku gemar menyakat adik-adikku.

“Kamu ni tak habis-habis” aku masuk ke bilikku dan mandi dan bertukar pakaian dan solat.. selepas itu aku berbual-bual di ruang tamu dengan adik.. tepat pukul 5 petang.. aku pula mengambilalih bermain setelah masa adik-adikku bermain PS3 tamat ( ayahku tak kata apa bila aku main PS ). Kemudian tepat pukul 7.30 petang kami berbuka sama. Hanya berbuka nasi sahaja dan tidak ada kuih muih ( ayahku kata jangan berbuka sampai kenyang... nanti malas nak solat terawih ). Selepas itu aku ke masjid mengikut ayahku untuk solat isyak dan terawih... kemudian diikuti dengan moreh ( dulu kecik-kecik moreh Masjid kami memang meriah... masa inilah kami dapat merasa makan kuih... malah kami dua beradik dengan angah akan menapau kuih dibawa pulang.. ayah tak marah.. sebab dah habis terawih boleh makan apa yang kami nak makan. Sampai sekarang aku masih terbawa-bawa dengan disiplin itu.. berbuka makan nasi.. makan kuih selepas terawih. Semua dibuat sendiri oleh pihak yang ingin bersedekah.. tapi sekarang semua moreh dibeli oleh pihak tuan rumah... sama sahaja macam makan kat luar ). Lepas moreh aku berbual-bual dengan ayah dan makku... pukul 11 malam kami masuk tidur... aku seperti melayan adik-adikku.. kami tidur dalam pukul 12 tengahmalam. Aku bercadang untuk kembali semula ke Klang pada lusa selepas sahur.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.