Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
234,629
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 19 ; Azilah cuba melarikan diri

BAB 19

“Hendaklah kamu bersabar... sesungguhnya Allah itu bersama-sama orang-orang yang bersabar” Amin.... surah Al-Anfaal .

Lusa iaitu pada Khamis minggu kedua bulan Disember 2012..... Azilah telah dipindahkan dari sel tahanan ke asrama. Puan Pengetua telah menandatangi dekri pada hari Rabu dan diluluskan penamatan penahanan Sofia pada hari itu juga. Aku tidak boleh menemani perpindahan tersebut kerana lelaki tidak dibenarkan datang ke blok asrama perempuan ( walaupun aku ketua warden... tapi aku hanya dibenarkan berada di dewan makan.. surau dan juga pejabat ketua warden sahaja ). Tapi aku sudah mendapat kerjasama dari kak Haryati dan ketua wadar keselamatan kak Hasni untuk memantau Azilah. Azilah akan ditempatkan di asrama dalam bilik atau dorm dimana kak Haryati ditempatkan. Ini bagi memudahkan Haryati memantau dan membimbing Azilah.

{{{{{{{{{{{{{

Sementara itu di blok sel tahanan, Azilah mengemas apabila dimaklumkan beliau akan dipindahkan ke asrama pada pagi tersebut. Setelah berkemas, dengan diiringi oleh wadar keselamatan ke asrama. Beliau ditempatkan di sebuah katil di pasar dua blok C.... tidak lama kemudian Puan Pengetua datang dengan diiringi beberapa orang pegawai.

“Azilah.... hukuman awak di sel tahanan telah saya tamatkan berkuatkuasa hari ini. Saya harap awak dapat bergaul dengan penghuni yang lain dan tidak mendatangkan masalah kepada penghuni lain. Jika tidak.. saya akan mengambil tindakan sewajarnya. Awak juga perlu mengikuti peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Awak juga perlu mengikuti nasihat dan kata-kata wadar yang bertugas” kata Puan Pengetua dengan tegas.

“Yelah” kata Azilah acuh tak acuh. Azilah sebenarnya masih berkelakuan kasar lagi.. baginya Puan Pengetua adalah seorang yang kejam kerana bertindak mengurungnya di sel tahanan.

“Saya perkenalkan ketua blok merangkap mentor awak sepanjang awak duduk di sini. Kak Haryati” Haryati cuba menghulurkan salamnya. Azilah menyambutnya ala kadar sahaja.

“Saya ingin mengingatkan awak... jika awak gagal menyesuaikan diri dengan peraturan atau undang-undang asrama ini. Saya tidak teragak-agak menggunakan kuasa saya atau menyuruh Puan Pengetua untuk menghantar awak balik kembali ke sel” kata Datin.. timbalan pengetua yang kurang senang melihat perlakuan Azilah. Datin sebenarnya tidak bersetuju dengan tindakan Puan Pengetua untuk melepaskan Azilah dari sel. Malah dia berkata kepada Pengetua sepatutnya Azilah ditahan di sel tahanan selama 6 bulan lagi.. tapi Puan Pengetua adalah seorang yang lebih bertolak ansur dan lebih suka menggunakan pendekatan psikologi dari kekerasan.

“Takpelah Datin.. kita tengok dulu” Datin yang memang suka jika dipanggil sebegitu hanya mengangguk setuju.

“Oklah.. jika tiada apa-apa lagi. Saya bergerak dahulu. Kalau ada masalah atau apa-apa, beritahu wadar keselamatan dengan mentor kamu. Insya Allah apa yang boleh kami tolong, saya tolong. Assalaimualaikum” Puan Pengetua dan pegawainya berlalu. Selepas mereka semua pergi, kak Haryati mendekati Azilah yang sedang memasukkan barang peribadinya ke dalam almari.

“Azilah ok? Nak akak tolong?” Haryati menghulurkan pertolongannya.

“Akak... boleh jangan menyibuk boleh tak? Jangan nak buat baik sangatlah!” amboi kasarnya.. takpe... Sofia dulu pun macam ini jugak.

“Nanti akak ambilkan cadar Azilah” Haryati berlalu ke bilik kain untuk mengambil cadar dan selimut Azilah.. sebentar kemudian dia kembali ke katil Azilah.

“Nah! Ini cadar dan selimut Azilah” Haryati menghulurkan cadar dan selimut kepada Azilah.. Azilah merentapnya.

“Oi! Kau ni takde adab ker? Tak hormat orang ker?” kata seorang penghuni Shikin, yang duduk di katil berhadapan dengan katil Azilah. Beliau kurang senang melihat perlakuan Azilah terhadap kak Haryati.

“Kau apahal? Lu nak sound-sound gua? Tak puas hati? Tak puas hati jom lah luar” kata Azilah kepada Shikin.

“Hek eleh kau ni..... aku ini lagi senior dari kau. Hormatlah sedikit. Kak Haryati dah bagi baik-baik cadar. Ini main rentap jer” kata Shikin marah.

“Gua punya pasal. Jangan nak sibuk hal orang ha... kubur asing-asing ha” jawab Azilah.

“Budak ni memang hendak sangat kena penampar ni” Shikin bergerak bertujuan hendak menampar Azilah.. tapi Haryati menghalangnya.

“Sudah!!!... biarkan Shikin. Budak ni baru lagi... biasalah budak baru.. liar lagi” kak Haryati menghalang Shikin untuk bertindak ke atas Azilah.. dua-dua baran.. taknak mengalah.

“Wah lu. Kata gua liar pulak.... lu ingat gua ni binatang ker?” kata Azilah tidak puas hati dengan kata-kata Haryati,

“Akak mintak maaf. Akak nak jelaskan keadaan kamu ni jer.. tiada niatpun hendak samakan kamu dengan binatang.”

“Nasib baik lu mintak maaf. Lagipun gua baru sehari kat sini. Takkan gua nak buat kecoh pulak. Kalau ada geng gua kat sini.. dah lama gua belasah ni perempuan” Shikin marah.

“Marilah belasah aku? Kau ingat aku takut ker? Ada geng beranilah kau... seorang-seorang kecut telur” Azilah mula menerpa ke arah Shikin. Kak Haryati menghalang kedua-dua dari bergaduh.. badannya menjadi penampan.

“Azilah.. apasala kau ni! Kau nak hancurkan harapan Hisham ker?” mendengarkan nama Hisham disebut... Azilah tidak jadi menerpa kepada Shikin.

“Kau nak sia-siakan peluang yang diberi oleh Hisham? Hisham bertungkus lumus tolong kau lepas bilik tahanan tu.. kau nak bertindak macam orang bodoh. Akhirnya kau kena simpan kat situ balik. Buang masa Hisham sahaja menolong kau ni... kalau aku tahu perangai kau macam ini.... sumpah aku suruh Hisham hantar kau balik ke sel.. duduklah seorang dalam tu dengan Kak Rock” Azilah mendiamkan diri. Memikirkan amaran kak Haryati tadi.. kembali ke sel dan ditemani oleh wadar kak Rock? Ohhh tidak.......

“Dan Shikin.. kau ni pun bertindak macam budak-budak. Kita kena tahu.. Azilah ni budak baru. Perangai luar dia dulu biasalah bawak dalam sini. Yang kau nak melayan sangat tu apahal? Kau dulu pun macam tu jugakkan???? ” Shikin pun mendiamkan diri.

“Sudahlah Shikin dan Azilah... minta maaf cepat” Shikin menghulurkan tangannya.. huluran tangannya disambut dingin oleh Azilah. Kemudian Shikin terus keluar dari bilik... hatinya masih bengkak dengan sikap Azilah.

“Harap selepas ini Azilah dapat menyesuaikan diri duduk di sini. Azilah tak boleh buat perangai Azilah kat luar ke dalam sini. Azilah kena berubah... di sini ada peraturan dan undang-undang yang Azilah kena ikut. Bukan main redah sahaja.”

“Tengoklah kak. Lagipun saya sudah biasa macamni”

“Akak nak pergi bilik masakan ni.. Azilah nak ikut tak?”

“Masak? So boring.. akak pergilah. Saya nak kemas katil.. ingat nak tidur” Azilah terus sahaja memasang cadar ke katilnya.

{{{{{{{{{{{{{{

“Begitulah ceritanya Hisham.. dengar sahaja nama Hisham.. terus dia tidak jadi bergaduh. Kalau tak.. tak sampai setengah jam.. Azilah mungkin masuk semula ke dalam sel tahanan” kak Haryati menceritakan apa yang terjadi pagi tadi kepadaku apabila Azilah mula masuk ke dalam asrama. Sebelum makan malam aku berjumpa dengan kak Haryati di dalam bilik warden untuk mengetahui keadaan Azila. Ada wadar keselamatan dan Sofia sekali yang menemani kak Haryati.

“Dia sudah biasa bersikap ganas kak. Biasalah... bekas samseng.”

“Tapi tadi dia pun bergaduh juga dengan orang lain. Masa tu Sofia ada kat asrama baring.. tiba-tiba ada kecoh kat bilik mandi petang tadi. Azilah mengamuk kerana ada orang mandi lambat.. habis pintu bilik mandi orang tu ditendangnya. Nasib baik tak jadi pergaduhan besar kerana wadar keselamatan ada masuk campur”

“Azilah juga enggan ikut arahan wadar Hisham. Suka hati dia sahaja hendak buat apa. Dia macam degillah... hati batu.. tak boleh dengar arahan. Geram betul akak ni... ikutkan hati akak hendak ajer bantai dia dengan cota ni” kata akak Khai yang turut berada di situ. Aku memikir-mikirkan sejenak.. pening pula kepala otak aku ini memikirkan karenah Azilah. Dalam sel elok sahaja perlakuannya. Bila sudah dibebaskan.. bergaduh pula dengan penghuni lain. Kalau berterusan begini... mahu tidak sampai seminggu Azilah akan dimasukkan semula ke dalam sel.

“Nyata Azilah kekurangan kasih sayang. Masih lagi dengan perangai lamanya. Takpe kak... besok keluarga dia datang. Saya akan cuba menggunakan keluarganya untuk mencairkan hatinya yang keras macam batu tu. Kita kalau bermain dengan api.. jangan main dengan minyak.. lagilah dia melawan.. kita kena jadi air. Macam kisah Rasullullah S.A.W dengan wanita tua..... wanita tua itu selalu melempar batu kepada Rasullullah apabila Nabi ke Masjid. Malah Nabi pun pernah dilempar dengan najis.. sahabat baginda yang tahu kisah tersebut berang dan berjanji hendak membunuh wanita itu. Tapi Nabi berkata, bersabarlah. Satu hari wanita itu jatuh sakit, Baginda yang tahu wanita itu yang sedang sakit melawatnya. Akhirnya wanita itu memeluk agama Islam. Jadi bersabarlah.... anggap sahaja Azilah tu saudara kita yang sedang sakit.. kita yang akan merawat,,, bantunya” aku menoleh ke tangan Sofia.. dia memakai gelang yang aku berikan.. aku tersenyum. Dia membalas senyumanku.....

{{{{{{{{{{{{{{{

Pukul 1 pagi..... Haryati masih tidak mahu melelapkan matanya. Dia gelisah... tidak tahu kenapa hatinya begitu gelisah. Haryati hanya baring sahaja... matanya tertutup.. tapi tidak lena... sebentar kemudian katilnya sebelahnya berbunyi... beliau hanya membatukan dirinya. Sebentar kemudian beliau terdengar seperti seseorang bangun dari katilnya. Secara senyap-senyap menuju ke pintu Dorm dan membukanya dengan berhati-hati seolah-olah tidak mahu mengejutkan penghuni lain dan pintu itu ditutup semula dengan perlahan-lahan. Selepas itu Haryati bangun dan menoleh ke katil sebelah... rupanya Azilah yang bangun.. tapi dia hendak kemana? Hatinya sudah tidak sedap budak ini hendak kemana pula malam-malam buta ni... aku perlu siasat ni.. takut dia hendaklarikan diri pula. Haryati bangun dan berhati-hati keluar Dorm. Pintu dibukakan.. beliau terus turun ke bawah juga dengan langkah yang berhati-hati supaya tidak kehadirannya tidak disedari oleh Azilah. Sampai di blok bawah... beliau ke belakang bangunan.. tepat seperti yang dijangkakan... Azilah sedang cuba membuka pintu pagar belakang untuk melarikan diri. Haryati perlahan-lahan menuju ke arah Azilah. Sampai di belakang Azilah.. Haryati memeluk dan menekup mulut Azilah.. tujuannnya supaya Azilah tidak menjerit terkejut. Nanti didengari pula oleh wadar dan pengawal keselamatan. Mereka bergelut...

“Syhhhhhh diam.. aku ni kak Haryati. Apa yang kau buat ni? Jangan cakap kuat-kuat.. dengar kat wadar susah kita nanti” kata kak Haryati berbisik.

“Aku nak larilah. Boleh tak jangan sibuk.. aduh. Apasallah akak ni” Azilah juga bercakap dengan nada berbisik.

“Kau ni bodoh ker apa? Aku dulu pernah cuba larikan diri.. tapi tak berjaya.. kau ingat senang nak lari begitu sahaja. Pagar ini dikawal secara elektronik... kalau terbuka... pengawal akan dapat tahu. Jom pergi bilik kain... kita berbual kejap... nanti nampak orangkita dekat sini. Mampus nanti.. aku nak keluar sudah..” kata kak Haryati berang.

“Taknak!” masih lagi berbisik tetapi sedikit menderam.

“Kalau kau taknak. Akak jerit,,,, biar wadar tahu. Biar masukkan kau semula ke dalam sel” Haryati menakutkan Azilah. Akhirnya Azilah akur... rancangan malam ini gagal... takper.. dia boleh cuba cara lain. Akhirnya Azilah mengangguk setuju. Kemudian dia bangun mengikut Haryati ke bilik kain... kak Haryati membuka pintu perlahan.. kemudian mereka berdua masuk ke bilik tersebut. Haryati hanya membuka sebuah lampu..

“Kenapa kau nak larikan diri?” tanya kak Haryati...

“Aku bosan duduk sini. Nak ikut disiplin.. ikut peraturan. Nak memasak.. nak menjahit. Bosanlah aku. Luar tu.. geng-geng aku semua tunggu aku.”

“Tapi semua itu untuk memulihkan kita. Kau lari nak pergi mana?”

“Aku nak jumpa geng-geng aku balik.”

“Kalau kau kantoi tadi macamana? Kau ingat kalau kau lepas polis tak dapat cari kau? Kalau kau dapat ditangkap.. kau akan dihantar terus ke kamunting... kau akan dicaj atas tuduhan dari melarikan diri dari tahanan. Sama sahaja dari atas tuduhan dari penjara. Tambah lagi hukuman penjara. Kau nak sangat ke duduk penjara. Suka? Elok-elok kena tahan selama 2 tahun dah tambah jadi 5-6 tahun. Suka dok dalam penjara lama-lama????” Azilah mendiamkan diri.

“Kau nak sangat.. pergilah. Pergilah. Kau nak sangat tinggal dalam penjarakan. Kalau kau nak tahu kehidupan sini lebih bebaslah dari Penjara. Kita boleh buat apa yang kita suka. Bukannya tinggal di sebalik tembok jer. Tapi kau yang tak tahu bersyukur.”

“Maafkan saya kak.. saya terlalu mengikut emosi. Saya tak tahu apa yang nak buat. Saya dah biasa bebas.. sekarang berkurung”

“Akak pun macam kau jugak dulu.. tapi mujurlah Hisham sedarkan akak. Entah macamana masa kak lari.. akak lalu kat rumah dia. Entah macamana juga.. kebetulan Hisham baru lepas solat tahajud... dia sedarkan akak. Akak ada anak... akak taknak jumpa anak akak ker? Akak nak duduk selama-lamanya dalam ni? Nak sangat... akhirnya akak kembali semula masuk dalam ni. Akak redha.. akak nak jumpa anak akak. akak taknak masuk penjara” Azilah memeluk Haryati

“Bersabarlah Azilah.. kita beruntung sebab kita telah ditangkap sebelum kita pergi jauh. Mungkin ada hikmahnya kita ditangkap dan dikurung di dalam ni. Allah mahu kita kembali ke pangkal jalan. Kita dah jauh dari Allah... kita dah jauh menyimpang... kita dah diberi peluang kedua oleh Allah dik. Abang Hisham pernah berkata dengan akak.... hendaklah kamu bersabar... sesungguhnya Allah itu bersama-sama orang-orang yang bersabar. Amin.... surah Al-Anfaal . mintak kepada Allah..... lakukak suruhanNYa.. Insya Allah Dia akn menolong kita” Azilah meleraikan pelukannya.

“Terima kasih kak. Saya cuba kak.. saya cuba mengikuti segala program dan disiplin disini”

“Bagus.. akak akan membantu apa yang boleh” akhirnya mereka menuju balik ke bilik Dorm semula.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.