Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
234,637
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 18 ; Penerimaan taubat

BAB 18

firman Allah S.W.T dalam surah Al-Nisa ayat 17 dan 18...”sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat, maka dengan adanya dua sebab itu mereka diterima Allah taubatnya; dan ingatlah.. Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang daripada hampir mati, berkatalah ia ; sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini, sekarang itu taubat itu sudah terlambat, dan demikian juga halnya orang yang mati sedangkan mereka kafir. Orang yang demikian. Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya” Amin

Aku mula bekerja pada hari Selasa... Isninnya pula aku tidak bekerja kerana aku mengambil cuti rehat. Maklumlah aku baru balik dari Penang semalam. Letih pun tak hilang lagi. Aku terus balik ke kampung Jiboi untuk memberikan buah tangan dan barang yang aku belikan di utara kelmarin. Mak dan ayah aku kemain suka bila aku bawakan sayur-sayur kampung dan ikan pekasam ( nasib baik sayur tidak layu.... aku letak didalam peti ais mini di bilik hotel ). Pagi-pagi lagi aku berjumpa dengan Puan Pengetua, ada hal yang hendak dibincangkan

“Ya Hisham. apa perkara yang awak hendak bincangkan sangat dengan saya ini?” tanya puan Pengetua.

“Saya ingat nak minta akak tolong pindahkan Azilah ke asrama biasa” aku mahu Azilah dipindah ke asrama biasa.

“Kenapa?” tanyanya.

“Saya rasa sudah cukuplah kita tempatkan Azilah di sel. Saya rasa sejak seminggu ini Azilah semakin positif. Tidak lagi seperti mula-mula dia masuk ke sini dulu Puan. Jika permintaan saya ini diluluskan... saya minta supaya dia ditempatkan di aras 2 blok C. Saya akan cuba meminta pertolongan ketua blok kak Haryati dan yang lain-lain memantau seterusnya membimbing Azilah” Puan Pengetua terdiam sebentar. Seperti memikirkan sesuatu..... seketika kemudian.

“Kamu yakin? Dia tidak melarikan diri?”

“Saya tidak berani memberi jaminan untuk dia tidak melarikan diri. Tetapi saya boleh minta kak Haryati memantaunya. Dan saya sebagai ketua warden akan memastikan beliau tidak akan melarikan diri” aku memberi jaminan sesuatu yang tidak pasti. Puan Pengetua bersandar di kerusi empuknya.

“Baiklah.. tapi bukan harini saya akan membebaskannya. Mungkin besok.. kamu tahulah ada prosuder yang kena kita patuhi” aku mengangguk.

“Terima kasih Puan,”

“Tapi... jika dia buat hal.. atau cuba melarikan diri. Saya tiada pilihan lain Hisham. saya akan mengurungnya semula sehinggalah habis tempoh 3 bulan dia sepatutnya ditahan ke dalam sel” kata Puan Pengetua tegas.

“Insya Allah tidak Puan Pengetua” aku harap cadangan aku ini adalah terbaik untuk Azilah. Kemudian aku seperti biasa memberi laporanku terhadap penghuni bawah jagaanku.. aku juga memberikan buah tangan yang aku beli di utara kelmarin. Selepas berjumpa dengan Puan Pengetua, aku mengambil keputusan berjumpa dengan kak Haryati dan Sofia di bilik jahitan. Kini kak Haryati sedang belajar menjahit baju dengan Sofia. Sampai di sana, kelihatan Sofia sedang tekun mengajar kak Haryati menjahit di sebelahnya. Aku memberi salam.

“Wah... tekun nampak” tegurku.

“Eh! Bang Hisham.. takdelah. Ajar kak Haryati menjahit ni.”

“Baguslah. Ni saya ada perkara hendak berbincang dengan akak Haryati dengan Sofia ni.”

“Apa dia Hisham” aku mula menceritakan perihal Azilah dan meminta mereka berdua memantau Azilah di asrama nanti bila dia dipindahkan di situ nanti.

“Tiada masalah... sedangkan Sofia akak boleh lenturkan. Insya Allah” kak Haryati menyatakan kesanggupannya.

“Hehehehehehehehehehee” Sofia hanya tersenyum sumbing.

“Kalau macam tu oklah. Satu lagi... ini ada buah tangan untuk akak dan Sofia. Jangan buka sini yer” aku menghulurkan 2 bungkus plastik yang aku bawa tadi. Mereka mengambilnya...

“Ok” kemudian aku meminta izin untuk keluar.. aku menuju ke sel Azilah.. apalah khabar Azilah yer. Dah 4 hari aku tak jenguk dia.. mesti mati kutu dia tu. Sampai di depan sel Azilah aku terus memberi salam.. Azilah yang sedang membaca buku yang aku bagi pinjam terperanjat.. dia bangun dan duduk di pintu sel.

“Kenama kau pergi selama 4 harini.. bosan gila duk dalam ni” katanya.

“Saya ada tugas di Pulau Pinang. Wah! Awak rindu saya ker?” gurauku.

“Tolong sikit yer. Saya cuma bosan jer. Takde maknanya saya rindu dengan awak.”

“Hahahahahahahaha.. yelah-yelah... ni saya ada bawa buah tangan dari Penang” aku menghulurkan bungkusan yang dibeli untuk Azilah di pasar Chowrasta. Azilah mengambil dan membukanya ;

“Wow! Jeruk dengan buah pala” tanpa segan silu Azilah membuka pek jeruk dan terus memakannya. Teruk betul kalau perempuan gelojoh ni ;

“Tak baca bismilah ker?” perliku.

“Hehehehehehehe... saya memang suka sangat dengan jeruk. Dulu masa saya kecil-kecil,,, mak saya selalu buat jeruk mangga atau buah. thank Q” katanya tanpa menjawabpun lagi salamku.

“Sama-sama. Macamana buku yang saya bagi? Sudah habis baca?”

“Ada sikit lagi... sedap jugak yer buku tentang kisah-kisah wanita yang saleh tu. Ada satu kisah yang saya suka mengenai seorang pelacur yang bertaubat dan berkahwin dengan orang soleh. Juga terdapat kisah-kisah lain... dulu jahat.. akhirnya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. So sweet.”

“Itulah... Allah akan menerima taubat umatnya yang ikhlas dan benar kerana Allah. Tak kiralah sekotor mana pun atau sejahat mana pun seseorang umat itu. ...... firma Allah S.W.T dalam surah Al-nisa ayat 17 dan 18...sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat, maka dengan adanya dua sebab itu mereka diterima Allah taubatnya; dan ingatlah.. Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang daripada hampir mati, berkatalah ia ; sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini, sekarang itu taubat itu sudah terlambat, dan demikian juga halnya orang yang mati sedangkan mereka kafir. Orang yang demikian. Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Amin. Maka dari ayat ini.. Allah berfirman bermaksud Allah akan menerima taubat umatnya walau sebesar mana dosanya selagi tidak akan mengulanginya. Allah akan menerima taubat selagi nyawa tidak sampai ke halkum” aku memberi penjelasan ayat yang aku bacakan tadi.

“Tapi tahulah aku ni.. aku ni dah biasa bergelumang dengan dosa.”

“Sedikit demi sedikit. Ustazah ada datang?”

“Ada.. baru belajar alif,ba dan ta serta iqra sikit.. saya dah lupa.”

“Takpe.. sedikit demi sedikit. Lama-lama awak tahulah nanti.”

“Aku takut kat dalam ni baik, tapi bila kat luar pulak.. macam-macam dugaan pulak”

“Itu kita berserah kepada Allah. Selagi berpegang dengan Al-quran dan melakukan apa yang diperintahNYa.. insya Allah tidak”

“Tahla” masih lagi kurang beryakinan.

“Oklah.. saya nak keluar dulu... sesi kita berdua sudah tamat” aku memberi salam dan terus keluar. Aku sengaja tidak memberitahu Azilah mengenai perjumpaan dengan keluarga dan pembebasan dari sel kerana aku mahu membuat kejutan kepadanya.

{{{{{{{{{{{{{{{

Selepas makan dan solat berjemaah di surau, Sofia balik ke katilnya. Selepas duduk seketika... beliau baru teringat barang yang diberi oleh Hisham. dia bangun dan mengambil plastik yang diberi Hisham yang terletak di dalam almari bajunya. Dia kembali duduk dan membuka plastik tersebut. Terdapat makanan dan sebungkus kotak... beliau membuka kotak dan terdapat rantai perak di dalamnya. Cantik..... Sofia memakai gelang itu ditangannya.. dia tersenyum. Kak Haryati yang baru balik dari tandas menegur Sofia ;

“Cantiknyan rantai... pakwe bagi ker?” tegurnya.

“Mana ada kak.... inikan tadi abang Hisham bagi”

“Hisham?”

“Ya”

“Patutlah cantik dan tersenyum sendiri. Hisham yang bagi.... dulu pak guard bagi cincin kenapa buang pulak?” perli Haryati.

“Ishhhh.. pak Mat tu tak sedar diri. Dahlah tua.. ada hati nak ngurat orang. Gelilah. Nasib abik dia tak jadi lagi pak guard kat sini. Kalau tak habis semua orang dinguratnya. Orang tak boleh lihat dahi licin sedikit. Mulalah hendak mengatal.”

“Hahahahahahahahaha. Orang yang kita benci atau tidak suka... kita akan buang atau cakap macam-macam kat orang tu. Tapi kalau orang kita suka... kita akan simpan atau pakai pemberian barang orang tu. Betul tak?” kak Haryati cuba mengorek rahsia.

“Akak... Hisham anggap saya ini seperti adiklah. Tidak lebih dari itu.. lagipun kita kena sedar diri kita ni siapa. Kita ni bekas pelacur kak... takkan Hisham nak saya” Sofia cuba memberi alasan.

“Tapi akak tahu Sofia ada perasaan dengan Hishamkan? Akak tahulah. Akak pernah bercinta... dari bahasa tubuh Sofia dan tindakan Sofia.. akak tahu Sofia ada memendam perasaan. Terutama bila abang Hisham datang,,,, Sofia akan menjadi terlalu gembira” Sofia terdiam sebentar.

“Kak..... biarlah saya pendamkan perasaan saya kak. Saya sedar saya tidak layak untuk Hisham... lagipun mana mungkin Hisham untuk saya... Hisham terlalu baik. Tentulah dia hendak mencari seorang isteri yang baik dan sekufu dengannya. Biarlah saya menganggap dia itu abang saya dan dia menganggap saya sebagai adiknya sahaja. Itu lebih baik.. akak doakan saya nanti bila saya keluar dari sini.. saya mendapat jodoh yang sekufu dengan saya” Azilah mengalirkan air mata. Haryati memeluknya , mereka berlinangan air mata.

“Kesiannya.... Sofia melakukan pergorbanan cinta Sofia. Semoga Sofia akan mendapat lelaki yang sebaik Hisham. Amin” mereka meleraikan pelukan... selepas berbual-bual seketika.. mereka turun ke bawah ke bilik masakan. Kak Haryati ingin mengajar Sofia membuat kek pula.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.