Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
239,018
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 20 ; Datin

BAB 20

“Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNYa dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu: dan janganlah kamu mengadakan bagi Allah sebarang sekutu,pada hal kamu semua mengetahui ( bahawa Allah ialah tuhan yang maha esa )” surah Al-Baqarah ayat 22.

Esoknya aku menjemput keluarga Azilah di Hentian Pudaraya pada pukul 10 pagi.... aku terlebih dahulu mendapatkan kebenaran Puan Pengetua untuk menjemput keluarga Azilah.. kemudian aku terus menempatkan keluarga Azilah di rumah tetamu. Setelah berehat seketika.. aku membawa mereka ke ruang pelawat untuk berjumpa dengan Azilah.. aku sengaja merancang perjumpaan itu di bilik khas.. privasi sikit. Maklumlah sudah 15 tahun tidak berjumpa. 10 minit kemudian Azilah masuk dengan ditemani wadar.. dia terkejut apabila melihat emak, abang dan adik bongsunya berada di dalam bilik tersebut ;

“Mak” Azilah terkedu. Mak Azilah bangun dan mendakap anaknya.

“Azilah... anak mak... mak rindukan kau nak... kenapalah kau larikan diri nak” mak Azilah menangis... ternyata mak Azilah begitu merindukan anaknya.

“Maafkan Azilah mak. Azilah larikan diri dari mak... Azilah derhaka. Terlalu ikutkan kata hati sampai lupakan mak.”

“Salah kami... salah mak. Mak tak didik kau betul-betul nak. Mak biarkan sahaja kau hanyut.”

“Ayah mak mak?” tanya Azilah.

“Ayah angah sudah meninggal nak.. 2 tahun dulu. Sebab terlebih mengambil dadah nak” jawab emak Azilah.

“Ini adik bongsu sayakan? Yang umur 2 tahun masa saya lari dulu. Adik As kan?” tanya Azilah selepas melepaskan pelukan maknya.

“Ye kak” mereka berpelukan sambil menangis.

“Akak rindu dengan adik.. dulu akaklah yang menjaga adik sampai akak lari. Akak yang susukan adik.. akak yang mandikan adik.. akak yang ajar adik berjalan... pergi tandas”

“As pun rindukan akak jugak. Syukur akak selamat sekarang... alhmdulillah doa kami dimakbulkan Allah untuk berjumpa dengan akak” kata Adik Azilah.

“Abang long sehat?” tanya Azilah.

“Sehat ngah..... jumpa jugak dengan angah” akhirnya mereka duduk dan berbual-bual seperti biasa, malah mereka makan bekal yang dibawa oleh mak Azilah.. lauk kampung. Sesungguhnya pertemuan 2 keluarga tersebut mengharukan aku.

{{{{{{{{{{{{{{

Selepas aku pertemuan tersebut.. aku berjumpa Sofia yang berada di kebun. Kebetulan masa aku lalu hendak pulang semula ke pejabat setelah pertemuan Azilah dengan keluarganya.. aku terserempak dengan Sofia sedang berehat di wakaf. Aku menegurnya ;

“Assalaimualaikum Sofia. Wah.. berkebun nampak?”

“Waalaikumussalam. Harini giliran Sofia berkebun bang. Biar berpeluh sedikit badan”

“Baguslah.... bertani ni bagus tau. Banyak ayat Al-Quran yang menyentuh mengenai pertanian.. antara yang saya ingat surah Al-Baqarah ayat 22 yang bermaksud.... Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNYa dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu: dan janganlah kamu mengadakan bagi Allah sebarang sekutu,pada hal kamu semua mengetahui ( bahawa Allah ialah tuhan yang maha esa ).Amin”

“Amin... nanti kalau ada sayur sudah masak.. bolehlah saya bagi abang Hisham. Ada buah ker.”

“Tanam sayur apa?”

“Tanam strawberri, anggur dan buah keduak” Sofia tergelak.

“Amboi... kemain lagi yer main-mainkan abang. Boleh hidup ke buah tu semua. Strawberri bagai,”

“Hahahahahahahahaha.. yes! Dapat kenakan abang” aku sama-sama tergelak.

“Sukanya dia. cubit karang” gertakku.

“Cubitlah” aku terlihat di tangannya memakai gelang yang aku belikan di kedah tempoh hari.

“Wah! Berkebun pun pakai gelang yang abang bagi?” usikku.

“Mestilah.. benda yang kita sayang. Kita pakai kemana sahaja”

“Sayang barang jer ke? Orangnya tak sayang” entah macamana boleh terpacul soalan itu dari mulut aku. Sofia terdiam... tiba-tiba aku mendengar ada orang mendehem di belakang kami.. aku menoleh.. Datin?

“Assalaimualaikum Datin... maaflah saya tidak perasaan Datin lalu tadi” kataku terkejut. Bila masa pula Datin ada di sebelah aku ini?

“Mana nak perasaan... sibuk berdating. Sofia.. pergi sambung kerja awak balik”

“Baik Datin” kata Sofia takut-takut.

“Hisham.. awak masuk ke pejabat saya sebentar. Ada perkara penting yang saya hendak bincangkan dengan awak” aku mengangguk dan mengikuti Datin ke pejabatnya.

{{{{{{{{{{{{{{{

Aku duduk apabila Datin menyuruh duduk... tapi nampaknya Datin tidak menyuruh aku duduk. Aku berdiri ibarat pesalah yang sedang menanti hukuman. Selama hampir 5 minit berdiri seperti orang bodoh, akhirnya Datin bercakap dengan aku setelah habis dia membuat cacatan dalam failnya.

“Sudah berapa kali saya lihat awak terlalu mesra dengan penghuni. Terutama sekali dengan Sofia. Ini boleh mendatangkan fitnah dan menjejaskan nama baik pusat jagaan ini” kata Datin sambil memandang tepat di wajahku ( aku masih lagi berdiri ).

“Salahkah saya berbaik dengan penghuni pusat jagaan ini? Ini sebahagian daripada sesi kaunseling saya. Saya menganggap mereka semua sebagai sebahagian daripada keluarga saya. Apa maksud Datin boleh mendatangkan fitnah. Setiap sesi saya buat siang-siang hari. Kalau dalam bilik pula akan ditemani oleh wadar keselamatan wanita. Begitu juga kalau ada sesi kaunseling di taman atau di kebun. Wadar keselamatan akan turut menemani.. tidak pernah membiarkan saya dengan penghuni berdua sahaja” aku mempertahankan diriku.

“Bukan bakal isteri? Kenapa tidak boleh melakukan sesi kaunseling di bilik kaunseling sahaja? Ini di kebun... di taman... macam berdating pula saya tengok” katanya yang tetap dengan pendiriannya.

“Memang saya ada lakukan sesi kaunseling di dalam bilik kaunseling. Tapi saya mahu sesi yang lebih santai. Ini semua supaya semua pesakit saya lebih selesa dengan saya. Sesi kaunseling akan lebih santai... tiadalah tekanan sangat. Insya Allah tidak puan. Dan saya jamin sesi saya ini sudah banyak menunjukkan kesan ke atas pesakit-pesakit saya. Saya perlu mendapatkan kepercayaan mereka untuk mereka menceritakan masalah mereka. Seterusnya saya akan memotivasikan mereka” kataku tetap mempertahankan cara kaunseling yang aku lakukan... rasanya semenjak 3 tahun aku menggunakan pendekatan begini.. alhamdulillah hampir 90 peratus telah berjaya dipulihkan.

“Mereka ini awak jangan bagi muka sangat. Nanti dipijaknya kepala kita... saya tengok awak ini seperti tiada jurang diantara awak dengan penghuni. Awak mesti tahu... kita ini pegawai... mereka itu mesti ikut peraturan dan cakap kita. Saya dengar sampai awak sanggup ke Kedah cari keluarga Azilah.. betulkah begitu?” dalam masyarakat moden sekarang ini pun ada lagi mereka yang berbicara mengenai kasta ;

“Saya ikhlas untuk membantu Azilah... saya tidak mengharapkan apa-apa balasan pun. Malah Puan jangan bimbang.. saya tidak akan menuntut satu sen pun wang pusat ini untuk membiayai kos saya ke Kedah. Semuanya atas perbelanjaan saya sendiri. Saya rasa walaupun kita ini pegawai... tapi hanya pada jawatan sahaja.. disisi Allah. Kita ini semuanya sama Puan” aku tiadapun niat untuk memperlinya... sekadar ingatan.

“Tolong panggil saya Datin yer. Bukan puan. Tetapi Hisham.. saya kadang-kadang dengar awak sudah seperti ustaz pulak. Biarlah ustazah atau ustaz buat kerja mereka... mereka yang lebih layak berbicara tentang agama. Kamu.. sebagai kaunselor... tidak perlulah menjadi ustaz.”

“Saya kaunselor yang menggunakan pendekatan Islam. Salah ker Datin? Semua masalah yang mereka hadapi adalah disebabkan mereka jauh dari suruhan Allah. Maka saya sebagai kaunselor akan menggunakan pendekatan Islam untuk memberi panduan kepada mereka. Salah ker? Satu lagi... sebagai seorang ketua warden... salahkah saya menjadi imam dan memberi sedikit tazkirah kepada penghuni. Lagipun bukannya setiap hari ustaz atau ustazah berada di asrama. ustaz ada pada waktu pejabat.. manakala ustazah pula enggan berada di asrama pada waktu malam... jadi.. apa pilihan yang saya ada? Bukankah lelaki itu menjadi Imam kepada wanita?”

“Ada sahaja jawapan kamu Hisham. Baik... kali ini saya maafkan kamu, tapi tahun depan apabila saya ambil alih pentadbiran daripada Puan Pengetua.. kamu kena ikut segala peraturan dan tugas yang telah ditetapkan. Saya tidak mahu kamu melakukan kaunseling di taman.. kat kebun. Itu bukan kaunseling.. tapi itu dating. Saya juga memang tidak setuju Azilah dikeluarkan dari sel tahanan. Dia patut duduk situ selama 6 bulan. Tapi takpelah.. buat masa ini saya tiada kuasa lagi. Kalau kamu taknak ikut cara saya.. kamu boleh ikut Puan Pengetua. Saya tidak menghalang” kata-kata itu menyakitkan hatiku.. adakah bakal Pengetua sepatutnya cakap sebegitu. Semoga aku diberikan kesabaran oleh Allah pada tahun hadapan. Kesian penghuni ini jika mendapat bakal pengetua yang akan mengamalkan corak pentadbiran yang autokratik.....

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.