Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
239,036
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 47 ; Ayah Sofia meninggal dunia

BAB 47

Dari Alqamah Bin Abdullah.. Rasulullah saw bersadba yang bermaksud,,,,, “Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut seekor Khimar

Akhir Januari 2014, keadaan pak Karim semakin teruk. Pak Karim sudah tidak sedarkan diri dan kini hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan dan mesin sokongan hayat. Menurut kata Doktor pakar... hatinya 70 peratus telah rosak. Tiada lagi peluang untuk pulih. Setiap kali aku datang.. aku hanya membacakan surah Yassin. Membaca surah Yassin akan mengurang penderitaannya. Terdapat beberapa fadhilat apabila kita membaca surah Yassin.. antaranyamengikut sebuah hadith, surah Yasin dinamakan Mub'mah (pemberi berita baik) didalam Torah kerana ia mengandungi manafa'at kepada pembacanya, didalam kehidupan dunia dan juga akhirat, ia menghindarkan penderitaan didunia dan juga akhirat dan menjauhkan kedahsyatan dikehidupan akhirat. Surah ini juga dikenali sebagai Rafi'ah Khafidah, iaitu yang mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan menurunkan darjat orang-orang yang engkar ( tidak beriman). Menurut satu riwayat Rasul-Ullah s.a.w. bersabda, "Hatiku menghendaki supaya surah Yasin berada disetiap hati Ummatku,"

Mengikut sebuah hadith yang lain" Barang siapa membaca surah Yasin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, barang siapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, barang siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, dan bila sesaorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika seseorang itu membaca keatas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya." Begitu banyak fadilat surah Yassin….

Setelah selesai aku membaca surah Yassin.. aku melihat wajah Pak Karim. Nampaknya seperti sedang nazak... nafasnya satu-satu, muka keruh, badannya kuning kekuningan, perutnya semakin membuncit. Aku mengusap rambut pak Karim, sayang.. dia mungkin tidak sempat melihat hari bahagia kami. Pakcik mungkin tidak sempat menikahkan anaknya sendiri. Sofia akan bersendirian selepas ini...... sudahlah aku tidak dibenarkan lagi berjumpa dengan Sofia. Aku berharap agar Sofia diberikan kekuatan untuk menempuh kehidupan dengan reda jika sesuatu berlau dengan pak Karim.... hidup itu Insya Allah... mati itu pasti ;

{{{{{{{{{{{{{{{

Besok paginya, pukul 6 pagi aku menerima satu panggilan dari Hospital. Memang aku memberi nombor telefon kepada ketua jururawat untuk memaklumkan perkembangan pakcik Karim kepadaku dan senang untuk menghubungi aku jika sesuatu berlaku kepada pak Karim. Maklumlah, Sofia tidak dibenarkan memiliki telefon... jadi aku secara sukarela menjadi waris jika ada perkara yang tidak elok berlaku kepada pakcik Karim.

“Encik Hisham... saya staff nurse Norli dari wad 6B Kenanga Hospital Sungai Buluh. Saya nak cakap sikit mengenai keadaan pak Karim,”

“Kenapa dengan pak Karim staff Nurse?”

“Dia sudah semakin nazak... Doktor menjangkakan bila-bila masa sahaja Pak Karim akan meninggalkan kita. Jadi, saya minta jasa baik Encik Hisham membawakan anaknya ke sini untuk kali terakhir.”

“Baiklah.. saya akan segera beritahu anaknya... terima kasih Staff Nurse” aku menamatkan panggilan... apa yang aku hendak buat ni yer.... aduh.... setahu aku penghuni tidak dibenarkan dibawa keluar di malam hari. Aku mendail bilik ketua penyelia wadar malam.. panggilanku disambut. Malam ini kak Juma yang menjadi penyelia wadar;

“Kak.... saya ada benda nak cakap dengan akak” aku menceritakan tentang ayah keadaan ayah Sofia.

“Memang boleh hendak bawa Sofia keluar.. tapi kena tunggu Van pusat pukul 8 pagi.. selepas itu Pengetua kena tandatangani borang kebenaran keluar. Macam biasa. Kalau hendak bawa Sofia keluar sekarang tidak boleh Hisham.”

“Warden takde ke kak? Tak boleh guna kuasa warden?”

“Warden mana ada lagi. Ketua Warden sudah digantung tugas.... timbalan dia dah balik rumah malam tadi. Sekarang ini tinggal akak jer dekat sini. Akak tiada kuasa Hisham” aduh... sempat ke nak lawat pak Karim.

“Takpelah.. akak beritahu Sofia.. biar dia bersiap. Lepas tu nanti yang lain saya uruskan.”

“Ok” aku meletakkan gagang.. terus mandi dan mengambil wuduk. Aku berdoa agar diberi kesempatan supaya Sofia sempat berjumpa dengan ayahnya. Aku juga mengambil kesempatan membaca Yassin. Kemudian aku bersiap terus ke tempat kerja. Kalau boleh aku mahu secepat mungkin menyelesaikan proses dokumentasi Sofia. Alhamdulillah Puan Pengetua datang seawal 7.30 pagi... aku terus berjumpa dengannya dan meminta kebenaran untuk membawa Sofia keluar. Aku juga meminta kebenaran untuk melawat pakcik Karim.. syukur permohonan aku diluluskan dengan serta merta. Pukul 7.50 pagi kami bergerak serta merta ke Hospital Sungai Buloh.... aku melihat Sofia sugul di belakang... airmatanya mengalir.

“Sabarlah Sofia.. ini qada dan qadarnya. Insya Allah ayah Sofia akan dapat mengharunginya” aku memujuknya.

“Abang.. sempat ke Sofia jumpa ayah Sofia.”

“Insya Allah dengan IzinNya.”

“Lepas ini Sofia tiada sesiapa lagi....”

“Siapa cakap.. abang akan berusaha cari abang-abang Sofia. Abangkan ada.. lagi setahun abang akan meminang Sofia.. abang akan menjaga Sofia seumur hidup abang”

“Terima kasih abang”

“Dah.. jangan bersedih sangat. Kita baca surah Yassin” aku mengambil surah Yassin dari dalam poket baju.. aku menghulurkannya. Kami bersama-sama membaca surah Yassin sepanjang perjalanan. Kami sampai di Hospital lebih kurang pukul 9.00 pagi dan terus ke wad. Sampai di sana kelihatan pakcik Karim memang sedang bertarung nyawa. Nafasnya semakin perlahan, aku menyuruh Sofia mengajarkan kalimah syahadah ke telinga pakcik Karim..... sementara aku membaca Yassin bersama abang wadar penjara yang sedang menjaga pakcik Karim. Apabila aku habis membaca Yassin dan berdoa... aku bangun dan melihat keadaan pakcik. Pakcik sedang nazak.... harap penderitaan pakcik ini akan berakhir.

“Sofia... janganlah menangis lagi. Relakanlah ayah kamu ini pergi dengan aman.”

“Sofia terkilan kerana tidak sempat menjaga ayah Sofia di saat-saat akhir bang.”

“Sekarangkan Sofia sedang menemaninya.... sabar Sofia.. sabar. Kita buat apa yang patut.. kita berdoa.. kita bacakan Yassin.. kemudian kita mengajar ayah Sofia mengucap. Boleh? Itu lebih baik Sofia daripada kita meratap tau merasa kecewa. Nanti roh terseksa hendak keluar dari tubuh” nasihatku.

“Baiklah bang” Sofia dan kak Usmah bangun ( wadar yang menemani kami )... mereka mengambil wuduk sebelum membaca Yassin. Apabila Sofia pergi, aku mengusap-ngusap dada pakcik Karim... kelihatan darah beku keluar dari tiub yang dimasukkan ke dalam perut pak Karim. Aku melihat mesin sokongan hayat yang menyokong nafas pak Karim sekarang... nadinya hanyalah 40 kali degup perminit. Manakala tekanan darahnya juga agak rendah yang mencatatkan bacaan 80/50. Bacaan ECG jantungnya juga tidak berapa mengagumkan dan sangat lemah. Nampaknya memang benar kata Doktor.... Pakcik Karim tidak boleh diselamatkan lagi. Hanya menunggu malaikat maut datang bertandang mencabut nyawa... aku teringat satu Hadis.. dari Alqamah Bin Abdullah.. Rasulullah saw bersadba yang bermaksud,,,,, “Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut seekor Khimar”. Allah! Kematian memang menyakitkan.. terutama ketika nyawa dicabut oleh malaikat... malaikat akan mencabut nyawa kita berdasarkan amal kita masa lalu. Jika kita selalu mengingkari perintah Allah... maka Malaikat Izrail akan merentapnya. Jika kita berbuat baik, Insya Allah malaikat Izrail akan mengambil nyawa kita dengan selembut mungkin.

Jadi untuk mengurangkan kesakitan yang sedang ditanggung oleh orang yang sedang nazak, maka ulamak sepakat bahawa terdapat beberapa perkara yang dapat dibuat oleh penziarah. Antaranya membacakan Yassin. Kemudian berdoa... kemudian kita akan mengajarkan kalimah syahadah ke telinga pesakit. Kak Usmah dan Sofia kembali semua ke katil pakcik Karim. Mereka duduk dan mula membacakan Yassin. Semoga dengan bacaan Yassin dapat mengurangkan seksaan sakaratul maut dan juga gangguan syaitan yang sampai di saat akhirpun akan cuba menyesatkan manusia. Baru separuh bacaan Yassin.. kelihatan pak cik Karim tercungap-cungap... aku segera memanggil doktor.. Sofia berhenti membaca Yassin..... dia berdiri dan memegang tangan ayahnya. Doktor bergegas datang... kemudian memeriksa pak Karim... sebentar kemudian ;

“Masanya sudah tiba... ajarkanlah pakcik mengucap” aku mengangguk... doktor lelaki itu memberi ruang kepada Sofia.. Sofia memegang tangan ayahnya. Perlahan-lahan dia mengajarkan ayahnya mengucapnya... nafas pak Mat sebutir-sebutir kelihatan. Akhir selepas 4 kali menarik nafas.... pak Mat berhenti bernafas... mesin sokongan hayatnya berbunyi.... Sofia menangis

“Ayah... ayah,,,,,, jangan tinggalkan Sofia ayah... huuuuuuuuuuu” Sofia menghamburkan tangisannya. Walaupun tidak kuat... tapi tetap dapat didengari.

“Sofia... bersabarlah... sudah takdir ayah kamu menghadap ilahi” kata Kak Usmah memujuk dan memeluk Sofia. Sofia yang masih menangis di dadanya ayahnya bangun. Aku memberinya tisu... sofia mengambil dan mengelap airmatanya.

“Sabar ye Sofia... Sofia beruntung pakcik Karim meninggal di pangkuan Sofia. Sekurang-kurangnya Sofia ada disisinya di saat di sedang menghadapi sakaratu maut” pujukku.

“Ayah terseksa bang... ayah terseksa.”

“Kita doakan yang baik yer... jangan menangis sangat atau merintih. Nanti mayat terseksa.. sabda Rasulullah S.A.W dalam hadis riwayat al Bukhari dan Muslim..... abdul Auf bertanya kepada Nabi : dan engkau menangis Rasulullah? Jawab Rasulullah..... wahai ibn Auf... sesungguhnya itu rahmah (kasih sayang) yang kemudiannya diikuti yang lain. Kita dibenarkan menangis tetapi tidak dibenarkan meratap”,

“Encik... benarkan saya untuk mencabut semua wayarnya... nanti encik boleh terus ke bilik mayat untuk proses pengebumian dan dokumentasi.”

“Marilah Sofia... biar doktor buat kerjanya... kita tunggu di luar” Sofia mengangguk... sebelum berlalu pergi dia mencium dahi ayahnya. Sofia mengesat air matanya. Aku berlalu pergi dan berjumpa dengan wadar penjara.

“Macamana tuan... bagaimana jasad ini akan diuruskan” tanyaku.

“Macam inilah cik... selalunya jabatan Penjara yang akan menuntut, menyembahyangkan dan seterusnya mengkebumikan mayat ini. Lagipun pakcik Karim meninggal di dalam jagaan kami, kami yang akan bertanggungjawab.. kecuali jika arwah ada waris hendak kebumikan di kampung atau tempat asalnya” aku memandang Sofia.

“Macamana Sofia... hendak kebumikan arwah dimana?” Sofia yang masih sugul memandangku.

“Saudara kami semuanya sudah memutuskan tali persaudaraan dengan kami encik. Kami tiada siapa-siapa lagi nak uruskan jenazah. Jika jabatan penjara uruskan.. dimana ayah saya dikebumikan encik?” aku memandang kembali kepada wadar penjara.

“Ditanam berhampiran penjara Sungai Buloh.... tempat dimana pesalah tanpa waris dikebumikan” jawab warden penjara tersebut.

“Encik uruskanlah... pasal duit untuk batu nisan encik jangan bimbang... saya akan bayar.. janji kubur ayah saya bertanda” kata Sofia lemah.

“Baiklah.. saya minta izin dulu... nanti nak uruskan jenazah” kami mengangguk. Kami terus pergi ke bilik mayat untuk menunggu jenazah pak Karim dimandikan serta dikafankan. Kemudian kami akan mengikut pihak Penjara untuk menyembahyangkan dan menguburkan pakcik Karim. Benarlah janji Allah... hidup Insya Allah.. tapi mati itu pasti. Kita yang hidup ini perlulah bersedia untuk mati.. kerana sesungguhnya mati tidak kira masa, tempat atau umur

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.